June 29, 2010

dalamnya


defenisi

ulama.. adalah berasal dariperkataan arab yg berkmaksud
seseorang yang mempunyai pengetahuan atau kepakaran
dalam sesuatu bidang.... oleh kerana masyarakat malaysia
lebih memahami bahawa ulama ini lebih merujuk kepada
org2 yg berpengetuahan dlm bidang agama islam sahaja.

ummaraq... juga dari perkataan arab yg merujuk kepada
ketua negara, negeri, daerah, kampung atau lebih tepat
ialah org yg memegang kuasa..(pemerintah)

isunya hampir 40 org ulama baru baru ini telah mengistiharkan
diri mereka utk memasuki politik kepartian. iaitu dengan menyerahkan
borang kemasukan parti UMNO.
seperti yg kita tahu... umno ialah tulang belakang BN, dgn kata lain
umno parti yg sebenarnya yg memerintah negara kita. dengan kemasukan
ulama2 muda ini diharap dapat membatu kerajaan (ummaraq) dlm mentadbir
negara.(harap2nya la). kita kena berlapang dada dengan tindakkan ulama2
muda ini... mungkin mereka ingin berdakwah dari dlm...kita kena ucapkan
selamat berjaya kepada mereka.

p/s: teringat tahun 1980an ada seorang hamba Allah
nak membersihkan dari dalam.. tapi malang dia yg
kena bersihkan...seronok tgk politik, penuh
dengan keseniannya

June 28, 2010

terima kekalahan


perlawanan yg hebat bagi pasukan german...
pemain2 muda german berjaya memengahkan
pasukan england.......

tahniah german....
the three lions cuba lagi next world cup..
tak de apa nak dikatakan lagi
german mmg main laju ..........

June 24, 2010

lepas.. suam2 kuku



kehangatan piala dunia semakin mendebarkan...
juara dan naib juara edisi lalu telah ditunjukkan jalan keluar..
kasihan italy dan france.... skrg semuanya sudah tidak mengikut skrip.
telahan2 bhw sesetengah pemain akan menyinar ... ternyata
meleset..dan pemain yg dianggap biasa sudah pun menunjukkan
kehebatan mereka...
piala dunia sentiasa menjanjikan  kejutan tersendiri.....

pemain2 utama masih belum menyinar..
1. messi( tiada gol)
2. rooney (tiada gol)
3. ronaldo (satu gol shj, gol bodoh)
4.etto (satu gol shja, sudah out )
5. ribierry ( tiada gol, sudah out )
6. giardano ( tiada gol)
7. tevez.( tiada gol )
8. torres (tiada gol)
9. khalid jamlus... eh silap....heheheh

pemain2 yg menyinar
1. forlan
2. donavon
3. suarezz
4. hernandez

apa2 pun fasa kalah mati atau pusingan kedua
kita akan dihidangkan kehangatan sebenar world cup ..
mari kita lihat siapa yg akan kena.....

p/s:pusingan kedua nanti
 england vs germany pd 27 june..
adalah perlawanan epik dlm world cup..
aku macam biasa... ENGLAND

June 23, 2010

terang tapi kabur


sesiapa yg masuk form 6 ...dia akan diwajibkan ambil satu
subjek iaitu pengajian am. pengajian am
bolehlah dikatakan sebagai ilmu kenegaraan yg asas sahaja.
untuk lebih mendalam seseorang itu kena sambung belajar
di U la... knp? sebab ianya adalah asas kepada pengetahuan am
tentang sesebuah negara tersebut....

panca 8 march 2008...byk benda yg pernah belajar semasa
di form 6 telah berlaku dialam yg nyata..byk contoh2 yang boleh
dikongsi atau dikaji bersama.... antara yg aku ingat la...
(sbb dah lama ni)...

1. kes pembuburan DUN perak...
masa kat sekolah dulu cikgu ajar...undi tidak percaya mestilah dibuat didewan
negeri atau dewan rakyat.jika tidak undian itu tidak sah.
(tapi kata hakim, undi tidak percaya tidak semestinya dibuat didewan..cukup
dengan hanya menunjukkan bukti bahawa pihak satu lagi telah berjaya mendapat
majoriti..... maka ketua negeri/negara(sultan) sudah boleh melantik menteri besar
atau perdana menteri yg baru.
cikgu dulu ajar salah...maknanya kena ubah buku teks tu... kena ikut keadaan
sekarang ini. baru pelajar2 tak keliru selepas ini.

2. kuasa2 SPR...
masa kat sekolah dulu cikgu ckp fungsi SPR ialah mengadakan pilihanraya, membuat
pensempadan semula kawasan pilihanraya, dan mengurus bagi pendaftaran pengundi2....
sekali lagi...cikgu2 terlupa utk memberitahu bhw fungsi SPR ialah menentukan sesuatu
kawasan pilihanraya itu kosong atau tidak... buktinya kes di Perak. dan Kedah...
apabila SPR mnolak utk mengadakan pilihanraya walaupun telah mendapat notis
dari speker dewan undangan negeri...sekali lagi buku teks yg ajar kena ubah..
ini penting supaya pelajar2 tidak keliru.....

3. perkara2 yg boleh membatalkan seorang ahli dewan dari jawatannya
maksudnya ahli parlimen atau Adun boleh hilang jawatan jika syarat2 ini dilanggar.
cikgu kata jika seorang MP atau ADUN telah melanggar undang2 dan disabitkan
kesalahan iaitu penjara setahun atau denda RM 2000 maka dia boleh hilang kelayakkan
sebagai ahli dewan..... sekali lagi, cikgu telah salah ajar dan buku teks patut kena tukar...
sbb seseorang itu kena penjara lebih setahun..jika tahun itu ada 365 hari...maka apabila
dia kena penjara 366 hari maka barulah hilang kelayakkan sbg ahli dewan. kalau ngam2
setahun selamat. begitu juga dgn denda...kena lebih RM2000... kalau ngam2 je kira selamat.

walaupun perkara2 sebegini bagi sesetengah org tidak penting
tapi dari segi kenegaraan ianya penting... oleh itu buku teks yg ada hendaklah sentiasa
diupdatekan supaya ianya tidak mengelirukan bila student nk jawab soalan dlm peperiksaan..

p/s: mungkin cikgu aku ajar yg betul...tapi aku yg salah dengar kot

June 21, 2010

viva


viva argentina
viva brazil
viva uruguay
viva paraguay
viva mexico( america utara)
viva chile...belum ;agi...

nampaknya world cup musim ni
negara2 latin yg menguasainya
negara europe hanya holland
sahaja yg dpt mata penuh...

asia ngan africa masih lagi bergelut...
utk ke pusingan kalah mati...
hmmm banyak keputusan yg tak dijangka ni..

p/s; pasukan pujaan terus dilanda suram
masih gagal mencatat kemenangan..
game terahkir penentunya...

June 18, 2010

jumaat yg redup



selamat hari jumaat...
wah dah hujung minggu...
selamat bercuti semua..
minggu ni tak kemana2 pun...
kita tengok bola sahaja... tak de xtvt lain dah..

undian diblog aku... nampaknya ramai yg
meramalkan brazil akan menang world cup
tahun ini.... apa2 pun seperti biasa bola itu bulat
heheheheh...


p/s: setakat hari ni belum penah pegi tgk bola
kat kedai lagi.. mesti tgk kat umah.. hari minggu ni
tengok la camno ..kalau nak cari angin leh kot tgk
kat luar...

June 17, 2010

bulat yg ajaib


semenjak world cup start.. aku semakin jarang
melihat berita2 tempatan...pasang tv tgk bola je..
ulangan ke berita ke semuanya aku tgk bola
rancangan tv  yg lain pun dah tengok...

so maklumat tentang dunia semakin kurang
kalau tau pun...malas nak mengkaji lebih..
sebab fokus kat bola...sahaja..skrg ni.

lepak ngan kawan2 cerita hanya bola sahaja
cerita lain jadi kurang menarik...

bola yg bulat memang mengawal dunia
hari ini........
Ajaib tak?

June 16, 2010

garuda



office sekarang umpama
dilanda garuda....
ramai yg cuti...

tak tau la...pasal bola
atau pasal cuti sekolah..
lengang...selengangnya.........

June 15, 2010

bola itu bulat



dia datang 4 tahun sekali
kemeriahan begitu teruja dihati
team pujaan sentiasa dipuji
menang dah kalah tiada yg rugi

berpesta kita selama sebulan
sebulan yg penuh debaran
hati gelisah dikeruan
melihat team pujaan jadi ratahan

gelombang merah gelombang putih
pekikan dan sorakan dengan gigih
bola menerjah ke gawang bertatih tatih
jika kalah jangan la bersedih


ya.. bola itu bulat
ya ..bola itu mampat
ya.. bola itu tidak kuat
ya...bola itu tidak lekat
ya..bola itu kena rembat
ya.. bola itu keramat...

pesta belum tamat...jadi jgn cepat terasa penat
tunggu............

June 11, 2010

the three lions



oleh kerana...pasukan kebangsaan kita Malaysia
masih gagal utk melayakkan ke piala dunia..
so penyokong2 dinegara ini masing2 mencari pasukan
negara lain(yg bertanding) utk disokong...

aku, tahun ini pilih pasukan the three lions utk disokong...
sbb... pasukan england tahun ini dilihat mantap dari semua posisi
kata org cukup ramuanya utk menjadi juara pada edisi, kali ni.

menang kalah adat pertandingan......
so aku tetap memilih england sebagai pilihan
utama utk menjadi juara........

England england england..

p/s; empat watak utama chelsea akan menggerakkan
pasukan england kali ini...JT, lampard, dan Cole yg tak bersaudara.

June 9, 2010

bila?



sebenarnya hati ini sudah tidak keruan lagi
lupa, sasau dibuatnya... sudah tidak sabar
lagi..... masa terasa lambat sgt sekarang ni...
bila la nak start world cup ni.....

aku dah tak sabar dah ni....

lambat benor rasanya..........
cepatlah start bola ni..hari minggu tidak lagi
akan terasa hambar

p/s: jgn lupa hari jumaat ni
pukul 10 mlm...perlawanan pembukaan
africa selatan vs mexico

June 6, 2010

LBS



Oleh kerana, ramai kawan2 baik diblog atau FB
mengatakan tentang keterujaan ttg filem baru
Lagenda Budak Setan(LBS), maka aku pun pegi la
tengok............... komen aku.

1. memang lain sedikit...ceritanya, byk imaginasi
tak leh lari macam kita baca novel bkn tgk filem....
(contoh, awek leh tukar wajah)
kata org...filem ini kurang logik sikit...

2. view cerita ini mmg cantik...pandai cameraman shoot...
sbb nampak hidup...dalam cite ni pokok sebatang diterangi
cahaya tebenam matahari ....mmg cantik...beberapa kali scene
diorang shoot kat situ.............dlm hati tertanya2
kat mana view nie leh kita tgk? pandai diorang cari...

3. pelakon.....macam ada yg tak kena, la..
tapi tak tau nk komen macam mana...mungkin lebih
best kalau bukan farid kamil ngan lisa surihani yg berlakon.
sbb dah biasa tgk diorang berlakon sama2...kurang sikit
terujaannya........

4. keselurahanya ok la.. dari 5 bintang leh bagi 3.5
boleh tengok ....tak rugi....

p/s: ramai cakap sedih bila cite ni...part mana
yg sedih? tolong aku..sbb aku tgk tak
sedih pun........

June 3, 2010

daulat tuanku



DAULAT TUANKU.....

5hb bersamaan hari sabtu....
hari keputeraan Yang Dipertuan Agong(YDPA)

semoga Malaysia bertambah makmur dan harmoni
dibawah pemerintahan Tuanku....

YDPA adalah ketua angkatan tentera..
YDPA ialah payung kepada seluruh
rakyat jelata........ daulat tuanku

June 2, 2010

baik baik sahaja



semoga hari ini baik baik sahaja hendaknya
kepada sukarelawan2 malaysia yg ditahan
di israel..harapnya2 dpt dilepaskan dengan
segera.....

dunia sudah menunjukkan belang
mereka...... jika, seorang rakyat barat mati ditembak
maka gempak gempitalah...bahawa pengganas
telah membunuh rakyat mereka. kita mesti mengutuknya
tapi bila tentera israel membunuh 19 0rg maka
itu mempertahankan diri, katanya...walaupun dlm kapal tu
satu senjata api pun tak de...inilah keadilan sejagat
namanya........serius ini akan berterusan, percaya la..

yg kita kat negara ni pula...agak2 la..sudah2 la guna khidmat apco
tu...yg sudah sudah la....banyak company lain lagi...

YANG BAIK BAIK SAHAJA.......hendaknya

June 1, 2010

selamat berjaya










petang semalam..diopis kami meraikan
hari terahkir salah seorang sahabat kami.
Ahmad Shafie... seorang staff senior kami
yang telah meletakan jawatannya utk menceburi
bidang perniagaanya...

selamat berjaya kami ucapkan...kepadanya
segala tunjuk ajar dan nasihat diucapkan ribuan terima
kasih...........

http://shafieuruttradisional.blogspot.com/
nama blognya........dan beliau akan
meneruskan secara serius dlm bidang ini.
kepada kawan2 bloger yg nak berurut
bolehla melawat blognya, disitu terdapat
number phone dan alamat tempat operasinya.

GOOD LUCK PIE