February 11, 2009

ikan

aku dapat email...pasal wanita ngan ikan so korang kategori apa?...dan pilihan korang apa? hehehehehe dan satu lagi setuju ke? Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda? IKAN SALMON Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….INI WANITA BERKERJAYA.....
IKAN ARWANA Kalau yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.... INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas
IKAN MAS KOKI ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... INI BINI ORANG.......
IKAN BANDARAYA Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...INI AWEK ALIM,
IKAN KELI Kalau yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hatiINI AWEK TEPI JALAN........
IKAN BILIS Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.... INI BINI SENDIRI....

pisang

pisang emas pisang berangan
pisang emas ngan pisang berangan kalau makan
lepas makan nasi kandar kat kedai mamak
alangkah nikmatnya......
kenapa ya...... rasa lega bila makan pisang
selepas makan nasi kat kedai mamak...
adakah kari mamak itu pelengkapnya pisang...
entahla...tapi mmg best lepas makan kena pisang nie.......
pakar makanan kena kaji..apakah tindak balas kimia
yang dilepaskan oleh pisang bila bercampur dengan
kari nie.....
mata semakin layu...
tahan waktu keje tak abis lagi nie
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

February 10, 2009

seri lagi

chelsea.... seri lagi
keputusan hari minggu lepas
menyebabkan chelsea terperosok
ke tangga 4 liga....
keputusan ini telah menimbulkan
spekulasi bahawa pengurus chelsea
mr scolari akan dipecat dari jawatanya..
hmm, waktu liga sudah masuk
ke pusingan ke 2....
maknanya...liga sudah separuh jalan
kalau pecat sekarang...sempatkah
penggantinya untuk membentuk pasukan
masalah nie.............
chelsea oh chelsea....
kenapa ko seri.......

ong bak 2

hmmm citer nie aku dah tengok tapi....
kecewa sikit .... entahla mungkin pengarah
dia terlalu tumpukan kepada seni dan budaya
siam sehingga menggurangkan kepada jalan
atau plot cerita....
walaupun aksi pertarungan hebat..
tapi apa guna pertarungan yg hebat
jika penceritaannya entah apa apa...
plot ceritanya tergantung gantung...
sekejap sini sekejap sana....
sekejap latarnya watak dewasa
sekejap latarnya watak kanak2
entahlah yang mana diutamakan
keseluruhan cerita nie bagi aku biasa2 je
kelemahan pada skrip dan lakon layar
aksi pertarungan sahaja yang boleh dikatakan
hebat dan menarik....
kata orang nak tgk org berlawan baik tak yah
wat filem baik tengok dokumentari...
cerita kena ada.......kan
lain org lain pendapat
tapi ini pendapat aku......
c+ sahaja...ratenya...

February 7, 2009

cheat game..

sape boleh tolong aku....
sesiapa yang tau cheat untuk
game frontline fields of thunder tolong2
la bagi tau aku.... susahnya aku main game nie
tak leh nak menang...asyik kena je...
tension ....
tolong la...............

February 6, 2009

roti canai

selain dari nasi lemak...makanan
kegemaran rakyat malaysia diwaktu pagi
petang dan malam ialah roti canai....
roti canai memang sedap.....
harga roti canai sekarang lingkungan
rm 0.70 - rm 1.00 sekeping....
bergantung kepada tuan punya kedai...'
aku, kalau tak de nasi lemak...
mesti kena rocai( singkatan roti canai)
tapi kena pilih dia punya kuah dahulu...
sebabnya..kebanyakan rocai rasanya semua sama'
yang membezakannya adalah kuahnya...
rocai kedai mamak memang sedap....
tapi kuah dia kadang2 ok kadang2 tak...
itu masalahnya....
rocai kedai melayu...terkenal dengan kuah yang'
sedap...baik dal atau kari... masakan melayu
berbeza ngan mamak.... aku lagi suka
rocai kedai melayu....tapi payah jugak nak jumpa....kat kl nie
kalau kat ampang food court bunga tanjung tue....
ada sebuah kedai makcik(melayu) yang jual rocai nie..
walaupun rocai dia tak segebu kedai mamak
tapi kari dia fuhhhhhhhhhhhhhh sedap betul
aku penah hirup kari dia macam hirup sup
sedap betul....
tapi rocai tak leh makan selalu sbb
kolestrol tinggi dan menggemukkan..
tapi kalau dah suka..hentam sajalah...

February 5, 2009

kerajaan Perak......

pejabat sultan negeri Perak telah memaklumkan
keputusan Sultan Perak
bahawa Dun Perak tidak akan dibubarkan...
aplikasinya... kerajaan PR telah jatuh secara rasmi
dan Bn akan mengambil alih kerajaan Perak...
kemelut politik di negeri Perak, boleh dikatakan
telah tamat....
satu je yang aku minta...parti parti politik
janganlah menyalahkan paduka Sultan Perak...
ini kerana, Sultan Perak jugak terikat dengan
perlembagaan dan Undang undang Tubuh negeri Perak...
Kepada PR...pihak kamulah yang tidak menjaga
ahli ahli kamu dengan betul sehingga sanggup melompat...
kepada BN ... pihak kamulah yang mencuri undi2 rakyat
perak yang telah memberi kepercayaan kepada PR untuk
memerintah negeri Perak...
dalam situasi ini, kedua dua pihak hendaklah berhenti
sejenak dalam berpolitik.....utamakan rakyat negeri Perak...
kepada Tuanku...kami rakyat biasa dibawah pemerintahan
Tuanku menerima apa sahaja keputusan Tuanku.... Daulat Tuanku
berhenti sejenak...kepada semua...
tunggulah pada PRU yang ke 13 nanti...
rakyatlah yang akan membuat keputusan semula...