May 9, 2010
chelsea
diawal2 musim...masih lagi teringgat dengan kata2
mr sheby penggulas sukan yg popular diastro...
menurut beliau tahun utk musim 2009/2010 ini pasukan
chelsea dilihat tiada peluang utk muncul juara EPL...
ini disebabkan oleh faktor usia dan pengurus yg baru...
hujah beliau..liga english ialah corak permaianan yg pantas ini
akan menyebabkan pasukan yg mempunyai purata umur 29-30
akan mengalami masalah contohnya chelsea...
hujah kedua beliau ialah kemampuan pegurus baru dlm mgadaptasi
corak liga english yg berbeza dgn liga italy...ini akan menimbulkan
masalah....
walaupun hujah2 mr sheby nampak logik ...namun mr sheby terlupa
faktor utamanya? iaitu kemampuan team lain dlm EPL. aku secara peribadi
walaupun chelsea tak menang epl tapi aku puas...sbb team ini telah menang
home dan away dgn team2 utama spt Mkayu Arsenal dan liverpool. ini
membuktikan bahawa chelsea adalah the true champ................
tak sabar nak tunggu berita baik mlm nanti........
keputusannya...
chelsea menjuarainya
liga inggeris...........
May 8, 2010
silly mistake
silap....?
siapa yg tidak pernah buat silap?
bagaimana tahap kerosakkan akibat dari
kesilapan tersebut?
bolehkah kita membetulkan kesilapan itu..?
bulan lepas aku ada buat kesilapan yg amat bodoh
abis.......tak tau apa kesannya....nanti
mmg salah aku dan silap aku..cuai
apa2 pun yg terjadi aku redho je..
manusia tiada yg lepas dari melakukan
kesilapan.........
siapa yg tidak pernah buat silap?
bagaimana tahap kerosakkan akibat dari
kesilapan tersebut?
bolehkah kita membetulkan kesilapan itu..?
bulan lepas aku ada buat kesilapan yg amat bodoh
abis.......tak tau apa kesannya....nanti
mmg salah aku dan silap aku..cuai
apa2 pun yg terjadi aku redho je..
manusia tiada yg lepas dari melakukan
kesilapan.........
May 6, 2010
phone........?
komunikasi.... payah la jumpa orang yang tak ada
handphone.... confirm la mmg payah.
maknanya handphone sudah menjadi sebahagian
hidup kita semua....
seseorang akan mengelabah jika handphonenya
tertinggal dirumah jika ia keluar ke tempat keje atau
kemana-mana...dan begitu juga sebaliknya....
umpamanya jika tiada handphone ditangan umpama
tidak lengkap seseorang itu.......
apa kata hari ini....kita cuba tutup handphone kita
seminggu dan cuba hidup tanpa handphone
boleh ke tidak.....?
cuba la........hehehheheheh
confirm ramai yg takleh....................
p/s; handphone gua tu usia dah hampir
5 tahun...masih elok bateri pun tak penah tukar
sbb gua suka tutup handphone heheheheh
May 5, 2010
nuke reactor
dengar cerita menjelang 2021 malaysia
akan mempunyai reaktor nuklear sebagai
salah satu sumber tenaga....
wah dahsyat tue.........soalnya
tempat atau kawasan mana yang
akan terpilih utk ditempatkan reaktor
tersebut........rasanya banyak masalah
nanti tue.................
malaysia sekarang sumber tenaga kebanyakkanya
dijanakan oleh air...melalui empangan2 yg dibina utk
menghasilkan tenaga elektrik....selain dari arang batu
dan gas diesel......soalnya perlu ke tenaga nuklear ini?
adakah empangan kita dah kurang air ke?
harap2nya tiada la maslah yg akan muncul nanti..
jgn main2 ngan nuklear ni.......bahaya oooooooooooi
May 4, 2010
diplomasi
hubungan antarabangsa adalah aspek yang penting
dalam seni diplomasi antara sesebuah negara.
sebagai contoh jika kita mempunyai hubungan yg
erat dgn sesebuah negara lain maka kebiasaanya
hubungan diplomasi akan berjalan dengan senang
dan teratur....banyak perkara yg berbangkit akan dapat
diselesaikan dengan mudah....
contohnya (kebanyakkan negara ASEAN dan asia)berbeza jika kita mempunyai hubungan yg agak kurang erat
dgn sesebuah negara yg lain.... maka proses diplomasi
antara negara kita dengan negara tersebut akan mengambil masa
yang lama....dlm sesetengah hal....perkara yg mudah utk diselesaikan
akan mengambil masa bertahun tahun utk diselesaikan.. diplomasi sebegini
sebenarnya merugikan kedua-dua pihak..contonya (singapura)
dan lebih berbeza jika kita mempunyai hubungan yg buruk
dgn sesebuahnegara...maka proses diplomasi bolehla
dikatakan macam melepaskan batuk ditangga....
dgn kata lain...masing2 kurang berminat untuk menjalin
hubungan sesama negara...
hanya kerana formaliti sahaja yg menyebabkan
negara kita ada hubungan dengan negara tersebut
...contohnya ( serbia)
langsung tidak mengiktiraf atau mengakui kewujudan sesebuah negara lain
maka dgn kata lain negara tersebut langsung tidak mempunyai hubungandiplomasi dgn negara kita .....
contohnya.. (israel)
knp aku cerita pasal hubungan antarabangsa? sbb dlm banyak hal
kita lihat negara kita amat rugi dlm setiap rundingan dengan negara lain.
dgn kata lain tahap diplomasi kita amat lemah......
contoh... bagaimanapulau batu putih jatuh ketangan singapura.
bagaimana blok minyak M dan L jatuh ketangan brunei...
bagaimana kita gagal memaksa filipina utk membatalkan
tuntutan terhadap sabah diPBB(masih ada)...
bagaimana urusan dengan blok Ambalat dgn indonesia...?
bagaimana soal pensempadanan darat malaysia dan thailand...
isu2 yg disebut diatas dikira senang sbb kita mempunyai hubungan rapatdengan negara2 ASEAN ini. namun our diplomasi dilihat gagal utk berfungsi
dengan baik...........belum lagi dengan negara2 yg sukar utk dirundingkan. bayangkanla?
yang selalu kita dengar hanya situasi menang menang....
ada ke? menang -menang ini
May 2, 2010
pilihanraya umum UK 2010
awal bulan ini ...UK akan mengadakan general election
untuk memilih ahli2 parlimen serta adun untuk membentuk
kerajaan mereka...... kenapa ianya menarik?
sebab kebanyakkan sistem yg ada dinegara kita hampir serupa
dengan sistem mereka. sbb itu menarik utk dikaji....
seperti yg diketahui...di UK ada 2 party utama yg sering bertukar2
kerajaan... labour party dan conservative party....namun ahkir2 ini
terdapat satu lagi party yg boleh mencabar kedua dua party tadi..iaitu
liberal democrat party..atau dikenali dgn nama green party..
kerajaan semasa di UK sekarang diperintah oleh labour party diketuai
oleh prime minister Gordon brown .... ketua pembangkang pula ialah
ketua party conservative David Cameron... mengikut kajian atau ramalan
dari pihak pengkaji di Uk kemungkinan kerajaan semasa akan tumbang.
namun party conservative kemungkinan tidak akan mendapat majority yg
jelas utk membentuk kerajaan... sbb itu party ketiga liberal democrat dilihat
amat penting dlm pilihanraya ini.........
perjalanan general election (GE) di UK berjalan penuh dengan semangat demokrasi
yg tinggi. kita semua mesti mengakui bahawa org barat lebih terbuka dlm hal2 berkaitan
seperti pilihanraya ini........ contohnya la....pihak kerajaan dan pembangkang di UK boleh menggunakan
BBC. BBC ni.sama macam RTM la... untuk mengadakan kempen...kalau kat sini macam tak de je...
contohnya pilihanraya kecil hulu selangor.. kalau tgk RTM dan TV3 rasanya barisan nasional
je yang bertanding...sbb tak tau parti satu lagi buat apa...itu yg pelik sikit...
dan org2 di UK tidak digelar pengkhianat jika tidak menyokong party kerajaan yg memerintah..
tidak seperti di Malaysia...org yg tidak menyokong parti pemerintah digelar pengkhianat dan tidak
mengenang budi....entahla....boleh ke macam tue....?
tapi kemeriahan pilihanraya tetap sama dengan negara kita...
suruhanjaya pilihanraya(EC) malaysia acuannya diambil dari UK juga... pihak istana yg berkuasa melantik
ahli2nya dengan nasihat perdana menteri.... sama macam kita. namun kuasa EC selepas dilantik tidak ada
kena mengena dgn kerajaan yg memerintah. tanggungjawab mereka hanya terus kepada perlaksanaan pilihanraya tanpa perlu campur tangan dari parti pemerintah. aku tak kata EC malaysia tak adil ya..
kalau tak adil macam mana pembangkang leh menang 4 negeri kan? jawapan2 yg biasa aku dengar dari
pengerusi dan timbalan pengerusi EC.....
ada fakta yg menarik ttg parlimen UK... rupanya -rupanya parlimen meraka sudah lama
tiada party yg pernah mendapat 2/3 majoriti....patutla perlembagaan negera UK tak penah
berubah... rupanya tak leh nak ubah..... sbb tak de 2/3 majority....kalau ada persempadan kwsan
semula utk pilihanraya pihak EC akan memberi laporan kepada kedua2 party kerajaan dan pembangkang
supaya dua2 pihak setuju... baru leh pinda perlembagaan...
fakta parlimen kita lak....kerajaan yg sentiasa ada 2/3 majority utk mengubah sempadan
pilihanraya tanpa perlu mendapat persetujuan dgn pihak pembangkang...tahun ini..kena bincang
kot dgn pembangkang? tak payah ....dengar cite byk dah melompat? leh la pinda perlembagaan..
apa2 pun...di uk party mana yg menang pun... dasar luarnya yg sentiasa menyokong
USA amatlah menyakitkan hati kita... walaupun kita dgn UK dlm kesatuan komanwel
UK seperti tidak mengendahkan pandangan dari negara kita.........dgn kata lain sama je
kalau dah bangsa penjajah tu..............
nasib baik...liga bola korang best....hehehehehe
sorry cerita politik sikit.....sape tau
apa nama party di UK jika mengikut loganya....
May 1, 2010
sabtu... first may
hari sabtu yang ceria.........
cuaca begitu baik........
hari yg istimewa kepada semua
kaum2 buruh di Malaysia dan seluruh dunia...
pekerja berinovatif penggerak tranformasi
lebih kurang la tema sambutan hari buruh dinegara kita
untuk tahun ini....
sempena cuti umum ini....boleh la berehat ...
pegi tengok wayang ke...bersantai atau membuat
xtvt yg baik2 hendaknya........
Ip Man 2..... sudah ditayangkan dipawagam...
sesiapa peminat cerita mempertahankan diri
bolehla menontonya....best...
aku dah tgk semalam....
Subscribe to:
Posts (Atom)






