June 15, 2010

bola itu bulat



dia datang 4 tahun sekali
kemeriahan begitu teruja dihati
team pujaan sentiasa dipuji
menang dah kalah tiada yg rugi

berpesta kita selama sebulan
sebulan yg penuh debaran
hati gelisah dikeruan
melihat team pujaan jadi ratahan

gelombang merah gelombang putih
pekikan dan sorakan dengan gigih
bola menerjah ke gawang bertatih tatih
jika kalah jangan la bersedih


ya.. bola itu bulat
ya ..bola itu mampat
ya.. bola itu tidak kuat
ya...bola itu tidak lekat
ya..bola itu kena rembat
ya.. bola itu keramat...

pesta belum tamat...jadi jgn cepat terasa penat
tunggu............

June 11, 2010

the three lions



oleh kerana...pasukan kebangsaan kita Malaysia
masih gagal utk melayakkan ke piala dunia..
so penyokong2 dinegara ini masing2 mencari pasukan
negara lain(yg bertanding) utk disokong...

aku, tahun ini pilih pasukan the three lions utk disokong...
sbb... pasukan england tahun ini dilihat mantap dari semua posisi
kata org cukup ramuanya utk menjadi juara pada edisi, kali ni.

menang kalah adat pertandingan......
so aku tetap memilih england sebagai pilihan
utama utk menjadi juara........

England england england..

p/s; empat watak utama chelsea akan menggerakkan
pasukan england kali ini...JT, lampard, dan Cole yg tak bersaudara.

June 9, 2010

bila?



sebenarnya hati ini sudah tidak keruan lagi
lupa, sasau dibuatnya... sudah tidak sabar
lagi..... masa terasa lambat sgt sekarang ni...
bila la nak start world cup ni.....

aku dah tak sabar dah ni....

lambat benor rasanya..........
cepatlah start bola ni..hari minggu tidak lagi
akan terasa hambar

p/s: jgn lupa hari jumaat ni
pukul 10 mlm...perlawanan pembukaan
africa selatan vs mexico

June 6, 2010

LBS



Oleh kerana, ramai kawan2 baik diblog atau FB
mengatakan tentang keterujaan ttg filem baru
Lagenda Budak Setan(LBS), maka aku pun pegi la
tengok............... komen aku.

1. memang lain sedikit...ceritanya, byk imaginasi
tak leh lari macam kita baca novel bkn tgk filem....
(contoh, awek leh tukar wajah)
kata org...filem ini kurang logik sikit...

2. view cerita ini mmg cantik...pandai cameraman shoot...
sbb nampak hidup...dalam cite ni pokok sebatang diterangi
cahaya tebenam matahari ....mmg cantik...beberapa kali scene
diorang shoot kat situ.............dlm hati tertanya2
kat mana view nie leh kita tgk? pandai diorang cari...

3. pelakon.....macam ada yg tak kena, la..
tapi tak tau nk komen macam mana...mungkin lebih
best kalau bukan farid kamil ngan lisa surihani yg berlakon.
sbb dah biasa tgk diorang berlakon sama2...kurang sikit
terujaannya........

4. keselurahanya ok la.. dari 5 bintang leh bagi 3.5
boleh tengok ....tak rugi....

p/s: ramai cakap sedih bila cite ni...part mana
yg sedih? tolong aku..sbb aku tgk tak
sedih pun........

June 3, 2010

daulat tuanku



DAULAT TUANKU.....

5hb bersamaan hari sabtu....
hari keputeraan Yang Dipertuan Agong(YDPA)

semoga Malaysia bertambah makmur dan harmoni
dibawah pemerintahan Tuanku....

YDPA adalah ketua angkatan tentera..
YDPA ialah payung kepada seluruh
rakyat jelata........ daulat tuanku

June 2, 2010

baik baik sahaja



semoga hari ini baik baik sahaja hendaknya
kepada sukarelawan2 malaysia yg ditahan
di israel..harapnya2 dpt dilepaskan dengan
segera.....

dunia sudah menunjukkan belang
mereka...... jika, seorang rakyat barat mati ditembak
maka gempak gempitalah...bahawa pengganas
telah membunuh rakyat mereka. kita mesti mengutuknya
tapi bila tentera israel membunuh 19 0rg maka
itu mempertahankan diri, katanya...walaupun dlm kapal tu
satu senjata api pun tak de...inilah keadilan sejagat
namanya........serius ini akan berterusan, percaya la..

yg kita kat negara ni pula...agak2 la..sudah2 la guna khidmat apco
tu...yg sudah sudah la....banyak company lain lagi...

YANG BAIK BAIK SAHAJA.......hendaknya

June 1, 2010

selamat berjaya










petang semalam..diopis kami meraikan
hari terahkir salah seorang sahabat kami.
Ahmad Shafie... seorang staff senior kami
yang telah meletakan jawatannya utk menceburi
bidang perniagaanya...

selamat berjaya kami ucapkan...kepadanya
segala tunjuk ajar dan nasihat diucapkan ribuan terima
kasih...........

http://shafieuruttradisional.blogspot.com/
nama blognya........dan beliau akan
meneruskan secara serius dlm bidang ini.
kepada kawan2 bloger yg nak berurut
bolehla melawat blognya, disitu terdapat
number phone dan alamat tempat operasinya.

GOOD LUCK PIE