October 21, 2010
ucap utama...
mendaya bangsa....
tema ucapan dasar presiden parti melayu yg terbesar
aku tertarik dengan fakta yg diumumkan...
perkara2 seperti 153, 159 , 3 , 160 dlm perlembagaan
ada perkara asas yg sukar utk diubah melainkan dgn
persetujuan majlis raja2....
so... hujah mengatakan pihak sebelah sana nk
mengubah dasar2 perlembagaan yg menjadi umpan
dikampung2 sudah tidak lagi relevan lagi...
cari hujah lain lepas ni k....
p/s: gadis yg dilaorkan hilang sebenarnya melarikan diri
dan bekerja di bukit bintang... hehehe kalau x nak kawin
cakap saje la...tak payah la lari2 wat pening kepala org je...
budak2 sekarang pelik...aku menengoknya
October 19, 2010
sidang
nampaknya ruangan blog ini semakin sunyi
ramai orang sudah mengalihkan pandangan
ke FB....hmmmmmmmmm
hari ini sebuah parti melayu terbesar akan mengadakan perhimpunana
agung tahunannya........di PWTC...
kita tunggu dan lihat apa isi kandungan perbahasan kali ini...
selamat bersidang...................
p/s: sbb tahun ni tk de pemilihan so kurang sikit
politikingnya.....kurang meriah jika dibandingankan
dgn persidangan yg ada pemilihan
October 16, 2010
pasca bajet 2011
strategi utk menggalakkan sektor swasta memacu ekonomi
negara adalah langkah yg bijak dan tepat....
tapi macam glc yg melabur....takde pun company2 lain ke..
awal lagi...kot........?
pembinaan bangunan 100 tingkat...? mcm mana nk ckp
harap2 berjaya la...
pusat atau akademi bola sepak dipahang...harap2nya
akan berjaya mengeluarkan pemain bola yg berkualiti
setanding dgn pemain anatarabangsa....
rm 500... org keje kerajaan seronok la.......imam, ustaz, ketua kg
tok batin dan lain2...seronok gak...
300 item akan dikecualikan cukai..lepas ni kalau harga mahal lagi
peniaga tipu la...termasuk harga handphone...mesti kena turun
rasanya kalau tk silap cukai perkhidmatan akan dikenakan
utk tv berbayar(astro)....camne nk tgk bola ni..kalau astro mahal
sangat...susah gak....ni( risau bola je)
entah jadi ke tidak Plus akan dimiliknegarakan? kalau jadi
bagus gak...tapi yg pasti pembekuan kenaikan tol 5 tahun
mmg...melegakan..
defisit berjaya dikurangkan...tapi hanya 0.2 peratus sahaja
tak pe la...pelan2 kayuh kata org.............
p/s: macam mana...ada tranformasi tak bajet kali ni...?
October 12, 2010
pra..bajet 2011
ya....setiap tahun pada bulan oktober negara kita
akan membentangkan bajet tahunan untuk tahun hadapan..
maka pada jumaat ini menteri kewangan akan membentangkan
rancangan belanjawan diparlimen untuk bacaan kali pertama...
isunya...apakah harapan rakyat Malaysia terhadap rancangan
belanjawan pada kali ini.........
sesetengah orang mungkin berkata ...buat apa sibuk2 tau la
kerajaan uruskan... sesetengah org mungkin kata, tak de apa yg boleh
kita buat dlm urusan bajet negara.... walau apa pun tanggapan..
paling kurang kita kena ambil tahu ttg wang negara bagaimana ianya
akan dibelanjakan... bukan apa utk kita semua juga.....
so.........apa harapan kita ....?
p/s: dengar cerita bajet kali ini digelar bajet pra election...
betul ke tak tak tau la...tak leh nk ramal heheheh
October 10, 2010
ahli nujum
Nostradamus....ya nostradamus seorang ahli nujum
dizaman pertengahan...seorang berbangsa perancis...dan
hidup dizaman awal zaman Renaissance ...so dah jadi sejarah
persoalannya kenapa orang barat sekarang begitu mengambil
perhatian atau berat tentang ramalan2 yang telah dibuatnya..
kenapa? apakah keistimewaanya...
bayangkan dalam histroy chanel siap ada episode
yg diberi nama nastradamus effect... knp begitu beria ria?
korang ambil peduli tak ttg ramalan2 nostradamus ni...
p/s: macam ada sesuatu sahaja....tapi apa dia ya...
October 5, 2010
PRK.....
khabarnya nanti ada pesta dinegeri Kelantan...
al maklumla ada pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan.
tapi pihak SPR masih belum lagi mengumumkan tarikhnya
kemungkinan hari jumaat ini barulah SPR akan umumkan
tarikh penamaan calon dan pilihanraya.
bunga2 kempen sudah boleh dilihat di suratkhabar dan TV..
parti yg dijangka akan bertanding kemungkinan lawan yg sama
pada tahun 2008 yg lepas. PAS dari pakatan rakyat dan Umno dari
Barisan Nasional... nak ucapkan selamat berjaya la pada kedua2
pihak yg bertanding ....selamat mengundi juga untuk penduduk dikawasan
DUN Galas....anda semua akan dimanjai oleh kerajaan pusat atau kerajaan
negeri dalam tempoh berkempen nanti.............
gunakan peluang dengan sebaik-baiknya.
p/s: sekarang ni yg panas bukan soal calon yg bertanding tapi soal
siapa yg akan menjadi ketua jentera kempen. pelik betul la...selalunya
soal calon....memang seronok suasana politik di Malaysia ini.
memang meriah.... macam2 ada..
October 4, 2010
pegi kenduri
selamat pengantin baru buat
siti saudah dan pasangan saiful
semoga bahagia hingga ke anak cucu
p/s: jalan minggu ni boleh tahan sesaknya
maklumla minggu terahkir bulan syawal...
Subscribe to:
Posts (Atom)

