October 22, 2011

dunia hari ini



Muammar Ghadafi telah pun mati ditangan rakyatnya sendiri...
yang menjadi buah mulut dikalangan masyarakat Umum dimalaysia
ialah cara kematianya yang dilihat agak kejam. begitulah bukan
semua bangsa didunia sama dengan org melayu yang  mempunyai
tahap simpati yang tinggi.........(tak tau elok ke tak sikap sebegini)
semoga libya terus selamat selepas ketiadaan ghadafi...sama2 kita
doakan yang terbaik utk saudara2 kita disana...

Dimalaysia kecoh pula pasal pergantungan Dr Aziz Bari...katanya
pergantungan ini untuk memudahkan proses siasatan dalaman
UIA....(reaktor UIA). Selapas solat jumaat student telah menunjukkan
ketidakpuashatian dgn tindakan pihak pentadbiran UIA thadap isu
ini... selepas itu keluar pula kenyataan dari Persatuan kakitangan
 Akademik UM dan Persatuan Kakitangan Akademik UIA yg tidak
bersetuju dengan situasi sekarang. dengar cerita Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi juga tidak bersetuju...

Aku sebenarnya tidak peduli sangat artikel Dr aziz Bari dimalaysiakini
yang menyebabkan polemik ini timbul...tapi yang aku pasti...artikel itu
sikit pun tidak dapat mempengaruhi aku utk tidak menghormati sultan..
entah kenapa report polis dan kepentingan UIA boleh terjejas dgn
artikel tersebut...........itu yg menjadi kemusykilan..pada aku la.

sebenarnya kadang2 yang gelap itu diterangkan dan yang terang itu digelapkan
sama-sama kita fikirkan.

p/s:bukan maksud hati mengulangi segala yang terjadi

October 17, 2011

betul2 besi ni



wah.........dah lama tak tengok wayang hollywood cite
yang best..(kurang propaganda dan kepura-puraan)
rasanya cerita Real Steel memang gempak dan menghiburkan
sesuai untuk semua golongan....

setakat ini.... movie real steel rasanya buah tgn terbaik
dari hollywood utk tayangan pada tahun 2011...

ok...rugi siapa x tengok lagi....

p/s:best gila

October 12, 2011

pertandingan


pertandingan menulis cerpen
timenya dah nak abis....
cadangnya nak masuk tapi macam
tak sempat...........

idea..susah betul nak keluar blur...........


p/s: kadang2 yang dirancang tak menjadi

October 9, 2011

sudah...bentang


menarik...byk memberi one off kepada
kumpulan sasar rakyat.......

ketua pembangkang...ulasan yg pertamanya, kerajaan
tidak mampu melaksanakannya...

tapi Pm jawab balik bunuh diri namanya kalau umum
tak laksanakannya.....sama2 kita tunggu.

fakta yg tidak boleh diketepikan...sudah 14tahun
berturut2 belanjawan kita mengalami defisit. ada pengurangan
susahnya....kalau negara yang kurang wang mcm kita ini.
marilah kita semua berusaha dgn lebih jaya..dlm memajukan
negara.......

p/s: pekerja swasta mcm aku heheheh dengar je belanjawan
kali ini...x perlu kata apa2....

October 4, 2011

2012...kita belanja


minggu pertama setiap bulan oktober setiap tahun
adalah hari yang ditunggu. terutamanya pada hari
jumaat... kenapa? kerana masa inilah kerajaan
akan membentangkan belanjawan utk tahun 2012.

berapa banyak hasil yang dijangka..? dan berapa
banyak perbelanjaan akan disalurkan...
selain itu juga..rakyat akan melihat apakah
rancangan jangka pendek dalam mengatasi
masalah ekonomi domestik(maksud aku harga barang mahal
dan gaji kecik) semuanya ini dalam perhatian.

pakar2 ekonomi pula ..mungkin melihat kepada anjakan
paradigma kerajaan dalam menguruskan suasana ekonomi
dunia yang tidak menentu dan bagaimana untuk mengelakkan
negara dari terjerumus dari kemelesetan ekonomi...
semuanya menarik perhatian..para pengkaji.

defisit...bahasa kampungnya lebihan perbelanjaan dari pendapatan
dan bagaimana kerajaan menguruskan kali ini...semua sudah
sedia maklum..bahawa 5 tahun berturut2 negara kita berbelanja
lebih dari hasil...(5 ke 10 thn kurang pasti)...kalau berterusan
tidak mustahil negara kita boleh jadi muflis seperti Greece.

p/s: dengar cerita ketua pembangkang sudah mengumumkan
satu perbentangan perbelanjaan alternative untuk tahun 2012.
mari kita lihat ...pembentang kerajaan pula pada hari jumaat
ini...boleh buat penilaian...

September 24, 2011

Blitzkrieg


Blitzkrieg...dlm bahasa german bermaksud serangan kilat.
semasa perang dunia ke 2 ganeral2 german telah menggunakan
falsafah ini dlm merencanakan strategi perang mereka.

1939 serangan keatas poland merupakan cubaan pertama
dlm menggunakan falsafah Blitzkrieg ini. hasilnya begitu menakjubkan
dan dengan pantas german berjaya menawan polond.

semasa serangan ke barat eropah terutamanya pada mei 1940 keatas
peranchis ...tentera bersekutu (peranchis dan england) telah dikalahkan
dengan teruk oleh german dengan menggunakan strategi Blitzkrieg ini.

apa yang menarik sekarang jika kita perhatikan pada waktu ini negara
USA sering menggunakan strategi yang sama dalam sesuatu peperangan
moden ini. buktinya semasa perang iraq 2 dimana regim saddam husin
telah dihapuskan sama sekali.. kemasukan tentera dengan pantas menggunakan
kereta kebal telah menyebabkan tentera pertahanan iraq menjadi kelam kabut,.

pakar2 startegi perang perlu melihat secara realiti bahawa negara yg kuat
seperti USA akan acap kali menggunakan strategi ini...soalanya bagaimana
hendak menghalangnya........???????

p/s: dlm pilihanraya strategi Blitzkrieg boleh digunakan
bagaimana? heheheh org politik tau...mari kita lihat
siapa yang kena dlm PRU 13 nanti

September 8, 2011

SEjarah Negara KU....


Salam Aidilfitri....
selepas hari raya inilah entry yang pertama
ditulis diblog ini.

wacana tentang sejarah negara semakin hangat...
terus terang aku kata Utusan Malaysialah punca
segala kekalutan ini... Mat sabu hanyalah watak
tetapi utusan malaysialah yang menceritakannya..

ulasan ulasan selepas itu hanyalah watak2 sampingan
sahaja... aku tetap dengan pendapat aku...

""sejarah adalah fakta" yang berbeza hanyalah tafsirannya sahaja"
kita semua jangan terlalu kalut sehingga tidak dapat membezakan
antara tafsiran sejarah dan fakta sejarah"!!!!!!

p/s: apabila menyebut pasal tafsiran maka terserlah kepelbagaian
pendapat tentang (sejarah Malaysia pramerdeka) hanya jauhari yang
mengenal manikam.......renungkanlah
pic adira tue saja2 je letak