December 26, 2008
cuti lagi
minggu nie...last keje untuk tahun ini
sekajap jer rasa tahun 2008 ....
selamat datang tahun 2009
yahooo..............
minggu depan cuti seminggu....
5 hb baru start keje balik,,,
selamat tahun baru...
honda city baru
jumaat
December 24, 2008
cuti
sekarang nie musim cuti....
cuti perayaan hari natal
cuti awal muharam (tahun hijrah)
dan cuti tahun baru....(tahun masehi)
hmmmm seronok kat malaysia nie
banyak cuti.....
gunakkan cuti cuti ini dengan sebaik baiknya
(ckp kat diri sendiri nie) jangan buat perkara
perkara yang tidak berfaedah...........
selamat bercuti semuaaa
hukum
dewasa ini, suratkhabar banyak melaporkan bahawa tindakkan naib presiden pas datuk husam
yang mendakwa bahawa pas akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah malaysia
telah mendapat tentanggan dari pihak Pakatan rakyat sendiri iaitu dap dan pkr(parti bukan melayu dan islam)....
dikhabarkan juga mic dan mca(parti bukan melayu dan islam) juga tidak bersetuju dengan cadangan pas ini...
namun yang menjadi lebih pelik...pas dilihat keseorangan didalam hal ini...
bukankah ada sebuah lagi parti melayu islam dinegara ini. kenapa parti itu tidak membela
tentang hasrat pas itu........malahan telah mengambil peluang itu untuk menyindir pas. wajarkah?
selamat pagi malaysia didalam segmen akhbar hari ini...secara terang menerang menyindir pas
dengan hasratnya itu...bukakah tanggungjawab melaksanakan perintah Allah ini adalah tanggungjawab umat islam bersama... apabila parti bukan melayu dan islam terang menerang menolak hasrat pas...tidakkah wujud simpati diparti melayu islam yang terbesar ini
untuk membela pas... salahkah Pas dengan hasratnya.... adakah parti melayu islam yang terbesar itu langsung tidak mempunyai hasrat sikit pun untuk melaksanakannya...
apasalahnya jika polemik ini dipandang sebagai alat perpaduan dan mampu menyebabkan parti parti bukan melayu islam ini terkejut dengan pembelaan yang dibuat oleh parti melayu islam terbesar ini terhadap pas...(jika terjadi alhamdulillah). sebaliknya, hanya sindiran dan hinaan yang diterima oleh pas.
jika sebelum ini...pihak parti melayu islam terbesar ini sering melaung laungkan perpaduan melayu sebagai alat untuk meraih sokongan kaum melayu..nah inilah peluangnya...kata orang peluang untuk menunjukkan keikhlasan yang sebenar benarnya..........
ingatlah kita semua tanggungjawab kita ini...jangan sampai pula nanti kita disoal diakhirat kelak...politik politik jugak...tanggungjawab tetap dengan tanggungjawab...
December 23, 2008
pilihanraya kecil Kuala Terengganu
penamaan calon telah ditetapkan oleh SPR pada 6 hb Januari 2009 dan hari
pengundian pula pada 17hb januari 2009
disini parti - parti yang akan bertanding ialah BN diwakili Umno dan Pakatan
rakyat diwakili oleh Pas. namun begitu, maklumat awal menunjukkan banyak
calon calon bebas ingin mencuba nasib dikawasan berkenaan.
namun saingan lebih tertumpu kepada Pas dan Umno.
menurut laporan awal...pihak BN yang merupakan penyandang kerusi akan
mempertahankan kerusi ini dengan bersungguh sungguh untuk menunjukkan
pihak mereka masih lagi relevan setelah kekalahan di Permatang Pauh.
Pihak Pakatan Rakyat pula ingin mencuba untuk mengurangkkan lagi majoriti
BN di dewan rakyat.
Isu..pada waktu ini, masih kurang lagi kedengaran isu isu utama yang dimainkan
oleh kedua dua pihak.. masing masing masih lagi menunggu tarikh kempen pada 7 hb januari nanti
Namun begitu...pihak BN lebih awal mengumumkan calon mereka untuk kawasan P36 ini.
BN mempetaruhkan senator Datuk Wan Ahmad Farid. Pihak PR pula dijangka akan mengumumkan calon mereka pada 1 hb januari 2009.
dijangka ramai penyokong penyokong parti kedua dua pihak akan berkampung di kuala terengganu untuk membantu kempen parti masing masing. Meriah dengan kata lain
penduduk di Kuala Terengganu akan mendapat durian runtuh akibat kebanjiran orang luar dikawasan mereka.
kita sebagai rakyat malaysia amat- amat beharap supaya tiada kejadian yang tidak diingini
berlaku semasa tempoh kempen atau hari pengundian nanti.. disini kematangan berpolitik amatlah diharapkan dari kedua dua pihak. jangan pula nanti ayam menang kg tergadai...
demokrasi membenarkan rakyat sesebuah kawasan untuk membuat pilihan tentang calon2 yang mereka mahukan untuk dijadikan wakil mereka di dewan rakyat. namun demokrasi juga menuntut supaya pihak yang bertanding untuk mengikut semua peraturan peraturan undang yang sedia ada untuk menjamin proses demokrasi ini berlangsung.
selamat bertanding kepada calon calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dikawasan tersebut.... KEMATANGAN BERPOLITIK PERLU ADA .......kita tunggu dan lihat.
patah sayap terbang jua
sebuah novel karya Allahyarham Abdul Samad Ismail..terbitan tahun 1993 oleh creative enterprise
kisah berlatarbelakangkan tahun pemerintahan jepun di tanah melayu
..cerita tentang perjuangan golongan wartawan melayu..untuk membebaskan
negara dari golongan penjajah,.........
ayat paling best"mereka memulakan, tapi bukan meyudahkan"
semua pakar2 sejarah setuju dengan penyataan diatas bagaimana
bermulanya penentangan orang melayu terhadap penjajah....
kadang kadang seronok jugak baca novel klasik camnie...
Subscribe to:
Posts (Atom)




