June 30, 2009

bintang

meneroka bidang baru
mencuba kepelbagaian dimensi
menerobos benteng benteng ilusi
mengapai haluan pencapaian....
ya Malaysia boleh
bersediakah kita?
soalan yang sukar untuk
dijawab.........
rakyat malaysia adakah anda semua
sudah sedia...?
soalan yang payah utk diberikan jawapannya
tepuk dada tanya selera...
jika seleranya baik.....
selamat, jika tidak.............
tak tau nak tulis apa.........
faham2 sendiri je..................la

June 29, 2009

autobot

bayangkan menara petronas nie
boleh bertranform jadi robot.....
mesti gempak.......
hehehehe masih teringat ingat
ttg kehebatan movie tranformers
yg baru nie........
best oiii rugi la sape tak tengok lagi....
hhehehehehe

June 26, 2009

keadaan kita

apakah benar keadaan ekonomi negara
kita dalam jajaran yang tepat...
harap harap la.............
sesiapa yang pakar ekonomi
tolong beri huraian dan pandangan...
(yg tak pakar pun tak pe,,,,,)
leh kita bincang bersama sama......
P/S: semalam untung petronas berbilion bilion
banyak tue..........nasib baik ada minyak......

June 24, 2009

kelisa

ikan kelisa.......a.k.a arwana
sejenis ikan yang cantik dan menarik...
harganya boleh mencecah ratusan atau ribuan
ringgit...........kena betul2 minat ikan baru
boleh membelanya....
pic diatas ikan housemate aku....
aku tgk boleh...minat tak de...
heheheheheh
sekarang dah besar.....mmg cantik la...

June 23, 2009

spiderman termenung

kecewa....spiderman pun boleh kecewa

inikan pula manusia biasa..........

spiderman pun boleh marah....

inikan pula manusia biasa...

spiderman pun boleh bosan

inikan pula manusia biasa....

spiderman pun boleh letih

inikan pula manusia biasa....

so....hakikatnya kita ini hanya

manusia biasa sahaja..........

bisa melakukan kesilapan........

June 22, 2009

serangan gelombang ke 2

nak kena ada lampu ajaib ke?
mula2 negara kita masih mampu
menepis atau menghindari gelombang
pertama H1N1 nie.....
kiranya masih terkawal.....
rakyat masih kurang terdedah...
dengan bahaya penyakit ini...
kalau nak kena pun.....orang yg baru
balik dari oversea..............
tapi sekarang sudah ada kes
penularan tempatan......
maknanya kat sini pun leh kena
H1N1...tak payah pegi oversea....
ini bahaya, sebab kita kena lebih
berhati hati........terhadap wabak ini....
dengar maklumat ada beberapa sekolah
akan ditutup, akibat dari masalah ini....
susah , risau, semuanya ada sekarang ini.....
serangan gelombang ke 2 ini perlu ditanggani
dengan lebih teliti dan teratur.....
segala perancangan atau hebahan hendaklah
dilakukan dengan cepat, ini penting
supaya rakyat tidak tertanya2.......
semoga Malaysia akan selamat
dlm menghadapi bencana ini....
teruskan usaha pihak2 yang
bertanggungjawab.....kita rakyat
kena ikut segala arahan dan panduan....
yang telah digariskan..........
SELAMAT HENDAKNYA

June 19, 2009

laskar pelangi

laskar pelangi sebuah filem keluaran
dari negara jiran....pada tahun 2008
aku baru sahaja berpeluang tengok citer nie,
itu pun melalui vcd sahaja...........
cerita ini mengenai tentang 10 orang
pelajar yang gigih dalam mencari
pendidikan.....bukan hanya 10 orang pelajar
tapi, kegigihan 3 orang guru yang tidak jemu
jemu mendidik anak bangsa....walaupun
diakhir cerita tinggal hanya seorang guru sahaja
tapi masih setia untuk mencurah ilmu....
latar cerita ini pada tahun 1970an....
dan suasana kampung yang sgt
indah dan menarik....lokasi cerita ini
disebuah pulau dalam daerah kepulauan
sumatera................
yang menarik perhatian aku..ialah bahasa2
percakapan mereka yang begitu mirip
dengan dialek orang2 KL.....dimalaysia...
mungkin sebab cerita ini di daerah kepulauan
sumatera...dimana bahasa melayunya hampir
sama dengan kita.....aku kalau citer tue dari pulau jawa
aku dah kurang faham...walaupun bahasa indonesia digunakan
tapi cara petuturan org jawa dengan org sumatera jauh berbeza
pada pendapat aku la.....
cuba la tengok cerita nie....menarik....
tak sama dengan drama2 indon yang ada'
kat astro aruna tue....heheheheh