July 17, 2013

naruto talk about love






"I'm love a girl named sakura. Its one-sided on my part. Sakura is totally in love with a guy named sasuke. She tries so hard chasing after him and trying to win his love. When she's at it, her smile is the cutest. There's no explaining it. Before I realized, I was in love with her. I would never force her to love me". I'm happy when she get what she want.. That also make me happy". Naruto (shippuden episode 235)

Hakikat hidup tidak semua yg kita inginkan akan kita dapat. Kita hanya berdoa bahawa dia akan dapat yang lebih baik..

P/S: dlm cerita naruto semua ada :)

July 5, 2013

Rampasan



Rampasan Kuasa di Mesir oleh pihak tentera amat memilukan hati ini.
persoalan mengapa Presiden Morsi yg dipilih majoriti oleh rakyat Mesir
telah dijatuhkan secara rampasan oleh tentera. Apa keselahan besar Morsi?

Kita  masih ingat lagi bagaimana presiden turki dari parti Refah telah digulingkan oleh tentera
selapas 6 bulan menang pilihanraya pada tahun 1996. Apabila parti Refah diharamkan ..tayib edrogan
dan abdullah Ghaul pendokong parti refah telah menubuhkan parti baru iaitu AKP dan dengan
izin Allah s.w.t, parti itu telah menang dalam pilihanraya turki. Pihak tentera tiada alasan lagi untuk
campur tangan.

diharapakan ikhwan muslimin dapat mengambil iktibar dari peristiwa diturki. gerak kerja perlu disusun untuk memenangi hati naruni rakyat mesir. dengan sokongan sepenuhnya dari rakyat
mesir maka tiada pihak lagi akan mempersoalkan kemenangan ikhwan muslimin dimesir. In Sha Allah ...Islam akan tertegak teguh dibumi Mesir.

Anggap sahaja rampasan kuasa ini, satu ujian dan kita bangkit semula dengan lebih kuat.
In Sha Allah... Takbir

June 20, 2013

Lalu


Jika renung kembali masa lalu.. berapa banyak tempat kerja yang pernah kita buat.
Bukan apa, cuma ingin melihat pengalaman yang lalu untuk dijadikan panduan dimasa hadapan.

sejarah lalu umpama side mirror kereta... kadang-kadang perlu utk melihat supaya tidak
kemalangan tetapi jika selalu memandang kebelakang takut kita terlanggar org dihadapan..
maknanya masa depan masa lalu dan masa sekarang amat penting..

jom kita listkan kerja yang pernah kita buat.. :)

1. Perladangan
2.Pembuatan
3. perkhidmatan
4. kewangan

hmmm sharing is caring..

:)

June 18, 2013

fenomena


keindahan alam ...

April 15, 2013

siapa yg menang di P062 dan N021




Agak lama tidak menulis... bukan apa sebab seronok membaca tulisan orang lain.
sekalarang ini musim pilihanraya so, memang banyak penulis2 mengutarakan pandangan
dan pendapat mereka mengenai PRU 13 kali ini.

Masing-masing sudah mengenengahkan Manisfesto  pilihanraya. hmm sekarang terpulang kepada
rakyat malaysia untuk memilih parti mana yang mereka suka.

Aku akan mengundi diParlimen P062 dan DUN N21(perak).

kemungkinan parti yang bertanding untuk DUN N21 dari PAS vs BN(umno).
Namun Untuk kerusi P062 BN(MIC) vs PSM or PKR masih lagi belum tentu.
Ada juga calon2 bebas mencuba nasib untuk bertanding. Poster dan nama mereka
sudah ada dikawasan pilihanraya..

Peluang ...masih awal lagi untuk menentukan Parti mana yg akan menang utk kedua2 kawasan
tersebut. Weekend balik kampung...utk melihat kemungkinan2 pola pengundian pada kali ini..
amat sukar utk ditelah... Bagi kawasan DUN.. BN(UMNO) dilihat berpeluang cerah utk
mempertahankan kerusi itu, namun bergantung kepada calon yang dipilih ,,,dengar khabarnya
penyadang jawatan tidak bertanding lagi...

Bagi PAS calon mereka sudah diumumkan awal... calon ini pernah bertanding pada tahun 2004
so peluang untuknya utk menebus kembali kekalahanya dilihat agak cerah..namun bergantung kepada
strategi BN meletakkan calonnya di N21 ..faktor calon merupakan faktor paling besar kali ini. BN 53% dan PAS 46% dan 1% Bebas

Utk kerusi P062 ...susah utk dikomen. memang bergantung kepada parti mana yg akan bertanding..
jika 3 penjuru...maka BN akan menang mudah di P062. Namun jika satu lawan satu...BN berkemungkinan akan merampas kembali kerusi parlimen P062 ..kalau ikut peratusan skrg ini
BN 51% PR 47% dan 2% undi rosak atau calon bebas.

.............................
next week akan balik lagi... mungkin pola peratusan akan berubah...
sama2 kita tunggu....



March 26, 2013

kerajaan sementara



Nampaknya kita akan melalui satu lagi peristiwa bersejarah.. jika esok Dewan Undangan Negeri Sembilan tidak dibubarkan ,,,maka secara automatiknya DUN akan dikira terbubar sendiri. kenapa unik? belum lagi berlaku sejak kita mencapai kemerdekaan.. pada tahun 2013 lah yang pertama.(Kalau jadi la)

nampaknya Kerajaan Negeri sembilan mendahului dalam kes ini. Isunya..apakah perkara sebegini wajar untuk dilakukan? tepuk dada tanya MB anda sendiri.

berkaitan kuasa kerajaan negeri yang telah tamat tempoh..maka setiapa kerajaan ada penjaganya.. amalan biasa negara komanwel iaitu kerajaan yang sedia ada... yang akan menjadi kerajaan sementara. tetapi dihadkan dari melaksanakan keputusan2 eksekutif yang besar. ini kerana, dari segi adatnya utk menghormati rakyat jelata. kerana rakyat memilih kerajaan yg dahulu hanya utk tempoh tertentu sahaja.(tempoh sudah tamat)

Amalan selalunya yg kita semua sedia maklum...bila hampir tamat tempoh MB atau PM akan mengadap sultan utk pohon perkenan bubar..dan dalam masa yg sama dia dpt perkenan utk jadi ketua kerajaan sementara.. tapi kalau tak jumpa sultan..dia dikira menjadi ketua sementara ke?

P/S: Lepas ni elok bagi tau bila date mengundi
senang semua orang..nak apply cuti pun senang

March 6, 2013

KIta Punya



Banyak peristiwa berlaku sejak akhir2 ini...
Ada pihak menuntut hak kita yang telah sekian lama.
Persoalan sejarah menjadi sebutan. Ada orang tertanya2
akan perkara tersebut. Jika kita mengetahui sejarah penubuhan
negara Malaysia tercinta ini...maka kita semua tidak kalut
dengan dakwaan yang dibuat pihak tersebut.

Malaysia sebuah negara Baru(56 tahun bln 8 nanti)...Malaysia itu terbentuk
dengan kemasukan sabah, sarawak, dan singapura.(singapura telah
keluar dari persekutuan Malaysia). Adakah penubuhan Malaysia melalui
paksaan? semestinya tidak... kita ditubuhkan dengan cara demokrasi..dimana
punggutan suara telah diadakan diwilayah terbabit. apakah punnggutan suara itu
tidak demokrasi? Majoriti rakyat wilayah terbabit telah memilih untuk
bersama dengan kita. selepas 56 tahun merdeka... ada pihak lain pula
ingin menidakkan suara tersebut?

UN pada tahun tersebut telah mengiktiraf punggutan suara tersebut..
Jika hendak dibawa ke Mahkamah antarabangsa..ini adalah satu penghinaan
kepada kita semua. Bukan sebuah pulau yg dituntut...tapi satu negeri yg jadi
taruhan... kita tidak dapat menerima perkara sebegini. Api perjuangan sebelah sana
mungkin telah ditiup... harapnya api perjuangan kita disini janganlah luntur.
Tegas,tetap dan yakin dipihak yg benar mempertahankan hak kita. hapuskan terus
dakwa-dakwi ini. sudah cukup sudah....biar generasi akan datang tidak perlu
berhadapan tuntutan mengarut ini.

Angin keamanan menjadi cita2 semua. Tapi angin keamanan ini janganlah dijadikan
satu alasan untuk menuntut sesuatu yg tidak mungkin dipenuhi.

P/S; Kenapa Dgn Tiba2 Isu ini dibangkitkan?
sukar utk menekanya