October 31, 2012

AES ...apa tue?


Pemanduan secara berhemah dan mengikut peraturan lalulintas adalah
sesuatu yang dituntut... bukan utk orang lain,tetapi untuk diri kita sendiri.
Persoalanya kenapa ada pihak membantah perlaksanaan kaedah saman secara
elektronik ini?

Pelbagai hujah dan pandangan telah diberi oleh pelbagai lapisan masyarakat..
Jika kita perhatikan pola saman yang dikenakan kepada pengguna jalanraya
adalah berkaitan dengan had laju, perlanggaran lampu isyarat(merah) dan kesalahan
memotong di"double Line"..

Semua kesalahan ini secara asasnya amat merbahaya dan boleh mengakibatkan 
kemalangan.!!!!! maka AES ini dilihat baik utk keselamatan para pengguna jalanraya.

Namun begitu, MO ..AES ini ialah 24 jam...camera yg sentiasa terpasang disitu..
sepatutnya ada pengecualian utk ketika waktu tertentu...
ini kerana, dalam keadaan tertentu kesalahan2 diatas tidak begitu membahayakan
pengguna jalanraya...(jgn tanya saya waktu bila,,,kita semua guna jalanraya,masing2 tahu..setuju?)

Jika pengguna kerap tertangkap dengan camera AES ini, adakah pengguna tersebut akan
membayar saman? Ya, cukai jalan tidak dpt diperbahuri, adakah mereka tidak akan menggunakan
kenderaan? kesalahan akan jadi berganda-ganda...? objektif utk mengurangkan kemalangan
akan bertukar dgn mencambahkan lagi penjenayah dikalangan rakyat Malaysia..(sbb x bayar saman, maka mahkamah istihar sbg penjenayah)...

Untuk berlaku adil kepada sistem AES, kita tengok hasil dalam masa setahun sistem
ini dilaksanakan.. apakah kadar kemalangan dpt dikurangkan,? (objektif Utama)

BERHATI_HATI SEMASA MEMANDU...Anda diperhatikan

P/S:kenapa polis tidak sendiri yg menguruskan AES ini..
rakyat bertambah curiga..Persepsi!!!

No comments: