March 26, 2013

kerajaan sementara



Nampaknya kita akan melalui satu lagi peristiwa bersejarah.. jika esok Dewan Undangan Negeri Sembilan tidak dibubarkan ,,,maka secara automatiknya DUN akan dikira terbubar sendiri. kenapa unik? belum lagi berlaku sejak kita mencapai kemerdekaan.. pada tahun 2013 lah yang pertama.(Kalau jadi la)

nampaknya Kerajaan Negeri sembilan mendahului dalam kes ini. Isunya..apakah perkara sebegini wajar untuk dilakukan? tepuk dada tanya MB anda sendiri.

berkaitan kuasa kerajaan negeri yang telah tamat tempoh..maka setiapa kerajaan ada penjaganya.. amalan biasa negara komanwel iaitu kerajaan yang sedia ada... yang akan menjadi kerajaan sementara. tetapi dihadkan dari melaksanakan keputusan2 eksekutif yang besar. ini kerana, dari segi adatnya utk menghormati rakyat jelata. kerana rakyat memilih kerajaan yg dahulu hanya utk tempoh tertentu sahaja.(tempoh sudah tamat)

Amalan selalunya yg kita semua sedia maklum...bila hampir tamat tempoh MB atau PM akan mengadap sultan utk pohon perkenan bubar..dan dalam masa yg sama dia dpt perkenan utk jadi ketua kerajaan sementara.. tapi kalau tak jumpa sultan..dia dikira menjadi ketua sementara ke?

P/S: Lepas ni elok bagi tau bila date mengundi
senang semua orang..nak apply cuti pun senang

2 comments:

DrSam said...

Salam,

Semua barang kalau sudah tamat tempoh hayat (expired) berkemungkinan besar memberi mudarat.

besi said...

harap2 mudarat yg tidak besar akan berlaku hendaknya...