February 18, 2013

pasal movie kerat 14


oleh kerana hari minggu yang lepas berpeluang menonton cerita Kerat 14..
maka sedikit komentar untuk pembaca blog ini..

Cerita ini mempunyai latar masa yang amat singkat..kejadianya hanya semalaman, maknanya
pengarah cerita ini berusaha utk memenuhinya dengan memasukan selengkap mungkin
kejadian Kerat 14 tersebut. Bagaimana konflik bermula dengan elemen cemburu dlm percintaan
seterusnya membawa kepada pertumpahan darah.

Mungkin pengarah tidak berani mencuba utk menyukarkan pihak polis dlm penyiasatan untuk mencari pembunuh dalam cerita ini. Jika, dipanjangkan tempoh perlarian haziq dan zehra dari buruan
pihak polis..mungkin lagi bermisteri cerita ini. Bukti2 utk mengaitkan mereka berdua dlm kes ini
terlalu mudah...Namun begitu, pengarah cuba utk menonjolkan suasana soal siasat didalam lokap.
Ya..agak berjaya dlm kes ini. tetapi OKT mmg didalam lock up... bayangkan suspek masih lagi diluar
mesti lagi menarik. :).

Tapi kena akui..pengarah cerita ini berani menerbitkan genre sebegini yg amat asing dikaca mata penonton malaysia...

dari segi lakonan... Aaron Aziz..agak biasa...kalau boleh kalerkan sikit rambut atau bertatoo, nampak
sikit jahatnya...heheheh

Siti saleha..amat berkesan. bagaimana dia bermain emosi takut, gelabah, horny, terpingga2 dan marah dengan jayanya...(kalau Festival filem dia x menang artis baru terbaik tak tau la) good job siti saleha,
first movie....kan?

Ali... watak penggoda...hmmm kena pegi kelas lagi ni.

fauziah ghous... biasa2 sahaja terlalu mudah..baginya

zamarul.. berkesan...nampak real mcm seorang ASP yg cekap.


p/s: siti saleha mmg terbaik

No comments: