February 3, 2013

sharing is caring :)


MITOS PERIBUMI MALAS
SYED HUSSIEN AL-ATTAS
 PENGENALAN
Buku ini cuba menganalisis asal usul dan fungsi mitos tentang peribumi yang malasa dari abad ke 16 hingga 20 di Filipina dan Indonesia. Pendekatan metodologisnya  melalui unsur pengetahuan. Fungsi mitos sebagai unsur yang penting dalam ideologi kolonial digambarkan denggan mengambil contoh-contoh sejarah dan sosiologi. Dalam konteks ini ada ideologi daripada kelompok yang dikuasai yang disebut Manheim sebagai ideologi mutlak dan ideologi khusus. Ianya boleh diklasifikasikan menjadi empat kelompok utama iaitu ideologi konservatif, ideologi revormis, ideologi revolusioner dan ideologi tandingan. dAlam pengwujudan sejarah yang empiris, ideologi kolonial memanfaatkan gagasan tentang peribumi malas untuk membenarkan amalan penindasan dan ketidakadilan dalam mobilasi tenaga kerja di negara jajahan. Ia menggambarkan tentang citra negatif tentang peribumi dan masyarakat mereka yang membenarkan dan mencari alasan penaklukan dan penguasaan Eropah terhadap wilayah tersebut. Ia juga memesongkan unsur-unsur kenyataan sosial dan manusia ini untuk menjamin ideologi yang sesuai dengan keperluan mereka. Rangkuman fikiran yang disusun yang membentuk gambaran tentang masyarakat peribumi akan ditunjukkan dalam bab-bab selanjutnya. Ciri-ciri kapitalisme Weber menekankan pengejaran keuntungan yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai cara oleh pengusaha kapitalis secara terus menerus dan rasional. Dorongan terhadap pendapatan menurutnya pengejaran pendapatan , wang dan sebanyak mungkin wang tidak ada kaitannya dengan kapitalisme . suatu usaha yang berhasil memisahkan intisari kapitalisme yang telah dilakukan oleh Amintore, Fanfami yang membandingkannya dengan semangat pra kapitalisme. Ia beranggapan bahawa semangat kapitalisme ttidak menentukan batasaan apa saja dalam penggunaan cara yang menurut hukum untuk memperolehi kekayaan dan tiak ada pengekangan bukan ekonomi yang dibenarkan untuk merintangi perolehan keuntungan.  Semangat pra kapitalisme menilai kerja sesuatu barang menurut kos pengeluaran sementara semangat kapitalisme menilai kos barang berdasarkan permintaan wang. Konsep Fanfami tentang ciri-ciri kapitalisme barasal dari Eropah. Ia mendefinisikan kapitalisme sebagai sistem yang modal atau utama yang dicirikan oleh tenaga kerja bebas, disertai dengan persaingan yang tidak dikendalikan. Kredit yang luas, bank-bank menjadi maju, erjadinya perkembangan industri dan pasaran dunia menjadi satu.
 Kapitalisme moden pada abad ke 19  di Jawa tidak didasarkan kepada tenaga kerja bebas. Dalam definisi Fanfami tenaga kerja bebas adalah suatu ciri sejarah daripada sejarah Eropah. Sebab itu kapitalisme di Jawa meski menjadi didasarkan kepada tenaga kerja bebas di Belanda tetapi ia tidak berlangsung di Jawa. Maka bentuk yang berbeza ini disebut sebagai kapitalisme kolonial. Dalam hal ini Malaysia, Indonesia dan Filipina merupakan sesuatu yang bertentangan  daripada kapitalisme di Eropah. Ideologi di barat dilahirkan daripada konflik diantara konflik di asia. Tetapi ideologi kapitalisme kolonial merupakan idea yang menyeluruh daripada kekuasaan barat yang menguasai jajahannya. Pemburukan  ideologi peribumi dan sejarah masyarakat adalah berkisar  daripada khayalan yang tidak senonoh dan kebohongan serta pengetahuan tentang tingkah laku. Clive Day dalam perbandingannya terhadap kebaikan pertahanan Belanda  dengan pertahan peribumi cenderung memandang bahawa pertahana peribumi hanya sesuai untuk maksud kejahatan. Furnival menggambarkan ideologi kolonialisme baru suatu ideologi yang mengakui keperluan meningkatkan kesejahteraan  peribumi dan akhirnya untuk kemerdekaan negara. Beliau juga memandang dunia barat moden sebagai orang tengah tunggak yang menentukan nasib Malaysia, malah membenarkan kolonialisme barat dengan cara memutarbelitkan sejarah. Orientasi ini telah memusatkan perhatian pada suatu bidang iaitu kepentingan kekuasaan kolonial dan menyembunyikan perhatian yang berhubung dengan kepentingan penduduk peribumi. Pendapat tentang peribumi Asia semasa kolonial dibicarakan dibawah pengaruh ideologi dikalangan ilmuan mahupun orang awam. Iaiatu mereka yang berasal dari negara barat yang mengasaskan sistem kolonial yang menguasai fikiran dunia jajahan. Penerapan pngaruh ideologi ini telah mengakibatkan amalan diskriminasi dalam lapangan kerja masyarakat Melayu yang man sejmlah kajian telah menolak orang Melayu kerana negananggap mereka adalah orang yang pemalas. Semua ini berasal darii persepsi kolonial tentang masyarakat Melayu. Sisitem status kolonial merupakan ciptaan baru kapitalis kolonial perinciannya bebeza menurut sistem yang menguasai tetapi pada umumnya sistem status tersebut sama sahaja. Dalam sistem ekonomi, keadaan asia orang pada lapisan menengah dan peribumi dilapisan bawah, manakal pada lapisan moral pula, orang Eropah dianggap paling berbudaya diikuti orang asia asing dan kemudian peribumi.
 Penguasaan kolonial terhadap ekonomi pengeluaran, sistem pendidikan, hbungan luar negeri, kebudayaan dan lain-lain telah menghilangkan kebebasan rakyat Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam menentukan  dorongan mereka sendiri dan reaksi dalam hal-hal yang berkaitan. Namun begitu setelah kemerdekaan iaitu setelah dinding kolonialisme telah dihancurkan bekas tanah jajahan memperolehi lebih banyak peradaban barat, kerana itu sifat masyarakat Asia Tenggara. Secara relatifnya adalah statik disebabkan kkerana penjajah. Kolonialisme telah memisahkan negara ini antara satu sama lain. Dan sebahagian besar daripada barat secara sekeseluruhannya. Kemalasan yang dinyatakan oleh penjajah tidak dimaksudkan untuk keseluruhan penduduk peribumi ini kerana pendapat peribumi tidak diambil kira, sebaliknya hanya ditafsirkan olejh penjajah sahaja. Penulis kolonial ini sebaliknya menulis tentang peribumi secara membuta tuli sahaja, tanpa memikirkan kebaikan dan kesan pendapat yang diutarakan oleh mereka itu. Disini dapat dilihat bahawa faktor utama kedatangan penjajah adalah untuk mendapatkan wilayah bagi keperluan disamping mengeksploitasi ekonomi di tanah jajahan, dengan sebab itulah dinyatakan peribumi itu malas. Mereka menganggap mereka superior, bagi memakmurkan tanah jajahan. Penghancuran kebanggan peribumi dianggap keperluan sebab itulah dilakukan pencemaran terhadap watak peribumi, steriotaip dan prasangka terhadap kelompok lain telah menjadi perkara biasa dalam sejarah manusia.  Kapitalis Inggeris yang mnenyukai citra menyimpang tetntang kelas pekerja tidak merendahkan agama, ras, bahaasa dan kebiasaan pekerja kerana ia merasai itu adalah milik mereka bersama. Penyerapan pemerintahan kolonial ke atas penduduk tanah jajahan mempnyai kesan terhadap jenis citra peribumi dan sistem yang lain yang terlalu bergantung pada kolonial. Dikatakan juga bahawa orang-orang asia tidak mempunyai inisiatif setelah kelompok usahawan peribumi disisihkan oleh kolonialisme. Aspek kolonialisme ini akan dibincangkan selanjutnya.
BAB 1
Selama empat hingga lima abad yang lalu para pengamat asing telah memiliki pendapat yang pasti tentang masyarakat Melayu. Orang-orang Melayu sendiri juga telah memiliki pendapat tentang siapakah mereka tetapi hal ini tidak dinyatakan secara langsung. Tulisan terawal tentang orang Melayu telah ditulis oleh Tome Pires. Menurut beliau, mereka (orang Melayu) adalah bangsa yang pencemburu kerana para isteri orang-orang penting tidak pernah telihat dimuka umum. Selepas satu abad kekuasaan Portugis dimelaka yang merupakan seorang pegawai Portugis telah menghuraikan penampilan dan pakaian orang Melayu seterusnya beliau menyatakan bahawa kebanyakan mereka menyenangkan, nakal dan sanggat ceroboh. Mereka juga berakal dan cerdas tetapi mengabaikan pelajaran dan sastera. Beliau juga membnadingkan perlakuan golongan bangsawan dengan rakyat biasa. Emnurutnya para bangsawan mengisi waktu dengan menyabung ayam dan muzik manakala rakyat biasa memanfaatkan waktu dengan ketrampilan teknik untuk memperolehi pendapatan. ada sesetengah tokoh yang mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap orang Melayu. Salah seorang tokoh adalah John Francis Gamelli Careri yang datang kemelaka pada 1665 beliau menyatakan orang-orang Melayu (Minangkabau) yang beragama Islam adalah para pencuri yang handal manakala DE Vellez Guirrero seorang kapten Portugis menyatakan orang Melayu biadap. Tetapi kesemua pendapat ini dinafikan oleh Francois Valentyn (Belanda) yang menyatakan orang Melayu lincah, lucu, cerdik, berbakat dan yang paling sopan santun dari dunia timur. Sir Stanford Raffles yang merupakan leftenan Inggeris telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak memperolehi tingkat pengembangan intelktual yang tinggi. Ini adalh kerana baginya tidak ada sistem undang-undang yang ditetapkan dengan baik dan diterima umum menyebabkan punca utama kemerosotan perwatakan orang Melayu. Ini dapat dilihat apabila erdapatnya perselisihan dalam pentadbiran dan juga berlaku peperangan dinatara suku dan perebutan takhta dan lain-lain lagi. Raffles juga mempunyai ciri pembawaan yang lain iaitu menganggap bahawa orang Melayu itu malas contohnya ketika mempunyai beras mereka tidak bekerja kerana tiada rangsangan untuk terus mencari rezeki. Selain itu beliau juga menyatakan bahawa orang Melayu suka membalas dendam. Keris telah diggunakan sebagai alat perkelahian. Orang Melayu juga peka terhadap hinaan dan benci pada perdamaian yang dipaksakan oleh pihak lain.
Bab2
Imej Orang Melayu dimata Inggeris Pada Akhir Abad ke-19 dan Abad ke-20
Perubahan terhadap orang Melayu banyak berlaku setelah kedatangan kekuasaan inggeris dimalaya. Baik Sweettanham mahupun Clifford menyebut perubahan-perubahan tersebut dan mengganggapnya sebagai kemajuan penting. Ciri-ciri yang dikemukan oleh Sweettenham adalah sama yang diutarakan oleh Raffles. Tetapi beliau telah menambah iaitu orang Melayu mempunyai sifat enggan bekerja dan sorang muslim yang fatalis yang sangat mempercayai tahayul disamping itu orang-orang Melayu juga mempunyai ciri-ciri kesetiaan khususnya kepada pemerintah, ramah tamah, bermurah hati tetpi mempunyai sifat boiros. Bagi Clliford beliau membandingkan masyarakat Melayu pantai barat dengan pantai timur. Penduduk dipantai barat dianggap bodoh, lemah dan beradab manakala masyarakat Melayu pantai timur kurang beradab. Seterusnya clifford membandingkan masyarakat Melayu Terengganu dan Pahang menurut beliau  orang dari pahang berfikiran maju tentang ketenteraan suka bercinta dan gemar bersabung ayam. Ini menampakkan masyarakat ini tidak beragama tidak intelek dan anggkuh. Mereka juga sanggup memberi kesetiaan luar biasa kepada para pemimpin. Manakala tentang masyarakat Melayu Terengganu beliau menyatakan bahawa mereka ini sukakan kedamaian dan suka bekerja tetapi kurang memberi kesetiaan kepada pemerintahan. Terdapat satu lagi pengamatan yang dilakukan oleh clifford mengenai Psikologi masyarakat Melayu. Umumnya mereka mampu  mengembangkan kelainan Psiko-patologi yang disebut latah. Latah ini berlaku tanpa disedari. Orang yang melatah suka meniru gaya orang yang mengusiknya dan sering disertai bahasa yang tidak sopan ada kalanya  latah ini berlangsung selama berjam-jam sehingga orang yang melatah keletihan untuk mengakhiri tentang penyampaian tantang berbagai-bagai pandangan asing tentang masyarakat Melayu dapat dicatat satu hal yang disampaikan oleh salah seorang ilmuan inggeris iaitu Sir Richard Winsted. Antara beberap cara yang disebutnya meliputi  ketidakaslian  dikalangan masyarakat Melayu, kebanggan terhadap bangsa mereka. Kemampuan menyesuaikan diri dan yang pentingnya jolokan kemalasan yang tidak patut diberikan.
Bab3
IMEJ ORANG FILIPINA ANTARA ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-19

Dalam perbinmcangan ini orang filipina juag telah digambarkan secara negatif oleh orang Sepanyol dan para pelancong Eropah yang lain. Caceri, menulis tentang masyarakat Filipina setelah mengunjungi Filipina tahun 1696 mengatakan bahawa penduduk Filipina menyerupai masyarakat Melayu darisegi kedangkalan pandangan mereka. Menurut Careri lagi tentang  orang Bisaya ia berpendapat bahawa mereka menjadi malas sejak orang sepanyol menguasai mereka. Katanya “kemalasan merekalah yang membuat mereka nampak tidak banyak akal, mereka sepenuhnya kecanduan terhadap hal ini, jika dalam perjalanan mereka menemukan duri terkena kaki mereka, mereka tidak membongkok untuk membuangnya ke luar jalan agar orang lain tidak menginjaknya”. Seterusnya , Sarjan Perancis, Le Gentil dalam catatannya ketiak berkunjung ke Filipina abad ke-18 mengatakan bahawa orang Filipina suka bermalas-malas, bersenang-senang dan tidak bercita-cita tinggi. Ia juga merupakan salah seorang pengamat awal yang menyalahkan penduduk tropika yang berkelakuan buruk terhadap tuan-tuan kolonial mereka. Ia juga menyalahkan orang Filipina yang dikatakan harus dipersalahkan kerana mencetuskan suasana kejatuhan moral. Dalam konteks ini Gaspor De San Agustin dalam suratnya kepada rakannya di Sepanyol (1720) telah dengan bersemangat telah meluluskan perwatakan orang Filipina dengan 30 ciri negatif. Disini ia menyamakan masyarakat filipina  dengan penduduk lain dari India Timur dimana dia menggolongkan masyarakat Filipina sebagai mereka ini tidak dapat dipercayai, dungu, malas, gemar melancong melalui sngai, lat dan danau. Mereka juga dikatakan sebagai malas kerana apabila mereka membuka pintu, mereka tidak pernah menutupnya, kalau mereka mengambil alat mereka tidak pernah memulangkannya ke tempat asal dan kemalasan mereka lebh ketara dilihat apabila mereka menerima bayaran awal, mereka akan meninggalkan pekerjaan-pekerjaan dan meninggalkannya. Dalam hubungan ini banyak lagi pelukisan perlakuan masyarakat Filipina yang digambarkan secara negatif oleh padri Gaspor De San.
 Namun dalam hal ini tidak ketinggalan jgaaaaaaaaaaaaa San Agustin menyebut ciri-ciri positif orang-orang Filipina. Dia menggambarkan orang Filipina sebagai bagus dalam kerajinan tangan mereka membuat perahu dan bertindak sebagai pelaut, askar dan penyelam. Mereka membuat mesin, bedil meriam dan loceng. Mereka menghasilkan makanan utama dan perkhidmaan bagi orang-orang Sepanyol. Hasil pertanian mereka amat menguntungkan Sepanyol di Manila. Nyatakan disini san Agustin tidak melebih-lebihkan ciri positif orang-orang Filipina ini sebaliknya lebih berminat dalam menokojk menambah tentang kemalasan peribumi Filipina ini. Dalam tropika perbincangan ini apa yang menarik ialah mengenai permasalahan perwatakan bangsa merupakabn pokok perbincangan di kalngan orang sepanyol sendiri. Disini, baik orang Inggeris mahupun Belanda tidak membincangkan pokok masalah tersebut ole itu Juan Jose Delgano yang mengujungi Filipina tahun 1711, dan Historianya,, yang ditulis tahun 1751-54 dan Sinibeldo De Mas dalam Informe De Las Islas Filifinasnya (1842) mengulas dan membantah beberapa tanggapan San Agustin yang menyamaratakan sikap masyarakat Filipina dalam soal pinjam-meminjam, tentang tingkah laku anak-anak muada yang mengabdi dalam biara, ia berpendapat orang Sepanyol sendiri yang melakukan di negara mereka semndiri, ketika masih muda seperti orang Filipina ang bekerja di biara dan serta hal yang sama juga terjadi dalam hal menutup pintu.
 Dalam menilai masyarakat Filipina yang malas Mac Micking sering mendapat kecaman kerana pandangannya yang menentang orang Sepanyol. Beliau adalah pedagang inggeris. Ia cukup  kritis terhadap kekuasaan Sepanyol di Filipina serta kritis dalam berbagai-bagai tulisan orang Sepanyol tentang orang Filipina. Beliau dengan buku-bukunya tentang Filipina diterbitkan di London tahun 1951, berpendapat bahawa perwatakan peribumi Hindi, terdapat begitu banyak hal yang baik, meskipun mereka telah lama memiliki nama yang buruk, tentang perwatakan dan gambaran mereka yang berasal dari mulut orang Sepanyol yang sangat malas menyelidiki di luar rumahtangga mereka atau paling jauh melewati benteng kota mereka. dAlam hal ini, Mac Micking menggolongkan ketahanan perbadi dan kesatan rohani masyarakat filipina lebih tinggi daripada orang Melayu yang disaksikan di Jawa/Singapura. Namn ia menjelaskan bahawa kemalasamn orang Filipina disebabkan oleh iklim yang panas.
 Seterusnay, dalam ulasan beliau , Mac Micking berkta bahawa dalam iklim tropika, unsur masyarakat adalah seragam, dan sangat berlainan dengan orang-orang yang berasal dari suatu negara dengan iklim seperti britain. Beliau berkata demikian kerana adalah wajar bagi penduduk peribumi yang dikatakan malas kerana kebiasaan mereka masih dalam batas yang mungkin bagi kewujudan mereka. Ini kerana setelah mereka bekerja di bawah cahaya matahari yang terik membakar mereka adalah wajar kemudiannya dimalam hari berehat. Namun disini Sir John Bowring, bekas gabenor Hong Kong tetap menolak pendapat penulis Eropah yang menganggap masyarakat Filipina rajin. Ia mengecam orang Filipina dan menganggap bahawa kemunduran negeri itu akibat kemalasan mereka. Dalam hubungan ini jelaslah betapa ketidak selarasan para penulis dalam meletakkan/melebalkan m,asyarakat peribumi Filipina ini, dimana nyatanya wujud kepelbagaian pendapat dalam konteks mitos peribumi malas di bumi Filipina ini.


BAB 4
IMEJ ORANG JAWA SEJAK ABAD KE 18 HINGGA ABAD KE 20
Sebagaimana halnya tentang masyarakat Melayu dan filipina, tidak ketinggalan jga masyarakat jawa juga dilebalkan sebagai peribumi malas kemalasan mereka semakin meluas sejak kekuasaan kolonial Belanda berkembang di pula itu menjelang abad ke-19. Dalam hal ini, gagasan tentang masyarakat jawa yang malas tampil setelah sistem tanaman paksa oleh Van Den Bosch diterapkan pada peribumi. Begitu juga dengan perlaksanaan sistem tanaman paksa 1930 itu maka banyak pendapat negatif tentang sifat orang jawa yang malas sering diperkatakan. Kesan daripada itulah maka tidak hairan masyarakat jawa yang dianggap malas oleh kolonial Belanda sudah sebati dalam fikiran para penulis lain. Dalam hal ini tema tentang masyarakat jawa yang malas dalam lingkungan kolonial Belanda berfungsi sebagai unsur utama ideologi kolonial. Dalam konteks ini sisitem tanaman paksa mengakibatkan beberap perlakuan kejam. 20 tahun pemerasan terhadap peribumi semakin meningkat akibatnya merosakkan masyarakat jawa. Ini kerana sistem itu tidak adil seperti petani etrpakssa menanam tanaman jualan yang dianjurkan oleh kolonial, masa penanaman ialah selama 240 hari mengakibatkan mereka  tidak dapat memperuntukkan masa untuk tanaman makanan mereka selain itu peribumi juga tidak berpeluang untuk bersuara untuk menanam tanaman pilihan mereka. Akibat daripada keadaan ini wujud situasi keadaan yang nampak tidak selasa  oleh kolonial Barat iaitu Belanda dimana mereka dengan mudah melemparkan lebal bahawa peribumi Jawa sebagai masyarakat yang malas. Dalam hal ini perkara penting yang perlu diketahui ialah kemalasan orang jawa itu adalah bertepatan dan wajar dengan tindakannya kerana ia dapat dinyatakan dengan Novelis terkenal pengkritik tanaman paksa Edward Douwes Dekker (Max Havelaan 1860) diman dekker menentang tema tentang peribumi yang malas. Dimana penindasan den perlakuan buruk terhadap penduduk peribumi, melibatkan mereka menjadi lesu ketika melakukan hal-hal yang dipaksakan. Dalam hal ini menurut Dekker, ketika pemerintah kolonial Belanda mengatakan bahaw mereka memerlukan kopi, orang Jawa tidak menjawab, ini kerana mereka tidak mempunyai kopi. Ia kemdian dipaksa menanamnya tanpa imbalan atas jerih payahnya. Dalam hal ini reaksi masyarakat Jawa yang acuh tak acuh terhadap kerja paksa merupakan protes diam-diam terhadap politik pemerintah Belanda yang memaksa mereka menannam berbagai tanaman wang. Pemaksaan ini dibat kerana penduduk Eropah ditanah jajahan tidak bersedia sebagai pekerja ladang. Dengan ini maka tidak hairanlah kenapa penduduk peribumi dianggap sebagai peribumi yang malas. Ini kerana protes yang digambarkan oleh masyarakat Jawa seperti tahun 1917, dua orang Raden dibuang ke Edau kerana kesalahannya mengabaikan tanaman kopi. Seterusnya 1706 pemimpin Jawa dibuang kepulau Buru dengan alasan ‘malas’ dan seorang pemimpin sumedang dicabuk dengan rotan dan dihukum lima tahun penjara 1805 kerana melalaikan pengurusan ladang Belanda. Daripada penjelasan ini jelaslah protes yang ditunjukkan oleh peribumi Jawa sebagai tanda menentang tindakan kolonial itu rupanya telah dianggap dan disalah tafsirkan sebagai penduduk peribumi yang malas. Namun dalam perbincangan ini terdapat juga pandangan Barat seperti Muntingle yang menolak tanggapan malas terhadap peribumi Jawa ini. Ini kerana menurut muntinghe menegaskan bahawa orang-orang Eropah dengan adil apa pun tidak cekap untuk bercucuk tanam dibawah iklim tropika. Ketidaksediaan penduduk Eropah inilah yang membuat pemerintah kolonial mengerah tenaga kerja periibumi yang enggan di ajak, dan keengganan inilah yang dipandang sebagai kemalasan.
Bab 5
Banyak definisi malas dikemukan dan banyak kekeliruan muncul daripad definisi kemalasan yang ditaburkan keatas orang melayu ditanah melayu. Terdapat beberap tokoh eropah yang mempunyai pendapat tersendiri dalam mentafsir sifat orang melayu. Kemalasan didesfinisikan sebagai tidak hasrat dan kekuatan untuk bekerja. Seseorang yang digolongkan malas ia berkebiasaan dan terus meners mengambil sikap itu. Contohnya ketua keluarga yang dipecat akan memenuhi masanya dengan tidur, mengunjungi teman, bekerja beberapa jam dalam seminggu. Pendapatannya tidak cukup untuk dirinya.
 Bagi Jose Rizal, mendefinisikan kemalasan sebagai “keuntaan terhadap kerja yang kecil, kurang kegiatan”. Pemalas ialah orang yang menolak segal kerja. Mereka orang yang memilih pekerjaan kerana ia mampu seperti pelajar lepasan universiti bukanlah malas. Orang melayu memperolehi jolokan malas kerana tidak mahu menjadi alat dalam sistem perdagangan kapitalisme kolonial. Situasi inilah yang memaparkan orang melayu malas. Orang Melatu tidak mahu menjadi tiang yang menyangga untuk kesenangan orang Eropah. Mereka tidak mahu menjalin hubungan fungsional dengan orang eropah. Orang Melayu amat  menghindari jenis kerja yang menghisap darah zaman kolonial contoh oarng Melayu di Province Wellesley yang menyatakan pemudanya tidak terlibat dalam perdagangan kolonial yang kebanyakannya berniaga yang mana bertentangan dengan orang Islam. Daripada kegiatan barat sendiri, ada menunjukkan bahaw orang Melayu bagus dalam kerjanya, bukan apa yang dikatakan oleh penjajah. Cintohnya orang Melayu sebagai pengawas yang baik, ahli bomba orang-orang Melayu Jawa, dan pekerja yang bagus yang tidak menimbulkan kecelakaan dalam menguruskan terowong sebelim 15 tahun. Orang Melayu amat bagus dalam kerja yang bukan dibawah penjajah seperti kerja-kerja hutan, kerja ukur dalam kayu, mereka ada ketabahan yang tinggi , orang melay selalu bersih dan santun. Orang Melayu bukan sahaja rajin malkah mereka pandai/cerdik dalaminteraksi mereka dengan alam. Kerana orang Melayu tidak suka bekerja dibawah kolonial yang menjatuhkan maruah mereka maka orang Melayu telah dilebalkan pemalas. Winstedt menyatakan bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila minatnya timbul. Daripada apa yang diertikan kepada masyarakat Melayu yang malas  adalah tidak tepat, kerana dapat dilihat erti kerajinan itu bermaksud kemahuan bekerja pada tingkat yang tidak mewarnai dalam lingkungan kapitalis kolonial. Tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan oleh kemalasan yang sebenarnya sebaliknya disebabkan penolakan mereka untuk bekerja sebagai buruh ladang, dan ketidakadilan mereka dalam kegiatan ekonomi kapitalis serta yang dikuasai oleh kolonial.
Bab 6
Penjajah  bersifat mengaut segala keuntungan yang ada di tanah jajahannya contohnya di Indonesia kerja berat dipaksa tanpa mengambil tahu hal ehwal kesihatan dan kemunduran pekeraja. Kehidupan manusia (pekerja) dan kesihatan adalah  perkara ke dua. Sikap penjajah diMalay terhadap pekerja yang sama . buruh-buruh dari  Cina dan india yang datang kesini dibawah kekuasaan penjajah, Bruh India dan Cina dicambuk, makanan tidak teratur, dan mereka dikurung pada malamnya untuk menghalang daripada mereka lari. Htang yang ditanggung oleh pekerja menyebabkan mereka betambah sengsara. Kebijaksanaan penjajah telah mengeksploitasi tenaga pekerja sepenuhnya dan sengaha mengujudkan utang yang banyak. Penyelewengan kontrak berlaku menyebabkan pekerja tidak dapat lari dari cengkaman hutang, dan kekal bekerja disitu. Daripada laporan 1890 pekerja di negeri-negeri selat dan negeri-negeri malayu  bekerja selama 360 hari, menyebabkan mereka tidak ada masa rehat yang cukup, menyebabkan ketidakseimbanagn yang membawa maut. Pekerja tidak bebas, mereka dikurung enam petang hingga enam pagi. Rawatan kesihatan yang sempurna dan serangan daripada haiwan liar menyebabkan pekerja semakin _____ masalah gaji yang sedikit menyebabkan mereka tidak dapat menabung gaji . penjajah juga untung dari segi penjualan candu dan perjudian dan tuak. Isabella Bird mengambarkan kehidupan masyarakat cina yang hidup melaat kedatangan pekerja ke Tanah Melayu telah menimbulkan banyak masalah. Daripada laporan The Straits Settlements and Federated malay state opium committee report 1908 menyatakan bahawa seperuh daripada  tenaga kerja cina belajar menghisap candu setelah datang ke Malaya yang bermula dari rumah pelacuran. Mereka menganggap candu baik untuk kesihatan dan meguatkan nafsu seks dan banyak manfaatnya. Tetapi yang untung alam hal ini adalah kolonial. Mereka memonopoli aspek pengedaran, perusahaan dan penjualan candu. Laporan buku biru ____ negeri-negeri selat menunjukkan pada 1902 pendapatan candu sahaja sebanyak $19, 983, 054. Manakala pendapatan Malaya dibawah penjajah sebahagian nesarnya berasal dari candu. Selain candu ketagihan minuman keras oleh buruh India juga menguntungkan kolonial. Begitu juga buruh India, masalah lebih terus dihadapi di ladang-ladang yang banyak penyakit, cirit-birit, sikap penjajah terhadap pekerja di lombong dan di ladang menyebabkan orang Melayu lebih senang tinggal didesa dengan pekerjaan tradisional. Panndangan kolonial yang berat sebelah telah meletakkanb kaum Melayu sebagai malas yang menjatuhkan identiti Melayu.
BAB 7
 Bab ketujuh ini Syed Hussien al-Attas lebih banyak mengambil petikan daripada buku Jose Rizal iaitu La Solidaridad. Sebagaimana yang diungkapkannya pada awal perbincangan iaitu sebagai menghormati karya Rizal. Ketika ini perbicaraan masih lagi berkisar tentang istilah kemalasan yang diselewengkan dan disalahgunakan iaitu ia mengambil istilah Rizal “Kurang mencintai pekerjaan, kurang kegiatan”. Dengan mengambil bukti dari buku Rizal maka Syed Hussien al-Attas cuba menerangkan bahawa sebenarnya kemalasan peribumi adalah satu mitos  berdasarkan  keadaan iklim, alam dan faktor manusia itu sendiri yang menjadi punca keterbelakangan dan anarki atau kekacauan. Untuk membicarakan ini, Syed Hussien al-Attas menerangkan iklim yang panas memerlukan istirehat berbanding iklim sejuk yang mendorong untuk melakukan pekerjaan. Lantaran itu, orang Eropah di kawasan tropika lebih banyak pembantu peribumi dari melakukan sendiri pekerjaan, mereka ini lebih suka meminum alkohol. dengan cuaca panas, kesukaan orang Eropah adalah meninggalkan kerja dan mencari kawasan berair dan berehat. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini ia mengambil petikan Rizal yang menerangkan tentang kemalasan pegawai atasan yang bekerja di pejabat yang datang jam sepuluh dan balik sebelum jam dua belas dan dibandingkan dengan jurutulis yang datang jam lapan dan balik jam satu.  Pertanyaan yang sama juga diajukan pada masyarakat cina yang berdagang dan jarang menguruskan pertanian. Pada Rizal kecenderngan malas itu adalah bersifat menyeluruh atau sejagat mahupun universal. Dan tertakluk dengan hukum alam yang sekiranya diabaikan akan memusnahkan manusia itu sendiri yang mana manusia bukanlah mesin yang bekerja untuk kepuasan orang lain. Kenyataan ini terlalu pedas untuk diterima oleh pihak Eropah atau sebagai kolonial di Filipina.  Pada Rizal kejahatan yang sebenar-benar amat besar ialah dengan memperbesar-besarkan kemalasan orang Filipina.  Sebenarnya kemalasan masyarakat Filipina adalah kesan dan bukan punca utama keterbelakangan mereka. Ini dibuktikan dengan jelas apabila dikatakan masyarakat Filipina telah berdagang dengan aktif dengan cina dengan mengambil catatan Pigafetta dan Magellan yang berdagang di Samar dan takjub dengan sopan santun dan kebaikan budi penduduk Filipina. Dan mempunyai kekuatan apabila bertempur dengan Aceh pada 1539. Melalui catatan ini dikatakan Filipina sebenarnya makmur. Menurut Syed Hussien al-Attas Rizal mengambil petikan dari Morga, Chirino, Colin, Argensola dan lainnya sebagai membuktikan pernyataan Rizal. Dan menyatakan kedatangan Kristian adalah punca kemalasan masyarakat Filipina yang rajin semasa mengamalkan animisme atau menyembah berhala. Menurut Rizal lagi keterbelakangan masyarakat adalah disebabkan peperangan yang berlanjutan dan kerusuhan di dalam negeri yang berlarutan. Peperangan ini adalah untuk memperlemahkan kekuasaan Sepanyol sebagaimana kenyataan San Agustin dalam buku Rizal.. Sepanyol terpaksa mempertahankan diri dan menyaingi jirannya Belanda dan membuat kapal besar dengan mengambil masyarakat peribumi untuk dimanfaatkan. Jelas disini Syed Hussien al-Attas telah cuba menerangkan bahawa ada aspek tentang kerajinan masyarakat Filipina dan kemalasan itu adalah satu penipuan semata-mata yang diperbesar-besarkan. Selain itu Syed Hussien al-Attas mengatakan bahawa orang Sepanyol menyiksa 6000 orang Filipina selama tiga bulan.
 Ketika membicarakan buku Rizal tidak dapat lari ialah konsep encomenderos, iaitu pemilikan tanah oleh orang-orang Sepanyol dengan hak pajak dan upti. Orang-orang Filipina dijual sebagai hamba, digantung dan wanitanya ditindas dan menderita dan ramai yang kematian anak kerana penyakit yang sukar dirawat selain kesan binatang buas dan berbisa. Bencana ini dikatakan seolah-olah dibenarkan oleh kolonial dan dibiarkan sahaja kesan kekejaman encomenderos. Peristiwa ini dibuktikan dengan penulisan-penulisan sejarah. Dan atas alasan itu dikatakan tidak ada satu manusia pun yang akan sanggup bekerja sekiranya ia tahu bahawa ia melakukan kerja bodoh dengan memenatkan dirinya untuk kesenangan orang lain.
 Seketika lagi Rizal mengambil faktor lain iaitu kehancuran motivasi untuk bekerja. Ini adalah disebabkan ketidaktahuan selok belok pengurusan dan dokumen yang  tidak tahu tentang dokumen dan perlukan sogokan untuk mendapatkan sesuatu dokumen. Dan ini ditambah lagi dengan rahib dan biara ang sentiasa menyabarkan mereka. Lantaran itu, masyarakat Filipina akan tetap miskin walaupun tanahnya subur. Dan dalam masa ini negara-negara lain telah membangun dengan kemerdekaan yang dicapai.. Rizal tidak menafikan kemalasan penguasa yang tidak mahu membuat kerja kasar dan membiarkan rakyat biasa melakukannya dan mereka ini dianggap oleh orang Filipina sebagai Tila ka Kastila (kamu seperti orang Sepanyol). Pelbagai faktor yang membataskan mereka untuk bekerja dan hilang motivasi iaitu seperti adanya pembatasan kebebasan individu dan takut dituduh pemberontak. Ini kerana tiadanya bantuan dari pemerintah melainkan mahukan sesuatu keuntungan dan memberikan segala kesan buruk kepada peribumi. Apatah lagi alam yang memusnahkan tanaman mereka. Melalui konsep ini maka terdapat tiga yang diterangkan tadi iaitu iklim, kemudian manusia itu sendiri dan faktor alam.
 Masyarakat Filipina diberikan pendidikan yang kasar dan mematahkan semangat. Berkemungkinan Syed Hussien al-Attas cuba menerangkan tentang Tila ka kastila tadi. Atas alasabn masyarakat Filipina dikehendaki mengetahui bahasa Sepanyol. Ini bagaikan menghilangkan maruah mereka sendiri di negara asal mereka. Gereja juga memainkan peranan dalam membentuk kemalasan ini dengan hanya berdoa sahaja.
 Namun pada akhir bab ini Syed Hussien al-Attas menyatakan bahawa ia amat berbeza pendapat dengan Rizal dan Syed Hussien al-Attas membahasakan kita sebagai merujuk masyarakat Melayu. Ia merujuk pada masa pendudukan Jepun iaitu membuktikan orang-orang Inggeris yang tidak mahu bekerja bagi orang Jepun. Ia merujuk juga dengan kemalasan  masyarakat Filipina adalah terdesak dengan keadaan yang menekan motivasi mereka. Serta pemberontakan, peperangan, kegiatan katipunan, kekacauan dan sebagainya. dan semua ini adalah petunjuk bahawa kemalasan tidak sepenuhnya melumpuhkan masyarakat Filipina.  Dan kemalasan ini adalah disebabkan apa yang diterangkan tadi pada awal bab. Dengan menganggap orang-orang Sepanyol yang malas, menindas dan tidak adil. Dan semua ini hanya di Manila manakala di Wilayah lainnya  masyarakat ini adalah tekun, ramah, baik hati dan banyak akal. Dan menyatakan bahawa kemalasan masyarakat Filipina puncanya adalah besi kezaliman, konsep kapitalis, meletakkan mereka pada kegerejaan yang tinggi selain kebencian pada Sepanyol dan kehinaan pihak lain. Yang menyebabkan mereka sering atau lebih suka tuduh menuduh. Walaupun gabenor Filipina Don Pedro Sarrio lebih menyukai pendeta Sepanyol lantaran menyabarkan kaum yang gelisah semasa peperangan, hasutan dan pemberontakan.
BAB 8
IMEJ PENJAJAH DAN KAJIAN TENTANG WATAK NASIONAL

Pada bab ini Syed Hussien Al-Attas cuba menerangkan tentang watak nasional walhal penceritaan ini telah ada pada bab sebelumnya. Ia cuba menerangkan imej atau citra yang negatif yang digambarkan oleh kolonial secara sepintas lalu tanpa mengambil kira keseluruhan atau universalnya. Pada kolonial mereka ini atau lebih tepat peribumi adalah kalangan yang malas, bodoh, licik, keanak-anakan dan bukan ilmuan.  Tetapi yang menulis itu adalh rahib, pegawai pemerintah, pemilik ladang, pelaut, tentera, penulis perjalanan popular dan pelancong. Dengan mengambil idea Clive Daya yang terpengaruh dengan penulisan ini mengatakan ada beberapa kelemahan iaitu;
1. Kekeliruan penyamarataan
2. Pentafsiran peristiwa diluar konteks yang benar
3. Tidak ada ketegasan
4. Prasangka
5. Dominasi pemikiran
Penulisan ini dikatakan menghina masyarakat yang dikatakan suka menghisap candu tanpa mengetahui bahawa pembekal candu ini adalah Inggeris dan belanda kepada masyarakat Malaya dan Indonesia. Syed Hussien Al-Attas menyatakan kajian watak ini amat penting dan ini diterangkan oleh Ruth Benedict, G. Gorer, Margaret Mead, G. Bateson, ralph Linton dan Abram Kardiner selain itu Ibn Khaldun. Dan Syed Hussien Al-Attas lebih menyetujui pandangan Ibn Khaldun walaupun Ibn Khaldun lebih menceritakan waatak di Afrika Selatan kerana Ibn Khaldun membuat perbezaan antara budaya negeri yang berbeza. Berfikir, merasakan dan bereaksi merupakan satu kebudayaan yang dipersetujui oleh Syed Hussien Al-Attas berdasarkan kenyataan Ibn Khaldun. Bereaksi dengan kelompok nasional, keadaan dan permasalahan dan negeri-negeri lain. Merasakan nilai-nilai yang menguatkan kebudayaan, dipejuangkan dan berfikir tentang bidang yang belum banyak dikupas.. pada Syed Hussien Al-Attas adalah tidak tepat sesuatu kajian di Asia Tenggara apabila melupakan orang Burma dan landasan agama Buddha mereka. Gambaran-gambaran negatif lebih ditumpukan oleh watak penjajah ini kepada watak nasional dengan menganggap mereka sebagai tidak suka susah, mudah tersinggung, suka bertindak kasar beramai-ramai, penciplak, peniru fikiran dan kebudayaan, menganggur, setia pada pemimpin, sopan-santun, moral lemah, kurang motivasi untuk mengejar kekayaan, curang dan pintar. Sebanarnya peribumi adalah korban yang potensial yang boleh dimanfaatkan apabila perlu lantaran penyakit kekacauan fikiran yang dicetuskan oleh kolonial. Dengan menyogoknya dengan “orang Melayu yang Malas”  dan Syed Hussien Al-Attas pula mengatakan bahawa orang cina adalah mereka yang “dapat disogok” dan masyarakat Inia yang “ penakut dan penipu” semua ini adalah sama sahaja atau stereotaip atau seragam tanpa ada pembaharuan daan perubahan. Pada Syed Hussien Al-Attas ideologi atau fahaman atau sistem ilmu pengetahuan dan kepercayaan adalah gaya berfikir kelompok penguasa yang cemas laantaran sealu diperangi dan cubaan mereka mengekalkan kekuasaan mereka.
 Imej atau citra masyarakat dibentuk oleh pengkaji Eropah. Namuan tidak dinafikan aa yang memuji seperti Bowrey yang memuji kemakmuran Kedah dan sultannya yang adil, jujur, beradab, pendamai dan suka bersahabat walaupun dengan Inggeris. Walaupun begitu Bowrey tidak menyukai India Keling yang licik dan jahat dan menyetujui pemerangan atas mereka. Bugis dipuji oleh Raffles kerana mereka boleh dimanfaatkan untuk membantu Inggeris dalam peperangan. Pada asasnya Eropah lebih suka mengaut keuntungan dan membuat serangan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Penafian imej ini cuba diterangkan oleh Syed Hussien Al-Attas dengan mempersoalkan pernyataan Raffles iaitu pada Raffles orang Melayu malas dan tidak  suka bekerja kalau telah memperlehinya. Walhal peperangan yang berterusan melibatkan orang Melayu. Oleh kerana itu, dikatakan masyarakat Melayu adalah masyarakat yang paling banyak menghadapi peperangan. Sama ada dari Portgis, Belanda, siam, acheh dan bugis selain Inggeris. Raffles tidak daapatr menghilangkan kebiasaan penyamarataan kerana kemalasan itu hanya ada pada pembesar sahaja dan bukan rakyat seluruhnya. Penceritaan inilah yang tiak memiliki landasan ilmiah yang benar. Dan Raffles hanya menceritakan kelompok dan bukan etnik atau bangsa itu tetapi memandang seluruhnya.
 Syed Hussien Al-Attas amat membantah tentang pemberian watak nasional sebagai malas, licik, ganas dan sebagainya. Penulisan Vaughan pada 1857, cuba menerangkan kenyataan ini dan dihargai oleh masyarakat Eropah tetapi telah dinafikan oleh pihak kolonial ini keran menurut Vaughan masyarakat melayu adalah berani, patuh, jujur, tekun dan bekerjasama dengan mengadakan gotong-royong. Tetapi ketekunan ini disamakan dengan keserakahan oleh kolonial. Raffles dan Sir William Norris mengatakan agama Islam adalah agama Perompak ketika menjatuhkan hukuman orang Melayu dan mencercanya. Begitu juga halnya diIndonesia. Penyamarataan yang melulu daan kesalahfahaman budaya dan ketidak kesungguhan inilah yang dijadikan asas watak nasional. Tanpa memikirkan emosi, logik, pemahaman, prasyarat yang mesti ada seperti sikap objektif, pengetahuan berasaskan ilmu, pengetahuan berasaskan data yang tepat. Ini kerana pada asasnya orang Melayu mempunyai rahsia ketenangan yang sebenar-benarnya iaitu bekerja bermati-matian kemudian berehat sebanar-benar rehat. Laantaran kerehatan ini adalah kerana mereka telah mengalami pengerahan tenaga fizikal yang melebihi kemampuan biasa dan apabila kerehatan dipeolehi maka kerehatan itu adalah itirehat yang  nyata kerehatan. Tetapi ini seringkali diputarbelitkan dan pada Syed Hussien Al-Attas ini adalah satu sifat (memutarbelitkan) yang kurang ajar. Lantaran pemutarbelit ini adalah orang melayu dikatakan mahu bersantai atau berehat tanpa memperlihatkn perasaan cemas walhal orang Eropah sendiri berehat tanpa melakukan kerja tetapi tidak dikatakan pemalas, dikatakan watak nasional Melyu tidaak suka kerja tetap walhal mereka telah melakukan pekrjaan tetapi sebagai petani, nelayan dan sebagainya berasaskan pengetahuan mereka. Namun mereka ini dieksploitasi menyebabkan ada yang melarikan diri selain dirosakkan oleh cand yang dibawa oleh orang Eropah.
 Ketika membicarakan masyarakat Filipina apa yang ada dikatakan bahawa masyarakat Filipina amat seram dengan orang kulit putih sehinggakan kanak-kanak boleh menangis ketika melihat paderi sendiri. Lantaran mereka terseksa kesan encomenderos dan pemaksaan melakukan kerja kasar sebagaimana yang diterangkan oleh Sinibaldo De Mas, San Agustin, dan Morga. Dan penulisan Rizal sekali lagi dipetik oleh Syed Hussien Al-Attas dalam bukunya untuk menjelaskan kenyataan ini. Di Indonesia penindasan Belanda atau VOC dan penguasa peribumi  menyebabkan tidak adanya pengembangan kemajuan masyarakat kerana penekanan, kemiskinan dan peperangan. Pada Syed Hussien Al-Attas masyarakat Jawa seperti umat lain yang menyukai kebebasan memiliki dan meemberi kekayaan mereka sendiri. Lantaran tiadanya dorongan maka mereka ini diperzalimkan tanpa perasaan. Mereka ini menjadi sasaran eksploitasi koloniaal dan ini menyebabkan watak ini memprotes diam-diam. Kerana itu ketika orang Jawa dibawa ke Malaya pada abad 19 orang Inggeris memuji kerana kerajinan mereka. Nyatanya disini terdapat beberapa percanggahan pandangan antara orang Jawa dibumi sendiri dan orang jawa dibumi orang lain. Dan mereka tidak ditafsirkan malas dan tidak menghisaap candu dan minum tuak. Lantaran itu, imej atau citra yng memberi alasan kemalasan pada watak nasional adalah satu penipuan yang jelas pada Syed Hussien Al-Attas kerana masyarakat ditafsirkaan tidak mahu berterima kasih, angkuh, kasar, fanatisme dan sebagainya.

BAB 9
KONSEP KERAJINAN DAN KEMALASAN  DIKALANGAN ORANG MELAYU
Para penulis kolonial Eropah senang sekali membicarakan  peristiwa sensasi tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada berbagai-bagai usaha mereka untuk menggambarkan sifat masyarakat peribumi. Dalam hal ini, ilmuan kolonial amatur yang cenderung membuat berbagai-bagai penilaian yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah, kebudayaan dan agamanya. Contohnya pernyataan Raffles yang tanpa bukti menganggap Islam alat pemecahbelah persatuan suku Melayu. Ia menganggap masyarakat Melayu dahulu tentulah satu bangsa, berbicara satu bahasa memelihara watak dan adat istiadat mereka semua negara kepulauan yang mencakupi Filipina, Sumatera dan Irian Barat. Disini menurut beliau agama Hindu dan Islam menyababkan kepelbagaian yang lebih jauh kesanya mengakibatkan tidak ada sistem undang-undang yang diterapkan dengan baik dan seragam. Dalam hal ini jika raffles benar-benar seorang ilmuan sejati, sudah tentu ia dapat membizakan perbezaan suku, bahasa , politik dan agama masyarakat melayutelah ada jauh sebelum pengislaman daerah tersebut. Sebaliknya Islam melakukan penyatuan yang mennakjubkan, baik secara politik mahupun menurut Islam. Di Filipina, Malaysia dan Indonesia, Islam telah berfungsi sebagai alat yang menyatukan masyaraklat di wilayah tersebut yang sebelumnya telah terbahagi kepad beberapa golongan kenyataannya, Islamlah yang pertama kali menerapan sistem indang-undang bersama. Nyatanya disini pernyataan raffles terhadap Islam dibuat berdasarkan ketidaktahuan tentang kenyataan dan sikap intipati terhadapnya.
 Daripada tinjauan yang dibuat didapati bahawa ilmuan eropah kolonial nyatanya terlalu asyik untuk menonjolkan sifat buruk  dikalangan penguasa peribumi. Kenyataan ini jelasnya terbukti apabial perlakuakn beberapa Raja yang zalim di daerah ini sering disebut-sebut dan diungkapkan contohnya Susuhunan Mataram, Aangkurat I, yang menggantikan  ayahnya tahun 1646, menghukum mati komanden pengawal ayahnya dan seluruh keluarganya.seterusnya Masden pula menguisahkan kekejaman Iskandar Muda, Sultan acheh yang mangkat pada tahun 1636 dan yang menyumbat ibunya sendiri dalam penjara dengan tujuan berkomplot, dan menganiayanya. Ia membunuh anak saudaranya dan lain-lain lagi. Semua peristiwa ini dicatat. Tetapi, apa yang telah dikerjakan oleh para ilmuan kolonial Eropah adalah penggambaran yang seimabang tentang  para penguasa peribumi secara keseluruhan dan juga gambaran yang sama tentang para pengasa kolonial mereka sediri. Kezaliman, penindasan dan ketidak adilan bebepara penguasa ini disembunyikan daripada perbahasan mereka sedangkan hal pengasa peribumi digembar-gemburkan. Nyatanya disini bahawa semua peristiwa diungkap dalam penafsiran yang berat sebelah.
 Gambaran tentang masyarakat peribumi dan para penguasa yang dicipta oleh ahli sejarahwan dan mengamat kolonial dapat dianggap kezaliman , ketidakstabilan, anarki, keterbelakangan, dan ketiada undang-undang dalam konteks ini ada suatu unsur kebenaran didalamnya, tetapi tidak mewakili seluruh gambaran. Lagi pula, kolonialisme barat juga memperkenalkan bentuknya sendiri tentang kezaliman, ketidakstabilan, anarki, kemundurran dan tidak adanya undang-undang. Dalam masyarakat peribumi undang-undang sedikit sebanyak dikuatkuasakan ada bagi sebahagian besar penduduk, meskipun kadang-kadang ada penguasa yang zalim dan bermaharajalela. Namun hal yang sama jua terjadi dibawah kekuasaan kolonial Eroopah. Ini terbukti dengan  gelagat tuan Bean, seorang pegawai kanan Inggeris yang dikirimkan ke Melaka. Sebagai komander pasukan tentera India. Perlakuannya yang dianggap kejam serta tidak bermoral telah dilukiskan oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1797-1854) disini  ia menyaksikan perlakuan Tuan Bean seperti ia banyak menghabiskan masanya dengan menyaksikan aliran darah manusia”. Selain itu dia juga suka mencolek anak-anak tempatan dengan membawa mereka berpasang-pasangan dan memaksa mereka bergaduh dan bertumbuk hingga kesakitan. Namun terdapat banyak sekali perlakuanya yang tidak bermoral., tetapi dalam konteks ini Abdullah cukp bistari dan menyaring penilaian tentang watak orang Inggeris ini, dengan tidak menganggapnya sebagai watak seluruh orang Inggeris. Menurut Abdullah Abdul Kadir Munsyi khususnya Raflles kerana ia sangat memuji pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itu pada pandangan Abdullah, inilah antara puncanya ang menyebabkan mengapa para ilmuan kolonial Inggeris sanggup menyebarkan karyanya dengan melebalkan masyarakat peribumi melayu sebagai pemalas. Namun, dengan tegasnya Abdullah menyatakan bahawa sifat-sifat malas, kejam, zalim, tiada undang-undang, periompakanm, pembunuhan dan perompakan jelas terdapat dalam kelompok penguasa kolonial, dengan ini begitu jga halnya di kalangan kelompok penguasa peribumi.
 Seterusnya, dalam perbincangan ini juga tuduhan malas bagi penduduk peribumi oleh orang Belanda, Sepanyol dan inggeris, seperti yang telah diperlihatkan itu tidak mempunyai alasan yang nyata. Dalam konteks ini para penguasa peribumi tidak pernah mengecap malas masyarakat mereka, sekalipun beberapa diantaranya hanya canquistodores kolonial. Alasanya bahawa mereka sedar akan sistem peribumi, yang sangat ketekunan dan kerja. Begitu juga catatan sejarah yang menekankan nilai kerja dan ketekunan jarang ditemui. Kerana kebanyakan nilai ini disebarkan secara lisan, dan kerana kemalasan belum pernah dirasai sebagai suatu masalah dalam masyarakat peribumi sebelum kolonial. Sebagai contoh untuk penubuhan ialah undang-undang sungai Ujung dimana undang-undang merupakan intisari hukum adat Sungai Ujung Negeri Sembilan yang penduduknya berasal dari masyarakat Minangkabau, Sumatera. Dalam konteks ini daripada undang-undang tersebt melalui fasal 113 ada menenkankan niali kerja dan ketekunan. Melalui fasal 99 digolongkan akan kejahatan ke dalam  adu ayam dan perjudian, minm-minum, menghisap candu, kemalasan dan menghindari pekerjaan. Landasan falsafajh daripada intisari ini merupakan perpaduaj antara islam dan adat iaiatu hukum adat, sebelum abad ke-16, jika tidak lebih awal lagi naskhah yang ditulis ini bermula dari abad ke-18. Namun yang menjadi persoalan dan diluar dugaan disini ialah bahawa naskhah tersebut dirum,uskan dalam tempoh sebelum kedatangan kolonial.
 Sehubungan itu, pada dasarnya nilai-nilai yang diketengahkan oleh undang-undang  tersebut adalah hal yang biasa bagi dunia Melayu dimana masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Begitu juga dalam masyarakat Melayu adalah suatu keaiaiban apabila dikatakan pemalas, sehingga mereka  mengatakan bahawa seorang yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah seorang yang berani. Namun dalam hal ini Abdullah menghubungkan kemalasan orang-orang Melayu dengan Penguasa Melayu dan hamba raja. Abdullah mencatatkan bahawa kemalasan lelaki Melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan kehidupan mereka yang penuh ketakutan terhadap penguasa mereka. Ketiadaan undang-undang dari majlis pemerintah telah menghasilkan kemalasan dan menghilangkan dorongan untuk bekerja serta mengumpul kekayaan. Dalam hal ini punca kemalasan adalah akibat dari tekanan dan kekejaman para Raja dan tokoh penting itu. Penduduk berasa tidak berguna untuk bekerja keras dan memungut keuntungan yang kemudiannya akan dirampas. Sebaliknya mereka lebih senang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
 Disini Abdullah menjelaskan mengenai penganiayaan itu secara terperinci, dimana rakyat yang mempunyai rumah yang besar, ladang atau  tanah beberap petak sahaja maka Raja pasti menghubunginya. Diceritakan bahawa Raja sering meminta dan meminjam pada orang tersebut dan jika orang itu menolak permintaan Raja tersebut maka raja akan merampas kekayaan mereka. Namun apa yang menyedihkan disini ialah raja tidak pernah membayar kembali setiap apa yang diminta itu. Dalam hubungan ini lebih buruk lagi sekiranya orang itu melawan maka orang tersebut akan dibunuh atau didenda. Jelaslah disini bahawa daripada gambaran peribumi ini maka tidak hairanlah timbul rasa tidak puas yang akhirnya melahirkan tindakan dimana rakyat tidak mahu berusaha dan bekerja untuk mencari harta. Ini memandangkan harta yang dikumpul itu sudah pasti tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka. Sebaliknya Raja yang bertindak menguasai harta mereka. Daripada kenyataan ini dapatlah dikatakan bahawa kemalasan orang Melayu itu adalah merupakan satu mitos sebaliknya pada hakikatnya bukan hanya orang Melayu sahaja akan bertindak sedemikian sebaliknya semua bangsa dan  berkeadaan demikian apabila situasi demikian berlaku ke atas mereka.
BAB 10
REVOLUSI MENTAL DAN KEMALASAN ORANG MELAYU
Revolui mental adalah sebuah buku terbitan UMNO (United Malayan National Organization yang dihasilkan oleh 14 penulis. Revolusi mental di definisikan sebagai satu perubahan sikap, nilai dan falsafah sosial masyarakat tertentu yang bertujuan mengubah pemikiran , pandangan dan tingkah laku masyarakat bagi mengadaptasikan diri dengan peredaran zaman dan merebut peluang yang sedia ada.
 Dalam buku ini menyatakan ,beberapa ciri masyarakat Melayu seperti berikut:-
1. Tidak jujur kepada diri sendiri
2. Tidak melihat kesalahan sendiri
3. Kurang keberanian
4. Sedia berkorban di bawah pimpinan yang baik
5. Patuh pada undang-undang selagi agama tidak diganggu
6. Tidak berfikir secara rasional
7. Tidak tunjukkan disiplin dan ketepatan waktu
8. Tidak tunjukkan semangat kekerasan
9. Suka membazir
Hal ini turut memaparkan buku Revolusi mental gagal memberi pandangan yang tepat dan jitu terhadap ungkapan “masyarakat Melayu malas”.secara kasarnya ia menghindari isu kemalasan orang Melayu tetapi masih berbelah bahagi. Namun begitu pemaparan secara negatif masyarakat Melayu hanyalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan agar masyarakat Melayu dapat mengubah keadaan hidup mereka kesan daripada belenggu kolonialisme. Dalam buku tersebut juga turut dinyatakan tidak semua ciri Melayu itu adalah buruk. Clifford menyatakan orang Melayu adalah golongan yang tidak  menguntungkan kerana tidak menyediakan tenaga kerja manakala bagi Revolusi mental ,ia menyetujui pendapat ini dengan menghuraikan sumbangan  para imigran Cina. Sumbangan orang Melayu diperkecilkan tetapi orang Melayulah yang mengurus negeri menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan sebagainya. Bagi pihak kolonial mereka tidak memberi penumpuan  kepada sumbangan orang Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu dan pemimpin Melayu sukar bagi mereka menyempurnakan tujuan mereka. Revolusi mental amat tidak menerima sistem kasta kapitalisme kolonial.
  Dalam dua bahagian dinyatakan orang Inggeris menuduh masyarakat Melayu malas sedangkan mereka membawa pekerja dari India  dan China untuk memonopoli sumber mentah, lantaran itulah orang Melayu  menjadi miskin di negeri sendiri. Buku Revolusi mental merupakna idealogi yang menyimpang daripada Parti Melayu dan memberi kekeliruan tentang kapitalisme  kolonial . parti Melayu  menyalahkan masyarakat Melayu yang diungkapkan oleh pemimpin Melayu. Mereka menyesali sikap masyarakat Melayu luar bandar yang mengharapkan para pemimpin bagi meyelesaikan konflik yang dihadapi. Masyarakat luar bandar haruslah membantu diri sendiri. Dalam bab ini juga dinyatakn buku Revolusi mental dapat dijelaskan dengan kemiskinan intelektual para penulisnya. Pemaparan watak orang Melayu secara negatif oleh Revolusi mental adalah salah kerana ia dibuat tanpa pengamatan dan penelitian yang bijak. Memang ada sikap tersebut  pada masyarakat Melayu tetapi tidak semua lapisan masyarakatnya bersikap demikian.
 Terdapat beberapa permasalahan dalam Revolusi mental dan 3 penjelasan pokok bagi menjawab persoalan ini:
1. Pemimpin anggap masyarakat Melayu mempunyai sikap negatif
2. Pemimpin hindari diri daripada tanggungjawab terhadap kesalahan pemerintah dalam usaha majukan masyarakat Melayu.
3. Peningkatan taraf ekonomi masyarakat Melayu secara umum.
Mahathir bin Mohamad mengupas tentang kehebatan orang Cina menyatakan lingkungan geografi  mendorong perkembangan sifat Melayu-lemah. Melayu tinggal di pedalaman  dan di Lembah sungai kerana tanaman mudah hidup. Namun segala yang dikerjakan oleh orang Melayu dapat dibuat dengan lebih baik lagi oleh orang Cina yang mempunyai banyak pengalaman dan penderitaan hidup di negeri asal mereka. Orang Melayu juga telah disingkirkan dari bidang perniagaan . ini ditambah lagi dengan keadaan masa selepas masa kemerdekaan.kemunduran orang Melayu disebabkan oleh kebaikan dan perasaan rendah diri orang Melayu. Golongan pendatang yang datang ke Tanah Melayu tidak mempedulikan perasaan sopan santun dan ini menyebabkan bangsa Melayu terpaksa mengalah. Orang Melayu lebih mudah berterus terang dengan golongan dalam kelompoknya. Mahathir turut menyatakan amuk adalah bahagian penting perwatakan orang Melayu yang melambangkan ungkapan fizikal luar dari pertentangan dalam tubuh orang Melayu yang disebabkan  oleh ketaatannya yang kekal terhadap peraturan dan tatacara kehidupan.
 Dalam aspek seumpama ini Mahathir menggunakan sejumlah alasan lingkungan dan sosiologi. Namun begitu buku ini merupakan pembelaan yang beralasan tentang perlindungan konstitesional orang Melayu. Mahathir juga menganggap masyarakat Melayu sebagai fatalistik dan tidak memiliki bentuk keberanian yang positif. Dinyatakan juga orang Melayu tidak mengharagai waktu dengan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti bersembang kosong. Sikap ini mempunyai akibat terhadap orang Melayu. Berhubung dengan kemalasan, Mahathir tidak menjelaskannya secara tepat dan lebih senang menyatakan orang Melayu tidak mampu untuk bekerja keras. Kekuatan yang ada pada orang Melayu sering terbatas. Hal ini sebahagian di sebabkan oleh sikap tidak peduli dan ketidakacuhan . Mahathir turut menyatakan bahawa masyarakat Melayu sukar diubah.
 Secara keselurauhannya, komentar yang dicurahkan dalam buku tersebut mendorong kita menganggap pandangan Mahathir tentang kemampuan orang Melayu untuk bekerja keras sebagai hal yang negatif. Walaupun ada kemunduran masyarakat Melayu yang disebabkan oleh kekuatan Inggeris, Mahathir menghargai  beberapa pandangan yang baik tentang orang Inggeris. Orang Inggeris dikatakan cekap menjalankan  tugas. Jelas dalam  dunia mentalnya tidak ada perubahan daripada pemikiran kolonial.
Bab11
PENYIMPANGAN WATAK ORANG MELAYU.
 Memberi kritikan terhadap para penulis Revolusi mental  dan Mahathir menganggap bahawa penulis tersebut kurang wawasan tentang ilmu kemasyarakatan, dan ketidakkenalan mereka dengan Sejarah Melayu. Kesalahan besar pertama yang dibuat oleh Revolusi mental adalah cara memandang sistem nilai Melayu sebagaimana yang di praktiskan oleh komuniti dalm bentuk tunggal, seragam dan serba sama. Kemalasan lebih jelas dikalangan kelas penguasa dalam masyarakat Melayu traditional daripada dikalangan rakyatnya. Revolusi mental  yang menyatakan masyarakat Melayu malas adalah dipengaruhi oleh kapitalisme kolonialisme. Sifat kemalasan dalam seluruh individu harus dibezakan daripada keputusan untuk menghindari pekerjaan tertentu kerana hasil yang berhubungan dengan wang. dalam Revolusi Mental pula tidak pernah dinyatakan masyarakat Melayu itu malas, mereka berpendapat masyarakat Cina bekerja keras namun kemalasan dikalangan orang Cina dapat dilihat dikalangan tuan punya tanah Cina yang membeli sejumlah bidang tanah dan menjaganya tanpa mengerjakannya apa-apa diatasnya semata-semata menanti harganya naik.
Gambaran Revolusi mental yang negatif terhadap masyarakat Melayu adalah tidak kena pada tempatnya. Revolusi mental memanfaatkan bebearapa pepatah Melayu yang mengutarakan sifat-sifat negatif seperti” hangat-hangat tahi ayam” digunakan untuk membuktikan masyarakat Melayu tidak mempunyai kekerasan bekerja. Namun begitu   ada juga pepatah yang berbentuk nasihat seperti “genggam bara api biar sampai jadi arang” yang menunjukkan kecekalan hati. Oleh kerana itu pepatah dalam bahasa Melayu menurut apa adanya tidak dapat digunakan untuk membuat ciri suatu watak. Pilihan pepatah Melayu dalam Revolusi mental adalah berat sebelah . hal yang sama boleh dikatakan tentang ketepatan waktu di kalangan masyarakat Melayu pada masa lalu. Ketepatan waktu mekanis yang ditentukan oleh jam tidak ada, kerana sifat masyarakat tersebut dan tidak ada jam pada masa tersebut. Kaum Melayu pada zaman sebelum kolonial dan selepasn kolonial selalu tepat dalam beribadah khususnya solat subuh dan maghrib. Revolusi Mental dan Mahathir keliru menuduh masyarakat Melayu yang tidak mempunyai penghargaan terhadap waktu dan ketetapan dengan memilih contoh tersebut dalam kehidupan yang tidak memerlukan ketepatan waktu.
 Ciriciri negatif tentang watak Melayu yang dikaji oleh Mahathir merupakan penilaian yang salah tafsir. Misalnya ia menganggap bahawa masyarakat Melayu berterus terang hanya kepada orang yang boleh dipercayai , dalam hal ini semua masyarakat memilih sikap ini. Pendapat yang berlebih-lebihan atau salah tafsir yang lain adalah penilaian Mahathir tentang amuk . gejala amuk ini tidak terbatas kepada masyarakat Melayu sahaja. Orang-orang Cina dan India telah dikenali sebagai pembunuh anggota keluarga mereka dalanm keadaan sakit jiwa. Gejala ini merosot di kalangan masyarakat Melayu kerana perubahan sejarah. Jika kita menyamaratakan watak sesuatu masyarakat berdasarkan tindakan segelintir orang,maka ia adalah satu kesalahan. Masyarakat Melayu cenderung mencuri kerana beberapa beberapa orang diantaranya mencuri, orang-orang Melayu malas kerana sebahagian mereka bersikap demikian. Mahathir dan Revolusi Mental cuba mengkaji tentang watak nasional yang membingungkan para pemikir dalam ilmu-ilmu sosial adalah dalam memberikan definisi tentang watak nasional. Kesulitan dalam mendefinisikan watak nasional disebabkan ada kewajaran bahawa terdapat banyak golongan dalam masyarakat. Ciri-ciri yang terpilih oleh Mahathir dan Revolusi Mental sama sekali bukan watak nasional. Sejarah dan keadaan kaum Melayu sekarang bertentangan dengan  penonjolan bahawa mereka tidak mampu bekerja keras, tidak memiliki  disiplin dan tepat waktu, senang berbual-bual kosong dan sebagainya. Terdapat  sedikit kelemahan dalam buku Revousi mental dan Mahathir. Penulis buku Mitos peribumi malas membuat kritikan yang terperinci dan terpisah tentang revolusi mental di Malaya. Namun anggapan Mahathir tentang rendahnya mutu buku bangsa Melayu memerlukan komentar. Apa yang dikatakannya adalah samar. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa pendapat Revolusi Mental mahupun Mahathir telah melukiskan  gambaran yang keliru tentang masyarakat Melayu. Paling  hebat gambaran ini mencerminkan kehidupan kaum elit yang berkuasa dan sama sekali bukan cerminan masyarakat Melayu.
BAB 12
KEHILANGAN GOLONGAN PEDAGANG PERIBUMI
Masyarakat Filipina , Jawa dan Melayu mempunyai golongan pedagang yang kemudianya lenyap oleh kolonialisme Eropah. Proses pemusnahan tersebut bermula pada awal abad ke-16 dengan kedatangan orang Portugis. Dalam bab ini ia memberi tumpuan kepada pedagang Melayu dan jawa. Golongan pedagang bermaksud komuniti pedagang yang mengimport dan mengeksport komoditi atas dasar menyendiri, menyediakan modal sendiri, membiayai urusniaga, mengatur kapal secara besar-besaran dan menggunakan kapal yang paling maju pada waktu itu untk ketempat-tempat yang jauh. Orang Melayu dimaksudkan suku bangsa yang berasal dari Sumatera yang menggunakan bahasa ibunda mereka yang sekarang dianggap sebagai bahasa Melayu dan bahasa indonesia. Orang Jawa menunjukkan suku bangsa dari pulau Jawa yang bahas ibundanya adalah bahasa Jawa. Kedah, Johor Pattani dikatakan sebagai kota-kota dagang dan penduduk-pendudk Johor banyak berdagang di Banda, maluku. Perdagangan orang Melayu yang meningkat di Makasar, disebabkan berbagai-bagai tindakan Portugis di Melaka.  Duarta Barbosa berkata bahawa  kota Melaka adalah perlabuhan laut yang terkaya dengan jumlah pedagang besar yang terbanyak dan penuh kegiatan perkapalan dan perdaganagn di seluruh dunia. Kemunduran dan tersisihnya golongan pedagang Melayu dan Jawa  untuk melakukan perdagangan antarabangsa secara menyendiri ada korelasinya dengan kekuatan Eropah ditempat yang bersangkutan. Pada akhir abad 18, golongan pedagang peribumi diantara pedagang besar antarabangsa yang mendiri, membiayai kegiatan dan mengatur perkapalan sendiri.
 Keberkesanan perdagangan orang Jawa dan Melayu dapat dinilai daripada kenyataan bahawa para pedagang asing bergantung kepada mereka untuk perkapalanya. Petunjuk lain adalah kedudukan para pedagang cina sebelum kolonial ini. Mereka tidak menepati kedudukan pengantara yang kuat dalam struktur perdagangan. Menurut Schrieke pedagang Jawa dan Melayu yang juga mengangkut rempah ratus ke Melaka dan menjadi komoditi. Oleh kerana itu, orang Melayu dan Jawa pada masa itu telah memiliki golongan pedagang yang kuat dan sangat menguasai pelayaran. Sihorelt menyebut orang-orang yang mendayung perahu di Makasar ke kepulauan Maluku hampir semuanya orang Melayu dari Patanni, Johor dan Makasar. Peranan orang Jawa dan Melayu dalam perdagangan pada masa itu jelas, bahasa Melayu bahasa pengantar, bahasa rasmi dalam urusniaga dan surat menyurat, diplomatik, jelas menunjukkan luasnya pengaruh Melayu dalam perdagangan dan perniagaan.
 Penyingkiran golongan pedagang Melayu dan Jawa merupakan proses yang bertahap bermula pada abad ke –17 oleh Belanda di Indonesia dalam kehadiran orang Portugis di Malaya. Pada abad ke 18 perdagangan Melayu dan Jawa berpusat di Riau yang berjkemungkinan merupakan pusat perdagangan dan perlabuhan dagang penting yang terakhir diurus oleh penguasa peribumi dan para pedagang. Jangkauan wilayah pedagangan peribumi yang langsung terbatas pada daerah kepulauan. Kemerosotan pedagang Jawa disebabkan oleh penguasa Mataram membatasi kegiatan perdagangan rakyatnya. Ia melarang rakyat Jawa  belayar ke luar negeri dan menguasai sendiri usaha eksport dan import. Para pedagang Jawa banyak meninggalkan Mataram dan monopoli Belanda yang berikutnya dan penguasaan ke atas daerah mempercepatkan proses penyingkiran. Selain itu perang Mataram pada abad ke 17  menyebabkan kehancuran kota dan memusnahkan perdagangan dan ini sedikit sebanyak memusnahkan golongan pedagang Jawa.
 Negeri Melayu di Semenanjung juga mempengaruhi golongan pedagang Melayu. Adalah antara Johor dan syarikat Hindia Belanda yang mengizinkan belanda melakukan memonopoli dagang untuk berbagaibagai komoditi penting sepanjang pantai Siak dengan jumlah perahu tanpa batas dan tiada cukai dikenakan. Perubahan penting yang dapat dilihat oleh golongan pedagang mendiri yang berkuasa disebabkan kejatuhan sebuah negara seperti Melaka dan Mataram. Penyingkiran tersebut disebabkan kekuatan Belanda yang meluas dan terus menerus menindas yang pada akhirnya membinasakan sejumlah negara di indonesia. Monopoli Belanda untuk membeli dan menjual bebagai komoditi penting. Mengakibatkan golongan pedagang menjadi tidak berguna. Penguasa peribumi tempatan dan kaum bangsawan menjadi alat syarikat Belanda. Peranan sultan juga menjadi punca kepada lenyapnya golongan pedagang peribumi yang bertindak sebagai orang tengah untuk menjual komoditi kepada syarikat asing. In dapat dilihat kepada tindakan sultan Banten yang menjual barang dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga asal. Masyarakat peribumi dianggap asing dalam bidang perusahaan dan perniagaan . perusahaan dan perniagaan membentuk konsep kapitalis kolonial yang menyangkut ketekunan masyarakat yang tidak memilliki golongan tersebut dianggap malas. Ini merupakan unsur pokok dalam sistem kolonial yang tidak membahagi kekuasaan dengan peribumi dalam hal kepentingan sosial yang besar seperti kekuatan ekonomi.

PENGOLAHAN ISI



Dalam konteks perbincangan ini dengan jelasnya dapatlah disifatkan bahawa Mitos Peribumi Malas yang diusulkan oleh pengarang buku ini nyatanya terdapat kebenarannya. Ini dikatakan demikian memandangkan terdapat beberapa bukti yang menjelaskan bahawa kemalasaan yang dilabelkan kepada peribumi Melayu dirantau Asia itu adalah tidak berasas. Penjelasan ini jelas terbukti melalui beberapa pandangan tokoh yang dimuatkan dalam buki ini. Sebelum itu perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya penulis kolonial Eropah sememangnya amat senang sekali membicarakan tentang peristiwa sensasi, mengembar-gemburkan kemalasan peribumi Melayu di Asia semata-mata untuk mengangkat martabat bangsa Eropah itu sendiri. Kenyataan ini demikian sifatnya, lantaran mereka hanya melihat kemalasan itu dari aspek yang sempit sahaja. Dalam hal ini mereka seharusnya memandang secara global sebelum melabelkan kemalasan itu. Dalam hubungan ini, sifat malas itu merupakan fitrah semulajadi  yang ada pada setiap manusia. Namun persoalannya disini mengapa peribumi Melayu sahaja diletakkan sebagai  peribumi yang malas? Jelaslah disini bahawa berlaku yang ketidakadilan dalam mengklafikasikan sesuatu bangsa dimukabumi ini. Ini kerana,kajian dan pandangan mereka berteraskan hak mereka sebagai penjajah yang menganggap diri mereka itu mampu untuk menjatuhkan maruah sesuatu bangsa dengan sewenang-wenangnya. Justeru itu, perbincangan ini dilakukan demi menyatakan bahawa kemalasan itu hanyalah mitos Barat semata-mata. Gambaran seumpama ini dipaparkan secara prejudis oleh penulis kolonial Barat. Contohnya, Raffles dimana apabila membincangkan konsep kerajinan dan kemalasan dikalangan orang Melayu adalah gambaran bahawa menurut beliau kedatangan agama Hindu dan Islam dikatakan menyebabkan kepelbagaian yang lebih jauh. Nyatanya disini Raffles tidak dapat membezakan perbezaan antara suku, bahasa, politik dan agama masyarakat Melayu di rantau ini. Sebaliknya dengan sewenang-wenangnya telah menganggap Islam sebagai alat yang memecahbelahkan masyarakat. Namun sebaliknya dalam konteks ini Islam sebenarnya melakukan penyatuan yang menakjubkan baik secara politik mahupun  menurut Islam  ini terbukti di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Islam telah bertindak sebagai alat menyatukan masyarakat di wilayah tersebut yang sebelum itu berpecah belah. Kenyataannya, Islamlah yang pertama sekali menerapkan sistem undang-undang bersama. Maka terbuktilah bahawa penilaian Raffles terhadap Islam dibuat berdasarkan ketidakfahamannya tentang kenyataan dan sikap intipati terhadapnya. Seterusnya daripada tinjauan yang dibuat didapati para ilmuan Eropah nyatanya terlalu asyik untuk menonjolkan sifat buruk dikalangan penguasa peribumi. Ini terbukti beberapa perlakuan raja yang zalim didaerah sering disebut-sebut dan diungkapnya seperti yang pernah dibicarakan pada awal perbincangan tentang buku ini. Dalam konteks ini apa yang dilakukan oleh para ilmuan Eropah adalah penggambaran yang tidak seimbang tentang para penguasa peribumi dan penguasa kolonial. Ini terbukti kezaliman, penindasan dan ketidakadilan beberapa penguasa kolonial disembunyikan daripada pembahasan mereka sedangkan hal penguasa peribumi digembar-gemburkan. Ternyatalah disini terdapat pentafsiran yang berat sebelah. Sebagai contoh perlakuan Tuan Bean yang dilukiskan oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1797-1854)  dimana Tuan Bean seorang pegawai kanan Inggeris yang dikirimkan ke Melaka sebagai komander pasukan tentera India menurut Abdullah, beliau digambarkan sebagai seorang pegawai yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan dimana ia banyak menghabiskan masanya dengan menyaksikan aliran darah manusia seperti ia suka menculik anak-anak tempatan dengan menyuruhnya bergaduh hingga sakit dan sebagainya. Namun perlakuan beliau yang tidak bermoral ini tidak digambarkan oleh Abdullah sebagai mewakili seluruh watak orang Inggeris. Jelaslah bahawa Abdullah cukup bistari dalam mengolah penilaiannya tentang watak orang Inggeris ini.
 Selain itu, Abdullah memprotes tindakan Raffles yang sangat memuji pemerintah Inggeris dimana pada pandangan Abdullah inilah punca yang menyebabkan mengapa para ilmuan kolonial Inggeris sanggup menyebarkan karyanya dengan melabelkan masyarakat peribumi Melayu sebagai pemalas. Ini kerana bagi Abdullah pelukisan gambaran yang disebarkan oleh para kolonial itu nyatanya tidak adil kerana sifat malas, kejam, zalim, takut dimiliki oleh kelompok penguasa kolonial. Begitu juga tuduhan malas yang dilemparkan oleh orang Belanda, Sepanyol dan Inggeris terhadap peribumi Melayu jelasnya tidak mempunyai alasan yang nyata kerana pada dasarnya peribumi tidak pernah mengecap malas  masyarakat mereka. Ini kerana mereka benar-benar sedar akan sistem nilai-nilai peribumi yang malas sangat menghayati ketekunan dan kerja. Begitu juga dalam catatan sejarah, ada menekankan tentang nilai kerja dan ketekunan. Sebagi contoh, undang-undang ini merupakan intisari hukum adat sungai Ujung, Negeri Sembilan. Dalam konteks ini melalui fasal 113 ada menekankan tentang nilai kerja dan ketekunan melalui fasal 99 ada menggulungkan akar kejahatan kedalamnya; adu ayam dan perjudian, minum-minuman, menghisap candu, kemalasan dan menghindari pekerjaan perlu dijauhkan. Jelaslah disini bahawa landasan falsafah daripada intisari ini merupakan perpaduan antara Islam dan adat iaitu hukum adat sebelum abad 16 dalam hal ini dikatakan naskhah tersebut ditulis dari abad 18. Namun  jadi persoalannya disini naskhah tersebut dirumuskan dalam tempoh sebelum kedatangan kolonial. Jadi jelaslah bahawa alasan pihak kolonial mengenai peribumi Melayu yang dianggap malas itu sebagai tidak berasas. Sehubungan itu, menurut Abdullah lagi pada dasarnya nilai-nilai yang diketengahkan oleh undang-undang  tersebut adalah hal yang biasa bagi dunia melayu dimana masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Begitu juga dalam masyarakat Melayu adalah suatu keaiban apabila dikatakan pemalas, sehingga mereka  mengatakan bahawa seorang yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah seorang yang berani. Selain itu Abdullah tidak menafikan bahawa kemalasan turut ada pada orang Melayu tetapi ia digambarkan secara bijak dan tidak menganggap sebagai kemalasan yang tulin. Dalam  kemalasan orang-orang Melayu dihubungkan dengan Penguasa Melayu dan hamba raja. Abdullah mencatatkan bahawa kemalasan lelaki melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan kehidupan mereka yang penuh ketakutan terhadap penguasa ditempat mereka. Dalam hal ini punca kemalasan adalah akibat dari tekanan dan kekejaman para Raja dan tokoh penting itu. Penduduk berasa tidak berguna untuk bekerja keras dan memungut keuntungan yang kemudiannya akan dirampas. Sebaliknya mereka lebih senang hidup dalam kemiskinan dan menderita. Disini Abdullah menjelaskan mengenai penganiayaan itu secara terperinci, dimana rakyat yang mempunyai rumah yang besar, ladang dan tanah beberapa petak sahaja maka Raja pasti menghubunginya. Diceritakan bahawa Raja sering meminta dan meminjam pada orang tersebut dan jika orang itu menolak permintaan Raja tersebut maka raja akan merampas kekayaan mereka. Namun apa yang menyedihkan disini ialah raja tidak pernah membayar kembali setiap apa yang diminta itu. Dalam hubungan ini lebih buruk lagi sekiranya orang itu melawan maka orang tersebut akan dibunuh atau didenda. Jelaslah disini bahawa daripada gambaran peribumi ini maka tidak hairanlah timbul rasa tidak puas yang akhirnya melahirkan tindakan dimana rakyat tidak mahu berusaha dan bekerja untuk mencari harta.
 Justeru itu, pandapat sarjana seperti Clifford ada mengatakan mengenai gambaran mengenai Melayu ia menolak kecaman tentang kemalasan orang Melayu. Menurut beliau, pandangan yang menyatakan golongan Melayu sebagai golongan yang tidak menguntungkan haruslah disangkal sama sekali ini kerana seringkali pandangan Barat memperkatakan nilai sumbangan imigran Cina sebaliknya  dalam konteks ini sumbangan sumbangan orang Melayu sering dipekecilkan. Jelaslah disini berlaku ketidak adilan. Ini kerana orang Melayu yang banyak memainkan peranan seperti mengurus negeri, menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan sebagainya. Namun, apa yang menyedihkan pihak kolonial sering melupakan sumbangan orang Melayu ini. Tegasnya sokongan orang Melayu dan pimpinan Melayu yang banyak menyempurnakan tujuan mereka. Seterusnya, perbincangan ini juga tidak terhad kepada orang Melayu di Tanah Melayu, sebaliknya juga orang Filipina di kepulauan Filipina. Dalam perbinmcangan ini orang filipina juag telah digambarkan secara negatif oleh orang Sepanyol dan para pelancong Eropah yang lain. Caceri, menulis tentang masyarakat Filipina setelah mengunjungi Filipina tahun 1696 mengatakan bahawa penduduk Filipina menyerupai masyarakat Melayu dari segi kedangkalan pandangan mereka. Menurut Careri lagi tentang  orang Bisaya ia berpendapat bahawa mereka menjadi malas sejak orang Sepanyol menguasai mereka. Katanya “kemalasan merekalah yang membuat mereka nampak tidak banyak akal, mereka sepenuhnya kecanduan terhadap hal ini, jika dalam perjalanan mereka menemukan duri terkena kaki mereka, mereka tidak membongkok untuk membuangnya ke luar jalan agar orang lain tidak memijaknya”. Jelaslah disini bahawa orang Filipina digambarkan sebagai masyarakat yang malas.
 Sehubungan itu, St. Augustine turut menggambarkan orang Filipina sebagai bagus dalam kerajinan tangan mereka membuat perahu dan bertindak sebagai pelaut, askar dan penyelam. Mereka membuat mesin, bedil meriam dan loceng. Mereka menghasilkan makanan utama dan perkhidmatan bagi orang-orang Sepanyol. . Nyatakan disini San Agustin tidak melebih-lebihkan ciri positif orang-orang Filipina ini sebaliknya lebih berminat dalam menokok menambah tentang kemalasan peribumi Filipina. Ini dapat dibuktikan apabila beliau bersemangat telah meluluskan perwatakan orang Filipina dengan 30 ciri negatif. Begitu juga imej orang Filipina dari abad 17 hingga 19 digambarkan juga sebagai pemalas oleh orang-orang Sepanyol. Kenyataan ini disangkal oleh Sinibeldo De Mas dalam Informe De Las Islas Filifinasnya (1842) mengulas dan membantah beberapa tanggapan San Agustin yang menyamaratakan sikap masyarakat Filipina dalam soal pinjam-meminjam, tentang tingkah laku anak-anak muda yang mengabdi dalam biara, ia berpendapat orang Sepanyol sendiri yang melakukan di negara mereka sendiri. Jadi, tidak ada sebab mengapa orang Filipina sahaja dilabelkan sedemikian rupa.
Disamping  itu juga imej orang Jawa sejak abad 18 hingga 20 juga tidak ketinggalan dari dilabelkan malas oleh kolonial Barat. Kemalasan orang Jawa sangat meluas digembar-gemburkan sejak kekuasaan kolonial Belanda berkembang di pulau itu menjelang abad ke-19. Dalam hal ini, gagasan tentang masyarakat Jawa yang malas tampil setelah Sistem Tanaman Paksa oleh Van Den Bosch diterapkan pada peribumi. Begitu juga dengan perlaksanaan Sistem Tanaman Paksa 1930 itu maka banyak pendapat negatif tentang sifat orang Jawa yang malas sering diperkatakan. Kesan daripada itulah maka tidak hairan masyarakat Jawa  yang dianggap malas oleh kolonial Belanda sudah sebati dalam fikiran para penulis lain. Sehubungan itu juga, Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan pada praktisnya mengakibatkan beberap perlakuan kejam. 20 tahun pemerasan terhadap peribumi. Akibat dari penindasan dan kekejaman maka lahirlah perasaan tidak puas hati masyarakat peibumi terhadap pihak kolonial. wujud situasi keadaan yang nampak tidak selasa  oleh kolonial Barat iaitu Belanda dimana mereka dengan mudah melemparkan label bahawa peribumi Jawa sebagai masyarakat yang malas. Dalam hal ini perkara penting yang perlu diketahui ialah kemalasan orang Jawa  itu adalah bertepatan dan wajar dengan tindakannya kerana ia dapat dinyatakan dengan Novelis terkenal pengkritik Sistem Tanaman Paksa Edward Douwes Dekker (Max Havelaan 1860) dimana Dekker menentang tema tentang peribumi yang malas. Dimana penindasan den perlakuan buruk terhadap penduduk peribumi, melibatkan mereka menjadi lesu.Belanda sering mengesa dan memersa tenaga peribumi dan memaksa mereka menanam tanaman tanpa meminta persetujuan masyarakat peribumi.  Dalam hal ini reaksi masyarakat Jawa yang acuh tak acuh terhadap kerja paksa merupakan protes diam-diam terhadap politik pemerintah Belanda yang memaksa mereka menanam berbagai tanaman wang. Pemaksaan ini dibuat kerana penduduk Eropah ditanah jajahan tidak bersedia sebagai pekerja ladang. Dengan ini maka tidak hairanlah kenapa penduduk peribumi dianggap sebagai peribumi yang malas. Ini kerana protes yang digambarkan oleh masyarakat Jawa seperti tahun 1917, dua orang Raden dibuang ke Edau kerana kesalahannya mengabaikan tanaman kopi. Seterusnya 1706 pemimpin Jawa dibuang kepulau Buru dengan alasan ‘malas’ dan seorang pemimpin Sumedang dicabuk dengan rotan dan dihukum lima tahun penjara 1805 kerana melalaikan pengurusan ladang Belanda. Daripada penjelasan ini jelaslah protes yang ditunjukkan oleh peribumi Jawa sebagai tanda menentang tindakan kolonial itu rupanya telah dianggap dan disalah tafsirkan sebagai penduduk peribumi yang malas. Namun dalam perbincangan ini terdapat juga pandangan Barat seperti Muntingle yang menolak tanggapan malas terhadap peribumi Jawa ini. Ini kerana menurut Muntinghe menegaskan bahawa orang-orang Eropah dengan adil apa pun tidak cekap untuk bercucuk tanam dibawah iklim tropika. Ketidaksediaan penduduk Eropah inilah yang membuat pemerintah kolonial mengerah tenaga kerja peribumi yang enggan di ajak, dan keengganan inilah yang dipandang sebagai kemalasan.
  Dalam konteks malabelkan  sesuatu bangsa itu perlulah ditinjau dengan lebih teliti, mengapa pelabelan itu perlu dikhususkan pada satu-satu bangsa sahaja. Dalam membicarakan soal kemalasan, orang Melayu  mempunyai alasan yang tersendiri dalam mengungkapkan kemalasan itu. Orang Melayu  memperolehi jolokan malas kerana tidak mahu menjadi alat dalam sistem perdagangan kapitalisme kolonial. Situasi inilah yang memaparkan orang Melayu  malas. Orang Melayu tidak mahu menjadi tiang yang menyangga untuk kesenangan orang Eropah. Mereka tidak mahu menjalin hubungan fungsional dengan orang Eropah. Sehubungan itu gambaran kemalasan orang Melayu dapat dibidas dengan alasan yang kukuh dimana oarng Melayu di Province Wellesley yang menyatakan pemudanya tidak terlibat dalam perdagangan kolonial yang kebanyakannya berniaga yang mana bertentangan dengan orang Islam. Daripada kegiatan Barat sendiri, ada menunjukkan bahawa orang Melayu bagus dalam kerjanya, bukan apa yang dikatakan oleh penjajah. Contohnya orang Melayu sebagai pengawas yang baik, ahli bomba orang-orang Melayu dan  Jawa, dan pekerja yang bagus yang tidak menimbulkan kecelakaan dalam menguruskan terowong sebelum 15 tahun. Dan banyak lagi contoh lain.
 Dalam konsep ini, Orang Melayu dianggap pemalas oleh kolonial Barat kerana orang Melayu tidak suka bekerja dibawah kolonial yang menjatuhkan maruah orang seterusnya konsep kerajinan orang Melayu dibuktikan oleh  Winstedt dimana menyatakan bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila minatnya timbul. Daripada apa yang diertikan kepada masyarakat Melayu yang malas  adalah tidak tepat, kerana dapat dilihat erti kerajinan itu bermaksud kemahuan bekerja pada tingkat yang tidak mewarnai dalam lingkungan kapitalis kolonial. Tegasnya disini, tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan oleh kemalasan yang sebenarnya sebaliknya disebabkan penolakan mereka untuk bekerja sebagai buruh ladang, dan ketidakadilan mereka dalam kegiatan ekonomi kapitalis serta yang dikuasai oleh kolonial.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, buku “Mitos Peribumi Malas” yang dihasilkan oleh Syed Hussien al-Attas ini jelasnya mempunyai mesej yang menyatakan tentang apa yang dikatakan tentang mitos itu sendiri. Kenyataan ini dapat diungkapkan demikian rupa ekoran bukti-bukti yang diambil oleh beliau dari beberapa orang tokoh dan pandangan seperti Raffles, Abdullah Abdul Kadir Munsyi, Clifford, St. Augustine, dan beberapa orang tokoh yang terkenal. Dalam hal ini konsep yang cuba ditulis oleh beliau ini nyatanya mempunyai keselarasan idea yang yang wajar membuktikan idea-idea yang dipaparkan oleh para ilmuan dan kolonial baratjelasnya tidak mempunyai alasan yang kukuh serta diungkapkan dengan sewenang-wenangnya tanpa penelitian yang sewajarnya oleh yang demikian mak mitos yang diperkata disini adalah bertepatan  denagn idea yang ingin disamakan. Jadi buku ini tidak perlu dipertikaikan aliran ideanya kerana ia memiliki kehendak aliran dan konsep mitos itu sendiri. Kenyataan n ini bukan tidak berasas sebaliknya lairan idea yang dikupas dalam buku ini sudah cukup untuk menjawab kemuskilan yang wujud dalam menangani tanggapan para sarjana barat yang cenderung dalam menjatuhkan maruah peribumi Melayu. Maka, buku ini banyak menghasilkan idea kesedaran dan menyemarakkan rasa bangga dan cintakan bangsa, agama dan tanahair.

P/S: aku copy...saja nak share

No comments: