December 31, 2010

2011



selamat tinggal bangunan kenanga..lepas ni kat bangunan Q.W ditepi hilton hotel(pj)

SELAMAT DATANG 2011
SELAMAT TINGGAL 2010

semoga tahun ini akan baik baik sahaja hendaknya
tak kira dari sudut politik ekonomi or sosial....

tahun baru pindah rumah baru...
tahun baru office pindah tempat baru...

p/s:umur pun baru...

December 30, 2010

blue... cool




Tahniah pasukan kebangsaan Malaysia kerana
dinobatkan sebagai juara Piala suzuki AFF pada edisi
kali ini. untuk rekod pasukan kita baru pertama kali mengecapi
piala dwi tahunan ini. Tahniah sekali lagi....

tapi korang perasan tak? kenapa team kita suka pakai
baju biru....sebab baju biru adalah untuk team2 champions
je...contohnya chelsea la...heheheheheheh jangan marah

p/s: jersi hampir sama tapi tak serupa...
yg sama ialah penyokongnya heheheheh

December 28, 2010

hilang taring



6 game without win....worse record
apa nak buat...carlos Ancelotti masih tiada
ramuan untuk memecah kebuntuan....
player baru? hmmmmmmm tidak dapat tidak
kena beli player baru.....


walaupun sekuat mana team tu...kalau suka main politik
memang takkan kemana -mana..tak percaya tanya rafa banitez..
stop....focus to the game....

p/s: walaupun chelsea dlm EPL number corot pun
aku tetap support chelsea...serius

December 21, 2010

tenang..nya suasana



ada orang kata yang tenang itu jangan diganggu
ada orang kata k'daan yg tenang itu petunjuk gelora menjelma
ada orang kata air yang tenang jgn disangka tiada buaya
ada orang kata nampak tenang diluar tapi bergelora didalam


tenang didalam kawasan parlimen Labis
nampaknya minggu2 yang mendatang tenang
tidak lagi setenang dulu...

mari kita lihat....siapa yang dulu bertenang...

p/s: negeri johor kubu kuat BN..
pakatan? peluang hanya 30% sahaja.

December 16, 2010

artis pujaan


pernah ada rasa cinta
tapi kini tinggal kenangan
(lagu saleem)







tahniah baizura kahar....

p/s:tapi tak tau bila dia kawin baru je
dapat email....

December 15, 2010

satu malaya kena hina


wikileaks mendedahkan pasal DSAI ramai pemimpin2 politik atau yg mantan pun
begitu ghairah membuat komen.. bagi aku biasa la peluru dah ada tembak la...
inilah dunia politik....

tapi yang aku sangat pelik wikileaks bukan sahaja dedahkan pasal DSAI tapi
pandangan diplomat2 singapura terhadap Malaysia...woi bangun la semua itu lagi
penting la....ada ke patut pegawai negara asing cakap pemimpin negara kita ni bodoh...
dan berdaya... secara tidak langsung dia kata rakyat malaysia semuanya bodoh la.
bayangkan la kalau setiap kali rundingan 2 hala ..dah siap sedia dengan pandangan bahawa
pegawai malaysia semuanya bodoh berat la...mampus tak leh bawa berbincang punya...

nasib baik ATM kata tiada kebocoran maklumat dari pihak ATM..bagusla
nasib baik PDRM kata tiada kebocoran sisatan dalam kes DSAI bagusla
nasib baik wisma putra mghantar nota bantahan isu yang disebutkan bagusla

walaupun lembab( sbb seronok dgn kes DSAI) sekurang kurangnya tidak la sakit hati sgt
melihat pegawai negara jiran dengan senang hati mengatakan rakyat malaysia semuanya bodo
dan tak tau menguruskan negara. sabar je la aku....

kalau kita perhatikan...masalah malaysia dengan indonesia..lebih kepada masalah rakyat indonesia
dengan kerajaan Malaysia..maksudnya rakyat disana membenci Malaysia tapi kerajaan indonesia
tidak begitu...(cth isu.Tarian pendet, batik, pembantu rumah, lagu negaraku PATI dan sebagainya la)

situasi berbeza dengan singapura dimana hubungan rakyat singapura dengan rakyat malaysia
atau kerajaan malaysia hampir tiada. tetapi kerajaan singapura pula selalu menimbulkan masalah
dengan rakyat malaysia atau kerjaan kita...(cth isu... EPF tak leh keluar, tambak johor, air, KTMB dan sebagainya)

kesimpulanya hubungan antarabangsa atau art of diplomatic kerajaan Malaysia mesti kita kena
akuinya sememangnya lemah...harap2nya sesuatu dapat dilakukan...tak percaya? mana ada pegawai
negara A bincang dengan pegawai negara B pasal malaysia yg pemimpinnya bodoh dan tak tau
memerintah? mesti ada sebab......!!!!!!!!!

P/s: media Malaysia kali nie nampak bangangnya...malu oiiiii
BERNAMA pun sama...

December 10, 2010

cuti



mood cuti...
hehehee hari selasa baru start kerja..
oleh kerana cuti kali ni tak balik kampung...
lepak kl je la.......

tadi pergi klcc...rupanya dah lama aku tak jalan2
kat situ.... kali ni pergi dengan kelainan sikit...
naik kenderaan awam... naik putra lrt...
serius aku tak penah naik putra pergi klcc...
sbb aku selalunya pergi naik moto je...
pelik betul...rasa janggal lak tadi.....

sebelum tgk Narnia... pegi la kat kedai buku..yg kat atas sekali
tu....dah lama nak cari buku ni... tapi malang tak jumpa
WARISAN EKONOMI MAHATHIR MOHAMAD
karangan dari KS JOMO...(call member suruh cari tajuk
buku ni sbb masa kt kedai buku aku lupa..) gagal...

tak pe lain kali pergi kedai buku lain lak....

p/s: kalau cuti kat kl...apa program yg best...?

December 6, 2010

salam maal hijrah



selamat menyambut tahun baru...
selamat tinggal 1431 dan selamat
datang 1432... semoga tahun ini kita
mendapat keberkatan dalam segala hal.
insyallah.........

sape tahu tema maal hijrah tahun ni?

December 2, 2010

angin yg bertiup



kecoh sekarang ni...genaral election akan
diadakan dlm tahun depan.....2011
awat cepat sangat... baru 3 tahun...
ikutkannya 2013 baru mandat akan tamat..

tengok tv atau paper sekarang serang menyerang
parti lawan semakin galak... kadang2 tu alahai
isunya diulang2 je...dalam internet pun sama
dahsyat ahli2 politik kita ni....

NGO lak....hmmmm sama je....
ada proksi masing2....

tapi kalau kita pandang dari sudut positif..
kedua dua pihak sedang berusaha menyakinkan
rakyat bahawa mereka pilihan yg lebih baik...
nak tak nak mereka tunjukkan hasil yg terbaik
kpd rakyat sebelum menawarkan diri.....

p/s: kedua2nya belum cukup baik lagi...
buat yg terbaik lagi....