May 29, 2011

musim cuti=musim kahwin



musim cuti sekolah sudah tiba...
tiba sekali dengan musim kenduri kahwin..

selamat pengantin baru buat
cik rose(puan) dengan yasin.
semoga bahagia hingga ahkir hayat
hendaknya aminnnnnnnnn

May 26, 2011

ohhhhh saleha...



waktu yang mencabar ini...kita kena wat sesuatu yang boleh
merehatkan minda...bukan apa, waktu sekarang ni kalau
baca akhbar atau menonton berita senak kepala dibuatnya.
kata orang macam2 hal....

untuk lari kenala menonton benda2 yang menyeronokkan..
kebetulan pulak sekarang ni tv3 dlm slot akasia ada wat
drama bersiri yang menghiburkan,... terus terang aku dah
lama tak tengok drama cite melayu..bukan berlagak tapi
sbb malas dan x de mood nak menonton...hehhehe

oh...siti saleha bintang utama dlm drama nora elena..
memang boleh membuat org tenang hehehheh
cite yang bersahaja dan sempoi...x de aksi gedik2
yang keterlaluan..kata org leh je layan....
ok la.......JOM menonton drama bersiri
NORA ELENA....sempoi

p/s:menonton2 gak..mahgrib jgn lupa

May 24, 2011

subsidi itu




situasi semasa bolehla dianggap seperti diluah mati emak
ditelan mati bapak...isunya ialah pemberian subsidi!!!!!
sebelum kita pergi jauh..apakah makna subsidi? 
“Subsidi merupakan insentif yang diberikan oleh kerajaan 
untuk membolehkan atau menarik perhatian pengeluar 
dan pengguna dalam kelas yg tertentu 
dalam makna mudahnya kerajaan membelanjakan wang negara
untuk membantu meringgankan beban rakyat.

pengurusan fiskal negara memang mencabar dan perlu dilakukan
dengan teliti.jika tidak wahasilnya boleh memufliskan negara. 
bagaimana kerajaan dapat membantu rakyat tanpa perlu mengeluarkan wang?
tidak dapat tidak kerajaan terpaksa membelanjakan sebahagian wang
untuk maksud subsidi tersebut. sebab itulah betapa ironinya bila kerajaan
ingin menarik balik subsidi mendapat tentangan dari semua golongan
rakyat. NAK BANTU dengan cara TARIK BALIK BANTUAN.

pihak oposisi dalam negara kita telah mengeluarkan satu bentuk alternatif
dalam penyelesaian isu berbangkit..ini dihuraikan dlm BUKU JINGGA.
begitu kontradiksi dengan kaedah semasa yang dibuat oleh kerajaan
termenung sejenak ini gula2election ke? kenapa tiada pembincangan 
secara ilmiah dibuat oleh para economist kita terhadap rancangan 
buku jingga ini(sepengetuan aku la)hanya diterangkan oleh 
ahli2 politikus sahaja.susah rakyat nak faham!!!!

inflasi...? bahasa mudahnya ialah nilai wang . contoh kalau dulu RM 50
boleh kita membelanjakanya dlm masa 3-4 hari .tetapi bila inflasi tinggi 
nilai RM 50 hanya dalam masa 1-2 hari sahaja.lebih kurang gitu la.

perbelanjaan harian semakin meningkat tetapi pendapatan rakyat pada tahap
yang hampir statik .ahhhhhhhh ini betul2 akan menyesakkan hidup rakyat 
kebanyakkan.lama2 orang akan tension.bila tension macam2 boleh berlaku.
harap2nya ada ruang atau jalan penyelesaiannya.
khabarnya bulan June nanti ada laporan dari PEMANDU tetang subsidi
ini. mari kita lihat ,siapa yang kena.

p/s:ini pendapat aku sahaja..boleh setuju dan boleh juga tidak
setuju...tiada masalah......

May 21, 2011

berlabuh sudah


Liga paling popular sudah sampai ke perlawanan
yang terahkirnya..... juara sudah pun diketahui...

pasukan2 yang akan tersingkir west ham..confirm
tersingkir dan pasukan yg akan menyusul akan ditentukan
melalui perlawanan terahkir ini...

pasukan yang akan masuk ke EPL musim baru ni
pun sudah ditentukan.. kecuali yg kena main Play OF
(team cardif tak layak lagi la)

see next season...chelsea chelsea chelsea

p/s: kadang2 kegagalan boleh menjadi
satu motivasi utk lebih berjaya

May 15, 2011

selamat hari guru


tiada baris dapat dikata untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua guru yang telah mengajar aku..tema kasih cikgu

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


May 14, 2011

65 tahun



walaupun lewat beberapa hari entri ini
aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun
yang ke 65 kepada parti UMNO

11 mei 1946 umno ditubuhkan dengan president
yang pertama Dato Onn Jaafar....
dan sekarang UMNO dipimpin oleh Datuk seri Najib
Tun Razak. untuk rekod hanya Dato Onn Jaafar sahaja'
president UMNO yg tidak menjadi Perdana Menteri negara
kita...(dato Onn hanya pernah menjadi MB johor sahaja)

Selamat Ulangtahun....yg ke- 65

p/s: UMNO juga dikenali dengan nama
PERKEMBAR

May 9, 2011

post war...nothing els matter


menang kalah adat permainan....
kali ini giliran chelsea pula yang kalah
apa nak wat memang musim ini
tiada rezeki untuk chelsea...

sekarang bolehla merancang untuk musim
depan...kena fokus untuk musim baru nanti.
jangan jadi kelam kabut macam musim ini.
kalau ada player utama x leh main..pastikan
penggantinya juga dlm keadaan terbaik
barulah pasukan tidak goyah...

apa2 pun good luck utk chelsea...

p/s: game malam tadi sebenarnya takla teruk
sgt pun...puncanya gol awal. dan kegagalan
ashley cole mengekang valencia adalah
punca segala-galanya....

May 5, 2011

debaranya........


debaran ahad ini...mari kita lihat siapa yang kena...
harap2nya team biru boleh menang...

ramalan...aku
chelsea 3
mkayu  1

p/s: the coolest team chelsea

May 4, 2011

S.N ke 11


Tahniah kepada penerima anugerah Sasterawan Negara
yang ke 11.Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (kemala)
tahniah dr.......


kena cari buku datuk S.N yg ke 11 ni
sebab tak penah baca rasanya...
terasa banyak lagi buku2 yg tidak dibaca


tahniah...negara kita tidak kurang hebatnya
kita yang kena pandai mencarinya....