August 28, 2009

selamat hari merdeka

selamat menyambut hari kemerdekaan
yang ke 52 kepada semua rakyat malaysia
semoga negara ini akan menjadi lebih aman
harmoni dan sejahtera hendaknya.......
cuti hujung minggu sampai hari isnin
boleh la balik kampung.............
selamat bercuti semua

pecat

politik negara secara tiba tiba
bergegar akibat krisis parti kedua
terbesar dlm barisan nasional (BN)
krisis menjadi ketara sehinggakan
terpecatnya timbalan presiden parti MCA
dr chua soi lek.................dari partinya
para penyokong timbalan presiden
sudah mula bersuara menyatakan
bantahan secara terbuka terhadap
tindakkan yang telah diambil oleh
majlis presiden MCA.......
aku melihat dari sudut barisan Nasional
secara terus.........ramai pemerhati politik
menyatakan Barisan Nasional akan habis
atau terjejas teruk jika parti kedua terbesar ini
berada didlm krisis secara berterusan...........
maknanya....peluang Pakatan Rakyat utk
menggantikan Barisan Nasional bukan lagi mustahil
selepas ini..............................
pemimpin2 Umno semuanya sedar
bahawa tanpa sokongan yg padu kepada
parti MCA akan menyebabkan kedudukan
Barisan Nasional akan terjejas teruk........
maka satu tindakkan pantas perlu diambil
untuk membantu menyelesaikan permasalahan
dalaman parti MCA...............
kadang kadang kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi
itu bergantung kepada kesepaduan gabungan tersebut
satu sakit akan menyebabkan keseluruhannya akan
sakit....................................itulah risikonya....
p/s: sorry citer politik masa bulan puasa2 nie

August 27, 2009

sahur

kalau waktu sahur makanan
apa yang paling ideal.............
yang ringan dan kenyang........
susah tue................
sahur oh sahur

August 26, 2009

sajak sikit

ALAM Pada hujan kah Pada panas kah Pada mendung kah Pada salji kah Pada ribut kah Pada tsunami kah Pada kabus kah Mana manusia Mana haiwan Mana tumbuhan Mana hidupan lautan Mana semuanya Semulajadi….. Ahhhh semua itu bohong Mana mungkin alam semulajadi Ini semua ciptaan Allah s.w.t Alam ini anugerahnya…. Mengapa? Khalifah didunia..? Sudah puaskah nikmatnya… Jangan bohong…………. Cintailah ia Hargailah ia Belailah ia Mesrakan ia Peliharalah ia Wajib……….. Jangan bohong Alam semulajadi Tidak terjadi sendiri…

August 25, 2009

hari wanita

selamat hari wanita...........
kepada semua wanita2 diseluruh dunia
pada hari ini...............
kamu semua mahkluk istimewa
ceria ceria selalu..........................

August 24, 2009

PARAM

berbuka puasa di office minggu nie... maklumla aku keje...seminggu pagi seminggu petang.... so minggu nie berbuka puasa di office je... selalunya kami keluar beli makanan kat PARAM bukit bintang....boleh la....janji ada jual nasi kalau nak pegi kg baru tengok mood, malas nak jln jauh2......... kalau dah malas sgt pegi kedai mamak...........mamak pun sodap selamat berbuka ....ehhh lambat lagi heheheeh p/s: param....(pasar ramadhan)

August 21, 2009

berkat

selamat datang ramadhan
semoga tahun ini mendapat berkat
dan rahmat dalam menunaikan
rukun islam yang 3 ini..........
semoga semua mendapat manfaat dari bulan yang mulia ini........ kata orang bulan puasa..bulan kesabaran................ selamat berpuasa semua.......................

August 20, 2009

pelik tapi benar

aku dapat maklumat mlm tadi lebih tepat pagi tadi pasukan Mkayu kena titik dengan pendatang baru dlm BPL....burnley fc 1-0....... heheheheheh hari nie habis semua budak2 Mkayu kena hina ngan aku.... heheheheheh

August 18, 2009

emergency

darurat kesihatan......... adalah langkah akhir jika bencana H1N1 ini terus membunuh rakyat Malaysia.... apa2 pun setiap rakyat malaysia kena pakai topeng utk menjaga kesihatan masing2................. tapi penat la............. aku sekarang nie.... pegi keje balik keje hari minggu pun dok rumah je... takut nak jumpa orang.... bahana H1N1 nie mmg menyusahkan.... penat2................

August 17, 2009

usain

mamat sorang nie memang pantas la
apa yang dia makan tak tau la...
aku ingat lagi masa awal2 tahun 2000 dulu..
rekod dunia untuk 100 meter...9.86 la...
lepas ada org pecah 9.84 la....maknanya margin
hanya 0.01 saat sahaja....
tapi mamat usain nie kat beijing hari tue dia buat
9.69 saat....tapi semalam dia pegi pecah rekod dia
menjadi 9.58 saat.... margin yang besar....0.10 saat
maknanya dia nie memang laju la....entah la
bila la pulak,rekod mamat nie orang lain boleh pecah lak....
betula org cakap mamat nie memang laju
REKOD DUNIA UNTUK SERATUS METER 9.58 SAAT

August 14, 2009

sabtu

pada kebiasaanya aku tak kerja pada'
sabtu....sbb office open hanya sampai jumaat...
tapi........esok kena kerja...........sbb disaster recovery plan
nak siap sedia takut2 opis kena tutup pasal H1N1...kena
ada sistem back up la......itu yg esok kena testing tue....
malasnya...............Add Image
kwn2 yg cuti esok...enjoyed la...
selamat berhari minggu....
p/s: walaupun pic baizura nie dah tunjuk
tapi tak jemu pandang.....ehheheh

August 13, 2009

zzzzzzzzzzzzzzz

kenapa otak ini
menjadi beku
dan tiada apa yang
menarik untuk dicoretkan....
cuma terkejut sikit baca muka depan
metro hari ini..........
memang rasanya sekarang dah
akhir zaman........
tepuk dada tanya iman...bukan selera....
itu yg org selalu lupa..............

August 11, 2009

sayang

setiap insan bernama manusia mesti mempunyai sikap untuk sayang atau kasih kepada sesuatu.... sayang maknanya...bersungguh sungguh utk mempertahankanya dan membelanya dengan kata lain ambil berat..... ada orang sayang pada keluarganya bagus..... ada orang sayang pada negaranya bagus.... ada orang sayang pada bangsanya bagus.... ada orang sayang pada pasukan bolanya bagus... ada orang pada kawan kawannya bagus..... ada orang sayang pada kampungnya bagus...... tapi dewasa ini....ada pihak pihak telah menghina sesuatu yang amat aku sayang... dan aku tidak dapat terima jika mereka terutamanya yang dalam negara ini...membiarkan secara terus menerus menghina perkara yang amat aku sayang........... TOLONG JANGAN HINA AGAMA AKU...ISLAM akan ku pertahankanya selagi nyawa dikandung badan....

August 10, 2009

langkah kanan

chelsea memulakan liga dengan langkah kanan...
walaupun seri dalam masa 90 minit...
penentuan penalti memihak kepada chelsea...
tahniah....the blue
chelsea chelsea chelsea

August 7, 2009

hajat

hari jumaat....
rasanya kat masjid masjid diseluruh
negara, selepas sembahyang jumaat
akan ada sembahyang sunat hajat
untuk mengelak bala.... korang tau la
sekarang nie...angkara H1N1....
marilah kita sama2 bersolat hajat
selepas jumaat nie....
semoga dimakbulkan doa2 kita
selamatkan negara kita dari
musibah penyakit berjangkit yg
membawa maut ini....................

August 6, 2009

berlari

berlari menyihatkan badan

video

August 5, 2009

permatang pasir

gerak gempur.....pelakon2
politik mungkin akan berkampung
di permatang pasir......pulau pinang..........
kematian ADUN...dikawasan itu...
menyebabkan akan ada satu lagi
pilihanraya kecil di negara kita...
ayuh segera pelakon2 politik negara
mari kita taburkan pelbagai habuan kepada
hampir 20 ribu pengundi di permatang pasir
pikatla hati hati para pengundi semua....
belaila mereka....pujukla mereka semua
supaya dapat mereka memangkah parti anda...
jangan gusar ...jangan gentar...jangan kalut...
bertandingla....dengan semangat demokrasi yang matang....
p/s: jangan silap tabur...nanti
menjadi peluru kapur kepada parti anda

August 4, 2009

suram

hari ini...........boleh dikatakan
hari yg suram..............
suram akibat jerebu.........
suram akibat H1N1 yang berleluasa......
suram akibat kerisauan kepada 2 perkara diatas,
tapi sebagai manusia biasa...kita hanya mampu berusaha
utk mengelakkannya....
tapi tuhan jua lah yang menentukannya.........
hanya doa dan harapan menggunung
dipohon untuk menyelamatkan negara kita
dari musibah ini..............
tapi rasanya alam maya hari nie pun...
macam suram juga..............

August 3, 2009

gementar

satu hari......
satu jam.....
satu minit....
satu saat....
semuanya dihitung kira.....
amalan baik ataupun amalan hina
berhati hati semua.....