April 26, 2011

buruh....


1 mei menjelang tiba...satu dunia menyambutnya....
apakah nasib pekerja dinegara kita terbela?
sukar utk diteka...pelbagai jawapan boleh dirangka
kata org tepuk dada tanya selera...

MTUC.......badan pekerja...
CUEPACS ...badan pekerja

sama2 membela dan menjuarai golongan
buruh ini.......moga2 hendaknya
TEMA hari pekerja tahun ini apa? siapa tahu.....
(aku tahu la saje je,asyik2 tarnfomer je)

p/s: kat negara luar kuasa buruh sgt kuat
sehingga boleh menubuhkan parti politik
sehinga berjaya memimpin negara..negara kita?
slow sikit kot........

April 24, 2011

blog kita...tanggungjawab kita



berjalan2 diblog org (blog cik epal) terlihat ada perkara yg menarik
iaitu Vlog...a.k.a video blog. satu pembaharuan untuk2 bloger2 sosial.

dengar cerita ada persidangan bloger2 asia dikuala lumpur..(weekend)
dan PM sendiri telah meluangkan masanya untuk hadir dlm persidangan
tersebut... kebanyakkan bloger2 utama telah hadir dlm persidangan tersebut.
macam mana kita hendak mentafsirkan siapakah bloger2 utama tersebut..?
apa yg pasti bloger yang sering mencoretkan tetang isu politik dilihat lebih
berpengaruh dan biasanya mereka ini dilihat dlm kategori bloger2 yg utama.

bloger sosial atau personal blog dilihat hanya menulis tentang perkara2
yang biasa ..kata org tiada umpp atau mampu utk menggegarkan massa.
namun blog2 sosial kadang2 amat menarik utk dibaca kerana maklumat
atau isinya tidak memeningkan kepala..just read for personal information...
berbanding dengan blog2 politik........

aku..tak kisah mana2 blog pun aku baca....kata org membaca boleh
mengembara tanpa perlu berjalan....cool.
walau apa pun jenis blog anda ...tanggungjawab itu perlu ada' kepada
setiap orang.....kata org berani tulis berani kena kritik...

p/s: suasana semakin terbuka...dengan ruang maya
yg tiada sempadan ini....

April 20, 2011

pesta ....jom


pesta buku antarabangsa akan kembali lagi
di PWTC....pada 22/4/2011 sehingga 1 /5/2011
kepada kaki2 buku bolehla berkunjung kesana...
bukanya apa..masa ni la nak dapat buku dengan
harga yang rendah.....tak percaya ? cuba pergi kedai
buku yg ada sekarang kemudian bandingkan harga kat
PWTC nanti....sure murah la........

saban tahun penganjuran sebegini dilakukan dengan
harapan minat dan kadar pembacaan rakyat Malaysia
akan terus meningkat setara dengan negara maju yang lain.
tetapi kita kadang2 lupa ..selain meningkatkan kadar pembacaan
kita kena juga meningkatkan jumlah penulis penulis yang berkualiti..
tidaklah nanti hanya buku dari luar negara yang akan membanjiri
pasaran negara kita....

teringat kata Dato S.N yang ke 10
pembinaan mana2 tamadun didunia selalunya dimulakan atau
digerakkan oleh penulisan2 yg berilmiah dlm proses pembinaan
sesebuahTamadun itu.....mari kita renungkan....
apa2 pun ...selamat berpesta buku ya semua.....

p/s: nak pegi ngan sape...ya?

April 17, 2011

CUN........nya


last cite melayu yg aku tengok hikayat merong mahawangsa..
minggu sebab boring pegi juga la tengok cite melayu..(sebab cite
hollywood x de yg best ) CUN...

kadang2 bosan sbbnya kata org dah boleh dijangkan ceritanya
bermula dan akan berahkir macam mana....dah boleh agak ..
satu lagi...zaman la ni...alahai jurang kampung ngan bandar
rasanya semakin menipis...so mcm x logik je..pada pendapat
aku la........apa2 pun lain org lain citarasanya....

nasib baik maya karin memang cun..........kalau tak
lagi kurang markah cerita ini.....

ada satu yg menarik perhatian ialah dengan lakonan....(x tahu nama pelakonya) wataknya
yg lurus bendul...superb dlm menjiwai watak sebegitu pandai dia melakonkannya...

p/s: sorry cerita pasal flim pulak...hehehehe

April 13, 2011

PRN 2011


hari ni x nak cite bola..cite politik sikit...

kempen sedang hangat sekarang untuk pilihanraya negeri sarawak
kali ke 10(PRN) ini. cabaran sengit buat julung2 kalinya kepada
pihak BN...pakatan rakyat selepas tsunami 2008 cuba membawa
ombak ke negeri sarawak...natijah atau hasilnya nanti semuanya
akan diketahui pada 16 april nanti..........

apa yg menarik perhatian, bicara kempen yg digunakan oleh pihak
pakatan rakyat ialah membandingkan pemerintah ketua menteri
sarawak dengan mantan presiden mesir... mungkin disebabkan
 kedua duanya sudah memerintah selama 30 tahun...hinggakan
ada bahan kempen menyebut 1 undi untuk BN= 1 undi untuk Taib...
ini menjadikan kempen pakatan rakyat mendapat sambutan luar biasa...
untuk rekod.....pembangkang sebelum ini tidak kuat di sarawak..

BN kena membuat sesuatu untuk mematahkan hujah 1 undi BN = 1 undi taib
caranya tidak dapat tidak...sebelum 16 hb april ini Taib hendaklah mengumumkan
tarikh perletakan jawatan serta menamakan penggantinya...dengan ini mood
pengundian akan datang kembali kepada BN...percayalah ini satu satunya
strategi yg terbaik...pada pandangan aku la..........

apa2 pun kita semua kena tunggu 16 april nanti..........adakah ombak
tsunami mampu menggegarkan bumi kenyalang....

p/s: menang kalah adat la...yg penting
cara untuk menang dan menguruskan kemenangan

April 6, 2011

suku....



lama tidak cerita pasal bola dalam blog ni...
malam peringkat quarter final uefa champion league..
macam biasa la ...mesti sokong chelsea....

lawan chelsea mlm ni dari EPL juga...Mkayu..
tahun ni team ni hanya baru bertemu sekali dan chelsea
menang...tapi kali ini dlm pertandingan yg berbeza...

serius chelsea memang boleh menang..tiada keraguan..
fokus..dibahagian tengah dan tajamkan sikit lagi serangan
malam ni game milik chelsea......

hari ni nak jadi tok nujum lak......tilik punya tilik
2-0 chelsea will beat mkayu this morning........
PERCAYA LA 

April 3, 2011

ge ge ge











p/s: tiada tajuk just pic sahaja

April 1, 2011

panahan itu



dari ledakan tsunami menjalar kepada radiasi nuklear
dari ledakan teknologi kepada video hitam putih..
dari ledakan PRN 10 menjelma hantu jembalang
dari ledakan lynas menjadi janji MB

semua ini dunia sekarang............
2011...ya sudah hampir 2012...
apa ...ramalan itu? tidak ,biasa2 sahaja
semua ini dunia sekarang....

merong mahawangsa.. dot dot dot dlm botol
ratu the movie menjadi bualan..
walaupun pelik tapi jadi tayangan
hendak percaya tidak.....baik dilayan

april sudah menjelma.........
sedar tidak sedar 4 purnama berlalu
keadaan masih sama.....seperti dulu
GTP, 1 malaysia, NKRA, NKEA
TERAJU, PEMANDU, rumah pertama,
semuanya warna-warna dalam kilauan.

p/s: lama tak update blog..susah betul
nak menulis sekarang ni......mcm2 ada