April 29, 2010

sukan





bulan ini ada selection untuk memilih atlit utk mewakili office kami dlm suka MIBA.
tahun lepas aku cuba acara jarak sederhana 800 meter ...kalah tak layak pun nak mewakili
office dikejohanan MIBA.....
so tahun nie aku nak cuba jarak yg lebih jauh.....rasa2nya nak cuba 3000 meter atau 5000 meter
harap2 leh la lari... sejak umur dah meningkat ni lari pun dah tak larat.....dah....
apa2 pun minggu ni boleh la start berjogging untuk melihat kemampuan diri.
kalau tak mampu... terpaksa la bersara......heheheheh



p/s: pic kt atas tue tahun lepas punya selection...kantoi...
org number satu ngan dua tinggal kami jauh tul




April 28, 2010

berita


siapa suka tengok berita?


aku memang suka tgk berita...
sbbnya berita adalah  satu medium           
sumber maklumat yang cepat , jelas
dan mudah untuk diperolehi serta difahami(visual).

stesen-stesen tv di Malaysia berusaha untuk menjadikan
sumber berita meraka sebagai rujukan utama rakyat
negara ini.......syabas kepada semua stesen2 tv yg ada negara kita


tapi aku suka tengok astro awani...
terutamanya kalau pembaca beritanya
juliana ramli......
best je beritanya..............
heheheheh

p/s: kena rajin tgk berita
baru leh tahu dunia..

April 27, 2010

pesta lagi

dengar cerita bulan may nanti akan ada pesta
disarawak pula...lebih tepat sibu......untung org2
sibu....tengokla mcm org dihulu selangor, dilayan
seperti raja............heheheh

hmmmmmmmm selamat berpesta semua
kepada kedua-dua pihak yg ingin mengambil bahagian
tawarkan yg terbaik untuk rakyat disana....
dan harapan semua rakyat malaysia........
kalau boleh cool je nanti..........
boleh?......mesti boleh punya k...
SUPP vs DAP
(BN)      (PR)

p/s: kurang arif ttg politik sarawak
so tidak dpt memberi komen yg mendalam
ttg PRK sibu...

April 26, 2010

sajak sikit




dunia sekarang penuh pesona
dengki khianat tiada dosa
derita dalam derita menjadi cara
dugaan hidup pelbagai warna

warna hidup penuh dengan celaan
wujud mencari sinar harapan
waspada kita biar berteman
walaupun pahit mesti ditelan

acara kelmarin menjadi sejarah
acara semalam merungkai hujah
acara hari ini mungkin muhasabah
acara esok membina uhkuwah

sudah semuanya
selasai semuanya
selesa semuanya
sinar baru katanya
sinarkah ia...............?

p/s; boring2 je......sastera sikit

April 22, 2010

kl vs prk



walaupun epl semakin dihujung musim
ada 3 game lagi kot....mmg sgt terasa kehangatannya...
tapi kita jangan lupa kepada liga tempatan kita...

heheheh oleh kerana pasukan yob akan bertandang
ke stadium cheras sabtu ini...ate.....mau tunggu lagi
moh la kita pegi stadium..........

Perak vs Kuala Lumpur
lokasi stadium cheras kl....

p/s: tak sabar pulak rasanya nak
tunggu hari sabtu ni....hehehehe

April 21, 2010

drama PRK (pilihanraya kecil0


wah,........... pilihanraya kecil hulu selangor
memang hebat......sampai mantan our prime minister (TUN)
pun ada ckp All's fair in love, war and an elections...
memang hebat..........dlm cyber ke dlm media electronic atau
media cetak...dan pelbagai media lagi...........masing2 serang
menyerang......... tgk pun kagum sekarang ni....
kalau pkr lwn ngan bn mmg la selalunya macam ni...aku rasa puncanya
sbb masing2 tahu rahsia sesama mereka.........
kalau bn lwn pas rasanya kurang sikit............

bukan senang nak masuk politik....kalau sanggup kena londeh
dlm dan luar masuk la.................
heeeeh dahsyat sekarang ni............
selamat berkempen semua.........

p/s: mula2 ada empat lepas tu tinggal dua
memang drama betul la.........

April 20, 2010

selamat



selamat pengantin baru buat rosli dan ummi...
semoga berbahagia hingga ke anak cucu...

pantun...

mempelai tersenyum segak bergaya
pengapit pula sentiasa sibuk disisi 
dulu seorang sekarang sudah berdua
semoga ikatan kasih kekal abadi

p/s...aku pergi kat rumah pengantin
lelaki sahaja..........

April 15, 2010

P64 or P94



ya........ gelanggang sudah dibuka secara rasmi
lawannya sudah diketahui.......ayo para peramal2 politik semua
mari kita teropong di hulu selangor..............
secara rasmi.... BN vs PR
BN diwakili parti MIC( P.Kamalanthan) dan
PR diwakili parti Keadilan ( Dato Zaid Ibrahim) marilah kita
lihat siapa yg kena...............tapi khabarnya juga
ada calon2 nyamuk ingin mencuba disana...
maknanya calon2 BEBAS........hmmmmm
suka hati hangpa la... kalau kalah teruk jgn menyesal
sudah..................

seronok ada Pilihanraya kecil(PRK) sbb semuanya
ingin berjasa kepada rakyat.......bagusla...
kerajaan yg baik ialah kerajaan yg dpt memberi khidmat kpd rakyat dgn bersungguh
sungguh..............

apa2 pun selamat berjaya kepada calon2 yg ingin bertanding.....

p/s:opssssssss belum rasmi la 17hb nanti baru rasmi
heheheheheh

April 14, 2010

rabu

duduk dirumah makan tido...
memamg boring... tapi nak wat camne
dah mmg kena dok kat umah...
tapi syukur... dah rasa tak demam sgt dah...
badan pun dah kuat...semula...
malam tadi sempat juga tengok bola...
chelsea menang 1-0 ...heheheheh

pelik betul la...org kata demam makan tak selera..
tapi aku makan macam biasa je....
selera je...........heheheheheh
tak de cerita menarik nak dikongsi...
apa2 pun harap2 kawan2 blogger semua
sihat...jaga kesihatan dan kalau boleh jgn demam
sbb sekarang ni kalau demam bahaya...
takut demam yg lain lak....ok la
selamat hari rabu.................

April 12, 2010

demam

tengah hari tadi pegi klinik...
doc bagi MC sampai 14hb...
harap2 demam nie cepat sembuh...

maklumla...sekarang nie demam pun
bahaya....takut H1N1 atau denggi...
sbb itu doc suruh duduk umah sampai 3 hari...
kalau tak kebah........ kena follow up...
harap2 demam biasa je la........

boring juga dok umah tak wat apa....

April 11, 2010

sepak bola

Piala FA .. juara N9
naib juara kedah


keputusan piala FA england
semifinal..
chelsea 2- 0 aston vila

La Liga ...
Real Madrid vs Barca..

minggu ini minggu bola sepak............

permainan apa? bola sepak la

April 9, 2010

jumaat

selamat hari jumaat dan berhujung minggu..
rancanglah program anda yg sebaik baiknya..

k........selamat berehat semua

April 7, 2010

tokoh


Dr burhanudin Al hilmy seorang tokoh melayu di zaman
sebelum dan diawal kemerdekaan yang kurang mendapat perhatian..
jika ditanya kepada org ramai kebanyakkannya tidak kenal dengan tokoh
ini...

baru2 ini baru aku berpeluang membaca buku yg berkaitan dengan tokoh
ini... amat menarik utk dikupas dan meneliti cara kepimpinannya..
sebenarnya tokoh yg berasal dari negeri Perak ini adalah bertaraf nasional.
diawal pembabitan beliau dlm politik lebih cenderong kepada golongan kiri..
dan selepas negara mendapat kemerdekaan beliau telah dijemput utk memimpin parti PAS
sehingga tahun 1969.... beliau merupakan Yang dipertua parti Pas yg ketiga.
dikhabarkan dibawah kepimpinan beliau parti Pas telah dilihat lebih bersistematik
dan tersusun dlm berorganisasi.........

banyak sumbangan beliau yg tidak diwar warkan semasa menjadi pemimpin.
bertanggungjawab dlm merangka draf perlembagaan rakyat(ditolak oleh inggeris)
yg mana menjadi alternative kpd draf yg dibuat suruhanjaya reid...
menjalinkan hubungan antarabangsa dengan persatuan2 islam seluruh dunia
dalam menguntuk tindakan israel menawan palestaine...
dalam politik...beliau dilihat begitu kehadapan... situasi sekarang pakatan rakyat
sebenarnya telah lama dicadangkan oleh dr burhanudin sehinggakan beliau
pernah dituduh oleh parti pemerintah sebagai komunis dan tali barut DAP...
dan pelbagai tuduhan lain. dgn kata lain beliau maksudkan sistem dwi parti boleh
menjamin keberkesanan dlm situasi politik negara...........

apa2 pun mmg seronok membaca ttg tokoh2 sebegini...dan kadang2 aku
tergelak sendiri...sbb sejarah macam berulang kembali...tuduhan2 liar yg
ada hari ini sebenarnya cerita2 lama yg didendangkan semula.....
politik malaysia  pusing2 kat situ juga rupanya.....

p/s; diahkir usia beliau telah ditahan dlm ISA selama 5 tahun
akibat dituduh sebagi ejen indonesia yg menentang pembentukan Malaysia.
beliau menafikannya dan tidak pernah dibicarakan di Mahkamah.
kat Taiping ada sebuah sekolah sempena nama beliau...dari dulu aku
tertanya siapa Dr Burhanudin Al hilmy ini....? Ahkirnya......dpt juga tau
siapa beliau

April 6, 2010

musim

sekarang musim pilihan raya....
tengok tv(berita confirm asyik cerita tu sahaja..
khabarnya 25hb april hari pengundian...
maknanya.........hampir sebulan la kita dengar cerita2
macam ini...............
sabar je la.....................

selamat mengundi utk warga parlimen hulu selangor
bulan ini anda semua raja.....minta apa sahaja
insyallah akan ditunaikan....tak kira dari federal govt atau
state gov.....dua2 pihak nak undi dari anda semua...........

seronok gak tgk org kempen ni...
boleh tengok2 nanti.......

April 5, 2010

teruja

pagi isnin yang ceria....
hari panas dilimpahi cahaya matahari
yg terang benderang............

peristiwa awal malam minggu masih terasa kegembiraannya
ya.......sudah lama tue... tapi masih lagi perkatakan
oleh org dan peminat peminatnya...
hehehehehheeh
woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii CHELSEA mng 2-1 dgn Mkayu
heheheheheehehhe

apa lagi yang harus diperkatakan....
ya ya ya......................kemungkinan chelsea
bergelar juara utk musim ini.

p/s: bagi meraikan kemenangan tengah hari ini
nak cari pengat pisang....sedap..heheheh

April 3, 2010

setahun


hari ini genap setahun........our PM mengetuai jentera
kerajaan Malaysia.... setahun dah...
PM kita dlm masa setahun byk memperkenalkan
beberapa perkara utk menjadi sasaran beliau
dlm memacu negara........

NKRA
KPI
1 Malaysia
MEB
GTP
HPI

dan pelbagai lagi..........la..
pada pandangan aku...walaupun cadangan atau rancangan
yg diutarakan oleh PM ini baik ...namun jika tidak dilaksanankan dgn betul (no kang kalikong lagi la)
akan mencacatkannya ..so kita kena bersangka baik..
insyallah semunya boleh..........dicapai jika buat dgn betul2......

p/s; sejak ketua pembangkang(KP) dedahkan pasal 1malaysia
kat parlimen...hati ini menjadi ragu nak guna slogan 1 malaysia
harap2 tak betul la apa yg KP cakap tu...kalau betul...mmg rasa
malu nak guna....bayangkan...

April 2, 2010

apa..?



cerita lama tapi menggunakan teknik2 yg baru......
menarik? tak tau la...sbb ceritanya mmg dah selalu
tgk...so penonton leh tau apa kesudahnya........
percy jackson The lighting thief....baru je bulan lepas
ditayangkan ...cerita clash of titan sama je...cuma zaman dulu dgn
zaman sekarang.......so rasa mcm baru tgk je........

tak yah tgk la.....tunggu cd je..
tapi kalau nak tgk baik tgk 3D baru puas hati..

 jgn heran aku mmg suka tgk wayang
so aku dah tgk cite nie kt pawagam tadi....
hehehe...nasihat utk korang baik tunggu cd...