April 7, 2010

tokoh


Dr burhanudin Al hilmy seorang tokoh melayu di zaman
sebelum dan diawal kemerdekaan yang kurang mendapat perhatian..
jika ditanya kepada org ramai kebanyakkannya tidak kenal dengan tokoh
ini...

baru2 ini baru aku berpeluang membaca buku yg berkaitan dengan tokoh
ini... amat menarik utk dikupas dan meneliti cara kepimpinannya..
sebenarnya tokoh yg berasal dari negeri Perak ini adalah bertaraf nasional.
diawal pembabitan beliau dlm politik lebih cenderong kepada golongan kiri..
dan selepas negara mendapat kemerdekaan beliau telah dijemput utk memimpin parti PAS
sehingga tahun 1969.... beliau merupakan Yang dipertua parti Pas yg ketiga.
dikhabarkan dibawah kepimpinan beliau parti Pas telah dilihat lebih bersistematik
dan tersusun dlm berorganisasi.........

banyak sumbangan beliau yg tidak diwar warkan semasa menjadi pemimpin.
bertanggungjawab dlm merangka draf perlembagaan rakyat(ditolak oleh inggeris)
yg mana menjadi alternative kpd draf yg dibuat suruhanjaya reid...
menjalinkan hubungan antarabangsa dengan persatuan2 islam seluruh dunia
dalam menguntuk tindakan israel menawan palestaine...
dalam politik...beliau dilihat begitu kehadapan... situasi sekarang pakatan rakyat
sebenarnya telah lama dicadangkan oleh dr burhanudin sehinggakan beliau
pernah dituduh oleh parti pemerintah sebagai komunis dan tali barut DAP...
dan pelbagai tuduhan lain. dgn kata lain beliau maksudkan sistem dwi parti boleh
menjamin keberkesanan dlm situasi politik negara...........

apa2 pun mmg seronok membaca ttg tokoh2 sebegini...dan kadang2 aku
tergelak sendiri...sbb sejarah macam berulang kembali...tuduhan2 liar yg
ada hari ini sebenarnya cerita2 lama yg didendangkan semula.....
politik malaysia  pusing2 kat situ juga rupanya.....

p/s; diahkir usia beliau telah ditahan dlm ISA selama 5 tahun
akibat dituduh sebagi ejen indonesia yg menentang pembentukan Malaysia.
beliau menafikannya dan tidak pernah dibicarakan di Mahkamah.
kat Taiping ada sebuah sekolah sempena nama beliau...dari dulu aku
tertanya siapa Dr Burhanudin Al hilmy ini....? Ahkirnya......dpt juga tau
siapa beliau

9 comments:

Vee Violet ~vLockheart~ said...

orang yg suka membaca ni pengetahuannya luas... :)

eddie dewanaga said...

good info, tapi kisah beliau ni memang ada dlm sukatan subjek sejarah spm kan..?

kuntumz said...

wah kagumnya aku ngan org yg suka membaca ttg sejarah2 nii...mmg tak minat..kesian aku kan..jauh ketinggalan dan ditinggalkan...

DrSam said...

Seorang tokoh pejuang bangsa dan agama yang saya kagumi (walaupun ramai yang masih mengganggap beliau ajen komunis dan pengasas fahaman muda radikal). Pengasas gerakan muda dan KMM zaman Jepun bersama Borhanuddin Helmi. Adat perjuangan yang sejat penuh ranjau dan duri.

Cikgu ILi said...

Yob, terharu aku...ntah camne nak kata tak tau..pastu aku tak sangka kawan aku minat sejarah sebegini rupa..bravo!

besi said...

vee... baca bila ada masa lapang..


bro... sikit sgt infonya dlm silibus sejarah spm...kebanyakannya
semasa beliau dlm PKMM dan KMM sahaj...terutamanya selepas merdeka semasa beliau menjadi ahli parlimen peranannya kurang didedahkan...

jia... baca apa yg hang minat dah la

dr sam.. bersama sama ishak muhammad, rahim kajai, mokhtarrudin lasso dan lain2 lagi

ily...lor baca je la...

LotsOfLove-Pearls said...

besi..
LOL lemah sikit sejarah2 nie..

Hehe..

Thanks sharin this..

take care besi..

vidadarisakura said...

atleast aku tau sikit2 lepas baca entri ko.hee

besi said...

LOL....... ya kita kongsi2 je la


vivi comel....... :)