June 28, 2011

sajak (sasterawan negara)


UNGGUN BERSIH

Semakin lara kita didera bara—

kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.




P/s: sajak ini disiasat polis...
(tak bahaya pun) biasa je
pic tu saja2 je letak...wat jadi model

sajak ni...sesuai tak?

JAlan Raya atau HANtu Raya


rakyat malaysia kata org luar(pelancong) memang ramah
dan bersopan santun. tapi TIDAK DIJALAN RAYA.
memang benar..kita bila diatas jalan raya bagaikan sudah
kena rasuk dan tidak rasional. tambah la beberapa syarat
apa pun sebelum kita ambil lesen..rasanya tidak akan mampu
untuk merubah perangai kebanyakkan pengguna jalan raya
dinegara kita ini.

minggu lepas ...selepas balik keje melalui jalan biasa untuk pulang
kerumah. ada satu peristiwa telah berlaku dijalan raya. sebenarnya
kes2 sebegini memang banyak berlaku. didepan ada sebuah motosikal
melalui jalan yg mempunyai 2 lorong bergerak agak perlahan..menyebabkan
kereta dibelakangnya membunyikan hon sebagai isyarat supaya ketepi.
hon yang agak kuat membuat penungang motosikal itu semacam tgamam
selepas ketepi penungang motosikal itu membuat isyarat yg tidak sepatutnya
dengan mengambil kunci solex diraganya dgn isyarat hendak membaling
kearah kereta yg membunyikan hon tersebut.

agak malang pemandu kereta tu sedar akan kelakuan penungang tersebut
mungkin rasa tercabar atau bengang...pemandu kereta memperlahan kan keretanya
seolah-olah ingin menunggu penungang tersebut.. setelah sampai ditrafic light
pemandu itu seolah2 hendak keluar dari kereta ingin menunjukkan rasa tidak puas
hatinya terhadap penungang tersebut.Nasib baik, penungang itu dengan cepat
beredar (kalau tidak tgk drama free la). pemandu kereta masih tidak berpuas hati
tapi tidak dpt untuk mengejar penunggang tersebut. apabila aku sampai dekat kereta
tersebut..pemandu itu masih dlm keadaan marah2... untuk menenangkan dia dgn
ramah aku bertanya(trafic light masih merah) kenapa marah2 boss.. dengan nada yg kuat
pemandu itu berkata" org itu samseng ke? senang2 tunjuk itu kunci mau hentam
kepala kita? gila...... org bunyi hon mau marah ke? luah pemandu kereta tersebut.
aku dgn tenang menjawab.."sabar la boss rileks2 je petang2 balik keje semua tension2
you kena cool"... dia menjawab balik.. mana boleh i pun dulu bawa moto jugak, kalau
org sudah hon ketepi la...betul boss itu biasa la budak2 kot mana tau apa2..jawab aku.
(sudahnya kenderaan dibelakang aku ingatkan aku lak yang bertengkar sbb suara pemandu
kereta itu agak kuat.)..selapas lampu trafic sudah hijau drama pun berahkir....

isunya.... 1.kenapa penungang motosikal menunjukkan isyarat yg tidak sepatutnya.
              2. kenapa pemandu kereta masih hendak menunggu utk menunjukan rasa
                  amarahnya.
              3. isyarat HON adakah begitu sensitive?
              4.jika kita berada dlm situasi tersebut apakah tindakkan anda?        
              5. sebenarnya org malaysia memang tidak sabar(setuju atau tidak)

p/s: aku suka tenangkan org yang marah dijalanraya..peristiwa yg berlaku
memang didepan mata aku...bagi aku kalau kita tenangkan org dijalan raya
keadaan boleh jadi rasional semula. maklumla atas jalan raya kita seolah2
ada hantu yg merasuk..tak percaya cuba la..mesti org tu akan tenang semula 

June 22, 2011

demo sana demo sini


ada satu kumpulan nak buat demo...
ada satu kumpulan buat demo dgn harapan
kumpulan yg buat demo tak buat demo.
ada satu kumpulan nak buat demo dgn
maksud berbeza dari apa yang kumpulan
pertama hendak berdemo..

hehehehe macam bunyi lawak je...
semuanya memilih tarikh 9 julai 2011 ini.
kita boleh katakan 9hb nanti sebagai
minggu berdemo semalaysia...

sekarang ni selagi 9hb belum kita  lalui
selagi itu kita akan dengar berita  pasal ini je la..
cepat la 9hb ni BOSAN LA......

p/s: aku tunggu dan lihat..belum wat keputusan lagi
nak turun ke tak....

June 16, 2011

gerhana bulan dan serangan




laman2 web kerajaan telah diserang...
tengok berita semalam SKMM khabarnya telah bersiap
sedia untuk menghadapi serang dari pihak menggelarkan
diri meraka Anonymous .


khabarnya group ini tidak berpuas hati dgn
tindakkan kerajaan menyekat web2 perkongsian 
fail...ini sebagai tindakkan balas terhadap kerajaan.
pagi tadi khabarnya ada beberapa website
kerajaan tidak boleh dilayari akibat serangan
tersebut.....


termenung seketika dan berpikir rasanya bukan
semua boleh kita buat guna online..kalau kena
serang macam hari ni elok kita buat persedian
untuk menggunakan cara tradisi... second bak up
kena kuat juga..kalau tidak leh jadi kelam kabut
jadinya..........


p/s: group hacker ni siap bagi amaran awal dulu
tu..supaya skmm leh ready sebelum diorang 
menyerang....dimana tahap kita?

June 10, 2011

posto...


tiba2 teringgat kat perkhidmatan pos malaysia.
sebab ada tengok iklan di tv ttg perkhidmatan
pos yang menghantar bekalan ubat... memang
berkesan, iklan tersebut...

sejarah pos malaysia memang sudah lama
dan banyak berjasa kepada seluruh rakyat
malaysia...cakapla disolok mana mesti ada post office;
kata org begitu dekat dengan rakyat malaysia.
walaupun pun perkhidmatan pos telah lama diswastakan
dan bertukar milik beberapa kali...kita berharap
pos malaysia akan mampu menyerap tekanan teknologi
semasa....khabarnya dgn projek email 1 malaysia akan
mengurangkan pendapatan syarikat pos...ini menjadi
delima dan tanda tanya akan kemampuan syarikat
pos untuk bersaing.....(kalau semua hantar email
siapa nak guna post office?) betul tak?

secara peribadi aku menggunakan perkhidmatan pos
untuk tujuan surat menyurat..(jarang sgt) renew lesen kenderaan,
road tax (setahun sekali) tu je la... perkhidmatan bayar bil pun
dah kurang sbb ada cimbclick or maybank2u..

bila last time korang pegi pejabat pos?????

p/s: teringgat tagline pos malaysia jgn tunggu
sampai hari esok..heheheh

June 8, 2011

selepas berhimpun ditmn melewar


muktamar sudah selesai...
PAS telah memilih pemimpin2 utama mereka
dengan tema memacu kemenangan untuk PRU
yang akan datang...gud luck.
malas nak komen lebih2tentang  keputusan
pemilihan PAS sbb aku bukan ahli..pun hanya
pemerhati dari jauh saje...

tetapi yang menjadi tajuk utama ialah tentang
ucaptama presiden PAS. iaitu negara kebajikan
yang akan ditekankan oleh PAS. bagaimana dengan
wadah menjadikan malaysia sebuah negara islam yg
sebenar-benarnya seperti yg dihajatkan dahulu. mungkin
ada ahli2 atau rakyat biasa terkeliru jika tidak dihuraikan
dengan jelas. ini satu cabaran kepada jentera penerangan
PAS untuk menidakkan propaganda pihak lawan. tidak dpt
tidak isu ini akan dimainkan oleh musuh PAS. jika tersilap
langkah mungkin satu checkmate pada PAS dikemudian
hari...........

kesungguhan dan strategi yang ampuh barulah beroleh
kejayaan....

p/s: lama x menulis

June 1, 2011

kempen itu....


bila tengok berita kat awani 501...nampaknya ada satu
kempen kesedaran akan diadakan. dalam hati kecil ini
terasa juga ingin turut serta. memang sudah lama tahu benda
itu tiada faedah dan kebaikkannya. tapi apakan daya bila
sudah kena..hendak tinggalkanya memang susah sekali.

kadang2 tak dpt fikirkan jika sebelum tido..jika tidak dilekatnya
mata tak leh tutup...begitu juga selepas makan jika tidak mersanya
semacam ada yang tidak kena. begitu juga bila hari hujan sambil minum
nescafe atau teh O jika tidak disulam dengan sedutan2 terasa hambar
entahlah...kadang2 biar masa yang menentukan.

malas membuat azam ....malas membuat komitmen sebab rasanya
bila hendak berhenti dia akan berhenti sendiri. tak salahkan org lain
salahkan diri sendiri......

p/s: manusia punya cita