December 26, 2012

birthday.





tq kawan2 opis sbb bagi kek....
Tua dah,,,,,,,

December 24, 2012

musim banjir




Ya, sudah tiba musim banjir...
Rasanya iklim khalustiwa...waktu2 begini
memang akan banjir....

harapan kita, supaya banjir kita kali ni tak teruk...
bukan apa, banjir waktu sekarang ...tidak sama
seperti banjir masa dulu....

sebabnya,,,rasanya masing2 tahu,''

apa2 pun marilah kita berdoa supaya Banjir kali
ini tidak mengorbankan nyawa serta memusnahkan
harta benda yang banyak dan besar nilainya

Amin.................

December 21, 2012

Hujung Tahun :)




21/12/2012

KITA SEMAKIN SAMPAI DIPENGHUJUNG TAHUN....
SELAMAT TINGGAL 2012 DAN SELAMAT DATANG 2013.

PERANCANGAN UNTUK TAHUN DEPAN MESTILAH DIRENCANAKAN
PADA MASA SEKARANG(KALAU ADA) SUPAYA KITA TIDAK TERCARI-CARI
ARAH TUJU BILA MASANYA TIBA..

DITEMPAT KERJA SEMAKIN SIBUK...SEBABNYA RAMAI YANG BERCUTI,
REPORT AKHIR TAHUN DAN SEBAGAINYA....SEMUA INI ASAM GARAM
YANG SELALU KITEMPUHI...

WALAU APA PUN BADAI MELANDA KITA SEMUA SEBAGAI MANUSIA
DIMUKA BUMI HARUS TABAH DAN BIJAK MENGENDALIKANYA...
SEBAB ITU ALLAH S.W.T MEMILIH KITA MENJADI KHALIFAH DIMUKA
BUMINYA.......

MALAYSIA NEGARA KITA YANG TERCINTA...JADUAL PUSINGAN 5 TAHUN
SEMAKIN MENGHAMPIRI....SOALNYA BILA? SUSAH NAK JAWAB, BANYAK TARIKH
YG SEPATUTNYA DIBUAT..TIDAK DIBUAT... USA, JEPUN, KOREA, SEMUANYA SUDAH..KITA SAHAJA BELUM LAGI, WALAUPUN DULU KITA YANG LEBIH DAHULU
APA YG DITUNGGU...HANYA DIA SAHAJA YANG TAHU.....

p/s;kecoh gak pasal date 21/12/12 ni, mayan calendar
x perlu kata apa2.....

December 14, 2012

Adat permainan




keputusan sudah diketahui...
ya benar kita tewas.........
tiada apa yg dikesalkan
menang dan kalah adat pertandingan..

yang penting jangan cepat putus asa...
untuk skuad Harimau Malaya kamu semua
pemain2 yg terhebat dalam negara...
jangan lupa.... teruskan perjuangan anda

pihak pengurusan bola sepak juga perlu melihat kembali
strategi pasukan kebangsaan... kita kena terus mencari bakat2
baru untuk team kita pada masa hadapan....
teruskan perjuangan....

December 11, 2012

dec 2012




Apa istimewanya december?
setiap orang mempunyai ceritanya tersendiri..
ada yg gembira dan ada juga yg duka...
namun december tetap datang dan pergi...

kadang2 kita hanya mampu merancang tetapi
hanya Allah S.W.T yg menentukanya....

Tetap tabah.. fokus, dan percaya kita boleh melakukannya
Ya Allah kuatkanlah umat islam dinegara ini, dipalestine dan
diseluruh dunia.....

P/S: aku lahir dibulan december :)
 

December 10, 2012

separuh akhir kedua




keputusan semasa... Harimau Malaya 1 Gajah Putih 1

seperti dijangka  perlawanan begitu sengit separuh akhir
Harimau Malaya bermain dengan baik, dan kemas.
Namun pasukan siam, bukan calang2 pasukan.....
keputusan seri 1-1 sama bolehlah dianggap satu keputusan
yang adil....

apa2 pun good luck utk team Harimau Malaya dipusingan kedua
separuh akhir nanti....

dengan pesanan....jgn gentar main ditempat lawan, ayuh mengaumlah


P/s: letac pic anzalna lak...mana tau leh menang  :)

November 26, 2012

harimau luka




perlawanan pertama tidak mengikut skrip yang dirancang..
kita tewas dengan lawan yg biasa kita jumpa
singapura....

apa lagi yg hendak dikatakan...
sudah tewas...tapi kita kena fokus dengan 2 games
yg akan datang....

pilihan gabungan pemain yg terbaik
fokus ..displin, dan jangan cepat menyerah kalah
InsyAllah kita boleh berjaya

Harimau Malaya...jgn cepat mengalah

p/s; saja letak pic saleha.. mengubat luka dihati

November 20, 2012

gaza



Ya Allah ...selamatkan umat islam digaza..
amin,,,,,,,,,,,,,,,

November 15, 2012

aku datang...?


"Istanbul aku datang"

oleh kerana..teman2 komen kata cerita ini menarik...so aku pun pegi tgk juga la..
hehehe...biasa2 sahaja ceritanya...

mula2 agak musykil sbb terbitan GB ...namun selepas tgk pengarahnya...
aku dah tak hairan...kenapa ceritanya macam itu...

ada beda, pengarah cerita melayu oleh org melayu, dengan  pengarah bkn melayu
yg mengarah cerita melayu....
tak perlu kata apa2....

2.5 bintang dari 5.....kalau tomok,berlakon real sikit leh bagi 3.


November 14, 2012

salam maal hijrah








DOA AKHIR TAHUN  dibaca selepas Ashar. :D وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، اللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ وَدَعَوْتَنِيْ إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِيْ عَلَى مَعْصِيَّتِكَ ، فَإِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لِيْ . وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ ، فَأَسْئَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

DOA AWAL TAHUN dibaca stlh magrib  :
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ نَسْئَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَآئِهِ وَجُنُوْدِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّـارَةُ بِالسُّوْءِ وَاْلإِسْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصَحْابِهِ وسلّم "Selamat tahun baru !!

November 9, 2012

JUMAAT




persoalan sudah terjawab...
betul ...kadang2 kita ingat kita sudah buat yang terbaik
tetapi sebenarnya dimata org lain kita dilihat tidak
bersungguh langsung...

bertenang, semua ini ada hikmahnya...
mungkin sudah ditakdirkan......

harapan terakhir rupanya sama sahaja....


p/s; good luck utk team HM pada piala suzuki nanti

November 5, 2012

pilihan dunia vs pilihan usa



selamat datang november....
dibulan novembar juga akan berlangsungnya satu pilihanraya
yang amat diikuti diseluruh dunia...Presidency Election of United State of America.

Persaingan kali ini dilihat amat hebat diantara penyandang Obama dan pencabarnya
Mitt Romney...

Kenapa pilihanraya presiden USA amat diikuti diseluruh dunia? kita kena mengakui
bahawa USA merupakan negara superpower ...setiap dasarnya akan memberi kesan
kepada seluruh dunia terutamanya foreign policynya...

6/11/12 kita lihat samaada kekal atau berubah kepimpinan USA..

p/s;kajian awal menunjukkan kedua2 calon amat seimbang

November 2, 2012

bestnya SKYFALL



Malas nak komen pasal sinopsisnya...sebabnya korang kena tengok sendiri..
mana best kalau aku cerita kat blog ni..

tetapi ada beberapa perkara yang menarik yg boleh dikongsikan sebagai tonik
tambahan untuk ke panggung...

antara perkara yang menarik perhatian pada aku la...

1. Pengganas utk James Bond kali ni, tiada unsur2 islamphobia mcm Taken 2.
2. Ada unsur humor lebih tepat lawak spontan yang begitu menggelikan hati
rasanya filem2 sebelum ini mcm tak de...best hehehe
3.Pengenalan kepada waktu2 baru...so kena tengok SKYFALL jika berhajat
utk menonton filem James Bond seterusnya...
4.Tiada kerjasama dengan CIA seperti sebelumnya..so sepenuhnya about
MI6
5. Lakonan Danial Craig semakin mantap dan berjaya menghidupkan keseluruhan cerita ini

Namun begitu ada juga kelemahan...tapi abaikan sbb kemantapan cerita ini begitu
menarik hingga kelemahannya kita akan maafkan...(malas nak tulis nanti korang tak nak
tengok lak...hehehehe)

kesimpulanya..Best tgk SKYFALL :)

p/s: lepas ni kena cari dvd sbb ada adegan dipotong
heheheheh(x puas utk menontonya lagi)

October 31, 2012

AES ...apa tue?


Pemanduan secara berhemah dan mengikut peraturan lalulintas adalah
sesuatu yang dituntut... bukan utk orang lain,tetapi untuk diri kita sendiri.
Persoalanya kenapa ada pihak membantah perlaksanaan kaedah saman secara
elektronik ini?

Pelbagai hujah dan pandangan telah diberi oleh pelbagai lapisan masyarakat..
Jika kita perhatikan pola saman yang dikenakan kepada pengguna jalanraya
adalah berkaitan dengan had laju, perlanggaran lampu isyarat(merah) dan kesalahan
memotong di"double Line"..

Semua kesalahan ini secara asasnya amat merbahaya dan boleh mengakibatkan 
kemalangan.!!!!! maka AES ini dilihat baik utk keselamatan para pengguna jalanraya.

Namun begitu, MO ..AES ini ialah 24 jam...camera yg sentiasa terpasang disitu..
sepatutnya ada pengecualian utk ketika waktu tertentu...
ini kerana, dalam keadaan tertentu kesalahan2 diatas tidak begitu membahayakan
pengguna jalanraya...(jgn tanya saya waktu bila,,,kita semua guna jalanraya,masing2 tahu..setuju?)

Jika pengguna kerap tertangkap dengan camera AES ini, adakah pengguna tersebut akan
membayar saman? Ya, cukai jalan tidak dpt diperbahuri, adakah mereka tidak akan menggunakan
kenderaan? kesalahan akan jadi berganda-ganda...? objektif utk mengurangkan kemalangan
akan bertukar dgn mencambahkan lagi penjenayah dikalangan rakyat Malaysia..(sbb x bayar saman, maka mahkamah istihar sbg penjenayah)...

Untuk berlaku adil kepada sistem AES, kita tengok hasil dalam masa setahun sistem
ini dilaksanakan.. apakah kadar kemalangan dpt dikurangkan,? (objektif Utama)

BERHATI_HATI SEMASA MEMANDU...Anda diperhatikan

P/S:kenapa polis tidak sendiri yg menguruskan AES ini..
rakyat bertambah curiga..Persepsi!!!

October 30, 2012

yellow Flash



siapa suka kartun naruto?
aku memang gila dengan kartun ni....
sampai sekarang setiap minggu menunggu
setiap episode....

salahkah kalau aku suka tengok NARUTO



P/S; dlm byk2 watak kartun Naruto...
aku suka Yellow Flash(bapa naruto

July 15, 2012

puasa

selamat datang bulan ramadhan Al Mubarak
semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya
InshaAllah


amin

June 18, 2012

pelbagai MUSIM

sekarang ni kecoh pasal date pilihanraya....
kalau meramal date pilihanraya rasanya...
macam biasa la... semua org ada alasan masing2.

namun isu yg mutakhir ini ..ialah pilihanraya dimusim
haji..? malaysia ini semuanya boleh!!!!'
rasanya tak mungkin our beloved prime minister
nak buat election masa musim haji... macam tak logik
sahaja...

parti2 politik mestilah bertenang.... pilihanraya satu hal
dan kewajibpan haji juga penting... jalan keluar masalah ini
jangan buat pilihanraya dalam musim haji.. abis cerita..

menang kalah adat pertandingan.... berusaha utk menang
memang baik,,, tapi kata budak2 ..kalau menang dgn main
mengelat(tipu) ...kemenangan itu tidak bermakna.. tepuk dada
tanya ,,,,? lu pikir la sendiri

June 6, 2012

kita

malaysia harus memandang kehadapan. kegawatan ekonomi dibenua eropah haruslah dijadikan tauladan bagaimana kita mesti mengawal ekonomi negara kita. jangan sudah teruk baru kesedaran muncul.. perbelanjaan yang merapu atau tidak mempunyai value added dalam ekonomi haruslah diperhalusi dgn lebih teliti. bukan maksudnya utk mengetatkan dlm perbelanjaan sosial..tetapi ketirisan mesti dikurangkan.. walau segunung emas harta negara jika kita tidak amanah dlm pengurusan ekonomi.. memang tidak akan cukup..: harap2 semuanya baik utk Malaysia.. malaysia boleh

May 29, 2012