January 31, 2013
biasa sahaja
hansel and gretel the witch hunter.... ceritanya amat biasa sahaja, tiada elemen X yg
membuatkan penonton teruja..
serious tak tau nak komen apa... siapa yg nak tengok..tengok la tapi tunggu dvd pun
ok... :)
P/S: boleh agak jalan ceritanya....:(
January 29, 2013
wilayah persekutuan
Selamat maju Jaya buat officemate.. hari jumaat yg lepas last day
good luck all the best to soleha
Hari wilayah bakal menjelma... setiap 1 HB Febuari akan disambut oleh
warga kota. Sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan adalah iniasitif dari menjadikan
Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara kepada Malaysia. sebelum ini, kuala Lumpur dibawah
pentadbiran Negeri Selangor.
Kita kena akui bahawa peristiwa 13 May 1969 yg mencepatkan penubuhan
wilayah persekutuan ini. Kuala Lumpur telah diasingkan dari negeri selangor
dan ditadbir terus oleh kerajaan persekutuan. Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah
org yang bertanggungjawab dalam soal hala tuju dan kelangsungan dalam
urusan harian bagi penduduk diwilayah persekutuan ini. Tan Sri Dato Lokman Yusoff merupakn
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama.
selain Kuala Lumpur ada 2 lagi kawasan yg digazetkan menjadi wilayah persekutuan
iaitu Pulau Labuan dan Putrajaya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH
P/S: Jumaat ni warga kota cuti :)
January 23, 2013
essei
AMANAH
Tsunami 8 march 2008 membuka kepada lembaran baru bagi arena politik negara.
Kita semua tidak menyangka Pakatan Rakyat(PR) mampu merampas lima negeri dari Barisan Nasional(BN).
Fenomena ini membawa kemungkinan, PR akan mampu merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum
(PRU) yang ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ramai yang tertanya-tanya apakah hala tuju negara ini jika ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat kelak. Soal ini bukanya aneh atau pelik, ini kerana sejak kita mencapai kemerdekaan pada 1957 iaitu hampir 56 tahun negara kita hanya diperintah oleh pihak yang sama sahaja. Oleh yang demikian persoalan bagaimana corak atau bentuk pentadbiran yang akan dilaksanakan oleh pihak Pakatan Rakyat masih menjadi tanda tanya, kepada kebanyakan rakyat Malaysia.
Kelancaran pentadbiran sesebuah negara adalah terletak kepada pimpinanya. Kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa pucuk pimpinan yang beramanah dan bertanggungjawab mampu memacu negara menjadi sebuah negara yang maju, progresif dan harmoni. Amanah dalam pentadbiran amatlah dituntut dalam Islam. Kenapa amanah menjadi kunci utama dalam pentadbiran sesebuah negara? Banyak contoh dari kerajaan diseluruh dunia atau disetiap zaman menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab mampu menguruskan negara dengan baik. Dalam sejarah Islam kerajaan pertama umat Islam ialah kerajaan dibawah pimpinan Junjungan Nabi Allah Muhammad S.A.W diMadinah Munawarah. Nabi Muhammad bukan sahaja sebagai pemimpin umat Islam tetapi diMadinah pada waktu itu, terdapat juga warganya bukan Islam. Masyarakat majmuk bukanlah alasan utama dalam perlaksanaan dalam memasukkan elemen-elemen Islam dalam corak pentadbiran. Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh untuk umat akan datang(waktu sekarang) bagaimana menguruskan negara didalam masyarakat majmuk. Keadilan dan amanah adalah hak milik setiap insan tidak kira fahaman atau pegangannya.
Malaysia telah diakui sebagai sebuah negara majmuk. Disini terdapat pelbagai bangsa, pelbagai agama dikalangan rakyatnya. Bangsa melayu yang beragama Islam telah menjadi majoriti dalam negara ini. Tidak dapat tidak maka ketua negara atau pemimpinya selalunya berbangsa melayu dan beragama Islam. Namun sepanjang 56 tahun kita dibawah regim Barisan Nasional adakah keadilan dan ciri-ciri amanah telah ditonjolkan dalam pentadbiran kerajaan? Setiap tahun kita dikejutkan dengan laporan Ketua Audit negara yang mana berbilion-bilion ringgit telah dibazirkan atau hilang akibat ketirisan. situasi ini amatlah memalukan, dan lebih memalukan tiada tindakan drastik yang diambil untuk mengelakkan perkara ini dari berulang. Lembu dikondo, Stadium runtuh, dan pelbagai lagi contoh-contoh yang tidak enak telah dikesan dalam pentadbiran sekarang ini. Ingatlah kita bukan hidup didunia selama-lamanya, akhirat nanti adalah tempat pengadilan yang hakiki. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat ke:27 maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu , sedangkan kamu mengetahui(salahnya). Ayat ini amat jelas menunjukkan bagaimana Islam menitikberatkan konsep amanah dan keadilan terhadap orang yang telah dipertanggungjawabkan.
Surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Sejarah ayat ke:58 Surah An-Nisa ini Mufassir (ahli tafsir) seperti Imam Fakhrul Razi, al-Maraghi dan Hamka dalam tafsir masing-masing menyebutkan bahawa sababun nuzul (sebab turun) ayat surah an-Nisa, ayat 58 di atas berkaitan kunci Kaabah yang diterima oleh Rasulullah daripada Uthman ibn Thalhah. Mereka juga bersepakat bahawa perintah menunaikan amanah dalam ayat di atas bersifat umum iaitu meliputi hak Allah dan hamba. Walaupun umat Islam telah menang dan berjaya menawan Kota Makkah tetapi Nabi Muhammad tetap memulangkan semula kunci Kaabah kepada Uthman ibn Thalah(yang belum Islam). Ini jelas, tanggungjawab sebesar itu pun Nabi tetap memberi hak kepada orang yang telah diamanahkan.
Momokan sebagai pengkhianat agama dan bangsa jika menolong bangsa lain telah menjadi kelaziman dalam politik sekarang ini. Lihat bagaimana mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar telah diserang dari segenap penjuru akibat dasarnya memberi tanah kepada sekolah cina dan orang miskin cina. Kadang-kadang kita semua terlupa pengkhianat yang sebenarnya adalah orang yang telah diberi amanah tetapi gagal melaksanakan amanah tersebut itulah sebanarnya pengkhianat sebenarnya. Jika fenomena ini berterusan, bagaimana ganerasi akan datang untuk menilai serta membuat perbandingan jika api perkauman telah disematkan. Kesan jangka masa panjang kepada negara amatlah buruk, dan boleh menjadi api dalam sekam. Tafsiran sebegini hendaklah dihapuskan. Tidak kira, walau apa pun bangsanya atau anutannya jika tidak amanah kita hendaklah sama-sama menolaknya menjadi pimpinan kita.
Keharmonian, perpaduan dan kemajuan adalah cita-cita dalam sesebuah negara. Rakyat pelbagai kaum dan agama hidup bersatu padu dalam keadaan yang asli dan bukanya palsu. Amanah itu sendiri diambil dari perkataan bahasa arab iaitu amana yang bermaksud aman damai, harmoni. Kita sebagai rakyat hendaklah melantik kepimpinan negara ini, dari kelompok orang yang beramanah dan bertanggungjawab. Untuk kebaikan siapa? Ya untuk kebaikan kita semua. Kasih dan sayang kepada negara ini mestilah diterjemahkan dalam bentuk tindakan kita sendiri. Zaman merelakan segala kepincangan berlaku didepan mata sudah berakhir, zaman ini zaman rakyat mesti mengambil tanggungjawab bersama untuk mengubahnya. Jika bukan sekarang, bila lagi?
January 21, 2013
Musibah
Mali
sebuah negara africa majoritinya beragama islam.. khabarnya sedang bergolak
OIC sebagai badan umat Islam perlulah memantau saudara-saudara kita disana.
France khabarnya sudah menghantar bala tenteranya disana.
Campurtangan secara terus tanpa mandat PBB amatlah malang.. kita perlu melihat
bagaimana france mengendalikan masalah ini. PBB perlu membuat ketetapan supaya
campurtangan perlu mendapat persetujuan masyarakat antarabangsa..
Algeria...sebuah negara Africa yg majoritinya beragama Islam. Baru2 ini dikejutkan dengan
kes penculikan dipelantar Minyak... khabarnya dilakukan oleh pihak pemberontak..
Rakyat Malaysia turut menjadi mangsa disana.
Africa menjadi tumpuan... kenapa?
AFRICA CUP pun sedang berlangsung di Africa selatan...
P/S: kita perlu tahu apa yang berlaku....
January 12, 2013
YO!!!!!!
#KL112
berhimpun la dengan aman....
PDRM,DBKL, dan Stadium Merdeka dah beri kelulusan
Kuala Lumpur Peace yo!!!!!!
January 4, 2013
boleh cuba semua
KuALA LUMPUR: Harakahdaily akan menganjurkan 'Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran' mulai hari ini hingga 18 Januari 2013 ini.
Hadiah utama pertandingan ini adalah berupa wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.
17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.
Berikut adalah maklumat penuh pertandingan ini.
Satu pertandingan menulis artikel berdasarkan ayat Al Quran yang berkaitan dengan tuntutan membentuk kerajaan yang adil.
Tujuan
1. Mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini.
2. Mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran.
3. Mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran.
Sekretariat penilai terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Persatuan Ulama Malaysia dan penulis politik.
Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Berdasarkan ayat di atas, buat satu tulisan, artikel, esei dan anda bakal memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.
Hadiah
1 X Pemenang Utama RM10,000
1 X Pemenang Kedua RM5,000
1 X Pemenang Ketiga RM3,000
17 X Hadiah Saguhati RM100
Syarat penyertaan
1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Setiap penulis hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Jika menghantar lebih daripada satu, penyertaannya akan ditolak.
3. Karya mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu mengikut standard ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada jam 12 malam 18 Januari 2013.
4. Format kiriman emel mestilah dalam bentuk “notepad” atau “word”. Font yang digunakan mestilah Times New Roman bersaiz 14; single spacing, justified, left indent, dan selang sebaris bagi setiap perenggan.
5. Panjang esei hendaklah sekitar 1500 – 2000 patah perkataan.
6. Pengirim mesti menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, emel, nombor telefon dan pekerjaan (jika pelajar, sila nyatakan institusi pengajian) pada bahagian hujung esei. Penyertaan mestilah disertakan gambar berukuran pasport.
7. Karya mestilah yang asli dan tidak disalin daripada mana-mana esei atau artikel penulis lain. Karya yang dihantar akan menjadi milik pihak penganjur.
8. Kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta keluarga mereka tidak boleh menyertai pertandingan ini.

9. Keputusan sekretariat penilai adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui telefon dan emel. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap risiko kesilapan teknikal.
10. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi hasrat penganjur tanpa perlu memaklumkan peserta.
Hantarkan esei anda ke emel budayaharakahdaily@gmail.com
10. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi hasrat penganjur tanpa perlu memaklumkan peserta.
Hantarkan esei anda ke emel budayaharakahdaily@gmail.com
January 2, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)