March 26, 2013
kerajaan sementara
Nampaknya kita akan melalui satu lagi peristiwa bersejarah.. jika esok Dewan Undangan Negeri Sembilan tidak dibubarkan ,,,maka secara automatiknya DUN akan dikira terbubar sendiri. kenapa unik? belum lagi berlaku sejak kita mencapai kemerdekaan.. pada tahun 2013 lah yang pertama.(Kalau jadi la)
nampaknya Kerajaan Negeri sembilan mendahului dalam kes ini. Isunya..apakah perkara sebegini wajar untuk dilakukan? tepuk dada tanya MB anda sendiri.
berkaitan kuasa kerajaan negeri yang telah tamat tempoh..maka setiapa kerajaan ada penjaganya.. amalan biasa negara komanwel iaitu kerajaan yang sedia ada... yang akan menjadi kerajaan sementara. tetapi dihadkan dari melaksanakan keputusan2 eksekutif yang besar. ini kerana, dari segi adatnya utk menghormati rakyat jelata. kerana rakyat memilih kerajaan yg dahulu hanya utk tempoh tertentu sahaja.(tempoh sudah tamat)
Amalan selalunya yg kita semua sedia maklum...bila hampir tamat tempoh MB atau PM akan mengadap sultan utk pohon perkenan bubar..dan dalam masa yg sama dia dpt perkenan utk jadi ketua kerajaan sementara.. tapi kalau tak jumpa sultan..dia dikira menjadi ketua sementara ke?
P/S: Lepas ni elok bagi tau bila date mengundi
senang semua orang..nak apply cuti pun senang
March 6, 2013
KIta Punya
Banyak peristiwa berlaku sejak akhir2 ini...
Ada pihak menuntut hak kita yang telah sekian lama.
Persoalan sejarah menjadi sebutan. Ada orang tertanya2
akan perkara tersebut. Jika kita mengetahui sejarah penubuhan
negara Malaysia tercinta ini...maka kita semua tidak kalut
dengan dakwaan yang dibuat pihak tersebut.
Malaysia sebuah negara Baru(56 tahun bln 8 nanti)...Malaysia itu terbentuk
dengan kemasukan sabah, sarawak, dan singapura.(singapura telah
keluar dari persekutuan Malaysia). Adakah penubuhan Malaysia melalui
paksaan? semestinya tidak... kita ditubuhkan dengan cara demokrasi..dimana
punggutan suara telah diadakan diwilayah terbabit. apakah punnggutan suara itu
tidak demokrasi? Majoriti rakyat wilayah terbabit telah memilih untuk
bersama dengan kita. selepas 56 tahun merdeka... ada pihak lain pula
ingin menidakkan suara tersebut?
UN pada tahun tersebut telah mengiktiraf punggutan suara tersebut..
Jika hendak dibawa ke Mahkamah antarabangsa..ini adalah satu penghinaan
kepada kita semua. Bukan sebuah pulau yg dituntut...tapi satu negeri yg jadi
taruhan... kita tidak dapat menerima perkara sebegini. Api perjuangan sebelah sana
mungkin telah ditiup... harapnya api perjuangan kita disini janganlah luntur.
Tegas,tetap dan yakin dipihak yg benar mempertahankan hak kita. hapuskan terus
dakwa-dakwi ini. sudah cukup sudah....biar generasi akan datang tidak perlu
berhadapan tuntutan mengarut ini.
Angin keamanan menjadi cita2 semua. Tapi angin keamanan ini janganlah dijadikan
satu alasan untuk menuntut sesuatu yg tidak mungkin dipenuhi.
P/S; Kenapa Dgn Tiba2 Isu ini dibangkitkan?
sukar utk menekanya
Subscribe to:
Posts (Atom)