November 28, 2008
KWSP dan 3%
baru baru ini kerajaan mengumumkan bahawa kadar potongan caruman kwsp akan
dikurangkan dari 11% kepada 8% sahaja.
hujahnya untuk menggalakkan wang dipasaran dan seterusnya mampu
merancakkan kegiatan ekonomi dalam negara. ini disebabkan jangkaan bahawa
pada tahun 2009 akan mengalami kemelesetan ekonomi akibat kesan kemelesetan ekonomi usa.
namun begitu, hujah pihak MTUC bahawa dengan mengurangkan caruman dari 11% kepada 8% akan menyebabkan ..pencarum akan mengalami kerugian dalam jangka masa panjang. ini disebabkan nilai caruman akan berkurangan dan mampu menyebabkan nilai sasaran yang ditetapkan oleh kwsp pada umur pengeluaran tidak akan tercapai...maknanya..bila dah tua nanti duit kwsp pencarum tidak cukup untuk menyara hidup diumur senja.
jika kita lihat secara kasar dasar pengurangan 3% ini akan menyebabkan wang ditangan rakyat akan bertambah tetapi akan menyebabkan simpanan rakyat bekurangan. namun begitu, jika dilihat dalam sudut positif...kita rakyat malaysia bersama-sama membantu kerajaan dalam menghadapi kemelesetan ekonomi ini. ini boleh dikatakan sumbangan rakyat kepada kerajaan.
kita juga berharap kadar asal boleh digunakan semula jika keadaan ekonomi negara berada didalam keadaan baik dan pulih seperti biasa.
kita juga berharap kerajaan dapat membelanjakan wang dengan cara yang berhemah dan tidak merugikan rakyat jelata.
3% pada setengah pihak mungkin nilai yang sikit...namun, kadar 3% ini berjumlah lebih kurang RM 800 juta sebulan jika potongan ini dibuat.
aku rela potong 3% jika ianya mampu membantu kerajaan dlm menghadapi gelora ekonomi..
namun aku juga tidak rela jika...perlaksanaan perbelanjaan ini dikangkalikong oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab...siapa? Lu pikir la sendiri...... jgn lak nanti banyak projek kerajaan perlukan suntikan atau ditambah peruntukkan baru akibat dari masalah sikap dan rasuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment