August 30, 2010

merdeka


selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53...
semoga tahun ini negara kita akan terus cermelang
dan harmoni hendaknya.....

1 malaysia menjana tranformasi.......

merdeka merdeka merdeka.............

August 24, 2010

sheikh al mansor


pagi semalam sempat melihat game EPL yang menarik..
MC vs LIV yang mana kesudahahanya MC mengalahkan team liverpool dengan jaringan 3-0. namun kemenangan MC tidaklah begitu mengejutkan... apa yang menarik ialah dengan kehadiran Sheikh AL Mansor pemilik pasukan MC... beliau telah berbelanja besar untuk membentuk team MC sekarang.

kehadiran pelabur pelabur luar ke england dalam menguasai kelab2 bola sepak disana dilihat amat menguntungkan kerajaan england itu sendiri. trend sebegini... kesannya pada ekonomi semasa begitu besar. bayangkanla pelabur dari timur tengah rusia USA hong kong thailand china india dan malaysia  melabur untuk menguasai kelab2 di england ini.......nilainya hampir berbilion bilion pound jika dicampurkan semuanya... senang sahaja diorang utk menarik FDI...hanya dengan menjual bola sepak sahaja...bijak sungguh org putih ni....

pelaburan dalam bidang sukan sebenarnya tidak merugikan...jika rugi masakan sheikh mansor dari UAE sanggup berhabis berjuta-juta pound untuk membeli pemain2 baru..utk musim ini.
 cabaran chelsea utk pertahankan kejuaraan EPL musim ini...bukannya dari MU, arsenal atau liverpool.. tapi dari MC

p/s: MC boleh la lwn liv...diorang budak2kan team tu..
kalau berani jumpa chelsea la..ada hutang lama tk selesai
lagi....kita tunggu nanti

sheik al mansor(serban merah)...kaya tu..takde ke
awek2 malaysia nak try dia....
asyik usha org putih je..pak arab tak minat ke

August 20, 2010

al khatib


adoi.. senak kepala otak ni baca front page
paper perdana beberapa hari yg lepas..
biar betul.... apa yg lemah sgt mental imam
yg baca(kalau ada la) doa utk CM dlm khutbah
sembahyang jumaat...tu..(cm negeri tu bkn islam)

kalau ada arahan pun hang pi ikut buat apa..?
ada akai ke tak de...check ni...makan pasembor byk ke?

tapi exco agama dan pengarah JHEIPP menafikan perkara
tersebut. menurut mereka adalah tidak masuk akal kami
memberi arahan kepada imam atau khatib utk membuat perkara
sebegini... kalau bukan pihak tersebut yg arahkan..knp khatib tersebut
baca juga....? ni yang pening...sikit. ada arahan lain ke? kalau ada pun hang
pi ikut buat apa.. tak kira la arahan siapa pun..nooooooooo? jgn la
hang ikut..............wat malu je check oiiii

tuduhan sudah dibuat.... ahkbar sudah melaporkan(muka depan lagi)

bulan2 puasa ni... berehat la kejap..byk lawak lain boleh buat lagi
pening la kepala mcm ni.........



p/s: hangpa suka ke kes2 macam ni...?

August 19, 2010

dinar...?


regim mata wang emas boleh berjaya ke didunia yg dikuasai oleh dolar, euro, dan yen ini.
dimana status kita....?

KOTA BHARU, 18 Ogos:
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.

Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.

Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”petikan dari harakahdaily

p/s: kerjasam pusat ngan negeri sahaja yg boleh menjayakan rancangan ini
bank negara entiti yg dikuasai oleh kerajaan pusat.

August 17, 2010

pelik



malas nak tengok berita sekarang ni...
malas nak baca paper sekarang ni
mesti ada kes orang buang bayi...
betul2 hidup dizaman jahiliyah....

susah nak komen...sebab pelaku pelaku tu
bukannya tak tahu....
mungkin kadang-kadang diorang terlupa
yang diorang itu bukan manusia...

takut pula nanti.. turun bala.. kita semua yang kena
our sociaty must do something.............
enough it enough..........

p/s; puasa dah masuk seminggu
kejap je rasanya

August 15, 2010

tukar tiub



dah lama tak kena tayar pancit ditengah jalan..
sebab pakai tayar moto yg tak bertiub..
tapi kalau dah nak pancit tu kena juga...

sedap tolak moto...tengah pikir macam mana
nak balik ....nasib baik ada satu number kat bus stop
tukar tiub...call mat 012.......dan seterusnya..

mat boleh datang tak.... nasib baik mat kata boleh..
melayang rm 20........ tukar tiub je...

kadang2 number phone tukar tiub memang penting
maklumla kejadian tu pukul 11.30 mlm...
mana ada kedai moto yg buka....mlm2

tema kasih mat tukar tiub....

p/s; pic tu ambil kat google image
tak bawa handphone yg ada cam masa tu..
pinjam pic google la

August 13, 2010

jumaat



hari ini ...hari jumaat pertama
dlam bulan ramadhan....
penghulu hari dipenghulu bulan
mesti banyak berkatnya.....

tak de yang menarik untuk diupdatekan
selamat berhujung minggu
dan selamat berpuasa.

p/s:hari minggu ni..leh pegi param
yang jauh sikit...usha2 mkanan
yg pelik2  ...

August 11, 2010

sekarang ni



situasi sekarang memang jauh berbeza...
kalau pergi beli juadah utk berbuka puasa
memang terasa perbezaan harga tahun ni berbanding
dengan tahun lepas....

murtabak kat PARAM selalunya 2 ringgit je
sekarang dah jadi 3 ringgit(aku pegi param bukit bintang..param lain tak tau harga sama ke tak)
...besarnya tak tambah pun
apa nak buat peniaga nak untung juga..terima je la

makanan lain tak perasan... tips kalau nak
pegi PARAM.. pegi time mmg dah nak
berbuka.. baru beli..kalau pegi awal2
banyak benda nak beli.....hehehehehe

p/s: PARAM= pasar ramadhan

August 9, 2010

selamat datang



selamat datang ramadhan al mubarak

sempena kehadiran ramadhan ini saya
ingin memohon jutaan kemaafan jika ada
kesilapan atau ketelanjuran didalam kita
berblog ini.... sebagai manusia biasa
kita tidak sepi melakukan kesilapan..

selamat berpuasa semua dan selamat
beramal.....................

p/s: 0-0 ya semua

August 4, 2010

kejor yob kejor







untuk pengetahuan semua..liga super
telah pun berahkir...pasukan selangor telah
menjadi juara....tahniah ):

team pujaan aku...berjaya mengekalkan diri
untuk terus berada dlm saingan liga super musim depan
number 10 je... jadi la......

EPL pula ...hari sabtu ni ada perlawanan sumbangsih
kata org sepak mula utk sesuatu liga la...
team yg akan berentap hari sabtu ni,,,,
team  chelsea vs Mkayu. rasanya chelsea titik mkayu
2-0...tengokla nanti kalau tak percaya..heheheh

p/s:walaupun saingan liga super sudah tamat
tapi saingan piala malaysia belum lagi bermula
so..team2 yg tak dpt piala FA ngan jadi juara liga
piala malaysia harapan terakhir utk mendapat sesuatu
piala dlm musim ini. ...juara bertahan adalah team N9

justified


justified

hari khamis malam jumaat memang best
10-12 mlm memang takkan lepas utk
melihat cerita house dan yg terbaru justified

gaya koboinya...mmg old school la

kul 11 mlm hari khamis
saluran axn  701....

sbb dah layan dari mula
kena follow cite ni

p/s:walaupun hari ni bukan hari khamis
tak sabar nak tengok episode seterusnya

August 1, 2010

ex5




walaupun kau sudah menemani aku
hampir 8 tahun, aku masih lagi mengharapkan
kau..... tidak penah terfikir utk menggantikan mu
entah la....sayang pulak aku dgn motor buruk ni

ex5 buruk aku...last weeks buat pasal
melayang seratus.....tapi tk pe
ko yg aku guna setiap hari....
akan ku penuhi permintaan mu...

harap2..jangan rosak teruk2 ya...
nanti kena jual