December 15, 2010

satu malaya kena hina


wikileaks mendedahkan pasal DSAI ramai pemimpin2 politik atau yg mantan pun
begitu ghairah membuat komen.. bagi aku biasa la peluru dah ada tembak la...
inilah dunia politik....

tapi yang aku sangat pelik wikileaks bukan sahaja dedahkan pasal DSAI tapi
pandangan diplomat2 singapura terhadap Malaysia...woi bangun la semua itu lagi
penting la....ada ke patut pegawai negara asing cakap pemimpin negara kita ni bodoh...
dan berdaya... secara tidak langsung dia kata rakyat malaysia semuanya bodoh la.
bayangkan la kalau setiap kali rundingan 2 hala ..dah siap sedia dengan pandangan bahawa
pegawai malaysia semuanya bodoh berat la...mampus tak leh bawa berbincang punya...

nasib baik ATM kata tiada kebocoran maklumat dari pihak ATM..bagusla
nasib baik PDRM kata tiada kebocoran sisatan dalam kes DSAI bagusla
nasib baik wisma putra mghantar nota bantahan isu yang disebutkan bagusla

walaupun lembab( sbb seronok dgn kes DSAI) sekurang kurangnya tidak la sakit hati sgt
melihat pegawai negara jiran dengan senang hati mengatakan rakyat malaysia semuanya bodo
dan tak tau menguruskan negara. sabar je la aku....

kalau kita perhatikan...masalah malaysia dengan indonesia..lebih kepada masalah rakyat indonesia
dengan kerajaan Malaysia..maksudnya rakyat disana membenci Malaysia tapi kerajaan indonesia
tidak begitu...(cth isu.Tarian pendet, batik, pembantu rumah, lagu negaraku PATI dan sebagainya la)

situasi berbeza dengan singapura dimana hubungan rakyat singapura dengan rakyat malaysia
atau kerajaan malaysia hampir tiada. tetapi kerajaan singapura pula selalu menimbulkan masalah
dengan rakyat malaysia atau kerjaan kita...(cth isu... EPF tak leh keluar, tambak johor, air, KTMB dan sebagainya)

kesimpulanya hubungan antarabangsa atau art of diplomatic kerajaan Malaysia mesti kita kena
akuinya sememangnya lemah...harap2nya sesuatu dapat dilakukan...tak percaya? mana ada pegawai
negara A bincang dengan pegawai negara B pasal malaysia yg pemimpinnya bodoh dan tak tau
memerintah? mesti ada sebab......!!!!!!!!!

P/s: media Malaysia kali nie nampak bangangnya...malu oiiiii
BERNAMA pun sama...

6 comments:

Lia3003 said...

singapore tak sedar diri, kalau johor hentikan masukkan air mentah ke singapore.. minum air laut lah mereka..

besi said...

salam lia... sebenarnya hormat menghormati je pun sudah cukup.

Anonymous said...

kalau singapore kata pemimpin kita bodoh belaka, rakyat harus menilai sendiri? selama ini siapa yang cerdik dlm isu jual air dgn harga yang tak masuk akal, tanah ktmb, isu batu putih, ruang udara yang selalu diceroboh, jual pasir dll?

isu wikileaks, kenapa anuar yang jadi mangsa, yang lain semua ok ke?

bukan nak kata singapore tu bagus, tapi pemimpin kita yang lembik yang buatkan malaysia nampak kerdil & tak dihormati oleh singapore !

memang geram dgn singapore tapi dgn pemimpin malaysia lagi geram?

Dearie Pearls said...

dh kecoh dh sekarang ni..
hot issue sekarang...

mcm2..

eddie dewanaga said...

relax guys, bertenang, ini semua mainan psychology mereka, jika tindakan provocative ini kita layan dan respon, diorang sudah menang.

asalkan kita yakin, malaysia ada cara how to handle these matters, diorang sebenarnya yg resah dgn masalah ekonomi masing2, political stability, total defensive.

Lia3003, kita tak boleh tutup air sesuka hati, mereka legally berhak atas agreement dulu2.

besi said...

anon.. urusan dlaman kita biar kita la tentukan..org luar tak payah nk sibuk, ini siap wat meja bulat mengutuk lak..

pearl.. mmg la hot issue sebab hal rumah tangga..

bro.. bukan apa..kalau mentaliti pemimpin diorang cop malaysia punya leader semuanya cap ayam berat la...(opposition or govt)
sbb tu LKY dtg melawat nak confirmkan sendiri..rasa aku la