January 20, 2011

RM 577 Bilion

Hutang Isi Rumah Masih Pada Paras Berhemah: BNM
Hutang isi rumah Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lepas, masih pada paras berhemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata, hutang isi rumah merupakan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman dan 74 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
"Walaupun ia mungkin kelihatan tinggi, namun satu perkara yang Malaysia ada, yang amat penting bagi institusi perbankan khususnya, ialah sistem maklumat rujukan kredit pusat.
"Walaupun kita ada baki kad kredit sebanyak RM1 sekalipun, nama kita akan ada dalam sistem ini, jadi semasa melakukan penilaian kredit, institusi perbankan boleh mengetahui obligasi kewangan seseorang peminjam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu program pengurusan wang, "Pengurusan Wang Ringgit Anda (Power!)" di sini hari ini.

sumber MSTAR online

banyaknya org malaysia berhutang nasib baik gabenor kata
masih dalam kawalan..maknanya leh buat hutang lagi la
cool.....nya.

3 comments:

Anonymous said...

Dalam tempoh 5 tahun, hutang negara berada pada paras tertinggi pada tahun lalu iaitu sebanyak RM362.39 bilion, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata jumlah hutang itu meliputi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Selain itu, jumlah sebenar berkenaan nyata berbeza dengan jumlah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada Jun lalu iaitu RM233.92 billion

Hutang rakyat 577 Bilion, sebab taraf hidup kita rendah, harga barang mahal, gaji kat sektor awam/swasta rendah (bos-bos je gaji lumayan), harga rumah mahal, harga kereta mahal, loan kat bank interest tinggi.

Semua ini berpunca dari dasar kerajaan 1Malaysia yang tak mesra rakyat. Sebagai rakyat biasa kita dibebani dgn hutang rumah-kereta-kad kredit.

BESI - Siapa yang harus dipersalahkan kerajaan atau rakyat?

vidadarisakura said...

aku berhutang dengan ptptn. huhu

besi said...

anon.. salah diri sendiri,..

vivi comel jgn lupa bayar tau