October 22, 2011

dunia hari ini



Muammar Ghadafi telah pun mati ditangan rakyatnya sendiri...
yang menjadi buah mulut dikalangan masyarakat Umum dimalaysia
ialah cara kematianya yang dilihat agak kejam. begitulah bukan
semua bangsa didunia sama dengan org melayu yang  mempunyai
tahap simpati yang tinggi.........(tak tau elok ke tak sikap sebegini)
semoga libya terus selamat selepas ketiadaan ghadafi...sama2 kita
doakan yang terbaik utk saudara2 kita disana...

Dimalaysia kecoh pula pasal pergantungan Dr Aziz Bari...katanya
pergantungan ini untuk memudahkan proses siasatan dalaman
UIA....(reaktor UIA). Selapas solat jumaat student telah menunjukkan
ketidakpuashatian dgn tindakan pihak pentadbiran UIA thadap isu
ini... selepas itu keluar pula kenyataan dari Persatuan kakitangan
 Akademik UM dan Persatuan Kakitangan Akademik UIA yg tidak
bersetuju dengan situasi sekarang. dengar cerita Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi juga tidak bersetuju...

Aku sebenarnya tidak peduli sangat artikel Dr aziz Bari dimalaysiakini
yang menyebabkan polemik ini timbul...tapi yang aku pasti...artikel itu
sikit pun tidak dapat mempengaruhi aku utk tidak menghormati sultan..
entah kenapa report polis dan kepentingan UIA boleh terjejas dgn
artikel tersebut...........itu yg menjadi kemusykilan..pada aku la.

sebenarnya kadang2 yang gelap itu diterangkan dan yang terang itu digelapkan
sama-sama kita fikirkan.

p/s:bukan maksud hati mengulangi segala yang terjadi

2 comments:

Anonymous said...

krisis diTunisia, Mesir,Libya, Syria & Yemen seharusnya menjadi pengajaran kepada pemimpin negara Islam yang lain.Jangan jadi diktator yang kejam, rakyat akan bangkit menghancurkan mereka?

Kalau PROF yang bagus disekat nanti kat Malaysia ni yang tinggal adalah Profesor KangKong saja....tu yang kerajaan suka...

besi said...

anon...kita sekarang rasanya lebih terbuka...