April 14, 2014

Harta Karun di Pulau nangka



MELAKA: Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini.
Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.
Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.
Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin.
Beliau menulis: "Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).
"Gabenor (Alfonso d' Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.
Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar."
Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu.
Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal 'Flor de la Mar' adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan.
Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi 'Flor de la Mar' itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511.
Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu.
Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik.

MstarOnline

1 comment:

Anonymous said...

Top 20 Sportsbooks With 1xBet Korean Bet
What Is 1xBet? · 1Xbet · 1xbet korean 1xbet · 1xbet 메리트카지노 · Sports Betting · Sports · Sports Betting · Sports Betting · Sports Betting · Sports Betting · leovegas Sports Betting · Sports