August 30, 2010

merdeka


selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53...
semoga tahun ini negara kita akan terus cermelang
dan harmoni hendaknya.....

1 malaysia menjana tranformasi.......

merdeka merdeka merdeka.............

6 comments:

Anonymous said...

Detik 31 Ogos sudah menghampiri kita. Maka begitulah lumrahnya pada setiap tahun rakyat Malaysia disaran untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Tapi, apakah maknanya semua ini? Apakah seluruh fakta sejarah kemerdekaan kita ditulis dengan betul dan adil?

Apakah buku-buku sejarah yang ditulis pada hari ini berasaskan kepada fakta sebenar ataupun berasaskan kepada acuan pemerintah? Benarkah hanya Dato?Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Umno sahaja yang bersungguh terlibat memerdekakan negara kita?

Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub,Ishak Hj Muhammad, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi berserta dengan pertubuhan-pertubuhan pimpinan mereka Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) untuk memerdekakan negara kita? (Ini adalah kumpulan pejuang kemerdekaan dalam golongan tradisi pertama).

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan kiri ini tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah malah, mereka yang menentang penjajah habis-habisan, maka mereka ditekan, ditangkap dan dipenjara bertahun-tahun.

Parti Komunis Malaya bersama parti-parti nasionalis Melayu yang diharamkan telah mengangkat senjata menentang British. Adullah CD, Rashid Maydin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad adalah antara pemimpin-pemimpin yang turut berjuang untuk kemerdekaan.

Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan Negara ini amat penting demi menjamin keadilan dan kebenaran fakta sejarah kemerdekaan keseluruhannya.

Mana ada satu parti politik kat dunia ini yang mendapat kemerdekaan dari penjajah tanpa pertumpahan darah, dan sekurang-kurangnya pemimipin mereka ditangkap dan dipenjara? Hanya di Malaysia Boleh!






Apakah yang dimaksudkan dengan MERDEKA? Kita telah bebas dari penjajah pada 1957, tapi selepas tu kita diperintah oleh pemimpin2 yang belajar di British dan negara kita masih lagi mengekalkan sistem British dalam pemerintahannya. Inikah yang dikatakan MERDEKA?

Sesiapa yang mengkaji sejarah pasti akan rasa tertipu dengan fakta2 sejarah kemerdekaan kita. Sesiapa yang berjuang lawan British akan dicop sebagai puak kiri dan akan ditangkap. Dr.Burhanuddin hilmi, Ahmad Boestaman, Samsiah Fakeh, Rashid Mydin

Dearie Pearls said...

besi,
selamat menyambut merdeka....
semoga kita akan lebih menyedari makna kemerdekaan yang sebenar.

*semalam nengok citer kat tv, mcm nk nangis jek bila watak tunku abdul rahman tu laungkn 'Merdeka'

terasa bertuahnya kita yg dilahirkan selepas merdeka...

:miZ suE: said...

ya...merdeka3....:)

besi said...

anon... ya kita kena ingat semua pejuang2 lama..baik kiri atau kanan...baik gerakkan kaum muda atau tua..
sama ada golongan sekolah pondok, melayu, atau inggeris...
semuanya memperjuangkan kemerdekaan.. org2 skrg kena baca semua....baru tak lupa

LOL... kita semua bertuah..kerana lahir selepas kemerdekaan..jgn lupa sudah la..kena banyak belajar..

miss zue.. selamat hari kemerdekaan ya...utk awk juga

misz benida said...

hai besi.
hehehe(snyum lebar).

jgn negara je merdeka,jiwa dan minda pon kna merdeka jugak..tpi mnusia skrang merdeka mereka is freedom..tpi freedom tu trlalu memuja kebaratan..

besi said...

misz benida... merdeka jiwa dan fizikal mmg penting.. tak yah la kita nk memuja barat sgt setuju dgn awk.. senyum lebar gak ni hehehe