January 2, 2011

dunia karim

baru tulis cerpen untuk pertandingan yg dianjurkan
oleh cik vee a.k.a juliana yg cantik...
siapa yg nak vote cerpen aku masuk la link ni

http://kisahklasikita.blogspot.com/2010/01/99-hari-kisah-klasik-besi-dunia-karim.html


Dunia Karim
~~~~~~~~~~~~~
Karim hanya mampu duduk dan berharap supaya hujan akan cepat berhenti. Sudah hampir setengah jam Karim duduk berseorangan ditepi jalan dan berlindung dari basah dengan berteduh di bus stop….

'Harap harapnya hujan akan berhenti sebelum senja menjelma..' Doa karim didalam hatinya. Sambil termenung memerhati jalan raya yang terbentang didepan matanya.. Karim masih teringat akan kata–kata kawan dipejabatnya sebelum dia pulang dari tempat kerja.

"Karim elok la kau bersedia mencari kerja lain sebab khabar-khabarnya office kita akan downsizing 2 atau 3 bulan lagi." jelas Salman.

Karim hanya diam dan terus berlalu pulang.. didalam kepalanya malas dia nak memikirnya. Namun ditepi jalan yang sunyi sambil ditemani hujan yang lebat..tidak dapat tidak benaknya seolah olah memaksa juga untuk mengingati kata kata Salman tadi… sebenarnya Karim malas nak memikirnya sebab bagi beliau bila sudah sampai masanya dia akan terpaksa menghadapinya.. malas nak menyesakkan kepalanya yang sudah dibebani dengan pelbagai masalah…..

***************************************************************************************

Hampir sejam juga Karim menunggu hujan berhenti, sampai dirumah Karim terus sahaja kebilik air dan mandi…

'Hendak makan ? Malas hendak keluar', bentak Karim.
'Ah… maggi goreng segera saja la hari ni. Kenyang juga kalau malam malam makan maggi ni.' kata Karim dalam hatinya…

'Allhamdullilah…', sambil bersedawa kekenyangan.
'Hari ni nak tengok cerita apa ya…?' getusnya…
'Malam masih muda, on sahaja tv siaran berita masih belum habis lagi. Tengok je la berita dahulu.' fikirnya.

Harga minyak akan diselaraskan begitu juga dengan harga gas asli diesel dan gula. Pelarasan ini akan menjimatkan hampir RM 1.8 billion, dengan ini kerajaan boleh meneruskan agenda pembangunan hasil dari pelarasan yang dibuat keatas barangan tadi. Karim menggaru garu kepalanya yang tidak gatal… sekarang ni tiada istilah kenaikan harga tapi disebut pelarasan subsidi…begitu rupanya. Tapi karim tetap pasti pelarasan atau tidak, harga barang tersebut akan naik…

'Nasib badan…', katanya dalam hati.

***************************************************************************************
Esok dipejabat Karim meneruskan tugasnya seperti biasa. Di pejabatnya kecoh pasal kenaikan harga yang diumumkan kerajaan semalam..ada yang menyokong dan ada yang membangkannya….Karim malas nak ikut serta dalam perbahasan ala-ala parlimen diofficenya.. ahhh bukanya mereka leh buat apa –apa pun fikirnya.

"Karim.." tegur Salman.

"Ada apa Salman?" tanya Karim….

"Ko tahu ke tak ni pasal kenaikan 4 barangan subsidi ni..?" Salman cuba memancing Karim supaya turut serta dalam perbahasan mereka..

"Tahu..apa hang ingat aku tak tengok tv ke?" Soal Karim balik..

"Habis tu apasal engkau diam je..tak beri respon apa-apa pun.." Karim hanya tersenyum sahaja…malas di nak komen pertanyaan Salman..dia tau kalau dia komen dia juga akan masuk dalam perbahasan mereka nanti.

'Malas aku nak layan.' kata Karim didalam hatinya.

Sebenarnya Karim lebih risau dengan berita yang didengar semalam pasal company akan membuang pekerja dalam usaha untuk menggukuhkan syarikat yang tidak begitu stabil sejak ahkir ahkir ini.

'Kalau kena buang kerja ini lagi berat.' Fikirnya..
'Usahkan petrol nanti apa pun tak boleh beli sebab dah tak bekerja.' fikirnya lagi.

'Ahhhhhh dunia sekarang mesti kena dengan duit .. senak perut kalau fikir pasal duit ni. Isu pelarasan subsidi telah menggelamkan khabar-khabar yang membuangan pekerja akan dilakukan dalam masa sebulan dua ini. Tiada siapa pun yang bercakap pasal isu ini. Ini tak boleh jadi.' fikirnya..

Karim panggil Salman.
"Ada apa Karim…?"

"Ala jom la teman aku hisap rokok kat tangga sekejap…"

"Aku ok je." jawab Salman.

"Nak rokok ke Man..?" pelawa Karim..

"Ahhh tak nak aku rokok hang…ko hisap keretek tak masuk aku." Sambil itu Salman mengeluarkan rokok Dunhillnya..

"Man aku nak tanya sikit ni..?" Karim memulakan bicaranya.

"Apa dia karim?"

"Semalam engkau kata syarikat akan downsizing betul ke?" Soal karim.

"Karim aku tak sure sangat la tapi aku dengar cerita ni dari budak HR sendiri Karim. Kalau HR sendiri dah kata.. maknanya betul la tu. Engkau tak tanya ke diorang department mana yang akan kena nanti? Itu aku tak tau." jawab Salman dengan jujurnya..

"Kalau department kita kena macam mana Man?" Soal Karim..

"Entahla Karim kalau diorang nak buang, buang la dengan syarat bagi la sikit pampasan…boleh la kita bertahan sementara nak dapat kerja baru nanti…" jawab Salman.

"Engkau tak ada minta kerja di tempat lain ke Man?" Tanya Karim…

"Belum la kenapa engkau dah dapat kerja baru ke Karim?" soal Salman balik.

"Tak ada la Man..sebab tu aku cuak sikit ni.." Karim berterus terang dengan Salman.

"Ala Karim rezeki ada dimana mana … jangan la engkau pening-pening sangat. Insyallah semuanya akan selamat."

Kerisauan Karim sebenarnya bertempat, ini kerana hubungan dia dengan ketua jabatannya tidak semesra seperti pekerja yang lain. Karim bukan seorang yang malas atau tidak pandai membuat kerja, tapi kelemahan arim ialah dia tidak pandai dalam menguasai politik pejabat. Sikap beliau yang suka berterus terang dan hanya mengikut fakta sahaja menyebabkan dia sering bertelagah dengan ketuanya. Bagi Karim displin adalah untuk semua bukan hanya untuk pekerja bawahan sahaja. Pernah satu hari Karim memarahi ketuanya kerana selalu mengambil cuti sakit dan membiarkan pekerja bawahan terkontang kanting.

"Boss kalau tiap-tiap hari isnin boss mc ini memang pelik. Takkan hari isnin sahaja boss sakit?" Tempelak Karim.

"Karim kamu jangan kata macam itu." jawab ketuanya.

"Bertimbang rasa la sikit ok. Sepatutnya boss marah kami, jika kami suka mc..ini boss yang suka mc lak..macam mana ni. Tengok sekarang niramai yang suka ambil mc bila hari isnin…macam mana ni? Takkan orang yang datang kerja hari isnin nak cover semuanya.." jelas Karim.

Sejak pertengkaran itu, ketuanya semacam tidak mengendahkan Karim. Karim tidak peduli yang penting dia cakap apa yang terbuku dihatinya. Baginya peraturan atau code of conduct adalah untuk semua……….

***************************************************************************************

Khabar khabar yang mengatakan pemberhentian pekerja akan dilakukan rupanya bukan khabar angin lagi. Senarai nama yang akan diberhentikan telah pun diketahui umum.

"Malangnya nasib aku kata karim dalam hatinya. Nama aku tersenarai . Kerja apa yang aku nak cari lepas ni. VSS? ini bukan VSS." kata Salman pada Karim.

Kalau VSS kita boleh pilih tapi ini MSS. Mandatory dengan kata lain wajib. Pihak syarikat hanya memberi 6 bulan gaji sebagai pampasan.

Walaupun ramai yang tidak berpuas hati.. namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh pekerja. Karim sudah redho dan berat hati untuk memanjangkanya lagi.

'Dah syarikat tak nak dengan aku..lebih baik aku terima sahaja tawaran mereka.' fikir Karim.

'Entah kerja apa yang aku nak buat selepas ini.'

Karim telah bekerja dengan syarikat tersebut hampir 5 tahun. Banyak kenangan manis dah pahit telah dilaluinya.

'Sedih juga rasanya.' fikir Karim sambil mengelamun sendirian.

***********************************************************

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Karim termenung …

'Kalau waktu begini mesti aku dah ada dipejabat.' fikirnya.

Sudah hampir dua minggu lebih karim menganggur. Banyak permohanan telah dihantarnya..malangnya masih satu pun tidak memanggil dia untuk ditemuduga.

'Apa aku nak buat hari ni bosannya..' katanya sendiri.

'Dah seminggu lebih aku makan tidur sahaja ni.' fikirnya.

'Sampai bila ahhhhhh pening kepala aku.'

Melayari internet adalah aktiviti harian Karim. Sekarang ni hampir 24 jam Karim menghadap komputernya..maklumla banyak masa terluang.
Sebuah gabungan NGO akan mengadakan demonstrasi pada hari jumaat didepan masjid Alsyakirin dan akan menuju ke menara Petronas untuk membantah kenaikan harga petrol yang baru diumumkan bulan lepas. PROTES nama NGO yang akan membuat demonstrasi pada hari jumaat ini.

Karim terus melayari laman web NGO tersebut untuk mengetahui perkara tersebut dengan lebih teliti lagi. Sebenarnya Karim memang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga petrol dipasaran.

'Inilah masanya.' fikir Karim, untuk dia menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

Karim terus menghubungi Salman..

"Man hari jumaat ni kita sembahyang jumaat kat masjid klcc hendak tak?"

"Amboi ko Karim tiba-tiba sahaja nak sembahyang jumaat kat situ kenapa? Selalunya engkau suka sembahyang di Kampung Baru sahaja?" Tanya Salman.

"Ala apasalahnya." jawab Karim.


"Ala Man sebenarnya ada demo hari jumaat ni pasal kenaikan harga petrol.." jelas Karim.

"Hang nak joint sekali ke Man?" Tanya Karim.

"Aku nekad kali ni nak menyertai demo pasal minyak ni."

"Suka hati ko la Karim." jawab Salman.

"Aku sebenarnya malas nak joint, tapi tak apa la Karim engkau pergi demo dulu..kalau jadi apa-apa aku boleh back up hang.." tutur Salman dengan sejujurnya..

sambil tertawa karim berkata, "Banyak la kau…"
Sebenarnya Salman pun sama seperti Karim. Masing-masing sedang mencari kerja baru.

***************************************************************************************

Matahari tetap setia muncul dipagi hari menyinari alam tanpa rasa jemu. Cuma kadang kadang manusia tidak mensyukuri nikmatnya. Pagi yang cerah Karim sudah bersiap siap untuk menuju ke masjid. Kali ini kena pergi awal sikit, maklumla mesti ramai jemaah di masjid nanti..silap-silap kena sembahyang jumaat kat luar pula. Berseluar jeans dan berbaju melayu hitam Karim nampak segak sambil memakai lebai berwarna hijau. 11.30 pagi Karim sudah sampai dimasjid. Orang masih kurang lagi. Karim terus naik keatas diruang sembahyang yang utama. Dia duduk dengan tertib sambil membaca kitab suci Al –Quraan sewaktu menunggu masuk waktu sembahyang. Selepas selesai sembahyang jumaat Karim terus turun kebawah. Hari ini dia akan menyertai demo buat pertama kali dalam hidupnya.

Hampir 3000 orang sudah berkumpul diperkarangan masjid Al syakirin. Ada orang berucap..butir ucapannya Karim tidak jelas, tapi Karim terus menyelinap untuk berada dibarisan hadapan. Tiba-tiba Karim terdengar arahan dari pihak penganjur..bahawa perarakan ini hendak dibuat secara aman, tujuannya demo kali ini adalah ingin menunjukkan rasa tidak puas hati daripada keputusan kerajaan menaikkan harga petrol jelas jurucakap tersebut.

"Kita akan bergerak menuju jalan ke jalan ampang dan seterusnya sampai didepan klcc. Faham semua!!!" tanya jurucakap tersebut.

"FAHAMMMMMMMM!!!" jawap semua yang berkumpul.

Pergerakkan demo kali ini disulami dengan ayat-ayat yang meminta supaya harga petrol diturunkan. "Turun turun turun harga minyak jangan jangan jangan seksa rakyat. Hidup hidup hidup rakyat" ayat-ayat semangat saling bertukar ganti diucapkan.. setiba di Jalan Ampang keadaan menjadi sedikit kelam kabut kerana ada halangan yang dibuat oleh FRU… jurucakap terus bertempik untuk menaikkan semangat para peserta demo.

"BERSURAI SEMUA!" amaran dikeluarkan oleh FRU diatas trak water canon..

"Perhimpunan ini adalah perhimpunan haram..anda semua diminta bersurai.." namun para peserta demo masih lagi tidak berganjak..

"hidup hidup rakyat..turun turun turun harga minyak…" perarakan yang tersekat itu menyebabkan suasana menjadi sedikit tegang. Pihak FRU tetap tegak dalam satu barisan sambil menghentak-hentakkan cota..ini menimbulkan bunyi yang menakutkan. Tapi para peserta demo masih tidak berganjak..

"Hidup hidup hidup rakyat" masih dilaungkan..

Entah hantu apa merasuk Karim…dia pun tidak berganjak..begitu semangat dia kali ini.

"Hidup hidup hidup rakyat.." laungan yang keluar dari mulut Karim.. tiba –tiba Karim melihat track water canon semakin menghampiri kearah kumpulan demo. Sepantas kilat semburan terkena Karim dan orang-orang yang dibarisan hadapan. Dunia terasa gelap mata semakin pedih dan hidung seperti dibubuh cuka getah(ammonia). Karim teraba-raba kesana sini. Apabila dia membuka matanya keadaan sudah menjadi kacau bilau orang ramai bertempiaran lari.

'Ini tak boleh jadi fikirnya baik aku lari cepat.' desusnya.

Sedang Karim berkira kira hendak melarikan diri, dia terlihat seorang pakcik lingkungan 50an masih lagi teraba raba..

'Mungkin sakit matanya masih belum habis.' fikir Karim. Karim menggagahkan dirinya menuju kearah pakcik itu dengan niat untuk menolongnya melarikan diri. Tapi malang bagi Karim..cubaan dia untuk memimpin pakcik tersebut telah melambatkan pergerakkannya. Dengan mudah Karim dan pakcik tersebut dikepung seterusnya diseret ke black maria.. didalam black maria karim lihat hampir 10 orang termasuk dirinya telah ditangkap. Karim pasrah…didalam black maria karim hanya berdiam diri sahaja..malas dia nak bersembang dengan peserta demo yang lain. Dia sendiri sudah tidak tau apakah demo tadi masih berjalan atau sudah bersurai. Ini kerana, pihak polis dengan kadar yang segera memindahkan orang yang telah ditahan ke balai… rupanya black maria yang dinaiki oleh Karim telah dihantar ke IPD sentul..mungkin IPD Dang Wangi sudah penuh dengan tahanan yang lain fikirnya.
"Turun semua.." jerit seorang anggota polis..

"Cepat cepat sikit jangan lembab.." jeritnya lagi. Karim dengan longlai berjalan mengikut anggota polis yang bertugas. Dimeja soal siasat karim telah ditanya dengan pelbagai soalan yang menyesakkan.

Sarjan izham yang betugas, "Siapa nama kamu?"

"Karim b. Abd Salam."
"Umur?"
"29."
"Pekerjaan?"
"Tak ada."

"Dari parti mana?"
"Tak ada parti."

"Alamat kamu?"
"Kampung Simpang."

"Siapa yang suruh kamu berdemo?"
"Tiada siapa tuan."

"Kamu mengaku salah?"
"Saya tak lakukan apa apa kesalahan tuan."
Selepas  disoal siasat serta diambil keterangan Karim telah dihantar ke lock up.

'Seumur hidup aku tak pernah kedalam. Ini pengalaman pertama.' luahnya dalam hati.
"Hey kamu…kenapa termenung sangat?" tegur salah seorang didalam lock up. Didalam lock up tempat Karim ditahan ada lebih kurang 10 orang dan kesemuanya dari kes yang sama.
"Tiada apa-apa bro.. first time ni." jawab Karim dengan jujurnya.
"Rileks la bro…kita bukannya buat kesalahan jenayah pun, tapi kita ditangkap sebab menunjukkan rasa tidak puas hati kita sahaja. Niat kita hendak berhimpun secara aman.. mana ada niat nak buat kacau bilau pun. Kita pun tak setuju kalau kita berhimpun untuk menghuru-harakan negara." Karim hanya mengiakan sahaja.
"Hang ni dari cabang mana?" Tiba-tiba seorang lagi bertanya kepada Karim.

"Cabang? Cabang apa?" soal balik Karim..
"Bukan ahli parti ke?"

"Bukan la..non party la hanya rakyat biasa sahaja." Jawab Karim dengan ikhlas.
"Orang muda mesti berani…jika bukan sekarang bila lagi..?" tutur seorang pakcik yang berada didalam lock up tersebut.

Tiba-tiba Karim teringat, pakcik ini la yang dia tolong semasa demo tadi.
"Anak ni kerja mana?" Tanya pakcik tersebut.
"Saya ni baru sahaja kena berhenti kerja dan sedang mencari kerja baru."

"Kenapa kena berhenti kerja?" Tanya pakcik tu lagi.
"Company resized la pakcik..so, syarikat suruh ambil MSS dapat la sedikit pampasan."
"Anak ni nama apa..?"
"Karim. Pakcik pula nama apa?"
"Panggil saja pakcik Ghaz..nama penuh Ghazali."
Mereka pun bersalam–salaman.

"Terima kasih la anak..kerana menolong pakcik tadi..kalau tak mau pengsan pakcik tadi sebab sesak nafas."
"Tiada apa la pakcik." jawab Karim..
"Biasa la dalam kelam kabut memang macam tu la. Anak …pakcik nak tanya sikit ni..kalau pakcik tawarkan kerja kat anak macam mana? Mahu ke tak…?" soal pakcik Ghaz kepada Karim.
"Kerja? Kerja apa pakcik?"

'Macam ni la..pakcik ni orang berniaga memang sedang cari orang muda macam anak ni untuk membantu pakcik. Macam mana? Berminat tak..? Tak apa anak ingat number phone pakcik, nanti bila kita semua dah keluar call la pakcik..boleh?"
"Saya tak ada masalah pakcik." jawab Karim.
"Bagusla kalau macam tu….." tutur pakcik Ghaz.

***************************************************************************************
"Karim bangun…kita nak berjemaah subuh ni." Katanya lagi.

"Semua orang dah sedia tu…kamu je yang belum bangun." Karim tersipu sipu melihat yang lain sedang menunggunya untuk berjemaah subuh dilock up. Dengan segera Karim mengambil wuduk. Selepas sembahyang subuh semua orang dilock up berehat rehat sambil bersembang sesama mereka. Karim masih lagi kebingungan maklumla tidurnya tidak lena.

'Mengantuknya aku.' katanya dalam hati.Suasana malam dilock up begitu menyesakkan. Hendak tidur? Amatlah payahnya. Nyamuk bermaharaja lela dan menguasai ruang udara. Suhu diwaktu malam memang sejuk. Kesejukkanya memang sampai hingga ketulang kering..Karim menggigil-gigil dibuatnya …dia gagal untuk melelapkan mata. Entah pukul berapa baru dia terlelap. Tiba-tiba Karim dikejutkan oleh salah seorang rakan cellmatenya…

Dia tiada mood untuk bersembang-sembang lagi. Hanya terleku membatukan dirinya.

"Bila kita semua boleh keluar ni…?" tanya Karim.
"Entahla selalunya selepas bermalam disini pagi ni dah boleh keluar." jawab salah seorang disitu.

"Kalau macam tu tak apa la..sekejap lagi kita akan bebas.." ucap Karim sambil tersenyum keriangan. Jam sudah melewati pukul 9.00pagi, sarapan tidak disediakan, perut Karim terasa sangat lapar.

"Tuan kenapa tiada sarapan?" Tanya karim kepada anggota yang bertugas.
"Korang semua nak dibebaskan sebentar lagi …tak payah la nak sarapan-sarapan. Menghabiskan beras sahaja kamu semua ni." Perli anggota polis yang bertugas.

Selepas semua dokumen dan barang –barang peribadi dipulangkan ahkirnya semua peserta demo yang ditahan telah dibebaskan. Karim masih lagi terkejut dan gembira kerana lega dia telah dibebaskan. Pakcik Ghaz tiba-tiba mengingatkan Karim supaya jangan lupa untuk menghubungi pada hari isnin nanti. Karim tercengang apabila melihat sebuah BMW 5 series menunggu pakcik Ghaz untuk mengambilnya pulang.

'Kaya pakcik Ghaz ni, beruntung aku dapat interview dalam lock up semalam..' fikirnya.

Karim terus menghubungi Salman…

"Man tolong ambil aku kat IPD Sentul."
"Ko tunggu la situ 20 minit lagi aku sampai…" jawab Salman.
"Jangan lambat sangat Man…tak mau aku lepak depan balai ni lama-lama." rayu Karim.
"Tunggu je la…" balas Salman.

Pagi sabtu itu cahaya matahari seolah olah merajuk…suasana begitu suram sekali. Tiba-tiba awan mendung seolah olah sudah tidak tertahan lagi. Hujan pun turun dengan lebatnya… Karim berlari kearah bus stop untuk berteduh. Dia hanya mengelamun sambil memandang kenderaan yang lalu lintas dihadapanya. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul betul dihadapanya.

"Karim cepat la naik…hujan ni." Karim tergamam ..
'Ohh rupanya Salman sudah sampai.'

Didalam kereta Salman terus memberi ceramah kepada Karim.

"Orang lain pegi demo juga tapi takla sampai kena tangkap. Lain kali kalau pergi demo tu duduk la dibarisan belakang..yang kamu pergi dibaris depan tu buat apa? Sekarang ni nama hang pun dah ada dalam rekod polis. Susah la hang lepas ni. Aku nak tanya hang sekali lagi ni, apa yang hang dapat dengan demo semalam?" perli Salman. Karim hanya tersenyum sambil memandang air hujan yang turun didepanya.

'Apa yang aku dapat?' Karim terus tersenyum, dia sengaja tidak menjawab soalan Salman itu. Beliau hanya tersenyum sumbing sahaja….sambil telingganya sedap mendengar lagu 'Senyum' nyanyian Maliuqe dan Najwa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hasil Karya : Besi

6 comments:

♥ Juliana Violet ♥ said...

Vee sebenarnya tak sangka Besi ada bakat menulis jugak.
Pertama kali mencuba menulis cerpen kan? :)

Nice try. Dan satu kisah yang baik untuk dikongsi bersama. :)

kurtkudin said...

jalan cite dan olahan yg mantap...mung mmg berbakat..kisah benar ke tu???mana sambungan dia?

Anonymous said...

kat malaysia je susah nak demo, ikut law tak salah tapi polis kata salah perlukan permit. tapi minta permit tak bagi pulak! apa cerita?

kat negara maju pun, rakyat dibenarkan demo! kat malaysia, malas nak komen?

demo pasal kenaikan petrol kat klcc, beberapa tahun lepas saya pernah ambil bahagian, tapi kat saf belakang. itu pun kecut perut, 2 kali kena kejar dgn FRU. lari bersama-sama dgn reformis Tian Chua.

pengalaman yang berharga dan coretan yang menarik dari BESI.

besi said...

vee... tulis2 je

limi.. kisah benar? mana ada khayalan je.. sambungan? ini bukan novel..cerpen. kena pk sendiri kesudahanya

anon.. ko lain la, penyokong tegar.. tgk2 demo ada la..nak joint serius tak de...lagi

Unknown said...

karim wahai karim..hehehee..best citer..ley buat buku pasni..:)

besi said...

shima... suka2 je.