Susana bilik mesyuarat kampong jernih masih lagi hangat.
Banyak perkara yang terbuku dihati setiap ahli JKKK kg jernih telah diluahkan.
Haji karim selaku pengerusi merangkap ketua kampung jernih dengan cermat
mengendalikan mesyuarat penggal terahkir ini. Banyak isu yang telah
dibangkitkan oleh setiap ahli mesyuarat. Kadang-kadang ada yang emosional
hingga lari dari agenda mesyuarat. Namun sebagai ketua dia tetap sabar dan
tenang dalam mengendalikan mesyuarat. Mungkin pengalaman beliau sebagai pesara
kerajaan banyak membantu dalam menghadapi suasana panas dan tegang sebegini.
Tuan tuan semua, nampaknya masing masing telah memberi
pandapat perkara yang berbangkit ini. Jadi bagaimana kita sebagai pemimpin
kampong ini dapat memuktamadkannya. Dengan tegas haji karim menyebutnya. Padil
sebagai wakil pemuda dalam mesyuarat tersebut
dengan tiba-tiba bersuara.. tuan haji apa lagi yang hendak
dimuktamadkan…? Tuan haji sedar atau tidak dengan situasi sekarang ini? Padil
aku sedar..tapi selagi penggal ini belum berahkir aku dan kamu semua masih ada
lagi tanggungjawab sehinggalah penggal kita berahkir, jawab hj karim dengan
lembut.
Beginilah, tiba-tiba haji salman bendahari JKKK mencelah..
tuan haji memang benar tugas kita akan berahkir tidak lama lagi ..tapi kita kena
siapkan dengan lengkap segala
Proses atau dokumentasi segala projek , aktiviti dan
sebagainya sepanjang kita berkhidmat. Saya selaku bendahari akan menyerahkan
laporan dengan lengkap diahkir mesyuarat ini dan saya rasa rakan-rakan AJK
semua pun akan menyerahkannya sebelum
Berahkir mesyuarat ini nanti. Semua orang dalam bilik
mesyuarat seakan2 bersetuju dengan kata kata haji salman.
Encik rahman selaku timbalan pengerusi JKKK kg jernih dari
tadi hanya berdiam diri.
Dia seolah-olah mati akal ..terkejut dengan apa yang telah
berlaku. Cita citanya untuk menggantikan haji karim nampaknya akan terbantut
disebabkan perkara tersebut. Tuan pengerusi dan rakan-rakan semua.. adakah kita
hendak menyerah begitu sahaja? Tutur encik rahman. Puan mahani selaku wakil
wanita tiba-tiba menyampuk. Apa maksud encik rahman ini? Saya tidak
faham…soalnya. Menyerah begitu sahaja? Ada
cara lain ke encik rahman? Semua orang seakan akan tersentak dengan pertanyaan
puan mahani dan masing-masing ingin mendengar cadangan dari encik rahman.
Begini …kita kumpulkan tandatangan penduduk kg jernih yang menyatakan masih
lagi menyokong pasukan JKKK kita dan kita bawa perkara ini kepada pegawai
Daerah. Kalau kita Berjaya mengumpulkan semua tandatangan penduduk kampong
rasanya tiada sebab pasukan kita ini akan ditukar..jelasnya.. cikgu ariffin
tiba-tiba bersuara. Cadangan encik rahman ini Nampak ada kewajarannya. Tapi
bolehkan kita mendapatkan sekurang-kurangnya 2/3 tandatangan dari penduduk
kampong jernih ini? Soal cikgu ariffin.. cikgu ariffin sukar ke kita hendak
mendapatkan tandatangan dari penduduk kampong kita sendiri? Soal encik rahman.
Padil dengan sinis menjawab..encik rahman situasi sekarang sudah berubah, terus
terang saya katakan hampir keselurahan golongan pemuda kampong kita tidak kan bersetuju untuk
tandatangan untuk menyokong kita. "Kamu memang seorang ketua yang gagal "perli
encik kasim setiausaha JKKK kg jernih. Tuduhan encik kasim amat menyakitkan
hati padil tapi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia sedar dibawah
kepimpinannya dia gagal untuk menarik golongan muda menyokong JKKK yang sedia
ada ini. Encik kasim boleh kata apa sahaja..tapi jangan encik kasim lupa encik
kasim juga salah satu penyebabnya golongan muda tidak menyokong kita.
Padil masih lagi ingat..bagaimana encik kasim dengan
lagaknya mengarahkan satu satunya padang yang ada dikampungnya dijadikan tapak untuk
projek kedai runcit desa. Dia menerima kecaman dari kawan kawanya "macam dah tak
ada kawasan lain ke padil"? Perli pemuda-pemuda kampongnya. Susah
sangat ke nak cari kawasan untuk projek kedai desa tu. Kawasan ternakan
kambing encik kasim tu bukannya tanah
dia.. itu tanah kerajaan kenapa padang
ini yang jadi mangsa. Kalau encik kasim hendak menternak baik dia gunakan
tanahnya sendiri…pandai pula gunakan pengaruh dia untuk meratakan satu satunya padang tempat kita
bermain. Susah sangat ke padil hendak kamu
cakap dengan encik kasim tu. Soal pemuda-pemuda kampunnya. Masalahnya majoriti
AJK sudah bersetuju dan aku berseorangan dalam hal ini. Pergi la padil engkau
memang tak boleh diharap… memori padil teringgat peristiwa setahun yang lalu.
Apa masalah aku dengan golongan pemuda pemuda kampong kita
ini padil soal encik kasim? Didalam hati padil..orang tua ni masih tak sedar
diri agaknya… nasib baik la kerajaan belum melaksanakan projek kedai desa itu. Namun, semua aktiviti sukan disitu telah diarahkan tidak dijalankan. Khabarnya projek
ini akan dilaksanakan tahun ini. Tapi disebabkan perkara besar sebegini padil
tidak tahu apakah projek ini akan dijalankan atau tidak? Encik kasim…"orang muda
hendak bersukan tapi kita semua tak bagi budak-budak ni bersukan". Padang yang satu tu pun
kita dah gazetkan untuk projek kedai desa. Cepat benar encik kasim lupa soal
padil…..suasana semakin panas.
Puan mahani bagaimana pula dengan sokongan wanita dengan
JKKK kita ini? Soal encik rahman. Saya hanya boleh menjamin separuh sahaja yang
masih menyokong kita. Separuh? Soal encik rahman kenapa separuh? Bukan
selalunya golongan wanita penyokong kuat pimpinan kita? Betul tu sampuk encik
aziz AJK yang tiba-tiba menyampuk dalam isu perbincangan ini.
Tuan-tuan semua memang secara tradisinya kaum wanita penyokong setia kita. Tapi kini hampir separuhnya bukan lagi memihak kepada kita jelas puan mahani. Haji karim yang dari tadi diam tiba-tiba bertanya kenapa boleh jadi begitu puan mahani? Saya ada buat salah ke dengan golongan wanita dikampung kita ini ke? Tuan haji karim tak buat salah apa-apa pun. Habis tu kenapa mereka tidak menyokong kita? Sebenarnya tuan tuan semua salahnya dari kami sendiri pergerakkan wanita kampunhg kita ini. Tuan tuan masih ingat tak tentang penubuhan persatuan ibu ibu tunggal yang dicadangkan oleh puan hamimah. Ya kami semua masih ingat dan kami semua tak pasti kenapa persatuan itu masih tidak wujud lagi. Tanya haji karim.
Begini tuan tuan semua..ada AJK pergerakan wanita tidak bersetuju dengan cadangan puan hamimah tersebut dengan menggelarkannya sebagai persatuan janda janda gatal. Puan hamimah sangat berkecil hati dengan tuduhan tersebut.dia dengan penyokong penyokongnya telah lama tidak menyertai segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pergerakkan wanita dikampung kita ini. Tuan tuan kena ingat puan hamimah dahulu tewas semasa pemilihan pergerakkan wanita dengan saya dahulu hanya dengan 5 undi sahaja. Bagaimana saya boleh memujuk dia dan penyokong-penyokongnya untuk menandatanganisurat sokongan seperti yang dicadangkan oleh
encik rahman ini jelas puan mahani. Haji salman tiba-tiba menyampuk" itula
terlajak perahu boleh diundur terlajak kata kita terimalah musibahnya". Semua
orang dalam bilik mesyuarat itu menghela nafas panjang seolah olah bersetuju
dengan haji salman. Kalau golongan muda dan separuh golongan wanita tidak menyokong kita maknanya cadangan encik rahman tadi sudah tidak relevan lagi jelas
cikgu ariffin.
Tuan-tuan semua memang secara tradisinya kaum wanita penyokong setia kita. Tapi kini hampir separuhnya bukan lagi memihak kepada kita jelas puan mahani. Haji karim yang dari tadi diam tiba-tiba bertanya kenapa boleh jadi begitu puan mahani? Saya ada buat salah ke dengan golongan wanita dikampung kita ini ke? Tuan haji karim tak buat salah apa-apa pun. Habis tu kenapa mereka tidak menyokong kita? Sebenarnya tuan tuan semua salahnya dari kami sendiri pergerakkan wanita kampunhg kita ini. Tuan tuan masih ingat tak tentang penubuhan persatuan ibu ibu tunggal yang dicadangkan oleh puan hamimah. Ya kami semua masih ingat dan kami semua tak pasti kenapa persatuan itu masih tidak wujud lagi. Tanya haji karim.
Begini tuan tuan semua..ada AJK pergerakan wanita tidak bersetuju dengan cadangan puan hamimah tersebut dengan menggelarkannya sebagai persatuan janda janda gatal. Puan hamimah sangat berkecil hati dengan tuduhan tersebut.dia dengan penyokong penyokongnya telah lama tidak menyertai segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pergerakkan wanita dikampung kita ini. Tuan tuan kena ingat puan hamimah dahulu tewas semasa pemilihan pergerakkan wanita dengan saya dahulu hanya dengan 5 undi sahaja. Bagaimana saya boleh memujuk dia dan penyokong-penyokongnya untuk menandatangani
No comments:
Post a Comment