August 11, 2011

sambungan... SUASANA



Wah……apakah mereka semua sudah lupa? Soal ahmad kepada zainal.. agaknya semuanya masih bermimpi…kata orang tak mahu menerima hakikat. Cuba kau kumpulkan semua kawan-kawan kita… elok juga kita tunjukkan kepada mereka bahawa penduduk kampong jernih sudah tidak lagi mahukan peranan mereka dalam pentadbiran kampong ini. Ahmad ko nak berapa orang ni? Soal zainal… la…setakat 5-6 orang baik tak payah balas ahamad…engkau kena cari sekurang-kurangnya 50 orang untuk kita berhimpun didepan Dewan Orang Ramai tu… biar mereka yang berada didalam tu sedar diri sikit. Orang dah tak suka masih lagi tak faham-faham….tegas ahmad kepada zainal.
Ai ai chief….sambil membuat isyarat salute …heheheh engkau ni memang suka bergurau la nal…..


Zainal memang seorang cekap…. Tidak sampai 20 minit hampir 70 orang dikumpulkan didepan kedai kopi tahrim. Korang semua tunggu kat sini…sikit lagi kita semua akan berarak menuju kedewan…kita nak tunjuk perasaan kat  ajk-ajk yang masih tak sedar tu…terang zainal. Baik lelaki, wanita, pemuda semuanya begitu bersemangat untuk menyertai tunjuk perasaan yang dirancang oleh zainal dan ahmad itu. Mereka semua adalah penduduk sejati kampong jernih..dan mereka yang mahukan perubahan. Ahmad dengan segera berjumpa zainal didepan kedai tahrim… macam mana mad? Cukup tak ni soal zainal? Lebih pada cukup ni…jawab ahmad dengan jujur. Eh…zainal mana haji maruf dengan lebai sudin? Diorang tak de kat rumah tadi… aku pun tak tau nak cari kat mana ni…. Tak pe la kita je pun dah cukup…..jom


Gerembolan penduduk kampong jernih bergerak pantas menuju kearah dewan orang ramai. Sambil berjalan mereka berteriak…umdur undur undur …JKKK ..suasana menjadi hiruk pikuk dengan laungan mereka. Ahmad dan zainal betul-betul bersemangat. Apabila tiba dihadapan dewan tersebut….semua dengan displin menunggu arahan selanjutnya dari ahmad…. Diam semua…jerit zainal… biar ahmad yang bersuara sekarang. Haji karim…jerit ahmad….kami wakil penduduk kampong jernih mahukan haji karim dan semua ahli JKKK meletak jawatan sekarang.. gesa ahmad dengan nada yang tegas dan kuat………


Didalam bilik mesyuarat…haji karim tersentak dengan riuh rendah dan terdengar suara orang memangil manggil namanya… tuan-tuan sekalian ? apa yang kecoh-kecoh diluar tu… padil engkau pergi keluar dan tengok..arah haji karim… tiba-tiba dengan cemas padil masuk kebilik mesyuarat… tuan haji orang kampong kita berhimpun didepan dewan kirta ini… mereka mahu kita semua meletak jawatan…jelas padil dengan muka seperti Nampak hantu… wah sudah melampau ni…guman encik rahman. Semua yang mengetuai mereka soal haji kasim.. pula. Ahmad dengan zainal jelas padil. Haji karim terdiam kewibawaannya benar tercabar dengan peristiwa ini… apa yang kita patut buat soal cikgu ariffin? Mari kita semua keluar dan berhadapan dengan penentang-penentang kita…tegas haji karim.. dengan rasa berat dan gusar semua ahli JKKK yang ada dalam bilik itu mengikut haji karim…..
Bertenang semua….ucap haji karim kepada penduduk kampong yang berkumpul…kamu semua balikla kerumah masing-masing ..kami semua ada tugas disini.. kamu ahmad dengan zainal apa yang kamu buat ni? Sedar kea tau tidak ini semua bukan BUDAYA KITA. Kamu berdua ni macam orang dah hilang akal agaknya…haji karim memarahi ahmad dan zainal.

Ahmad sengaja memberi peluang kepada haji karim untuk bersuara…man la tau kalau penduduk kampong jernih akan berundur…tapi ahmad sedar seorang pun yang berkumpul disitu tidak berganjak…seolah-olah mereka mengharapkan dia untuk menjawab balik gesaan haji karim itu….. wah!!!! Tuan haji… saya hormatkan tuan haji. Tapi tuan haji kena belajar hormatkan kami semua…. Ahmad memulakan hujahnya. Bukan BUDAYA KITA..? apa yang tuan haji bebelkan ni. Kelakuan tuan haji dan semua ahli JKKK tu budaya mana pula soal ahmad? Tuan haji sudah lupa ke? Hari ini sudah genap sebulan selepas pemilihan ketua kampong dan ahli-ahli JKKK kampong kita ini. Mengikut adatnya selepas 2 minggu tuan haji dan semua AJK mesti menyerahkan tugas kepada kepimpinan baru… Tuan haji dah lupa ke…yang tuan haji sudah tewas dalam pemilihan bulan lalu…bukan kalah 2 undi tuan haji…kalah seratus undi…jangan buat-buat lupa…perli ahmad. Ya…betul tu ahmad…sorak penduduk kampong.

Diam semua jerit padil….keadaan menjadi senyap seketika. Encik rahman bersuara... Kamu semua memilih lebai sudin menjadi ketua? Dia tu hanya pandai jadi imam dan baca doa sahaja… mana dia tau cara pentadbiran kampung  ni.. jelas encik rahman. Zainal sangat geram dengan jawapan yang diberi oleh encik rahman tersebut. Memang lebai sudin tidak teruji jadi ketua kampong lagi…tapi mana encik rahman tau dia tak boleh memimpin..kalau dia sanggup menawarkan diri masa pertandingan dulu maknanya dia sudah bersedia…untuk menjadi ketua kita semua..jawab zainal. Apa …encik rahman ingat encik rahman sahaja yang tau memimpin? Hujah macam budak tak habis sekolah sahaja… perli zainal. Kamu berdua jangan kurang ajar ..marah cikgu ariffan. Haa,,,,
Cikgu…saya nak Tanya ni…kalau dalam pemilihan sudah kalah tapi masih lagi hendak berkuasa…apa istilahnya? Cikgu jawab la..jangan pura-pura tak tau lak. Perli ahmad.
Dalam senyap haji kasim telah menelefon polis untuk menyuraikan perhimpunan tersebut……..

Kamu semua….bersurai…gesa sarjan samat yang datang bersama dengan 5 anggota polis. Ahmad dengan tenang berhadapan dengan sarjan samat. Tuan sarjan, jangan risau kami bukan nak buat huru hara..kami Cuma nak tunjuk dekat hajim karim dan ahli-ahli JKKK ni yang khidmat mereka kami sudah tidak diperlukan..baik sarjan samat arahkan mereka pulang dan serahkan kunci dan dokumen-dokumen yang ada kepada kami. Itulah yang seelok-eloknya….kamu hendak merampas kuasa ke ahmad  ? soal sarjan samat. Bukan merampas tapi memberi kepada mereka yang berhak tuan sarjan jawab ahmad dengan tegas. Suasana semakin tegang dua-dua pihak seolah-olah tidak mahu beralah.


Sudah hampir setengah jam kedua dua pihak masih tidak berganjak. Tiba-tiba sebuah kereta proton perdana dengan lambang  PEGAWAI DAERAH berhenti dihadapan orang ramai yang sedang berhimpun. Lebai sudin, haji makruf , pegawai daerah serta penolong pegawai daerah dilihat menaiki satu kereta. Penolong pegawai daerah pergi berjumpa dengan haji karim ..dan seolah-olah memberi arahan sesuatu kepadanya. Kesemua ahli JKKK kelihatan akur. Selepas berjumpa haji karim…penolong pegawai daerah terus kearah ahmad dan mengarahkan semua orang supaya masuk kedalam dewan. Ahmad mengarahkan penduduk kampong supaya mengambil kerusi dan menyusunya. Keadaan menjadi sunyi dan tenang..semua orang bergerak mengikut arahan.


Diatas pentas didalam dewan pegawai daerah diapit sebelah kiri haji karim dan disebelah kanan lebai sudin. Penolong pegawai daerah pula menjadi pengacara. “tuan tuan dan puan puan  semua. Tujuan majlis ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan dikampung jernih ini. Untuk makluman tuan tuan dan puan puan semua, hanya kampong jernih yang masih belum lagi menyelesaikan isu pemilihan ketua kampong. Untuk tidak membuang masa saya menjemput pegawai daerah kita untuk menerangkan serta  merungkaikan pemasalahan ini.

Terima kasih pengerusi majlis.. haji karim..lebai sudin serta penduduk kampong jernih semua. Saya sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana calon pun. Tuan tuan sendiri yang telah membuat pilihan maknanya keputusan ini dibuat oleh secara adil oleh penduduk kampong jernih dan Saya amat tegas dengan prinsip ini. Saya harap semuanya sudah jelas dan nyata. Keputusan pemilihan pada bulan lepas sudah menunjukkan lebai sudin dan pasukannya telah Berjaya mengalahkan  pasukan haji karim…tiba-tiba pegawai daerah bertanya kepada haji karim. Apa betul yang saya cakap ini tuan haji? Soal pegawai daerah kepada haji karim. Haji karim tidak menjawab tetapi hanya menundukkan kepala seolah-olah bersetuju. Soal peralihan hendaklah dilakukan dengan segera…ini untuk mengelakan dari masalah-masalah seperti tadi. Kita mahu semua penduduk bersatu hati dan menerima keputusan majority yang telah dibuat dengan rela hati. Saya sedar…semuanya ingin menyumbangkan bakti kepada masyarakat kampong ini. Dengan ini …saya mengistiharkan lebai sudin menjadi ketua kampong jernih yang baru. Haji karim dan ahli JKKK yang lain hendaklah meletak jawatan dengan serta merta. Sekian terima kasih. Assalammualaikum



Pengacara majlis ..menjemput ketua kampong yang baru lebai sudin untuk memberi ucapan kepada penduduk kampong.

Terima kasih tuan pegerusi majlis ..tuan pegawai daerah, haji karim yang saya hormati serta tuan-tuan dan puan puan semua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampong kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua kepada tuan-tuan dan puan puan semua. Sebelum saya pergi lebih jauh..marilah kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada haji karim dan pasukannya yang telah memimpin kampong kita selama ini. Saya sedar..jawatan ini adalah amanah. Insyallah saya akan menjalankan amanah ini dengan sebaik baiknya. Dikesempatan ini saya ingin mengumumkan barisan ahli JKKK yang baru. Timbalan saya haji makruf. Ketua pemuda ahmad, ketua wanita puan hamimah. Dan saya juga ingin mengumumkan bendahari sedia ada haji salman akan dikekalkan serta melantik zainal sebagai setiausaha yang baru. Ahli –ahli JKKK lain akan kami lantik selepas mesyuarat pertama nanti. Saya berpegang kepada prinsip yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tegurla kami jika ada kesilapan atau kekhilafan dalam kami melakasanakan tanggungjwab ini. Dan saya juga amat berharap peristiwa sebelum ini dijadikan pengajaran..bahawa kita tidak semestinya selama-lamanya akan berada diatas.bila sampai masanya nanti semua kita akan kebawah juga. Sekian terima kasih, assalammualaikum.


Encik rahman dan haji kasim menikus dengan peristiwa ini. .mereka berdua sedar yang selama ini merekalah yang banyak membuat onar kepada penduduk kampong jernih. Segala peruntukkan yang sepatutnya sampai kepada penduduk kampong digunakan secara peribadi. Kegagalan haji karim dalam mengawal kelakuan anak buahnya menunjukkan beliau sudah tidak cekap untuk menjadi ketua lagi. Ahmad amat gembira dengan campur tangan dari pejabat daerah sendiri …dengan ini tiada lagi dakwa dakwi kemenangan pemilihan dulu… tiba tiba amat teringat kata kata orang-orang tua..manusia jika berada dipuncak sesekali perlu juga melihat kebawah untuk mengenal asal usulnya. Ini yang akan menjadi pegangannya ..ahmad ingin merubah SUASANA kampong yang dicintainya…………………………….

4 comments:

vidadarisakura said...

selamat berpuasa. ;)

besi said...

vivi..ia.selamat berpuasa

DrSam said...

Salam Ramadhan al-mubarak!

besi said...

salam ramadhan dr sam...