Wah……apakah mereka semua sudah lupa? Soal ahmad kepada zainal..
agaknya semuanya masih bermimpi…kata orang tak mahu menerima hakikat. Cuba
kau kumpulkan semua kawan-kawan kita… elok juga kita tunjukkan kepada mereka
bahawa penduduk kampong jernih sudah tidak lagi mahukan peranan mereka dalam
pentadbiran kampong ini. Ahmad ko nak berapa orang ni? Soal zainal… la…setakat
5-6 orang baik tak payah balas ahamad…engkau kena cari sekurang-kurangnya 50
orang untuk kita berhimpun didepan Dewan Orang Ramai tu… biar mereka yang
berada didalam tu sedar diri sikit. Orang dah tak suka masih lagi tak
faham-faham….tegas ahmad kepada zainal.
Ai ai chief….sambil membuat isyarat salute …heheheh engkau
ni memang suka bergurau la nal…..
Zainal memang seorang cekap…. Tidak sampai 20 minit hampir
70 orang dikumpulkan didepan kedai kopi tahrim. Korang semua tunggu kat
sini…sikit lagi kita semua akan berarak menuju kedewan…kita nak tunjuk perasaan
kat ajk-ajk yang masih tak sedar
tu…terang zainal. Baik lelaki, wanita, pemuda semuanya begitu bersemangat untuk
menyertai tunjuk perasaan yang dirancang oleh zainal dan ahmad itu. Mereka
semua adalah penduduk sejati kampong jernih..dan mereka yang mahukan perubahan.
Ahmad dengan segera berjumpa zainal didepan kedai tahrim… macam mana mad? Cukup
tak ni soal zainal? Lebih pada cukup ni…jawab ahmad dengan jujur. Eh…zainal
mana haji maruf dengan lebai sudin? Diorang tak de kat rumah tadi… aku pun tak
tau nak cari kat mana ni…. Tak pe la kita je pun dah cukup…..jom
Gerembolan penduduk kampong jernih bergerak pantas menuju
kearah dewan orang ramai. Sambil berjalan mereka berteriak…umdur undur undur
…JKKK ..suasana menjadi hiruk pikuk dengan laungan mereka. Ahmad dan zainal
betul-betul bersemangat. Apabila tiba dihadapan dewan tersebut….semua dengan
displin menunggu arahan selanjutnya dari ahmad…. Diam semua…jerit zainal… biar
ahmad yang bersuara sekarang. Haji karim…jerit ahmad….kami wakil penduduk
kampong jernih mahukan haji karim dan semua ahli JKKK meletak jawatan
sekarang.. gesa ahmad dengan nada yang tegas dan kuat………
Didalam bilik mesyuarat…haji karim tersentak dengan riuh
rendah dan terdengar suara orang memangil manggil namanya… tuan-tuan sekalian ?
apa yang kecoh-kecoh diluar tu… padil engkau pergi keluar dan tengok..arah haji
karim… tiba-tiba dengan cemas padil masuk kebilik mesyuarat… tuan haji orang
kampong kita berhimpun didepan dewan kirta ini… mereka mahu kita semua meletak
jawatan…jelas padil dengan muka seperti Nampak hantu… wah sudah melampau
ni…guman encik rahman. Semua yang mengetuai mereka soal haji kasim.. pula.
Ahmad dengan zainal jelas padil. Haji karim terdiam kewibawaannya benar
tercabar dengan peristiwa ini… apa yang kita patut buat soal cikgu ariffin?
Mari kita semua keluar dan berhadapan dengan penentang-penentang kita…tegas
haji karim.. dengan rasa berat dan gusar semua ahli JKKK yang ada dalam bilik
itu mengikut haji karim…..
Bertenang semua….ucap haji karim kepada penduduk kampong
yang berkumpul…kamu semua balikla kerumah masing-masing ..kami semua ada tugas
disini.. kamu ahmad dengan zainal apa yang kamu buat ni? Sedar kea tau tidak
ini semua bukan BUDAYA KITA. Kamu berdua ni macam orang dah hilang akal
agaknya…haji karim memarahi ahmad dan zainal.
Ahmad sengaja memberi peluang kepada haji karim untuk
bersuara…man la tau kalau penduduk kampong jernih akan berundur…tapi ahmad
sedar seorang pun yang berkumpul disitu tidak berganjak…seolah-olah mereka
mengharapkan dia untuk menjawab balik gesaan haji karim itu….. wah!!!! Tuan
haji… saya hormatkan tuan haji. Tapi tuan haji kena belajar hormatkan kami
semua…. Ahmad memulakan hujahnya. Bukan BUDAYA KITA..? apa yang tuan haji
bebelkan ni. Kelakuan tuan haji dan semua ahli JKKK tu budaya mana pula soal
ahmad? Tuan haji sudah lupa ke? Hari ini sudah genap sebulan selepas pemilihan
ketua kampong dan ahli-ahli JKKK kampong kita ini. Mengikut adatnya selepas 2
minggu tuan haji dan semua AJK mesti menyerahkan tugas kepada kepimpinan baru…
Tuan haji dah lupa ke…yang tuan haji sudah tewas dalam pemilihan bulan
lalu…bukan kalah 2 undi tuan haji…kalah seratus undi…jangan buat-buat lupa…perli
ahmad. Ya…betul tu ahmad…sorak penduduk kampong.
Diam semua jerit padil….keadaan menjadi senyap seketika.
Encik rahman bersuara... Kamu semua memilih lebai sudin menjadi ketua? Dia tu
hanya pandai jadi imam dan baca doa sahaja… mana dia tau cara pentadbiran
kampung ni.. jelas encik rahman. Zainal
sangat geram dengan jawapan yang diberi oleh encik rahman tersebut. Memang
lebai sudin tidak teruji jadi ketua kampong lagi…tapi mana encik rahman tau dia
tak boleh memimpin..kalau dia sanggup menawarkan diri masa pertandingan dulu
maknanya dia sudah bersedia…untuk menjadi ketua kita semua..jawab zainal. Apa
…encik rahman ingat encik rahman sahaja yang tau memimpin? Hujah macam budak
tak habis sekolah sahaja… perli zainal. Kamu berdua jangan kurang ajar ..marah
cikgu ariffan. Haa,,,,
Cikgu…saya nak Tanya ni…kalau dalam pemilihan sudah kalah
tapi masih lagi hendak berkuasa…apa istilahnya? Cikgu jawab la..jangan
pura-pura tak tau lak. Perli ahmad.
Dalam senyap haji kasim telah menelefon polis untuk
menyuraikan perhimpunan tersebut……..
Kamu semua….bersurai…gesa sarjan samat yang datang bersama
dengan 5 anggota polis. Ahmad dengan tenang berhadapan dengan sarjan samat.
Tuan sarjan, jangan risau kami bukan nak buat huru hara..kami Cuma nak tunjuk
dekat hajim karim dan ahli-ahli JKKK ni yang khidmat mereka kami sudah tidak
diperlukan..baik sarjan samat arahkan mereka pulang dan serahkan kunci dan
dokumen-dokumen yang ada kepada kami. Itulah yang seelok-eloknya….kamu hendak
merampas kuasa ke ahmad ? soal sarjan
samat. Bukan merampas tapi memberi kepada mereka yang berhak tuan sarjan jawab
ahmad dengan tegas. Suasana semakin tegang dua-dua pihak seolah-olah tidak mahu
beralah.
Sudah hampir setengah jam kedua dua pihak masih tidak
berganjak. Tiba-tiba sebuah kereta proton perdana dengan lambang PEGAWAI DAERAH berhenti dihadapan orang ramai
yang sedang berhimpun. Lebai sudin, haji makruf , pegawai daerah serta penolong
pegawai daerah dilihat menaiki satu kereta. Penolong pegawai daerah pergi
berjumpa dengan haji karim ..dan seolah-olah memberi arahan sesuatu kepadanya.
Kesemua ahli JKKK kelihatan akur. Selepas berjumpa haji karim…penolong pegawai
daerah terus kearah ahmad dan mengarahkan semua orang supaya masuk kedalam
dewan. Ahmad mengarahkan penduduk kampong supaya mengambil kerusi dan
menyusunya. Keadaan menjadi sunyi dan tenang..semua orang bergerak mengikut
arahan.
Diatas pentas didalam dewan pegawai daerah diapit sebelah
kiri haji karim dan disebelah kanan lebai sudin. Penolong pegawai daerah pula
menjadi pengacara. “tuan tuan dan puan puan
semua. Tujuan majlis ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang
berlarutan dikampung jernih ini. Untuk makluman tuan tuan dan puan puan semua,
hanya kampong jernih yang masih belum lagi menyelesaikan isu pemilihan ketua
kampong. Untuk tidak membuang masa saya menjemput pegawai daerah kita untuk
menerangkan serta merungkaikan
pemasalahan ini.
Terima
kasih pengerusi majlis.. haji karim..lebai sudin serta penduduk kampong jernih
semua. Saya sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana calon pun. Tuan tuan
sendiri yang telah membuat pilihan maknanya keputusan ini dibuat oleh secara
adil oleh penduduk kampong jernih dan Saya amat tegas dengan prinsip ini. Saya
harap semuanya sudah jelas dan nyata. Keputusan pemilihan pada bulan lepas sudah
menunjukkan lebai sudin dan pasukannya telah Berjaya mengalahkan pasukan haji karim…tiba-tiba pegawai daerah
bertanya kepada haji karim. Apa betul yang saya cakap ini tuan haji? Soal
pegawai daerah kepada haji karim. Haji karim tidak menjawab tetapi hanya
menundukkan kepala seolah-olah bersetuju. Soal peralihan hendaklah dilakukan
dengan segera…ini untuk mengelakan dari masalah-masalah seperti tadi. Kita mahu
semua penduduk bersatu hati dan menerima keputusan majority yang telah dibuat
dengan rela hati. Saya sedar…semuanya ingin menyumbangkan bakti kepada
masyarakat kampong ini. Dengan ini …saya mengistiharkan lebai sudin menjadi
ketua kampong jernih yang baru. Haji karim dan ahli JKKK yang lain hendaklah
meletak jawatan dengan serta merta. Sekian terima kasih. Assalammualaikum
Pengacara majlis ..menjemput ketua kampong yang baru lebai
sudin untuk memberi ucapan kepada penduduk kampong.
Terima kasih tuan pegerusi majlis ..tuan pegawai daerah, haji karim
yang saya hormati serta tuan-tuan dan puan puan semua. Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada penduduk kampong kerana memberi kepercayaan kepada saya
untuk menjadi ketua kepada tuan-tuan dan puan puan semua. Sebelum saya pergi
lebih jauh..marilah kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada haji karim dan
pasukannya yang telah memimpin kampong kita selama ini. Saya sedar..jawatan ini
adalah amanah. Insyallah saya akan menjalankan amanah ini dengan sebaik
baiknya. Dikesempatan ini saya ingin mengumumkan barisan ahli JKKK yang baru.
Timbalan saya haji makruf. Ketua pemuda ahmad, ketua wanita puan hamimah. Dan saya
juga ingin mengumumkan bendahari sedia ada haji salman akan dikekalkan serta
melantik zainal sebagai setiausaha yang baru. Ahli –ahli JKKK lain akan kami
lantik selepas mesyuarat pertama nanti. Saya berpegang kepada prinsip yang
benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tegurla kami jika ada kesilapan
atau kekhilafan dalam kami melakasanakan tanggungjwab ini. Dan saya juga amat
berharap peristiwa sebelum ini dijadikan pengajaran..bahawa kita tidak
semestinya selama-lamanya akan berada diatas.bila sampai masanya nanti semua
kita akan kebawah juga. Sekian terima kasih, assalammualaikum.
Encik rahman dan haji kasim menikus dengan peristiwa ini.
.mereka berdua sedar yang selama ini merekalah yang banyak membuat onar kepada
penduduk kampong jernih. Segala peruntukkan yang sepatutnya sampai kepada
penduduk kampong digunakan secara peribadi. Kegagalan haji karim dalam mengawal
kelakuan anak buahnya menunjukkan beliau sudah tidak cekap untuk menjadi ketua
lagi. Ahmad amat gembira dengan campur tangan dari pejabat daerah sendiri
…dengan ini tiada lagi dakwa dakwi kemenangan pemilihan dulu… tiba tiba amat
teringat kata kata orang-orang tua..manusia jika berada dipuncak sesekali perlu
juga melihat kebawah untuk mengenal asal usulnya. Ini yang akan menjadi
pegangannya ..ahmad ingin merubah SUASANA kampong yang dicintainya…………………………….
4 comments:
selamat berpuasa. ;)
vivi..ia.selamat berpuasa
Salam Ramadhan al-mubarak!
salam ramadhan dr sam...
Post a Comment