August 7, 2011

cerpen...tajuk SUASANA



Susana bilik mesyuarat kampong jernih masih lagi hangat. Banyak perkara yang terbuku dihati setiap ahli JKKK kg jernih telah diluahkan. Haji karim selaku pengerusi merangkap ketua kampung jernih dengan cermat mengendalikan mesyuarat penggal terahkir ini. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh setiap ahli mesyuarat. Kadang-kadang ada yang emosional hingga lari dari agenda mesyuarat. Namun sebagai ketua dia tetap sabar dan tenang dalam mengendalikan mesyuarat. Mungkin pengalaman beliau sebagai pesara kerajaan banyak membantu dalam menghadapi suasana panas dan tegang sebegini.


Tuan tuan semua, nampaknya masing masing telah memberi pandapat perkara yang berbangkit ini. Jadi bagaimana kita sebagai pemimpin kampong ini dapat memuktamadkannya. Dengan tegas haji karim menyebutnya. Padil sebagai wakil pemuda dalam mesyuarat tersebut  dengan tiba-tiba bersuara.. tuan haji apa lagi yang hendak dimuktamadkan…? Tuan haji sedar atau tidak dengan situasi sekarang ini? Padil aku sedar..tapi selagi penggal ini belum berahkir aku dan kamu semua masih ada lagi tanggungjawab sehinggalah penggal kita berahkir, jawab hj karim dengan lembut.

Beginilah, tiba-tiba haji salman bendahari JKKK mencelah.. tuan haji memang benar tugas kita akan berahkir tidak lama lagi ..tapi kita kena siapkan dengan lengkap segala
Proses atau dokumentasi segala projek , aktiviti dan sebagainya sepanjang kita berkhidmat. Saya selaku bendahari akan menyerahkan laporan dengan lengkap diahkir mesyuarat ini dan saya rasa rakan-rakan AJK semua pun akan menyerahkannya sebelum
Berahkir mesyuarat ini nanti. Semua orang dalam bilik mesyuarat seakan2 bersetuju dengan kata kata haji salman.

Encik rahman selaku timbalan pengerusi JKKK kg jernih dari tadi hanya berdiam diri.
Dia seolah-olah mati akal ..terkejut dengan apa yang telah berlaku. Cita citanya untuk menggantikan haji karim nampaknya akan terbantut disebabkan perkara tersebut. Tuan pengerusi dan rakan-rakan semua.. adakah kita hendak menyerah begitu sahaja? Tutur encik rahman. Puan mahani selaku wakil wanita tiba-tiba menyampuk. Apa maksud encik rahman ini? Saya tidak faham…soalnya. Menyerah begitu sahaja? Ada cara lain ke encik rahman? Semua orang seakan akan tersentak dengan pertanyaan puan mahani dan masing-masing ingin mendengar cadangan dari encik rahman. Begini …kita kumpulkan tandatangan penduduk kg jernih yang menyatakan masih lagi menyokong pasukan JKKK kita dan kita bawa perkara ini kepada pegawai Daerah. Kalau kita Berjaya mengumpulkan semua tandatangan penduduk kampong rasanya tiada sebab pasukan kita ini akan ditukar..jelasnya.. cikgu ariffin tiba-tiba bersuara. Cadangan encik rahman ini Nampak ada kewajarannya. Tapi bolehkan kita mendapatkan sekurang-kurangnya 2/3 tandatangan dari penduduk kampong jernih ini? Soal cikgu ariffin.. cikgu ariffin sukar ke kita hendak mendapatkan tandatangan dari penduduk kampong kita sendiri? Soal encik rahman. Padil dengan sinis menjawab..encik rahman situasi sekarang sudah berubah, terus terang saya katakan hampir keselurahan golongan pemuda kampong kita tidak kan bersetuju untuk tandatangan untuk menyokong kita. "Kamu memang seorang ketua yang gagal "perli encik kasim setiausaha JKKK kg jernih. Tuduhan encik kasim amat menyakitkan hati padil tapi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia sedar dibawah kepimpinannya dia gagal untuk menarik golongan muda menyokong JKKK yang sedia ada ini. Encik kasim boleh kata apa sahaja..tapi jangan encik kasim lupa encik kasim juga salah satu penyebabnya golongan muda tidak menyokong kita.

Padil masih lagi ingat..bagaimana encik kasim dengan lagaknya mengarahkan satu satunya padang  yang ada dikampungnya dijadikan tapak untuk projek kedai runcit desa. Dia menerima kecaman dari kawan kawanya "macam dah tak ada kawasan lain ke padil"? Perli pemuda-pemuda kampongnya. Susah sangat ke nak cari kawasan untuk projek kedai desa tu. Kawasan ternakan kambing  encik kasim tu bukannya tanah dia.. itu tanah kerajaan kenapa padang ini yang jadi mangsa. Kalau encik kasim hendak menternak baik dia gunakan tanahnya sendiri…pandai pula gunakan pengaruh dia untuk meratakan satu satunya padang tempat kita bermain. Susah sangat ke padil hendak kamu cakap dengan encik kasim tu. Soal pemuda-pemuda kampunnya. Masalahnya majoriti AJK sudah bersetuju dan aku berseorangan dalam hal ini. Pergi la padil engkau memang tak boleh diharap… memori padil teringgat peristiwa setahun yang lalu.

Apa masalah aku dengan golongan pemuda pemuda kampong kita ini padil soal encik kasim? Didalam hati padil..orang tua ni masih tak sedar diri agaknya… nasib baik la kerajaan belum melaksanakan projek kedai desa itu. Namun, semua aktiviti sukan disitu telah diarahkan tidak dijalankan. Khabarnya projek ini akan dilaksanakan tahun ini. Tapi disebabkan perkara besar sebegini padil tidak tahu apakah projek ini akan dijalankan atau tidak? Encik kasim…"orang muda hendak bersukan tapi kita semua tak bagi budak-budak ni bersukan". Padang yang satu tu pun kita dah gazetkan untuk projek kedai desa. Cepat benar encik kasim lupa soal padil…..suasana semakin panas.


Puan mahani bagaimana pula dengan sokongan wanita dengan JKKK kita ini? Soal encik rahman. Saya hanya boleh menjamin separuh sahaja yang masih menyokong kita. Separuh? Soal encik rahman kenapa separuh? Bukan selalunya golongan wanita penyokong kuat pimpinan kita? Betul tu sampuk encik aziz AJK yang tiba-tiba menyampuk dalam isu perbincangan ini.

 Tuan-tuan semua memang secara tradisinya kaum wanita penyokong setia kita. Tapi kini hampir separuhnya bukan lagi memihak kepada kita jelas puan mahani. Haji karim yang dari tadi diam tiba-tiba bertanya kenapa boleh jadi begitu puan mahani? Saya ada buat salah ke dengan golongan wanita dikampung kita ini ke? Tuan haji karim tak buat salah apa-apa pun. Habis tu kenapa mereka tidak menyokong kita? Sebenarnya tuan tuan semua salahnya dari kami sendiri pergerakkan wanita kampunhg kita ini. Tuan tuan masih ingat tak tentang penubuhan persatuan ibu ibu tunggal yang dicadangkan oleh puan hamimah. Ya kami semua masih ingat dan kami semua tak pasti kenapa persatuan itu masih tidak wujud lagi. Tanya haji karim.

 Begini tuan tuan semua..ada AJK pergerakan wanita tidak bersetuju dengan cadangan puan hamimah tersebut dengan menggelarkannya sebagai persatuan janda janda gatal. Puan hamimah sangat berkecil hati dengan tuduhan tersebut.dia dengan penyokong penyokongnya telah lama tidak menyertai segala aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pergerakkan wanita dikampung kita ini. Tuan tuan kena ingat puan hamimah dahulu tewas semasa pemilihan pergerakkan wanita dengan saya dahulu hanya dengan 5 undi sahaja. Bagaimana saya boleh memujuk dia dan penyokong-penyokongnya untuk menandatangani surat sokongan seperti yang dicadangkan oleh encik rahman ini jelas puan mahani. Haji salman tiba-tiba menyampuk" itula terlajak perahu boleh diundur terlajak kata kita terimalah musibahnya". Semua orang dalam bilik mesyuarat itu menghela nafas panjang seolah olah bersetuju dengan haji salman. Kalau golongan muda dan separuh  golongan wanita tidak menyokong kita maknanya cadangan encik rahman tadi sudah tidak relevan lagi jelas cikgu ariffin.

bersambung.................

July 31, 2011

ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
dan selamat menjalani ibadah puasa
semoga Puasa tahun ini lebih cermelang
dari tahun sebelumnya.........

ampun maaf dipinta...
kira 0-0 la semuanya

p/s: buah kurma sedang banyak
dipasaran....

July 27, 2011

tujuan........


Lama betul tak menulis didalam blog,
nak kata busy..x la busy sgt. tapi macam2
perkara yang berlaku disekeliling kita...

khamis ni... penentuan Team Harimau Malaya..
harap2 boleh mara ke pusingan seterusnya.

dengar cite ada lak NGO amanah merdeka
dilancarkan...hmmmm (penuh dgn ?)hehehe

ada versi video betul.... dan yang lain semua
video tak betul....hmmmm penuh dgn ? hehehe

ada debat panca 709...hmmmm
asyik sebut tiada kuasa berulang2...hmmm
penuh dgn ? heheheheh

ada lak terrorist dan wahabi? nak puasa ni
cari isu lain la.......

ok la.....Selamat menyambut Ramadhan
semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari
tahun sebelum  hendaknya...Aminnnnnnnnn

July 14, 2011

Malaysia vs Arsenal




ya semua org tahu keputusanya

malaysia 0
arsenal   4

tiada apa yg hendak dikesalkan ...kita tahu
mereka telah mencuba sedaya upaya
disitu lah tahap kita sebenarnya...
maknanya selepas ini kena lebih terus
berusaha untuk menjadi lebih hebat..

Jangan cepat mengalah..teruskan
Singapura menanti kita pada hujung
bulan ini......

p/s: baru arsenal..x tau liverpool
dengan chelsea selepas ini...

July 11, 2011

selepas 709


Panca Bersih 2.0

maknanya lepas ni tiadala berita pasal himpunan
Bersih lagi... boleh la tv tunjuk berita lain lak..

fenomena fobia tentang calour kuning pun akan
berahkir...lepas ni leh pakai baju kuning balik
hehehe

isu cabar mencabar pun akan reda.... bagusla
group ni nak turun la..group satu lagi nak turun la
lepas 709 akan cool balik....gud.

Ya ada orang menyokong perhimpunan ini ...
Ya ada juga orang membantah perhimpunan ini
biasa la mana ada orang akan bersetuju dengan
semua perkara fitrah manusia... tiada apa yang
pelik....tepuk dada tanya selera.

p/s: lega sbb tiada bangunan yg terbakar, ikut laporan
awal (sblm 709) polis merampas parang ngan bom
petrol..nasib baik tiada perkara buruk berlaku.

July 6, 2011

siapa juara liga super?

"update...Kelantan menang liga super musim ini"

liga M sudah dipenghujungnya...kebetulan
malam ini adalah perlawanan terahkir... namun
pasukan mana yang akan dinobatkan sebagai
juara edisi pada kali ini hanya akan ditentukan
melalui perlawanan terahkir. namun begitu
pasukan kelantan dilihat lebih berpeluang
berbanding dengan pencabar ditempat kedua
dan ketiga..selangor dan terengganu.
kita tunggu dan lihat sahaja malam ini......

aku macam biasa team pujaan aku dlm liga M
ialah perak..dlm musim ini, pasukan perak
mendapat kedudukan yg lebih baik dari
kedudukan musim yang lepas..tahniah diucapkan.

pasukan malaysia akan meningkat maju jika liga kita
menjanjikan mutu permainan yg tinggi...
go HARIMAU MALAYA...sang singa akan menanti
pada 23/7/2011 dlm kelayakkan world cup. harap2
kita menang...........

PERMAINAN APA? ole-ole ole ole kita menang
kitalah juara....permaianan apa? bola sepak...
(lagu rasmi liga M masa TM jadi main sponsor)

July 1, 2011

gossip dunia siber


khabarnya Facebook(FB) akan dipublickan pada
hujung minggu depan..wah!!!... nampaknya bertambah
kaya la pemilik facebook, Mark Zuckerberg..muda2
dah harta berbilion bilion....

namun begitu, web carian  google akan mencuba menyekat
dominasi FB ini dengan melancarkan produk baru,
iaitu sebuah laman sosial yg dijangka akan menyaingi kegilaan
terhadap FB ini... mari kita tunggu dan lihat kehebatan
laman sosial yg bakal dilancarkan oleh googel ini.

semua org kata maklumat dihujung jari...tapi bagaimana
hendak menjadikan maklumat sebagai sumber ekonomi?
susah tu.........


p/s: lemahnya pengetahuan kita(aku) ttg teknologi ini..