September 22, 2010

rancangan besar


semalam telah diumumkan rancangan besar kerajaan malaysia
untuk menjana ekonomi yang mensasarkan pada tahun 2020
negara kita mendapat status negara maju atau status negara yang
berpendapatan tinggi. rancangan dan cita-cita yang baik ini hendaklah....
disokong dan diberi kerjasama yag padu.......

khabarnya pelaburan disasarkan dengan 70% (dalaman) dan hanya 30% (FDI)
dengan kata lain rakyat malaysialah yg memacukan ekonominya sendiri.

khabarnya lagi pelaburan dalam negara yg 70% tadi dipecahkan dengan hanya 60% akan
datang dari sektor swasta, 32 % dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 % dari kerajaan.
maknanya defesit dalam bajet akan dapat diuruskan dgn baik.. ini kerana penglibatan
dana kerajaan hanya 8% sahaja....

khabarnya rancangan yang bernilai RM 1.4 Trillion ini adalah jangkamasa 10 tahun terahkir sebelum
sampai pada tahun 2020 nanti....masa semakin menghambat kita.....
pertumbuhan ekonomi 6% setiap tahun adalah petunjuk prestasi kita dlm merealisasikan
rancangan ini..........

khabarnya PEMANDU telah mengenalpasti 131 projek titik masuk (EPP) yang akan menyumbang sejumlah AS$138 bilion kepada pendapatan negara kasar, seterusnya mencecah AS$523 bilion pada tahun 2020.

semasa cuti hari raya...aku duduk dikedai kopi  atau ditepi simpang sambil berbual
bual kosong dengan kawan2....isunya semuanya biasa sahaja. pasal bola, lagu baru, wayang baru
pasal awek, pasal ikan, politik ataupun pasal kerja. tapi yg ahkirnya kami semua bercita2 bagaimana
nak menambahkan pendapatan kami...caranya memang pelbagai dan idea yg kadang2 gila-gila dan merapu. kata org tak de arah...tapi bila tgk Rancangan Besar Malaysia kat atas tu...
termenung kejap aku...camne org biasa mcm aku leh dpt nikmat dari..program2 yg dicanangkan dan akan
sampai ke kat aku?..atau kawan2 aku yg disini atau yg disana... Termenung seketika dgn penuh tanda tanya...........!!!!!!!

p/s: mungkin aku tak faham....harap2 rakan2 bloger boleh
fahamkan aku....

10 comments:

kuntumz said...

yop, ko still xleh bukak blog aku ker??alahai sedihnya aku...

amboi yop, citer pasai awek tu kat kdai kopi....kawan2 ko yg ko lepak tu mesti ada yg kawen kan???nk kene lah tu klo sembang pasai awek!!!

besi said...

jia...xleh lagi.. pasal awek sikit sangat la...

Anonymous said...

Kurang keyakinan terhadap ekonomi negara menyebabkan Malaysia, buat kali pertama ketinggalan di belakang beberapa negara utama rantau Asean dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Laporan Pelaburan Asing Sedunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan PBB menunjukkan Malaysia ketinggalan di belakang Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura tahun lalu. “Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia menarik FDI rendah berbanding Filipina,".

Filipina menarik AS$1.95 bilion (RM6.24 bilion) FDI berbanding Malaysia AS$1.38 bilion manakala Singapura mencatatkan kadar tertinggi AS$16 bilion.

“Di antara negara-negara Asean, kita hanya menarik lebih tinggi FDI berbanding Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste,”.

Apa cerita ni YOP, kenapa pelabur luar makin lama makin lari dari Malaysia? Jawapannya mudah sebab kita tak telus, rasuah segalanya, semua projek kat kroni, hanya segelintir yang mejadi bilionaire.
Rakyat bawahan macam kita, apa cerita?

Kenapa pakar ekonomi mengatakan Wawasan 2020, kita akan gagal? Apa jadi kat projek Cyberjaya? Projek Multi Corridor, Wilayah Iskandar apa sumbangan kat ekonomi kita?

PKFZ, apa jadi - kenapa pelabur utama dari Dubai tarik diri, sebab rasuah!

Kenapa kita yang ada segala sumber seperti,timah,getah,sawit,balak,minyak,gas dll tapi tak boleh bersaing dgn Singapore? Adakah pemimpin Singa lagi hebat ekonomi dari Harimau Malaya?

Kalau nak tengok ekonomi sesebuah negara, tengok kat bursa saham. Bursa kita kat mana ranking, sehari baru cecah value RM1 billion. Negara lain yang bukan kuasa ekonomi dunia pun boleh cecah US1-2 billion. Yang Bursa kita tengah rancak sekarang ni, siapa yang jual beli?

Kesimpulannya segala "Rancangan Besar" ini adalah Projek PRU 13 !

misz benida said...

aku pon xpaham.

aku paham.

rakyat makin menderita akibat kepentingan pemerintah.

besi said...

anon... bursa saham hanya salah satu petunjuk je... yg lain ok lagi kot..
rasuah... usaha macam dah ada untuk membenterasnya.. harap2 wat betul2 la...


misz benida... terlalu subjektif

Anonymous said...

Besi - fakta anda tentang bursa tu kurang tepat. Negara yang top kat dunia dlm ekonomi, juga memiliki pasaran saham yang paling aktif kat dunia.

Jadi Bursa Malaysia tak menarik bagi pelabur asing sebab ekonomi kita pun kurang menarik, Berapa banyak syarikat gergasi dunia dah keluar dari Malaysia dan menuju ke Thai, Vietnam dan China?

Sekarang ni kat ASEAN, pasaran saham Singapore, Thailand dan Indonesia lebih rancak dari Malaysia.

Kenapa? Malas nak menjawab.........

Dearie Pearls said...

Mmm..
kiranya perkara ini nak mengangkat nama MALAYSIA ar secara keseluruhannya.

Kita?
Kena terus berfikir cmner nak seiring dengan kemajuan negara ini..

besi said...

lol... seiring.... harap2 la

anon..

vidadarisakura said...

khabarnya la.

besi said...

vivi comel.. khabarnya la dulu..
10 thn nanti baru nampak hasilnya la kot......