October 29, 2010

kenangan bukit




terowong keretapi bukit berapi yang klasik
sekarang ni...jalan keretapi berkembar sedang dibina
tak tau terowong ni ada lagi ke tak......

bukit berapit lokasinya berada disempadan daerah kuala kangsar
dan larut matang dan selama(LMS). entah tiba2 je aku macam
teringgat tentang bukit berapit ni.

pada zaman sebelum wujud lebuh raya PLUS kawasan
bukit berapit amatlah meriah... ini disebabkan kebanyakkan
 pemandu2 lori, bas2 atau kenderaan persendirian
akan berhenti dikawasan bukit berapit ini, utk berehat
boleh dikatakan berfungsi seperti R&R.. ini disebabkan adanya
kawasan air terjun disitu..betul2 ditepi jalan utama.
kata org senang nk mandi manda atau berkelah.....
slps PLUS ada...bukit berapit tlh menjadi
suram..... tapi keadaan sekarang lagi
 mendukacitakan bagi bukit berapit,
ini disebabkan pembinaan lorang berkembar keretapi.
dari Ipoh ke utara.kawasan air mandi manda
 hanya tinggal sikit sahaja...memang dah x best
utk disinggah...... rindu bukit berapit yang dulu.

kenangan lama dibukit berapit
untuk rekod ...pertama kali aku menyertai program berkhemah
adalah dikawsan bukit berapit ini lah.......kalau x silap selepas
PMR atau masa form 4(lupa lak).... ada beberapa perkara yg aku
x dapat lupa dan menjadi misteri ..

pertamanya pada waktu petang, sedang kami memasang khemah.
datang seorang makcik tua memarahi kami dan melarang
kami berkhemah disitu, tapi yg lebih peliknya muka makcik tu
mmg mengerunkan.. 2atau 3 org student pompuan menangis dan
 ketakutan bkn sbb kena marah tapi takut melihat wajah mak cik
tu...kebetulan waktu itu cikgu pengiring tiada dan apabila cikgu sampai
kami ckp kat cikgu ada org marah..cikgu ckp mana ada org tinggal
 kawsan sini...heheheh mmg misteri betul la.

perkara kedua ialah kedudukan khemah utk pelajar lelaki...
tak tau la sengaja atau tidak cikgu telah memberi arahan
supaya kedudukankhemah lelaki dibuat disitu...pada masa
tu aku sedikit musykil, tapi malas nak bertanya atau membantah...
.mmg betul2 dilaluan air hujan..malam tu hari hujan...
 khemah lelaki penuh dengan air..tension betul la.
dah tak tahan kami lari pergi kawsan surau dan tido disitu..
pagi tucikgu datang marahkan kami sbb meninggalkan khemah.
aku ingat lagikata2 cikgu ..tak boleh diharap...kamu semua
sedap tidur dikawsan berbumbungkan zink pelajar perempuan
pula didalam khemah, malu la..semua diam...je...
(rasa aku la cikgu nak kenakan kami...sbb tu betul2
dia suruh pasang khemah kat situ) nasib la...heheheh
waktu malam cikgu tak tido kat situ maknanya dia suruh
kami pelajar lelaki yg jaga area khemah...tapi kami lak yg
 lari cari tempatyg selesa...mmg cikgu marah benar masa tu....

ketiga....selepas pasang khemah ada sedikit masa sebelum
 waktu mlmaku dan beberapa org lagi(perokok)
 pergi kelaluan jalan keretapi..diatas bukit.biasa la...
nak hisap rokok, mesti la jauh2 sikit..
 kami jalan sampai kat jambatan jalan keretapi...duduk kat situ
 sambil hisap rokok...tempat tu  mmg klasik sbb
jambatannya tinggi...mmg gerun. kawan aku pegi pandai2
 la pegi  ketengah jambatan tu....tiba2 ada bunyi macam
keretapi ...pucat lesi kwn aku berlari takut2 x sempat....
semua muka gabra...tapi yg peliknya tiada lak keretapi
 lalu mmg pelik...kami semua terus blah...tak nak lepak
 kat situ dah...ada je yg x kena hehehehehe....

bukit oh..bukit berapit.......... kenangan yg tak dpt dilupakan..

p/s: kampung aku bukan dikawsan bukit berapit.
 sbb aku kenal bukit berapit kerana
sekolah menengah aku hanya lebih kurang 8 Km
ke bukit berapit.sekolah dulu dok asrama....
aku daerah lain

6 comments:

kuntumz said...

yop, ko dh leh bukak blog aku ker??mcm mana ko buat??heheehe

takutnya citer ko tu..serammm aku dibuatnya

besi said...

jia.. tak leh la. pc kat umah aku masih lagi tak leh buka blog hang.

♥ Juliana Violet ♥ said...

Vee suka kalau tinggal dekat kawasan berbukit...
=)
Nyaman aje... :)

eddie dewanaga said...

..satu kenangan yg cukup berharga dan mengusik jiwa... best!!!

besi said...

vee... nyaman hehehe bukit berapit sekarang dah tak best..

bro.. kenangan, kalau bro naik keretapi ke utara(penang) bro akan lalu kawasan bukit berapit ni...
tapi tak seold school dulu dah..
gerun sikit2 je

Anonymous said...

salam bro..sya ada foto latestview atas jamabtan keretapi tu. Plz add FB sya Abdul Razak Nordin atau carlazmanKL...nnt i show u..mmg nostalgia tempat tu zaman keretapi lama