October 16, 2010

pasca bajet 2011


strategi utk menggalakkan sektor swasta memacu ekonomi
negara adalah langkah yg bijak dan tepat....
tapi macam glc yg melabur....takde pun company2 lain ke..
awal lagi...kot........?

pembinaan bangunan 100 tingkat...? mcm mana nk ckp
harap2 berjaya la...

pusat atau akademi bola sepak dipahang...harap2nya
akan berjaya mengeluarkan pemain bola yg berkualiti
setanding dgn pemain anatarabangsa....

rm 500... org keje kerajaan seronok la.......imam, ustaz, ketua kg
tok batin dan lain2...seronok gak...

300 item akan dikecualikan cukai..lepas ni kalau harga mahal lagi
peniaga tipu la...termasuk harga handphone...mesti kena turun

rasanya kalau tk silap cukai perkhidmatan akan dikenakan
utk tv berbayar(astro)....camne nk tgk bola ni..kalau astro mahal
sangat...susah gak....ni( risau bola je)
entah jadi ke tidak Plus akan dimiliknegarakan? kalau jadi
bagus gak...tapi yg pasti pembekuan kenaikan tol 5 tahun
mmg...melegakan..

defisit berjaya dikurangkan...tapi hanya 0.2 peratus sahaja
tak pe la...pelan2 kayuh kata org.............

p/s: macam mana...ada tranformasi tak bajet kali ni...?

5 comments:

DrSam said...

bajet...bajet juga...belanjawan kita tetap kita kena jaga...

besi said...

dr sam... betul tu.. (sambil menggaru kepala bajet seniri asyik defisit je) heheheh

Anonymous said...

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda.

Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Mana nak cari duit, Petronas lah jadi mangsa ! Duit EPF kita pula kena beli PLUS !

Tambah elaun imam & guru kafa - biasa
Buat akademi bola kat pahang, kenapa? - Tempat lain tak boleh KE? Pengurusan bola kat pahang tu hebat sangat ke?
cukai korporat - tak ubah!
cukai individu - sikit je berubah!
servis tax - naik 1%
bangunan 100 tingkat - utk apa? senang buat jelah 1000 tingkat jadi yang paling tinggiiiii kat universal! kesian PNB mangsa terbaru.

kalau bajet bagus, duit banyak - bagilah bonus kat sektor awam, kesian kat Cuepacs banyak kali merayu.

besi said...

anon... pasal bola..kat mana2 pun tak pe..yg penting kerajaan sanggup buat...its ok.

FDI.. kan menteri kewangan dah kata
mencari pelaburan tempatan (swasta). strateginya..lama2 FDI dtg tu......

bagunan 100 tingkat...tak tau nk kata apa..tapi katanya boleh menjana RM60 bilion, so tak rugi keluar 5 bilion dulu..entahla

Anonymous said...

bola - kerajaan buatlah apa pun, selagi takada transformasi kat FAM, percayalah selagi tu bola kita mundur!

FDI - setakat swasta, apakah ekonomi boleh kembang? kita tak sama dgn China/India, Kat sana penduduk ramai, market besar. Sebab tu ekonomi kat situ rancak, dasar bagi pelabur luar menarik - banyak syarikat gergasi kat luar sanggup buat business kat situ.

kalau bangunan 100 tingkat dgn kos 5billion, boleh jana 60billion. USA negara kuasa besar dunia yang semakin hancur ekonominya,dah boleh buat banyak bangunan tinggi utk jana ekonomi dia. Tak masuk akal pendapat puak2 ni? Mengaji ekonomi kat universiti mana oiii?