December 22, 2009

dah musim ....kahwin

selamat pengantin baru buat shaiful dan pasanganya erni... mmg betul macam raja sehari serba kuning.... semoga berbahagia sehingga ahkir hayat hendaknya...

December 17, 2009

maal hijrah

esok cuti, sempena sambutan maal hijrah, sambutan maal hijrah bermakna kita akan menyambut tahun baru dalam kalender islam selamat menyambut tahun baru semua... selamat tinggal 1430 H dan selamat datang 1431 H

December 16, 2009

cool

hari ini blur......... suasana di office macam dilanggar garuda pening kepala aku.... banyak sangat konfliknya harap2 semua orang akan cool... kadang2 kurang apa yg kita tahu adalah lagi elok...sbb kita tak akan terbabit sama... kpd org yg suka ambil tahu...ahhhhhhhh tak tahu la..........pandai2 la korang p/s: tgk susana alam yg cerah begitu mendamaikan

December 15, 2009

hari bahagia

seperti biasa... musim cuti2 sekolah, sama macam minggu sebelumnya hari minggu mesti kena pergi ke majlis perkahwinan. kali ini kawan sekampung aku... tahniah!!!!! selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke anak cucu... p/s: minggu depan ada lagi tak larat nak balik kg je nie penatnya.........

December 14, 2009

nak emas

hari ini, kita semua rakyat malaysia hendaklah menyokong pasukan B23 malaysia yang akan menentang pasukan loas dlm separuh ahkir sukan sea acara bola sepak....... untuk pengetahuan semua, kali terahkir pasukan malaysia' menang pingat emas dlm acara bola sepak dlm sukan' sea ialah pada tahun 1989...dah lama dah nie... harap harap tahun ini, pasukan kita mampu untuk mengapai pingat emas ... ucapan puji - pujian semasa mengalahkan pasukan siam, hendaklah disimpan dahulu, harus fokus kepada game hari ini....ingat emas sasaran kita. tak kira nak emas juga........... TAHNIAH MALAYSIA KE FINAL malaysia 3 loas 1 p/s: chelsea seri, tapi telah berjaya menjarakkan lagi kedudukan liga dgn 3 point dari 2 point sebelum ini, pelik tapi benar

December 11, 2009

selangor cuti

selamat hari jumaat selamat berhujung minggu selamat pengantin baru kepada sesiapa menyambut hari minggu ini.... selamat bercuti kepada yg pergi bercuti.... selamat memandu sesiapa yg akan pulang ke kampung(selangor cuti hari ini) tapi yg kerja kat kl tetap kena keje... DAULAT TUANKU SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

December 10, 2009

budaya...

budaya ialah satu tatacara atau perlakuan yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat, kaum, negeri, negara mahupun serantau... tatacara atau perlakuan yg dipanggil budaya ini tidak kira ianya baik atau buruk maknanya kalau suka berpantun maknanya budaya pantun dan begitu juga kalau suka melepak tetap dipanggil budaya lepak.... jadi tafsiran budaya tidaklah menunjukkan kepada perkara2 yang unik dan baik sahaja.... oleh itu, apabila kita menggelar seseorang itu sebagai budayawan atau tokoh budaya kenalah menyebut kepakaran khas yg melayakkan seseorang itu dipanggil tokoh budaya dan jangan biarkanya tergantung... nampak macam remeh.....tapi ianya mempunyai makna dan tafsiran yg berbeza-beza jika tidak meletakkan sesuatu kepada tempatnya..... khabarnya indeks rasuah negera telah meningkat(teruk la) kepada no: 56 didalam dunia...lebih teruk dari tahun lepas dan lebih malang budaya rasuah seolah-olah adalah perkara yg mustahil utk dibuang dari kamus masyarakat kita....ini yang amat sukar utk diterima.. rata rata negara serantau kita semuanya didalam ranking yang teruk(kecuali singapura) jangan la nanti orang menggelar negara ASEAN negara berbudaya rasuah... malunya...................... BENCI RASUAH p/s: patutnya kita kena gelarkan kepada sesiapa yg melakukan perkara yg buruk dengan gelaran tokoh budaya tersebut. contohnya tokoh budaya rasuah...kena bagi kan org yg suka amalan ini...baru diorang malu