September 1, 2010

bangga ke?





kadang-kadang rasa pelik melihat warga jiran kita.. begitu marah dan begitu berdendam
dengan negara kita.... isunya soal penahanan anggota marin mereka yang didakwa menceroboh
perairan negara kita dan mereka mendakwa itu masih didalam  wilayah mereka... (kita org awam kurang jelas mana yang betul antara dakwaan2 ini, sama ada kita yg betul atau diorang yg betul)
maka beramai2 la rakyat mereka(dijakarta sahaja) menunjukkan rasa tidak puas hati mereka
di kedutaan kita disana... bukan calang2 bantahan dibuatnya..hinggakan najis pun dibaling disana..
bakar bendera pun dah jadi biasa....sahabat diseberang sana..kami disini..kalau adakan protes biasanya
hanya bendera israel, dan USA sahaja yang penah kami bakar... negara lain sepengetahuan aku la tak
penah lagi kami bakar.... dan satu lagi khabarnya ada pula gerakkan nk menghalau warga malaysia yg
berada diindonesia... sampai begitu sekali mereka marah dengan negara yg bernama malaysia ini.
untuk pengetahuan saudara diseberang sana..isu nelayan masuk perairan negara yang berjiran ini adalah
isu biasa sahaja...tanyala nelayan thailand, vietnam, dan filipina..kadang2 mereka pun terlepas masuk..
begitula juga nelayan negara kami..mungkin kadang2 terlepas masuk... apa yang marah sangat..?
ada wakil DPR atau menteri disana mengeluarkan kenyataan diakhbar harta negara telah dirompak oleh  nelayan negara malaysia... kita mesti mempertahankannya . apa kena mengena warga malaysia yg bekerja atau belajar dijakarta dan wilayah lain diindonesia dengan nelayan yg didakwa menceroboh kawasan perairan negara anda..sehingga boleh dihalau begitu sahaja...? itu yang pelik.. premis yang digunakan... orang lain yang buat salah yang lain pula yang kena? mana logiknya....
entahla..dengan negara jiran lain seperti thailand, vietnam dan filipina tak pernah berlaku protes sebegini rupa.. bencinya warga indonesia dengan rakyat malaysia sampai begitu sekali...itu yang kadang2 rasa pelik kenapa sampai sebegitu rupa..?

mari kita belajar sejarah sikit.... sebelum perjanjian inggeris dengan belanda pada 1924 secara dasarnya kepulauan nusantara boleh dikatakan adalah satu wilayah yg sama. wilayah-wilayah dinusantara boleh dikatakan adalah sebuah negara sahaja.. ini disebabkan bahasa dan anutan agama dikepulauan nusantara semuanya lebih kurang sama sahaja iaitu islam...walaupun berbeda suku. maknanya malaysia dan indonesia sekarang pada zaman dahulu adalah sebuah negara yang sama ... selepas perjanjian 1824 barulah wujud 2 wilayah yang berbeza dinusantara ini. malaysia dan indonesia. apabila masing2 telah mendapat kemerdekaan sempadan kita telah ditentukan mengikut perjanjian yg dibuat pada 1824 tersebut. fakta ini semua orang tahu. diawal tahun 1960an dahulu pun ada krisis besar diantara kedua dua negara ini. sehingga melibatkan tentera .... tapi Alhamdulillah ianya tidak berpanjangan segera diselesaikan. kenapa bangkitkan isu sejarah..kadang2 kita lupa sejarah lama boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada kita.

tiada apa yang hendak dibanggakan jika kami warga malaysia membuat perkara sama terhadap negara diseberang sana.. mungkin warga disebalah sana merasa seronok dan berbangga kerana mereka tegas terhadap warga Malaysia... susah hendak tahu isi hati dan pemikiran org diseberang sana.
Aku sendiri pun dah bosan dengan kes2 sebegini... orang yg bosan lama2 dia  akan menyampah...bila org dah menyampah lama2 rasa meluat..bila dah meluat lama2 rasa benci...bila sudah benci...faham faham ajelah....tolong jgn sampai buat kami sampai rasa benci. itu je...

p/s: bayangkan jika perjanjian 1824 tidak dibuat..
mesti berebutsamada jakarta atau kuala lumpur
yang hendak dijadikan ibu negeri..mesti kecohnya
...heheheh

11 comments:

kuntumz said...

tulah depa tu mmg kurang ajar..even klo kita yg slh pun tak sepattnya dep abuat cenggitu..padahal tak sedo diri ker, yg rakyat depa ni pun berlambak kat msia....masuk dh lah secara haram....tak sedo2 diri lgi...

Dearie Pearls said...

besi,
nak komen apa ni eh..?

kalau dorang nak halau warga Malaysia di Indonesia, dorang kena fikir juga risiko warga dorang kat malaysia. bukan nak cari gaduh ke apa kan tapi, bertindak biarlah berlandaskan fikiran waras.

adeh..

keciwa gua...

eddie dewanaga said...

ini semua kerja parti pembangkang diorang bro... salah satu cara dia utk tumbangkan kepercayaan rakyat dia pada pucuk pimpinan sekarang...

diorang tau, presiden diorang takkan percaya kita sanggup buat macam tu, jadik, utk dapatkan sokongan rakyat, diorang mainkan isu yg boleh huru hara kan kestabilan politik dan ekonomi...

Anonymous said...

besi - isu yang rumit macam ni, kerajaan 1Malaysia kena pandailah cari jalan untuk settle. Menteri kita yang cerdik2 tu, mesti banyak idea untuk cari jln penyelasaian dgn secepat mungkin.

besi said...

jia.. segan la kita... siam ngan vietnam pun tak camtu...

lol.. semua org keciwa.. ttg apa yg berlaku..

bro.. oposisi sana kena agak2 la ..kalau nk wat kecoh..ini soal negara lain. kalau tak puas hati ngan SBY apa kena mengena dgn malaysia.

anon... mana leh camtu..sama2 la kita..tolong diorang..

eddie dewanaga said...

lagipun mereka perlu fikir 10 kali untuk 'ganyang Malaysia', kita bukan lagi macam tahun 60an dimana Indonesia boleh langgar (Konfrontasi).

Malaysia adalah sekutu FPDA iaitu Five Power Defence Arrangements iaitu jika Malaysia diserang oleh mana2 pihak, mereka juga perlu berhadapan dgn Britain (kita bawah payung Komanwel), Australia, New Zealand dan Singapura (yg menjaga kepentingan mereka disini).

Itu belum kira pejuang2 gerila MILF di Mindanao yg pastinya bila2 masa turun membantu.

jabon said...

mampir.....

vidadarisakura said...

diorang ni kurang ajar. semua mau emo.duh

besi said...

bro... kalau FPDA tk de pun..elok diorang pikir 10 kali sblm nk langgar sini..

jabon.. mampir2 gak..

vivi comel... harap2nya jgn emo2 k

misz benida said...

oh sungguh hebat pidato mu..hehehe

besi said...

misz benida.. kamu pun sama