October 5, 2010

PRK.....



khabarnya nanti ada pesta dinegeri Kelantan...
al maklumla ada pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan.
tapi pihak SPR masih belum lagi mengumumkan tarikhnya
kemungkinan hari jumaat ini barulah SPR akan umumkan
tarikh penamaan calon dan pilihanraya.

bunga2 kempen sudah boleh dilihat di suratkhabar dan TV..
parti yg dijangka akan bertanding kemungkinan lawan yg sama
pada tahun 2008 yg lepas. PAS dari pakatan rakyat dan Umno dari
Barisan Nasional... nak ucapkan selamat berjaya la pada kedua2
pihak yg bertanding ....selamat mengundi juga untuk penduduk dikawasan
DUN Galas....anda semua akan dimanjai oleh kerajaan pusat atau kerajaan
negeri dalam tempoh berkempen nanti.............
gunakan peluang dengan sebaik-baiknya.

p/s: sekarang ni yg panas bukan soal calon yg bertanding tapi soal
siapa yg akan menjadi ketua jentera kempen. pelik betul la...selalunya
soal calon....memang seronok suasana politik di Malaysia ini.
memang meriah.... macam2 ada..

4 comments:

Cikgu ILi said...

Yob.....tak abis-abis lagi psl politik ko..politik memang tak pernah berakhir kan.

besi said...

ily... nama blog pun dunia, hehehe
hal2 semasa dunia kena update

Anonymous said...

kita tengok nanti siapa calon BN, adakah KULI yang selalu dpinggirkan akan menerima atau tolak?

KULI ni pun satu hal, orangnya bagus ada wawasan, mahathir, paklah, najib semua takut & segan dgn pengaruh dia. Terlampau sayang kat umno,orang buat macam2 kat dia pun masih setia lagi!

kalau KULI calon BN kita hantar orang asli je lawan dgn dia, apa macam BESI, ada berani ke? kalau kalah malu oiiiii...

besi said...

anon... soal berani tak..itu bukan soalnya.... masing2 belum mengumumkan calon lagi...kena tunggu dan liat la..