December 24, 2008

hukum

dewasa ini, suratkhabar banyak melaporkan bahawa tindakkan naib presiden pas datuk husam yang mendakwa bahawa pas akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah malaysia telah mendapat tentanggan dari pihak Pakatan rakyat sendiri iaitu dap dan pkr(parti bukan melayu dan islam).... dikhabarkan juga mic dan mca(parti bukan melayu dan islam) juga tidak bersetuju dengan cadangan pas ini... namun yang menjadi lebih pelik...pas dilihat keseorangan didalam hal ini... bukankah ada sebuah lagi parti melayu islam dinegara ini. kenapa parti itu tidak membela tentang hasrat pas itu........malahan telah mengambil peluang itu untuk menyindir pas. wajarkah? selamat pagi malaysia didalam segmen akhbar hari ini...secara terang menerang menyindir pas dengan hasratnya itu...bukakah tanggungjawab melaksanakan perintah Allah ini adalah tanggungjawab umat islam bersama... apabila parti bukan melayu dan islam terang menerang menolak hasrat pas...tidakkah wujud simpati diparti melayu islam yang terbesar ini untuk membela pas... salahkah Pas dengan hasratnya.... adakah parti melayu islam yang terbesar itu langsung tidak mempunyai hasrat sikit pun untuk melaksanakannya... apasalahnya jika polemik ini dipandang sebagai alat perpaduan dan mampu menyebabkan parti parti bukan melayu islam ini terkejut dengan pembelaan yang dibuat oleh parti melayu islam terbesar ini terhadap pas...(jika terjadi alhamdulillah). sebaliknya, hanya sindiran dan hinaan yang diterima oleh pas. jika sebelum ini...pihak parti melayu islam terbesar ini sering melaung laungkan perpaduan melayu sebagai alat untuk meraih sokongan kaum melayu..nah inilah peluangnya...kata orang peluang untuk menunjukkan keikhlasan yang sebenar benarnya.......... ingatlah kita semua tanggungjawab kita ini...jangan sampai pula nanti kita disoal diakhirat kelak...politik politik jugak...tanggungjawab tetap dengan tanggungjawab...

No comments: