December 12, 2008

kerja

Mengapa aku penat bekerja??!! Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur danterlalu banyak tekanan dalam hidup, tetapi sekarang aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) Aku keletihan kerana terlebih kerja (overworked) ... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerjayang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku : Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.Jadi tinggal 20 juta orang.Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerjakerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tenteradarat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak derkerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, org yg kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruhMalaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.....Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serentidi seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG masih duduk depan komputer,main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, baca blog dan tak buat kerja langsung......jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...mana aku tak letih!!

1 comment:

ASH said...

ha ha ha..
Joke paling Best!