December 23, 2008
pilihanraya kecil Kuala Terengganu
penamaan calon telah ditetapkan oleh SPR pada 6 hb Januari 2009 dan hari
pengundian pula pada 17hb januari 2009
disini parti - parti yang akan bertanding ialah BN diwakili Umno dan Pakatan
rakyat diwakili oleh Pas. namun begitu, maklumat awal menunjukkan banyak
calon calon bebas ingin mencuba nasib dikawasan berkenaan.
namun saingan lebih tertumpu kepada Pas dan Umno.
menurut laporan awal...pihak BN yang merupakan penyandang kerusi akan
mempertahankan kerusi ini dengan bersungguh sungguh untuk menunjukkan
pihak mereka masih lagi relevan setelah kekalahan di Permatang Pauh.
Pihak Pakatan Rakyat pula ingin mencuba untuk mengurangkkan lagi majoriti
BN di dewan rakyat.
Isu..pada waktu ini, masih kurang lagi kedengaran isu isu utama yang dimainkan
oleh kedua dua pihak.. masing masing masih lagi menunggu tarikh kempen pada 7 hb januari nanti
Namun begitu...pihak BN lebih awal mengumumkan calon mereka untuk kawasan P36 ini.
BN mempetaruhkan senator Datuk Wan Ahmad Farid. Pihak PR pula dijangka akan mengumumkan calon mereka pada 1 hb januari 2009.
dijangka ramai penyokong penyokong parti kedua dua pihak akan berkampung di kuala terengganu untuk membantu kempen parti masing masing. Meriah dengan kata lain
penduduk di Kuala Terengganu akan mendapat durian runtuh akibat kebanjiran orang luar dikawasan mereka.
kita sebagai rakyat malaysia amat- amat beharap supaya tiada kejadian yang tidak diingini
berlaku semasa tempoh kempen atau hari pengundian nanti.. disini kematangan berpolitik amatlah diharapkan dari kedua dua pihak. jangan pula nanti ayam menang kg tergadai...
demokrasi membenarkan rakyat sesebuah kawasan untuk membuat pilihan tentang calon2 yang mereka mahukan untuk dijadikan wakil mereka di dewan rakyat. namun demokrasi juga menuntut supaya pihak yang bertanding untuk mengikut semua peraturan peraturan undang yang sedia ada untuk menjamin proses demokrasi ini berlangsung.
selamat bertanding kepada calon calon yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dikawasan tersebut.... KEMATANGAN BERPOLITIK PERLU ADA .......kita tunggu dan lihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment