final judgement
esok merupakan hari yg bersejarah utk rakyat
negeri Perak... ini kerana 5 panel hakim persekutuan akan
membuat keputusan siapa MB Perak yg sah
mengikut perlembagaan dan lunas-lunas undang2 tubuh
negeri PERAK.
(
MB yg sah...maknanya, jika dato seri nizar menang...akan memohon
ke bawah duli paduka tuanku utk diadakan pilihanraya baru.
Jika dr zamberi menang kekal seperti sekarang)
sebagai warga Perak dan pengundi berdaftar
dinegeri Perak.. kami mengharapkan semuanya
akan berjalan dengan harmoni dan stabil hendaknya
kalau org tanya aku siapa yg hang sokong? jawab aku
senang je... 8 march hari tu kami semua dah buat keputusan
siapa yg menguruskan negeri kami... bulan feb tahun lepas
berlaku ribut dan ketidak tentuan...itu bukan salah kami
sebagai rakyat perak.... itu semua salah partai2 atau ahli2
politik dinegeri kami..........
jika esok... yang amat arif menunjukkan bahawa warga
negeri perak kena buat pilihan semula... maka kami akan
mengikutnya... dan jika yg amat arif mengatakan kami
kekal keadaan seperti sekarang... maka kami akan
terus mengikutnya.........
ini kerana... kami semua tidak bersalah... aktor2 politiklah
yg menjadikannya ketidaktentuan....jgn salahkan kami
sebagai warga perak.
kepada warga perak...esok hendaklah kita bertenang
dan menerima keputusan yg bakal diputuskan. ingat
yg kalah jgn kecewa dan yg menang pula jgn sombong.
ingat
dunia ini hanya pinjam pinjaman sahaja......
selamat semua.............hendaknya.
p/s: tulisan ini aku tulis sebagai seorang warga
negeri perak.