June 23, 2010

terang tapi kabur


sesiapa yg masuk form 6 ...dia akan diwajibkan ambil satu
subjek iaitu pengajian am. pengajian am
bolehlah dikatakan sebagai ilmu kenegaraan yg asas sahaja.
untuk lebih mendalam seseorang itu kena sambung belajar
di U la... knp? sebab ianya adalah asas kepada pengetahuan am
tentang sesebuah negara tersebut....

panca 8 march 2008...byk benda yg pernah belajar semasa
di form 6 telah berlaku dialam yg nyata..byk contoh2 yang boleh
dikongsi atau dikaji bersama.... antara yg aku ingat la...
(sbb dah lama ni)...

1. kes pembuburan DUN perak...
masa kat sekolah dulu cikgu ajar...undi tidak percaya mestilah dibuat didewan
negeri atau dewan rakyat.jika tidak undian itu tidak sah.
(tapi kata hakim, undi tidak percaya tidak semestinya dibuat didewan..cukup
dengan hanya menunjukkan bukti bahawa pihak satu lagi telah berjaya mendapat
majoriti..... maka ketua negeri/negara(sultan) sudah boleh melantik menteri besar
atau perdana menteri yg baru.
cikgu dulu ajar salah...maknanya kena ubah buku teks tu... kena ikut keadaan
sekarang ini. baru pelajar2 tak keliru selepas ini.

2. kuasa2 SPR...
masa kat sekolah dulu cikgu ckp fungsi SPR ialah mengadakan pilihanraya, membuat
pensempadan semula kawasan pilihanraya, dan mengurus bagi pendaftaran pengundi2....
sekali lagi...cikgu2 terlupa utk memberitahu bhw fungsi SPR ialah menentukan sesuatu
kawasan pilihanraya itu kosong atau tidak... buktinya kes di Perak. dan Kedah...
apabila SPR mnolak utk mengadakan pilihanraya walaupun telah mendapat notis
dari speker dewan undangan negeri...sekali lagi buku teks yg ajar kena ubah..
ini penting supaya pelajar2 tidak keliru.....

3. perkara2 yg boleh membatalkan seorang ahli dewan dari jawatannya
maksudnya ahli parlimen atau Adun boleh hilang jawatan jika syarat2 ini dilanggar.
cikgu kata jika seorang MP atau ADUN telah melanggar undang2 dan disabitkan
kesalahan iaitu penjara setahun atau denda RM 2000 maka dia boleh hilang kelayakkan
sebagai ahli dewan..... sekali lagi, cikgu telah salah ajar dan buku teks patut kena tukar...
sbb seseorang itu kena penjara lebih setahun..jika tahun itu ada 365 hari...maka apabila
dia kena penjara 366 hari maka barulah hilang kelayakkan sbg ahli dewan. kalau ngam2
setahun selamat. begitu juga dgn denda...kena lebih RM2000... kalau ngam2 je kira selamat.

walaupun perkara2 sebegini bagi sesetengah org tidak penting
tapi dari segi kenegaraan ianya penting... oleh itu buku teks yg ada hendaklah sentiasa
diupdatekan supaya ianya tidak mengelirukan bila student nk jawab soalan dlm peperiksaan..

p/s: mungkin cikgu aku ajar yg betul...tapi aku yg salah dengar kot

13 comments:

Ras Raka said...

ko salah yop. cikgu ko betul. yang ko tulis ni tak masuk dalam soalan objektif time tu.

♥ Vee Violet ♥ said...

besi memang minat subject2 yang related dgn sejarah or politik ye?

Anonymous said...

Apa yang ada dalam pelembagaan Malaysia hanya untuk dibaca dan bukan untuk dipraktikan.

Banyak benda yang berlaku dinegara kita sekarang tidak berlandaskan perlembagaan hanya ikut suka pemerintah.

Yang peliknya dasar2 penjajah British masih diteruskan sehingga kini, walaupun dah merdeka lebih 50 tahun ? Contohnya akta ISA (Akta untuk membentaras komunis)

Tunggulah akibatnya bila kita menolak undang2 ISLAM dan mengamalkan undang2 ciptaan manusia!

afsal_8281 said...

salam kembali besi...
emmm setuju sgt tu buku teks kene tukar kan kalo tak budak2 jd keliru

tp terror la besi masih ingat lagi ye apa yg diajar tu...wahh berkat ilmu tu @ buka buke pengetahuan am balik pe?? kekekek juz kidding

yoro okino said...

dorng leh ubah akta ikut suke dorng n biler2 masa dorng nak..so kiter xyah belajar..nasib baik aku xyah ambik mende2 nie

DrSam said...

cikgu mungkin hanya mengajar yang tersurat walaupun yang tersirat mungkin dia tahu. Lagipun penjawat awam menerima pakai doktrin 'saya yang menurut perintah' :)

besi said...

ras kaka.. mungkin aku yg salah.

vee.. mmg la vee. kita minat sgt
subjek2 camni..

anon.. fakta salah tu.. ISA dibentangkan diparlimen pd lebih kurang tahun 1960an..bukan sebelum merdeka..

afsal... wah buka balik blog ya..
hmmm sal ingat sikit2 je..buku lama mana ada dah..

yoro.. kat U takkan tak ambil paper kenegaraan ? subjek wajib kan..

dr sam.. mungkin juga betul..sbb kena terangkan yg kabur.

LotsOfLove-Pearls said...

wah..

selamat pagi cikgu..
hehehe..

subjek pengajian am belajar semasa amik dip dulu.
sume dh lupa.
hehehe..

Anonymous said...

Besi, ISA memang diperkenalkan pada tahun 1960 tapi dirangka oleh R.H. Hickling seorang Inggeris. Beliau adalah pembuat draf dan pesuruhjaya penggubal Undang2 Malaya.

Buku yang ditulis oleh beliau adalah "An Introduction To The Constitution Of Malaysia.

Penjajah British lah tuuuu........silap kita dari dulu, kini dan selamanya ialah menganggap Jepun sebagai penjajah tapi British sebagai sahabat yang bagi merdeka kat kita.

Banyak fakta sejarah tak betul dan harus dibetulkan. Pejuang kemerdekaan yang lawan British dicop sebagai puak kiri dan ditangkap, yang sokong British jadi pemimpin selepas merdeka.

Mana ada satu gerakan di dunia ini yang memperjuangkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah, pemimpin tak ditangkap? Hanya kat Malaya saja...betul tak?

vidadarisakura said...

aku masuk 6 rendah. entah sempat belajar benda tu ka nda. aku pun nda ingat.heee

besi said...

lol... mana ada cikgunya..

vivi... kamu comel mmg la

anon...bagi fakta penuh nampak?

Cikgu ILi said...

Yob, ko mmg dahsyat.

besi said...

ily ...? basic la