December 31, 2010
2011
selamat tinggal bangunan kenanga..lepas ni kat bangunan Q.W ditepi hilton hotel(pj)
SELAMAT DATANG 2011
SELAMAT TINGGAL 2010
semoga tahun ini akan baik baik sahaja hendaknya
tak kira dari sudut politik ekonomi or sosial....
tahun baru pindah rumah baru...
tahun baru office pindah tempat baru...
p/s:umur pun baru...
December 30, 2010
blue... cool
dinobatkan sebagai juara Piala suzuki AFF pada edisi
kali ini. untuk rekod pasukan kita baru pertama kali mengecapi
piala dwi tahunan ini. Tahniah sekali lagi....
tapi korang perasan tak? kenapa team kita suka pakai
baju biru....sebab baju biru adalah untuk team2 champions
je...contohnya chelsea la...heheheheheheh jangan marah
p/s: jersi hampir sama tapi tak serupa...
yg sama ialah penyokongnya heheheheh
December 28, 2010
hilang taring
6 game without win....worse record
apa nak buat...carlos Ancelotti masih tiada
ramuan untuk memecah kebuntuan....
player baru? hmmmmmmm tidak dapat tidak
kena beli player baru.....
walaupun sekuat mana team tu...kalau suka main politik
memang takkan kemana -mana..tak percaya tanya rafa banitez..
stop....focus to the game....
p/s: walaupun chelsea dlm EPL number corot pun
aku tetap support chelsea...serius
December 21, 2010
tenang..nya suasana
ada orang kata yang tenang itu jangan diganggu
ada orang kata k'daan yg tenang itu petunjuk gelora menjelma
ada orang kata air yang tenang jgn disangka tiada buaya
ada orang kata nampak tenang diluar tapi bergelora didalam
tenang didalam kawasan parlimen Labis
nampaknya minggu2 yang mendatang tenang
tidak lagi setenang dulu...
mari kita lihat....siapa yang dulu bertenang...
p/s: negeri johor kubu kuat BN..
pakatan? peluang hanya 30% sahaja.
December 16, 2010
artis pujaan
pernah ada rasa cinta
tapi kini tinggal kenangan
(lagu saleem)
tahniah baizura kahar....
p/s:tapi tak tau bila dia kawin baru je
dapat email....
December 15, 2010
satu malaya kena hina
wikileaks mendedahkan pasal DSAI ramai pemimpin2 politik atau yg mantan pun
begitu ghairah membuat komen.. bagi aku biasa la peluru dah ada tembak la...
inilah dunia politik....
tapi yang aku sangat pelik wikileaks bukan sahaja dedahkan pasal DSAI tapi
pandangan diplomat2 singapura terhadap Malaysia...woi bangun la semua itu lagi
penting la....ada ke patut pegawai negara asing cakap pemimpin negara kita ni bodoh...
dan berdaya... secara tidak langsung dia kata rakyat malaysia semuanya bodoh la.
bayangkan la kalau setiap kali rundingan 2 hala ..dah siap sedia dengan pandangan bahawa
pegawai malaysia semuanya bodoh berat la...mampus tak leh bawa berbincang punya...
nasib baik ATM kata tiada kebocoran maklumat dari pihak ATM..bagusla
nasib baik PDRM kata tiada kebocoran sisatan dalam kes DSAI bagusla
nasib baik wisma putra mghantar nota bantahan isu yang disebutkan bagusla
walaupun lembab( sbb seronok dgn kes DSAI) sekurang kurangnya tidak la sakit hati sgt
melihat pegawai negara jiran dengan senang hati mengatakan rakyat malaysia semuanya bodo
dan tak tau menguruskan negara. sabar je la aku....
kalau kita perhatikan...masalah malaysia dengan indonesia..lebih kepada masalah rakyat indonesia
dengan kerajaan Malaysia..maksudnya rakyat disana membenci Malaysia tapi kerajaan indonesia
tidak begitu...(cth isu.Tarian pendet, batik, pembantu rumah, lagu negaraku PATI dan sebagainya la)
situasi berbeza dengan singapura dimana hubungan rakyat singapura dengan rakyat malaysia
atau kerajaan malaysia hampir tiada. tetapi kerajaan singapura pula selalu menimbulkan masalah
dengan rakyat malaysia atau kerjaan kita...(cth isu... EPF tak leh keluar, tambak johor, air, KTMB dan sebagainya)
kesimpulanya hubungan antarabangsa atau art of diplomatic kerajaan Malaysia mesti kita kena
akuinya sememangnya lemah...harap2nya sesuatu dapat dilakukan...tak percaya? mana ada pegawai
negara A bincang dengan pegawai negara B pasal malaysia yg pemimpinnya bodoh dan tak tau
memerintah? mesti ada sebab......!!!!!!!!!
P/s: media Malaysia kali nie nampak bangangnya...malu oiiiii
BERNAMA pun sama...
December 10, 2010
cuti
mood cuti...
hehehee hari selasa baru start kerja..
oleh kerana cuti kali ni tak balik kampung...
lepak kl je la.......
tadi pergi klcc...rupanya dah lama aku tak jalan2
kat situ.... kali ni pergi dengan kelainan sikit...
naik kenderaan awam... naik putra lrt...
serius aku tak penah naik putra pergi klcc...
sbb aku selalunya pergi naik moto je...
pelik betul...rasa janggal lak tadi.....
sebelum tgk Narnia... pegi la kat kedai buku..yg kat atas sekali
tu....dah lama nak cari buku ni... tapi malang tak jumpa
WARISAN EKONOMI MAHATHIR MOHAMAD
karangan dari KS JOMO...(call member suruh cari tajuk
buku ni sbb masa kt kedai buku aku lupa..) gagal...
tak pe lain kali pergi kedai buku lain lak....
p/s: kalau cuti kat kl...apa program yg best...?
December 6, 2010
salam maal hijrah
selamat menyambut tahun baru...
selamat tinggal 1431 dan selamat
datang 1432... semoga tahun ini kita
mendapat keberkatan dalam segala hal.
insyallah.........December 2, 2010
angin yg bertiup
kecoh sekarang ni...genaral election akan
diadakan dlm tahun depan.....2011
awat cepat sangat... baru 3 tahun...
ikutkannya 2013 baru mandat akan tamat..
tengok tv atau paper sekarang serang menyerang
parti lawan semakin galak... kadang2 tu alahai
isunya diulang2 je...dalam internet pun sama
dahsyat ahli2 politik kita ni....
NGO lak....hmmmm sama je....
ada proksi masing2....
tapi kalau kita pandang dari sudut positif..
kedua dua pihak sedang berusaha menyakinkan
rakyat bahawa mereka pilihan yg lebih baik...
nak tak nak mereka tunjukkan hasil yg terbaik
kpd rakyat sebelum menawarkan diri.....
p/s: kedua2nya belum cukup baik lagi...
buat yg terbaik lagi....
November 30, 2010
penghujung
sudah hampir masuk bulan dec 2010
maknanya 2010 semakin berahkir....
2011 menjelang tiba..........
termenung kejap.......apa yg aku wat 2010
tapi 2011 aku akan pindah umah...
office pun kan berubah lokasi
walaupun keje company yg sama..
area PJ........................
itu yg akan berlaku awal tahun 2011 nanti......
cepatnya masa sekarang ni....
November 27, 2010
lari
asian games sudah sampai ke penghujungnya..
kalau mengikut sasaran negara kita sudah mencapainya
tahniah diucapkan kepada atlit2 yg bertanding dan menang
pingat emas pada kali ini.....kepada atlit2 yg gagal... jgn susah
hati masih ada peluang lagi....
tapi...sebagai penyokong malaysia...ada satu 'perkara
yang aku sesalkan...iaitu tahap sukan olahraga....
sea game, asian game, komanwal game dan olimpik game
acara olahraga adalah penyeri dlm setiap kejohanan,,,
malang bagi negara kita....taraf atlit olahraga kita hanya
ditahap sea games sahaja,,,, sesuatu perlu dilakukan
bagaimana? tanya org kuat KOAM...
jangan asyik bergaduh berebut jawatan sahaja
perancangan dan pembangunan sukan hendaklah'
ditingkatkan.....zaman sekarang ni sepatutnya
kita sudah berada ditahap asian game..bkn lagi
sea game..... sedih aku melihatnya..........
olahraga oh olahraga....
BERANI BERUBAH....
p/s: pic kat atas tu semua org kuat KOAM
November 24, 2010
KTM
hari rabu...
hari sabtu...
hari ahad...
dan special day....
kenapa la ramai kaum ku yang suka menikam benda ni
mungkin ...desakan hidup agaknya.. ramai kenalan yg
terlibat sama....kadang2 ...tak tau nk kata apa
tapi yg aku tau salah tetap salah......
tepuk dada tanya iman....
KTM oooo KTM.....
p/s..sedih dan segan tgk org seagama ngan kita beratur
kat kedai tu....
k... kuda
t.... toto
m.. magnum
November 23, 2010
merapu
kadang2 bila kita berfikir sesuatu atau berimaginasi
boleh timbul pelbagai perkara yg baik atau buruk..
bergantung kepada apa yg kita fikirkan.....
contohnya ...pekerja kedai 24jam (7elevan dll) selalu takut
dek kerana byk kes rompakan kecil2lan terhadap mereka.
cuba kita bayangkan pula kalau pekerja kedai 24jam yg
merompak pelanggan yg dtg sorang2 ke permis mereka..?'
mesti org x berani nk merompak kat situ dah....
contoh lain.... org selalu kata nak mencari ketenangan kena
pergi bercuti dipulau2 atau dikawsan peranginan... apa salahnya jika
sesekali kita pergi bcuti dgn melawat ke hospital2 atau kwsan
pusat kwalan penyakit....mana tau kita leh mendapat ketenangan....
contoh lain... selalunya kemajuan negara diukur dgn hasil perkapita
dan bangunan2 yg tinggi disesebuah negara... apasalahnya jika kita
ukur kekayaan sebuah negara itu dengan bilangan pengemis yg berjaya
menjadi kaya dengan mengemis..... ironinya makin byk pengemis
makin kayalah sesebuah negara itu.......
byk perkara atau contoh2 yg boleh kita imaginekan dlm hidup ini
p/s: tak tau...nk tulis apa...tgh merapu2 la ni
November 22, 2010
sekarang tengok berita atau suratkhabar semuanya
kecoh pasal pemilihan parti...PKR...
heheheh memag kecoh........
teringat masa after election 2004, hampir de org tak ambil tau pun
pasal pemilihan parti PKR ni.... sekarang ni betul2 kecoh la...
bagi aku la...puncanya ada dua sahaja...
1. sistem pemilihan yang baru...(satu ahli satu undi)
2. keinginan merasa hasil kemenangan....panca 2008
seronok gak tengok macam mana pkr menguruskan pemilihan mereka
ini....selamat berjaya la kepada sesiapa yg bertanding....
Barisan Nasional juga tidak kurang hebatnya....dengar khabar
parti gabungan ini membuka keahliannya dengan menjadi ahli bersekutu...
dengan kata lain tak minat jadi ahli mana2 kompenan dlm BN tapi
suka dengan BN leh je jadi ahli....lebih kurang macam tu la,(faham aku la)
satu inovasi dlm politik negara kita ini.... praktikal atau tidak..tak tau la
nak jawab......tepuk dada tanya selera.
Asian game... sasaran entah la...9 pingat emas nampak macam sukar je
apa2 pun selamat berjuang kepada atlit2 kita disana....
November 16, 2010
aidiladha........
berkorban apa sahaja
harta atau pun nyawa
itulah janji setia......
zaman sekarang ni ramai ke org sanggup bekorban?
dimalaysia semangat sukarelawan pun masih rendah,
tapi ada juga yang aktif(bagus)....kekalkan.
so orang yg sanggup berkorban demi harta ataupun
nyawa.....memang kena salute.....
sat ini pasal berkorban benda2 yg baik sahaja ya...
yg kurang molek..kalau boleh tak yah la berkorban
sangat.......................
selamat menyambut hari raya korban.....aidiladha....
p/s: jatuh hari rabu....kalau tak leh balik kg..
November 9, 2010
ribut
minggu ni macam busy sikit....
so tak sempat utk memblog...
hari minggu nanti leh expolore
blog kawan2 semua ya...........
have nice week semua...........
p/s: kena tag ngan juliana a.k.a vee
hari minggu nanti saya buat ya..
November 4, 2010
siapa yg kena
mari ita lihat malam karang siapa yang kena..
maksudnya parti mana yg akan diistiharkan
menang oleh pengurus pilihanraya.....
terutamnya digalas..sebabnya peramal2 politik
masih gagal untuk menduga parti mana yang
akan berjaya pada Prk kali ini.
utk batu sapi... terang lagi bersuluh BN akan
mengekalkan kerusi mereka..yg jadi perhatian
majoritinya sahaja.....mari kita lihat..
p/s: esok cuti....balik kampung
November 1, 2010
October 29, 2010
kenangan bukit
terowong keretapi bukit berapi yang klasik
sekarang ni...jalan keretapi berkembar sedang dibina
tak tau terowong ni ada lagi ke tak......
bukit berapit lokasinya berada disempadan daerah kuala kangsar
dan larut matang dan selama(LMS). entah tiba2 je aku macam
teringgat tentang bukit berapit ni.
pada zaman sebelum wujud lebuh raya PLUS kawasan
bukit berapit amatlah meriah... ini disebabkan kebanyakkan
pemandu2 lori, bas2 atau kenderaan persendirian
akan berhenti dikawasan bukit berapit ini, utk berehat
boleh dikatakan berfungsi seperti R&R.. ini disebabkan adanya
kawasan air terjun disitu..betul2 ditepi jalan utama.
kata org senang nk mandi manda atau berkelah.....
slps PLUS ada...bukit berapit tlh menjadi
suram..... tapi keadaan sekarang lagi
mendukacitakan bagi bukit berapit,
ini disebabkan pembinaan lorang berkembar keretapi.
dari Ipoh ke utara.kawasan air mandi manda
hanya tinggal sikit sahaja...memang dah x best
utk disinggah...... rindu bukit berapit yang dulu.
kenangan lama dibukit berapit
untuk rekod ...pertama kali aku menyertai program berkhemah
adalah dikawsan bukit berapit ini lah.......kalau x silap selepas
PMR atau masa form 4(lupa lak).... ada beberapa perkara yg aku
x dapat lupa dan menjadi misteri ..
pertamanya pada waktu petang, sedang kami memasang khemah.
datang seorang makcik tua memarahi kami dan melarang
kami berkhemah disitu, tapi yg lebih peliknya muka makcik tu
mmg mengerunkan.. 2atau 3 org student pompuan menangis dan
ketakutan bkn sbb kena marah tapi takut melihat wajah mak cik
tu...kebetulan waktu itu cikgu pengiring tiada dan apabila cikgu sampai
kami ckp kat cikgu ada org marah..cikgu ckp mana ada org tinggal
kawsan sini...heheheh mmg misteri betul la.
perkara kedua ialah kedudukan khemah utk pelajar lelaki...
tak tau la sengaja atau tidak cikgu telah memberi arahan
supaya kedudukankhemah lelaki dibuat disitu...pada masa
tu aku sedikit musykil, tapi malas nak bertanya atau membantah...
.mmg betul2 dilaluan air hujan..malam tu hari hujan...
khemah lelaki penuh dengan air..tension betul la.
dah tak tahan kami lari pergi kawsan surau dan tido disitu..
pagi tucikgu datang marahkan kami sbb meninggalkan khemah.
aku ingat lagikata2 cikgu ..tak boleh diharap...kamu semua
sedap tidur dikawsan berbumbungkan zink pelajar perempuan
pula didalam khemah, malu la..semua diam...je...
(rasa aku la cikgu nak kenakan kami...sbb tu betul2
dia suruh pasang khemah kat situ) nasib la...heheheh
waktu malam cikgu tak tido kat situ maknanya dia suruh
kami pelajar lelaki yg jaga area khemah...tapi kami lak yg
lari cari tempatyg selesa...mmg cikgu marah benar masa tu....
ketiga....selepas pasang khemah ada sedikit masa sebelum
waktu mlmaku dan beberapa org lagi(perokok)
pergi kelaluan jalan keretapi..diatas bukit.biasa la...
nak hisap rokok, mesti la jauh2 sikit..
kami jalan sampai kat jambatan jalan keretapi...duduk kat situ
sambil hisap rokok...tempat tu mmg klasik sbb
jambatannya tinggi...mmg gerun. kawan aku pegi pandai2
la pegi ketengah jambatan tu....tiba2 ada bunyi macam
keretapi ...pucat lesi kwn aku berlari takut2 x sempat....
semua muka gabra...tapi yg peliknya tiada lak keretapi
lalu mmg pelik...kami semua terus blah...tak nak lepak
kat situ dah...ada je yg x kena hehehehehe....
bukit oh..bukit berapit.......... kenangan yg tak dpt dilupakan..
p/s: kampung aku bukan dikawsan bukit berapit.
sbb aku kenal bukit berapit kerana
sekolah menengah aku hanya lebih kurang 8 Km
ke bukit berapit.sekolah dulu dok asrama....
aku daerah lain
October 26, 2010
pesta bermula
gendang permainan sudah dipalu...
calon2 yang bertanding semua dah tahu...
sekarang masa kempen..untuk memperkenalkan calon
masing.masing....
dihulu kelantan satu lawan satu....seperti biasa PR diwakili
oleh PAS dan BN diwakili oleh UMNO...dengar cite
banyak poster nik aziz dan tengku razaliegh berbanding
dengan calon yg bertanding....maknanya perang personaliti
di hulu kelantan...........
nun jauh disandakan parlimen batu sapi pula menyaksikan
perlawanan 3 penjuru... BN diwakili oleh PBS, Pakatan pula
diwakili oleh PKR dan ahkir sekali parti SAPP. maklumat
tentang politik kepartian disabah saya kurang arif...so tak tau
nk meneka pilihan pengundi dibatu sapi....kata org mungkin
disana bolehla digelar sebagai perang ideologi....utk PRK parlimen
batu sapi kali ini..........
apa-apa pun selamat berkempen kepada semua parti2 yg
terlibat...minggu ni kita tengok pesta pilihanraya.......
October 24, 2010
selamat
selamat pengantin baru buat nizam raimy dengan
pasangannya semoga berbahagia hingga
keanak cucu.............
p/s: seronok pegi kenduri ni bukan apa
dapat jumpa kawan2 ....lama tk lepak
sama2
October 21, 2010
ucap utama...
mendaya bangsa....
tema ucapan dasar presiden parti melayu yg terbesar
aku tertarik dengan fakta yg diumumkan...
perkara2 seperti 153, 159 , 3 , 160 dlm perlembagaan
ada perkara asas yg sukar utk diubah melainkan dgn
persetujuan majlis raja2....
so... hujah mengatakan pihak sebelah sana nk
mengubah dasar2 perlembagaan yg menjadi umpan
dikampung2 sudah tidak lagi relevan lagi...
cari hujah lain lepas ni k....
p/s: gadis yg dilaorkan hilang sebenarnya melarikan diri
dan bekerja di bukit bintang... hehehe kalau x nak kawin
cakap saje la...tak payah la lari2 wat pening kepala org je...
budak2 sekarang pelik...aku menengoknya
October 19, 2010
sidang
nampaknya ruangan blog ini semakin sunyi
ramai orang sudah mengalihkan pandangan
ke FB....hmmmmmmmmm
hari ini sebuah parti melayu terbesar akan mengadakan perhimpunana
agung tahunannya........di PWTC...
kita tunggu dan lihat apa isi kandungan perbahasan kali ini...
selamat bersidang...................
p/s: sbb tahun ni tk de pemilihan so kurang sikit
politikingnya.....kurang meriah jika dibandingankan
dgn persidangan yg ada pemilihan
October 16, 2010
pasca bajet 2011
strategi utk menggalakkan sektor swasta memacu ekonomi
negara adalah langkah yg bijak dan tepat....
tapi macam glc yg melabur....takde pun company2 lain ke..
awal lagi...kot........?
pembinaan bangunan 100 tingkat...? mcm mana nk ckp
harap2 berjaya la...
pusat atau akademi bola sepak dipahang...harap2nya
akan berjaya mengeluarkan pemain bola yg berkualiti
setanding dgn pemain anatarabangsa....
rm 500... org keje kerajaan seronok la.......imam, ustaz, ketua kg
tok batin dan lain2...seronok gak...
300 item akan dikecualikan cukai..lepas ni kalau harga mahal lagi
peniaga tipu la...termasuk harga handphone...mesti kena turun
rasanya kalau tk silap cukai perkhidmatan akan dikenakan
utk tv berbayar(astro)....camne nk tgk bola ni..kalau astro mahal
sangat...susah gak....ni( risau bola je)
entah jadi ke tidak Plus akan dimiliknegarakan? kalau jadi
bagus gak...tapi yg pasti pembekuan kenaikan tol 5 tahun
mmg...melegakan..
defisit berjaya dikurangkan...tapi hanya 0.2 peratus sahaja
tak pe la...pelan2 kayuh kata org.............
p/s: macam mana...ada tranformasi tak bajet kali ni...?
October 12, 2010
pra..bajet 2011
ya....setiap tahun pada bulan oktober negara kita
akan membentangkan bajet tahunan untuk tahun hadapan..
maka pada jumaat ini menteri kewangan akan membentangkan
rancangan belanjawan diparlimen untuk bacaan kali pertama...
isunya...apakah harapan rakyat Malaysia terhadap rancangan
belanjawan pada kali ini.........
sesetengah orang mungkin berkata ...buat apa sibuk2 tau la
kerajaan uruskan... sesetengah org mungkin kata, tak de apa yg boleh
kita buat dlm urusan bajet negara.... walau apa pun tanggapan..
paling kurang kita kena ambil tahu ttg wang negara bagaimana ianya
akan dibelanjakan... bukan apa utk kita semua juga.....
so.........apa harapan kita ....?
p/s: dengar cerita bajet kali ini digelar bajet pra election...
betul ke tak tak tau la...tak leh nk ramal heheheh
October 10, 2010
ahli nujum
Nostradamus....ya nostradamus seorang ahli nujum
dizaman pertengahan...seorang berbangsa perancis...dan
hidup dizaman awal zaman Renaissance ...so dah jadi sejarah
persoalannya kenapa orang barat sekarang begitu mengambil
perhatian atau berat tentang ramalan2 yang telah dibuatnya..
kenapa? apakah keistimewaanya...
bayangkan dalam histroy chanel siap ada episode
yg diberi nama nastradamus effect... knp begitu beria ria?
korang ambil peduli tak ttg ramalan2 nostradamus ni...
p/s: macam ada sesuatu sahaja....tapi apa dia ya...
October 5, 2010
PRK.....
khabarnya nanti ada pesta dinegeri Kelantan...
al maklumla ada pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan.
tapi pihak SPR masih belum lagi mengumumkan tarikhnya
kemungkinan hari jumaat ini barulah SPR akan umumkan
tarikh penamaan calon dan pilihanraya.
bunga2 kempen sudah boleh dilihat di suratkhabar dan TV..
parti yg dijangka akan bertanding kemungkinan lawan yg sama
pada tahun 2008 yg lepas. PAS dari pakatan rakyat dan Umno dari
Barisan Nasional... nak ucapkan selamat berjaya la pada kedua2
pihak yg bertanding ....selamat mengundi juga untuk penduduk dikawasan
DUN Galas....anda semua akan dimanjai oleh kerajaan pusat atau kerajaan
negeri dalam tempoh berkempen nanti.............
gunakan peluang dengan sebaik-baiknya.
p/s: sekarang ni yg panas bukan soal calon yg bertanding tapi soal
siapa yg akan menjadi ketua jentera kempen. pelik betul la...selalunya
soal calon....memang seronok suasana politik di Malaysia ini.
memang meriah.... macam2 ada..
October 4, 2010
pegi kenduri
selamat pengantin baru buat
siti saudah dan pasangan saiful
semoga bahagia hingga ke anak cucu
p/s: jalan minggu ni boleh tahan sesaknya
maklumla minggu terahkir bulan syawal...
September 30, 2010
strategi...
siapa yang mencipta permainan chess...?
aku kecik2 dulu jarang sangat main chess.. lebih suka main
dam aji.... bila dah besar tengok orang main chess teringgin
la pulak nak main.... hehehe step dia tau tapi main tak de
skill asyik kalah saje... letih betul macam ni.
beli game chess lwn dengan computer... apasal aku
tak leh menang? computer main tipu ke?
ke aku yang tak pandai main...? rasa nak je delete
games ni.......
kat dunia sekarang ni.. siapa yang juara dunia dlm games chess ni?
kenal tak?
p/s: dam aji..mmg best..fuhhhhhhhehehe
September 28, 2010
kitab2 lama
teringgat masa zaman bersekolah dulu....
banyak ilmu yang cikgu atau ustaz curahkan
seakan akan sudah luput atau kering diingatan.
contohnya dalam ilmu agama... sebab itu
dalam islam menuntut ilmu itu wajib dari buaian
hingga ke liang lahad.... sbb manusia ini
kadang2 pelupa... kena selalu belajar barulah
ilmu itu tidak hilang......
bila tengok kitab2 lama...teringgat masa
mengaji dulu...dah besar rasa macam dah lupa je
kena mengaji balik ni......
kitab hadis 40( hadis)
kitab penawar bagi hati(tasawuf)
kitab ilmu kalam (tauhid)
kitab sirah nabi (sejarah )
kitab feqah( lupa nama kitabnya warna hijau nipis je kitabnya)
sekarang ni nak cari kitab2 lama bukanya
senang...dan nak belajarnya balik kena ada ustaz.
September 22, 2010
rancangan besar
semalam telah diumumkan rancangan besar kerajaan malaysia
untuk menjana ekonomi yang mensasarkan pada tahun 2020
negara kita mendapat status negara maju atau status negara yang
berpendapatan tinggi. rancangan dan cita-cita yang baik ini hendaklah....
disokong dan diberi kerjasama yag padu.......
khabarnya pelaburan disasarkan dengan 70% (dalaman) dan hanya 30% (FDI)
dengan kata lain rakyat malaysialah yg memacukan ekonominya sendiri.
khabarnya lagi pelaburan dalam negara yg 70% tadi dipecahkan dengan hanya 60% akan
datang dari sektor swasta, 32 % dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 % dari kerajaan.
maknanya defesit dalam bajet akan dapat diuruskan dgn baik.. ini kerana penglibatan
dana kerajaan hanya 8% sahaja....
khabarnya rancangan yang bernilai RM 1.4 Trillion ini adalah jangkamasa 10 tahun terahkir sebelum
sampai pada tahun 2020 nanti....masa semakin menghambat kita.....
pertumbuhan ekonomi 6% setiap tahun adalah petunjuk prestasi kita dlm merealisasikan
rancangan ini..........
khabarnya PEMANDU telah mengenalpasti 131 projek titik masuk (EPP) yang akan menyumbang sejumlah AS$138 bilion kepada pendapatan negara kasar, seterusnya mencecah AS$523 bilion pada tahun 2020.
semasa cuti hari raya...aku duduk dikedai kopi atau ditepi simpang sambil berbual
bual kosong dengan kawan2....isunya semuanya biasa sahaja. pasal bola, lagu baru, wayang baru
pasal awek, pasal ikan, politik ataupun pasal kerja. tapi yg ahkirnya kami semua bercita2 bagaimana
nak menambahkan pendapatan kami...caranya memang pelbagai dan idea yg kadang2 gila-gila dan merapu. kata org tak de arah...tapi bila tgk Rancangan Besar Malaysia kat atas tu...
termenung kejap aku...camne org biasa mcm aku leh dpt nikmat dari..program2 yg dicanangkan dan akan
sampai ke kat aku?..atau kawan2 aku yg disini atau yg disana... Termenung seketika dgn penuh tanda tanya...........!!!!!!!
p/s: mungkin aku tak faham....harap2 rakan2 bloger boleh
fahamkan aku....
September 20, 2010
cuti raya
happy monday...........
cuaca yang cerah lagi menyegarkan........
setelah hampir 2 minggu tidak berblog...
kaku sekejap tak tau nak menulis apa...
kena ambil mood dulu....
tapi semasa cuti raya...kat kampung aku dapat
hobi baru...tak baru sangat la...sbb masa kecil2 aku rajin gak
buat...tapi mmg lama dah aku tak buat.... bila buat balik terasa
seronok pula....walaupun panas dan berjemur tapi tetap semangat....
memancing.... serius aku mmg dah lama tak buat...
masa cuti baru2 ni baru aku try balik... punya la feel
masa dapat ikan....heheheheh teringat masa budak2 dulu
sempoi..................................jom pancing...nk tak?
p/s: pancing kat sungai je...laut tak pandai...
September 7, 2010
salam aidilfitri
bulan ramadhan semakin meninggalkan kita
bulan syawal semakin terasa
sempena bulan baik dan hari yg baik ini
saya ingin mengucapkan selamat hari raya
maaf zahir dan batin jika ada tersilap kata didalam
masa kita berblog ini.....
ahkir kata semoga kita semua mendapat rahmat darinya
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
p/s; mlm raya baru leh balik kampung...
September 3, 2010
selipar...itu
selipar ku hilang.....termenung seketika dikaki tangga..mata melilau lilau melihat kaki org yg lalu lalang
mana tahu hamba Allah tersebut tersilap ambil selipar aku....hampir habis jemaah jumaat telah keluar...
sah selipar ku telah tiada....otak berpikir takkan nk balik berkaki ayam ke office ni...
selipar ku tidak la mahal...tapi kalau tiada selipar berjalan di Kuala Lumpur alahai malunya rasa..
termanggu seketika...macam mana nak buat ni........
first time selipar hilang dimasjid..seumur hidup tak penah kena lagi... kata orang tiada pengalaman
lagi....nk marah pun tak guna..sbb tak tau nk marah siapa...senyum je la
Ahkirnya selamat sampai di office... yang pasti aku tidak berkaki ayam...
Selamat......................
p/s: aku pakai selipar siapa balik office?
hehehehehe rahsia.......
jumaat....
hari ini jumaat yang terahkir didalam ramadhan(1 syawal mungkin jatuh hari jumaat juga)
selamat hari jumaat semua...semoga jumaat hari ini menjadi jumaat yang terbaik utk kita semua.
2 hari lepas ada tengok berita di tv.....raja muda dinegeri kelahiran saya telah pergi buat lawatan
mengejut ditempat pembuangan sampah haram yang menjadi runggutan penduduk dikawasan sekelilingnya.
datuk bandar dan datuk SS dilihat ada bersama dengan raja muda.. dalam tinjauan tersebut....
didalam hati ni tertanya tanya ...mana dia wakil ADUN atau Parlimen dalam kawasan tersebut...kerana
tugas ini sebenarnya tidak perlu sampai yang mulia raja muda pergi melihatnya..apa guna kita memilih
wakil rakyat dikawasan tersebut jika gagal berkhidmat utk rakyat dikawasannya...dan satu lagi dato seri MB
pun tidak kelihatan... sepatutnya sebagai bendehara negeri...beliau boleh segera mengarahkan datuk bandar
untuk mengambil tindakkan dengan segera... tak payah la sampai YM raja muda pun kena tengok kawasan
tersebut....segan la sikit...harap2 selapas ini semua pihak yang berkepentingan dalam hal2 sebegini kena sedia ambil maklum.....berkhidmat dengan rela hati ya..........
sesekali kena tegur tak salah pun...
September 1, 2010
bangga ke?
kadang-kadang rasa pelik melihat warga jiran kita.. begitu marah dan begitu berdendam
dengan negara kita.... isunya soal penahanan anggota marin mereka yang didakwa mencerobohperairan negara kita dan mereka mendakwa itu masih didalam wilayah mereka... (kita org awam kurang jelas mana yang betul antara dakwaan2 ini, sama ada kita yg betul atau diorang yg betul)
maka beramai2 la rakyat mereka(dijakarta sahaja) menunjukkan rasa tidak puas hati mereka
di kedutaan kita disana... bukan calang2 bantahan dibuatnya..hinggakan najis pun dibaling disana..
bakar bendera pun dah jadi biasa....sahabat diseberang sana..kami disini..kalau adakan protes biasanya
hanya bendera israel, dan USA sahaja yang penah kami bakar... negara lain sepengetahuan aku la tak
penah lagi kami bakar.... dan satu lagi khabarnya ada pula gerakkan nk menghalau warga malaysia yg
berada diindonesia... sampai begitu sekali mereka marah dengan negara yg bernama malaysia ini.
untuk pengetahuan saudara diseberang sana..isu nelayan masuk perairan negara yang berjiran ini adalah
isu biasa sahaja...tanyala nelayan thailand, vietnam, dan filipina..kadang2 mereka pun terlepas masuk..
begitula juga nelayan negara kami..mungkin kadang2 terlepas masuk... apa yang marah sangat..?
ada wakil DPR atau menteri disana mengeluarkan kenyataan diakhbar harta negara telah dirompak oleh nelayan negara malaysia... kita mesti mempertahankannya . apa kena mengena warga malaysia yg bekerja atau belajar dijakarta dan wilayah lain diindonesia dengan nelayan yg didakwa menceroboh kawasan perairan negara anda..sehingga boleh dihalau begitu sahaja...? itu yang pelik.. premis yang digunakan... orang lain yang buat salah yang lain pula yang kena? mana logiknya....
entahla..dengan negara jiran lain seperti thailand, vietnam dan filipina tak pernah berlaku protes sebegini rupa.. bencinya warga indonesia dengan rakyat malaysia sampai begitu sekali...itu yang kadang2 rasa pelik kenapa sampai sebegitu rupa..?
mari kita belajar sejarah sikit.... sebelum perjanjian inggeris dengan belanda pada 1924 secara dasarnya kepulauan nusantara boleh dikatakan adalah satu wilayah yg sama. wilayah-wilayah dinusantara boleh dikatakan adalah sebuah negara sahaja.. ini disebabkan bahasa dan anutan agama dikepulauan nusantara semuanya lebih kurang sama sahaja iaitu islam...walaupun berbeda suku. maknanya malaysia dan indonesia sekarang pada zaman dahulu adalah sebuah negara yang sama ... selepas perjanjian 1824 barulah wujud 2 wilayah yang berbeza dinusantara ini. malaysia dan indonesia. apabila masing2 telah mendapat kemerdekaan sempadan kita telah ditentukan mengikut perjanjian yg dibuat pada 1824 tersebut. fakta ini semua orang tahu. diawal tahun 1960an dahulu pun ada krisis besar diantara kedua dua negara ini. sehingga melibatkan tentera .... tapi Alhamdulillah ianya tidak berpanjangan segera diselesaikan. kenapa bangkitkan isu sejarah..kadang2 kita lupa sejarah lama boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada kita.
tiada apa yang hendak dibanggakan jika kami warga malaysia membuat perkara sama terhadap negara diseberang sana.. mungkin warga disebalah sana merasa seronok dan berbangga kerana mereka tegas terhadap warga Malaysia... susah hendak tahu isi hati dan pemikiran org diseberang sana.
Aku sendiri pun dah bosan dengan kes2 sebegini... orang yg bosan lama2 dia akan menyampah...bila org dah menyampah lama2 rasa meluat..bila dah meluat lama2 rasa benci...bila sudah benci...faham faham ajelah....tolong jgn sampai buat kami sampai rasa benci. itu je...
p/s: bayangkan jika perjanjian 1824 tidak dibuat..
mesti berebutsamada jakarta atau kuala lumpur
yang hendak dijadikan ibu negeri..mesti kecohnya
...heheheh
August 30, 2010
merdeka
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53...
semoga tahun ini negara kita akan terus cermelang
dan harmoni hendaknya.....
1 malaysia menjana tranformasi.......
merdeka merdeka merdeka.............
August 24, 2010
sheikh al mansor
pagi semalam sempat melihat game EPL yang menarik..
MC vs LIV yang mana kesudahahanya MC mengalahkan team liverpool dengan jaringan 3-0. namun kemenangan MC tidaklah begitu mengejutkan... apa yang menarik ialah dengan kehadiran Sheikh AL Mansor pemilik pasukan MC... beliau telah berbelanja besar untuk membentuk team MC sekarang.
kehadiran pelabur pelabur luar ke england dalam menguasai kelab2 bola sepak disana dilihat amat menguntungkan kerajaan england itu sendiri. trend sebegini... kesannya pada ekonomi semasa begitu besar. bayangkanla pelabur dari timur tengah rusia USA hong kong thailand china india dan malaysia melabur untuk menguasai kelab2 di england ini.......nilainya hampir berbilion bilion pound jika dicampurkan semuanya... senang sahaja diorang utk menarik FDI...hanya dengan menjual bola sepak sahaja...bijak sungguh org putih ni....
pelaburan dalam bidang sukan sebenarnya tidak merugikan...jika rugi masakan sheikh mansor dari UAE sanggup berhabis berjuta-juta pound untuk membeli pemain2 baru..utk musim ini.
cabaran chelsea utk pertahankan kejuaraan EPL musim ini...bukannya dari MU, arsenal atau liverpool.. tapi dari MC
p/s: MC boleh la lwn liv...diorang budak2kan team tu..
kalau berani jumpa chelsea la..ada hutang lama tk selesai
lagi....kita tunggu nanti
sheik al mansor(serban merah)...kaya tu..takde ke
awek2 malaysia nak try dia....
asyik usha org putih je..pak arab tak minat ke
August 20, 2010
al khatib
adoi.. senak kepala otak ni baca front page
paper perdana beberapa hari yg lepas..
biar betul.... apa yg lemah sgt mental imam
yg baca(kalau ada la) doa utk CM dlm khutbah
sembahyang jumaat...tu..(cm negeri tu bkn islam)
kalau ada arahan pun hang pi ikut buat apa..?
ada akai ke tak de...check ni...makan pasembor byk ke?
tapi exco agama dan pengarah JHEIPP menafikan perkara
tersebut. menurut mereka adalah tidak masuk akal kami
memberi arahan kepada imam atau khatib utk membuat perkara
sebegini... kalau bukan pihak tersebut yg arahkan..knp khatib tersebut
baca juga....? ni yang pening...sikit. ada arahan lain ke? kalau ada pun hang
pi ikut buat apa.. tak kira la arahan siapa pun..nooooooooo? jgn la
hang ikut..............wat malu je check oiiii
tuduhan sudah dibuat.... ahkbar sudah melaporkan(muka depan lagi)
bulan2 puasa ni... berehat la kejap..byk lawak lain boleh buat lagi
pening la kepala mcm ni.........
p/s: hangpa suka ke kes2 macam ni...?
August 19, 2010
dinar...?
regim mata wang emas boleh berjaya ke didunia yg dikuasai oleh dolar, euro, dan yen ini.
dimana status kita....?
KOTA BHARU, 18 Ogos:
Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.
Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”petikan dari harakahdaily
p/s: kerjasam pusat ngan negeri sahaja yg boleh menjayakan rancangan ini
bank negara entiti yg dikuasai oleh kerajaan pusat.
August 17, 2010
pelik
malas nak tengok berita sekarang ni...
malas nak baca paper sekarang ni
mesti ada kes orang buang bayi...
betul2 hidup dizaman jahiliyah....
susah nak komen...sebab pelaku pelaku tu
bukannya tak tahu....
mungkin kadang-kadang diorang terlupa
yang diorang itu bukan manusia...
takut pula nanti.. turun bala.. kita semua yang kena
our sociaty must do something.............
enough it enough..........
p/s; puasa dah masuk seminggu
kejap je rasanya
August 15, 2010
tukar tiub
dah lama tak kena tayar pancit ditengah jalan..
sebab pakai tayar moto yg tak bertiub..
tapi kalau dah nak pancit tu kena juga...
sedap tolak moto...tengah pikir macam mana
nak balik ....nasib baik ada satu number kat bus stop
tukar tiub...call mat 012.......dan seterusnya..
mat boleh datang tak.... nasib baik mat kata boleh..
melayang rm 20........ tukar tiub je...
kadang2 number phone tukar tiub memang penting
maklumla kejadian tu pukul 11.30 mlm...
mana ada kedai moto yg buka....mlm2
tema kasih mat tukar tiub....
p/s; pic tu ambil kat google image
tak bawa handphone yg ada cam masa tu..
pinjam pic google la
August 13, 2010
jumaat
hari ini ...hari jumaat pertama
dlam bulan ramadhan....
penghulu hari dipenghulu bulan
mesti banyak berkatnya.....
tak de yang menarik untuk diupdatekan
selamat berhujung minggu
dan selamat berpuasa.
p/s:hari minggu ni..leh pegi param
yang jauh sikit...usha2 mkanan
yg pelik2 ...
August 11, 2010
sekarang ni
situasi sekarang memang jauh berbeza...
kalau pergi beli juadah utk berbuka puasa
memang terasa perbezaan harga tahun ni berbanding
dengan tahun lepas....
murtabak kat PARAM selalunya 2 ringgit je
sekarang dah jadi 3 ringgit(aku pegi param bukit bintang..param lain tak tau harga sama ke tak)
...besarnya tak tambah pun
apa nak buat peniaga nak untung juga..terima je la
makanan lain tak perasan... tips kalau nak
pegi PARAM.. pegi time mmg dah nak
berbuka.. baru beli..kalau pegi awal2
banyak benda nak beli.....hehehehehe
p/s: PARAM= pasar ramadhan
August 9, 2010
selamat datang
selamat datang ramadhan al mubarak
sempena kehadiran ramadhan ini saya
ingin memohon jutaan kemaafan jika ada
kesilapan atau ketelanjuran didalam kita
berblog ini.... sebagai manusia biasa
kita tidak sepi melakukan kesilapan..
selamat berpuasa semua dan selamat
beramal.....................
p/s: 0-0 ya semua
August 4, 2010
kejor yob kejor
untuk pengetahuan semua..liga super
telah pun berahkir...pasukan selangor telahmenjadi juara....tahniah ):
team pujaan aku...berjaya mengekalkan diri
untuk terus berada dlm saingan liga super musim depan
number 10 je... jadi la......
EPL pula ...hari sabtu ni ada perlawanan sumbangsih
kata org sepak mula utk sesuatu liga la...
team yg akan berentap hari sabtu ni,,,,
team chelsea vs Mkayu. rasanya chelsea titik mkayu
2-0...tengokla nanti kalau tak percaya..heheheh
p/s:walaupun saingan liga super sudah tamat
tapi saingan piala malaysia belum lagi bermula
so..team2 yg tak dpt piala FA ngan jadi juara liga
piala malaysia harapan terakhir utk mendapat sesuatu
piala dlm musim ini. ...juara bertahan adalah team N9
Subscribe to:
Posts (Atom)