July 30, 2010

muda


imam muda......
sudah sampai kepenghujungnya
dua dua yang yang masuk final tu
memang dah boleh jadi imam pun..
gud luck utk mereka...

selamat hari jumaat dan
selamat berhujung minggu

p/s;hujung minggu ni apa nak wat..tak de
program la....

July 28, 2010

pasir


siapa sangka.... pasir disungai
rupanya begitu bermakna
siapa sangka.... pasir disungai
punca gelora
siapa sangka.... pasir disungai
boleh buat orang bahagia
siapa sangka..... pasir disungai
boleh buat orang derita
siapa sangka..... pasir disungai
menjadi cita cita
siapa sangka.....pasir disungai
boleh buat ramai yg kecewa
siapa sangka.....pasir disungai
boleh jadi sengketa

kesimpulannya pasir disungai
memang berharga...
tak percaya?.......lihatla disekeliling kita

July 27, 2010

mereka



artis, ahli politik, atlet negara dan org2 kenamaan adalah public figure
iaitu org yg dikenali oleh org awam.. oleh itu, perangai dan kelakuan
mestilah elok... kalau tidak wartawan akan menyediakan tempat
untuk anda didada2 ahkbar....... malu oiii semua org tahu..

apek .. kantoi
yassin pun kantoi

sudah2 la tu..... malu kat orang je

p/s: yg bukan public figure pun kena jaga kelakuan
jgn sembarono je...

July 22, 2010

suatu kisah



Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan kafir dan sesat. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda.

Ceritanya begini: Seorang Dahri atau Mulhid (atheis) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama’ berdebat dengan mengatakan: 
“kalian mengatakan allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat”.


Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai:
“Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdepat denganku?”
Mereka menjawab: “Ada, beliau bernama Sheikh Hammad”.

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya.


 Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya. Gurunya menjawab:
“Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk”.
Imam Abu Hanifah:“Apa yang Tuan Guru mimpikan?”
Sheikh Hammad: “Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi  itu dan membunuhnya.”
Imam Abu Hanifah: “Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta’birkannya.”


Sheikh Hammad: “Ta’birkanlah wahai Nu’man” (nama sebenar Imam Abu Hanifah).
Imam Abu Hanifah: “Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.”


Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami’. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.


 Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya:
“Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?”

Imam Abu Hanifah menjawab: “Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.”


Si Dahri: “Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina.”
Imam Abu Hanifah: “Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

dan (allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. surah al-mujadalah (5 : 11


Si Dahri: “Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?”
Imam Abu Hanifah:“Aku akan menjawab dengan taufiq Allah.”
Si Dahri pun mula bertanya: “Adakah Allah itu wujud?” 

Imam Abu Hanifah: “Ya.” 


Si Dahri: “Di mana?”


Imam Abu Hanifah: “Allah tidak bertempat.”


Si Dahri: “Bagaimana mungkin Dia wujud tapi tidak bertempat?”


Imam Abu Hanifah: “Dalilnya ada pada diri anda.” 


Si Dahri: “Mana dia?”

Imam Abu Hanifah: “Bukankah kamu mempunyai nyawa?”
Si Dahri: “Memang.”
Imam Abu Hanifah: “Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?”
Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan:
“Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?”

Si Dahri: “Ya.”
Imam Abu Hanifah: “Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?”
Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah:“Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini.”
Si Dahri menyoal lagi: “Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?”
Imam Abu Hanifah: “Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya.”
Si Dahri: “Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang wujud dan tiada sesuatu selepasnya?”
Imam Abu Hanifah: “Buktinya ada pada anggota badanmu.”
Si Dahri: “Apa dia?”
Imam Abu Hanifah: “Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua’lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.”

Si Dahri: “Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan.”
Imam Abu Hanifah: “Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya.”
Si Dahri: “Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?”
Imam Abu Hanifah: “Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.”
Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi.
Imam Abu Hanifah menjawab: “Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.”
Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.
* Sumber : Sheikh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani (2007), Aqidah al-Najin fi ‘Ilm Usuliddin (Aqidah Kaum Terselamat Dari Sesat & Bid’ah), Singapura: Pustaka Nasional


kadang-kadang kena baca kisah kehebatan ulama -ulama lama
ini bukan apa... sebagai panduan untuk mengukuhkan akidah, iman dan
ketaqwaan kita kepada Allah...

July 21, 2010

biarkan


dia bukan ahli politik....
dia buka ahli mana2 parti...
adalah tidak bijak jika menyerangnya
dia tokoh yang amat dihormati dinegerinya

jangan........
kurang sopan dilihat org jika
berkonfrontasi denganya

jangan.....
kurang manis masyarakat melihatnya..

biarkan dia berbicara...
biarkan dia menyuarkan isi hatinya
biarkan....biarkan sahaja..

ingat ...dia bukan ahli politik...

pokok sena dan kubang kerian
jangan.......kurang molek dilihat
orang..........

July 19, 2010

selaraskah kita?



5 dalam satu...
melaraskan apa yang perlu...
utk masa hadapan katanya...
harus berkorban bersama sama

realisasi katanya...
utk menerangkan apa yg kabur
jangan gusar dan gundah
kita berada dlm alam realisasi
bukan fantasi....bukan fantasi

diabetis...a.k.a kencing manis
musuh utama umat malaysia
mesti diperangi..dgn jelas...
utk kesihatan umum katanya...

inflasi....?
mana ada..... tgk rekod bank negara
dr zeti tak de umumkan apa2...
indeks pengguna masih normal
macam biasa katanya........

apa lagi nak dikata
jimat cermat amalan mulia
tepuk dada tanya selera
aku malas hendak ke jalan raya
tiba masa....tau nak buat apa...
faham faham saje la....

p/s: puasi saja.saja...
jangan ambil serius sgt
saja saja katanya

July 15, 2010

servis



musim raya nak dekat
so...kereta2 yg lama tak diservis
elok la diservis...kalau nak dekat2 raya ni
hargi servis mungkin luar biasa
lebih baik buat sekarang...

knp masa nak dekat raya org servis kereta?
1. jarang balik kg la tu..nk jalan jauh kete kena elok
2. jalan sesak melampau... ketahanan kereta diasak
dng luar biasa..oleh itu mesti dlm keadaan mantap utk
menghadapinya...
3. tak nak berasap ditepi jalan...tak raya la..
4. jangka hayat servis selalunya setahun...so
mmg timing raya org servis kete...ngam setahun

mari kita ubah kebiasaan ini...mari kita servis kete
sebelum bulan puasa dan bulan nak raya...
macam mana? ok tak...

p/s; hari sabtu nak servis la...

July 14, 2010

mencari


ingin menulis satu cerita.....
tengah mencari idea...

1.
2.
3.
4.

cepat siapa leh bagi idea..
tulis je apa2.......

July 13, 2010

S.E.M.A.N.G.A.T.



semangat ataupun kuasa dalaman seseorang itu
mempunyai tahap tahap yg tertentu...
kadang2 ianya boleh tinggi dan kadang2 dengan sendirinya
dan  ianya boleh jatuh berderai.......

apabila semangat sudah jatuh... nak naikkan semula
ya Allah ...bukannya senang.......
tetapi kepada yg berjaya tahniah.. kamu memang seorang
yg kuat. Memang betul.. apabila semangat seseorang
itu sudah jatuh... motivasi utk melakukan sesuatu telah
jadi hambar dan tidak bermaya...
so utk mengelakkan semangat itu terus jatuh..
diri sendirilah yg perlu utk memulihkannya......bagaimana?
setiap org punya versi yg tersendiri.....

teringat lagu xpdc semangat yg hilang ...................

p/s: diorang kata kalau semangat dah tak de
pasukan yg kuat pun boleh kalah...contoh england.
masa world cup rooney gemuk main bola tak de semangat

July 12, 2010

vivi espana



sudah tamat... pesta di africa selatan...
semua orang sudah tahu... yang spain
telah menjuarai, world cup utk edisi 2010
ini... tahniah spain....

tahniah juga utk team belanda....
walaupun tewas.... team belanda juga tttp
menunjukkan permainan yg cantik..

tahniah juga utk team england... walaupun
hanya sampai dipusingan kedua... tetap
menghiburkan.....

pesta sudah tamat... tidur ku kembali
normal agaknya la..........hehehehe

jumpa lagi di RIO 2014 nanti..

July 8, 2010

final WC 2010


kat atas blog aku ...ada undian negara mana
 akan menjulang piala dunia untuk edisi 2010 ini.
tapi yang malangnya finalis yg pertama masuk iaitu
 belanda tidak ada dlm senarai undian aku(salah penilaian )....
spain pula telah diundi hanya sekali sahaja.

banyak kejadian2 atau ramalan yg tidak mengena
 telah berlaku dalam world cup kali ini. namun begitu
kemeriahannya tetap terasa. sekarang ni...
macam2 la.. HD la dan terbaru HD on 3D , pening
kepala melihat revolusi tv sekarang ni...
duit banyak leh je ambil semua tu...
tapi penonton mmg terasa puas hati dengan
 kualiti siaran langsung bolasepak sekarang ini.
walaupun jauh.. terasa kita ada sama2 dalam stadium.
risau lak nanti... org tak pegi stadium..
tgk tv je... mana la tahu, heheheh

balik kepada ramalan aku utk world cup kali ini..
tak campur dengan sotong (paul) ya. aku kali ini,
berat memilih belanda untuk muncul juara
dalam edisi kali ini. hujah aku... spain mmg
 kuat dibahagian tengah dan jentera serangan.
 namun permainan belanda pula lebih tertumpu dibahagian
 sayap yg direncanakan oleh super robben (kanan).
bahagian kiri pula direncanakan oleh dirk kyut.
 buktinya, bermain dgn german, walaupun german kita lihat
agak berkesan dibahagian tengah.. namun keputusan
menunjukkan bahwa pemain tgh spain ternyata lebih hebat...
belanda mungkin telah tahu tentang hal sebegini...
so bermain sayap adalah kunci utk menerobos
bentang pertahanan spain.......
jika cuba masuk dibahagian tgh spain..
kirim salam saje la kalau nk menang.

 ramalan aku BELANDA 1  ESPANA 0

p/s: dlm poll blog aku ni brazil yg menerima byk undian, malangnya
salah.. heheheheh


July 5, 2010

pelik


bukan sebab england dah kalah aku tak nak menulis pasal bola..
aku nak tunggu , menjelang final baru nak menulis tentang world cup ni.
so selagi belum final... tak de cite pasal bola....

isnin dan selasa ni aku kena attend kelas computer
heheheh... suka aku, leh rehat2 kejap.
rupanya banyak benda yg aku tak tau...
selama hari ni wat2 tau je.......
pelik2........

masa muda2 dulu tak nak belajar(mungkin ada ajar,tapi lupa kot)....
nasib baik free company hantar
tema kasih kenanga.............


p/s; jgn terpedaya dgn pic tu.. aku menyamar
sahaja. haram tak pandai main pun

July 2, 2010

gambo..

tiada idea nak tulis...
so kita lihat pic sahaja.......................