July 28, 2010

pasir


siapa sangka.... pasir disungai
rupanya begitu bermakna
siapa sangka.... pasir disungai
punca gelora
siapa sangka.... pasir disungai
boleh buat orang bahagia
siapa sangka..... pasir disungai
boleh buat orang derita
siapa sangka..... pasir disungai
menjadi cita cita
siapa sangka.....pasir disungai
boleh buat ramai yg kecewa
siapa sangka.....pasir disungai
boleh jadi sengketa

kesimpulannya pasir disungai
memang berharga...
tak percaya?.......lihatla disekeliling kita

9 comments:

Anonymous said...

Setiap benda yang Allah cipta dimukabumi ini tidak sia-sia, mesti ada manfaatnya. Daripada yang kecil sebesar zarah sehinggalah kepada ciptaan langit dan alam cakerawala.

Terpulang kepada kita yang dilahirkan sebagai Khalifah untuk manfaatkannya.

Begitu juga pasir, adakah kita gunakan pasir dan hasilnya itu untuk kebaikan atau keburukkan.

Kat akhirat nanti semua akan terjawab, Allah akan menghitung segala apa yang kita lakukan didunia.

IT'S Me N.a.N.a said...

hai besi..besi sihat x?
besi..sekarang nie bnyk sgt kan kita dgr pasal curi2 pasir..tp, tahu x kenapa pasir dgn batu x habis2?

Miss Izah Mohamed said...

KLU XDE PASIR, NK DUK KT MANE.. ADEH2
TAKKAN NK TINGGAL DALAM AIR LAK.. EHEE

besi said...

anon... setuju, menggunakan sumber alam dengan teratur dan baik

nana.. sihat je, biasa la nana pasir dan batu tengah harga mahal..tu yg ramai main curi..

miss izah.. hehehe tul gak
tapi guna kayu pun leh gakkan

LotsOfLove-Pearls said...

besi,
pasir juga sangat bermakna dalam perumpamaan...

*Cintaku lebih banyak daripada pepasir di pesisir pantai..

hehehe....

Anonymous said...

Besi, kalau setuju je pengunaan sumber alam dengan teratur dan baik tak cukup.

Kita kena pastikan pemerintah negeri & negara adil,telus dan jangan rasuah. Jadi kuasa nak memilih ditangan rakyat.

Pangkahlah dengan waras gunakan akal, jangan kerana nafsu.

besi said...

LOL... heheheh cinta pasir ya..
hehehe

anon... pegawai yg dipertanggungjawabkan...camne lak?
kita tak pilih diorang....

Anonymous said...

Besi - Masalah kat 1Malaysia ini, rasuah dah jadi barah. Dari menteri sampai kat ofisboy minta suap dgn duit haram. Ini yang kita nak lawan sebab SPRM & PDRM pun dua kali lima.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya rasa malu dgn negara bukan Islam yang begitu gah tanpa rasuah. Kalau di Asia - Singapura & HK. Di Europa - Sweden, Denmark, Finland, Swiss DLL.

Siapa yang salah, pemerintah dan orang yang bagi kuasa kat mereka, Dulu Kini & Selamanya............

besi said...

anon... tak semua kot .. yg mmg jahat je perangai camtu