March 31, 2009

wayang

minggu nie dah kira hampir 2 minggu'
aku tak tgk wayang....
dan aku tak tau sekarang nie cite apa yang best
kat panggung.....................
ada citer yang pecah panggung sekarang nie..?
harap2 hujung minggu nie tak la membosankan
sangat..........
p/s: kalau baizura cun nie punya lakonan
mesti gua pegi tgk la....ada ke filem dia lagi?

March 30, 2009

sudah bermula

ya.....gendang pertarungan sudah bermula
3 kawasan menjadi medan untuk kedua dua
pihak menunjukkan bahawa merekalah yang menjadi
pembela rakyat...........
sebagai rakyat biasa...kita harapkan semuanya berjalan
dengan lancar...dan sempurna tanpa insiden2 yang
memalukan..................
selamat berjaya kepada kedua dua pihak dan tidak lupa
pada calon2 bebas.........pastikan niat kamu semua untuk
menjadi wakil kepada rakyat dikawasan itu....adalah utk
kepentingan rakyat juga...............
adios good luck......semua

March 26, 2009

perubahan?

ketua pemuda.............dpt kat naib ketua
ketua puteri................dpt kat naib ketua
ketua wanita...............dpt kat naib ketua
perubahan?
knp masa jadi naib2 ketua hari tue tak leh nak
ubah ke?
sama gak ngan president..........dpt kat timbalan president
tak paham aku apanya perubahan tue?
macam sambungan je..................

March 24, 2009

MC

semalam baru rasa2 nak demam.....
hari nie pegi klinik.....
doc suruh makan sup2 shaja...kari2 takleh
goreng2 tak leh......
doc ckp...musim nie byk org demam...
lepas mandi, rambut kena kering..nanti sinus tak baik,
flu je tak baik2................
so MC la hari ini.........................

March 23, 2009

batuk

entah..........tekak terasa gatal
badan suam2 panas....
takkan nak demam kot...
boring la camnie...............
p/s....tgk je la baizura kahar nie cun siot

March 20, 2009

pertahanan awam

pertahanan awam.....
lebih dikenali sebagai JPA3
kenapa 3 aku pun tak tau.....
tapi itulah singkatan untuk....
jabatan pertahanan awam....
pertahanan awam amat penting
untuk keadaan negara berada didalam
krisis....terutamanya krisis alam....
seperti banjir besar, kemalangan
dan krisis alam sekitar yang lain la....
menguruskan sesuatu bencana alam
perlu sistematik....disebabkan itu
JPA3 malaysia sentiasa diperkasakan
untuk membantu rakyat yg mengahadapi
bencana atau musibah.....
kita amat bersyukur, kerana Malaysia
bencana alamnya tidaklah sedahsyat
seperti negara jiran2 kita.....syukur Allahammdulillah'
tapi kita tidak boleh alpa...atau buat sambil lewa sahaja
oleh itu, memperkasakan JPA3 adalah amat perlu dan
wajar.................
knp aku tulis JPA3 nie? entah la semalam
aku balik aku nampak satu trak anggota
JPA3 lalu ditepi aku....
dalam hati aku berkata....kemana mereka
hendakk berkhidmat nie.........................
p/s...dengar citer pertahanan awam amat menggalakkan
rakyat awam untuk jadi sukarelawan utk membantu mereka
jom..............

March 19, 2009

arah kita

Benua Asia Asia Tenggara
malaysia.....
terletak digugusan asia tenggara......
didalam benua terbesar didunia, asia.....
lebih dikenali sebagai org timur(sebelah timur)....................
itulah arah kita..............
itulah arah kita..................
kena selalu fikir fikirkan..............
harian hidup manusia semuanya dipengaruhi dunia

March 18, 2009

etika

etika.....
kata orang ia merujuk kepada
tatacara perilaku seseorang yang baik
atau mengikut lunas2 peraturan dan undang2
sesebuah organisasi.....
itu makna etika yang aku paham.....
jika seseorang itu, didapati melanggar etika
sesebuah organisasi dan telah disiasat...
serta didapati bersalah...maka tindakan boleh
diambil kepada seseorang itu......(yg dituduh)
ini pada kebiasaanya......
namun, apabila seseorang itu didapati
bersalah melanggar etika sesebuah organisasi
dan tidak dijatuhkan hukuman....hanya warning
tanpa hukuman, ini akan menimbulkan cakap2
bahawa organisasi itu tidak BERETIKA
kami semua boleh melihat
kami semua boleh mendengar
kami semua boleh berfikir
kami semua boleh membuat keputusan...
tepuk dada tanya selera...
terlajak keputusan...amat sukar
untuk dibetulkan
ya........Malaysia Boleh
p/s...pic atas tak de kena mengena ngan tajuk ni..
aku je suka tgk pelakon nie...hehehehhe

March 17, 2009

kenangan

zaman sekolah rendah
zaman sekolah menengah
zaman sekolah rendah...sape ingat lagi ...? zaman sekolah menengah...mesti ingat kan zaman...sekarang...elok2 la dicorakkanya nanti semuanya jadi kenangan............... semuanya kenangan..............

March 16, 2009

budak MU kena hina

sebulan org MU tak pakai jersey MU
heheheheh walaupun lambat tajuk entry nie
tapi aku tetap nak tulis gak....
walaupun dah 2 hari...budak2 MU masih
lagi kena hina dengan aku
heehheheheh
sape suruh kalah besar kat home
heheheheeh

March 13, 2009

hujan

kl sekarang dilanda musim hujan
hari hari hujan.....terutamanya petang
pagi tadi pun hujan.....
agaknya dah memang musim hujan bula nie.....
aku masa kecik, suka main hujan....
ok je...tak de pening2 kepala atau demam...
mmg mak aku marah....tapi syok punya pasal
main jugak.......tapi tak la sampai demam pun...
tapi sekarang nie...aku kena hujan sikit je
badan dah rasa lain.....kepala pening2
semuanya tanda2 nak demam.....padahal
bukan kena banyak pun....sikit je
ini menimbulkan persoalan...adakah hujan dahulu
tidak menyebabkan demam...dan hujan sekarang
boleh mengancam kesihatan......
atau pun...adakah antibody org2 sekarang tidak
sekuat org dulu2 yang tahan kena hujan....
maknanya org sekarang lemah...kena hujan pun
nak demam.........
hujan oh hujan engkau umpama mutiara...
hadirmu memberi rezeki kepada sekian alam

March 12, 2009

THE BIGS FOUR

m.kayu (heheheheheh)
liverpool
arsenal
chelsea
the big four itulah gelaran yg diberikan oleh
peminat2 liga inggeris kepada team chelsea, liverpool,
arsenal dan Mu....
semalam the big four telah menggegarkan eropah
dengan melayakkan diri ke peringkat suku akhir
dlm champions league........
bayangkan 8 pasukan terakhir yang layak...4 darinya
datang dari liga inggeris.....

March 11, 2009

kota ngah ibrahim

aku secara peribadi penah sampai ke kota ngan ibrahim ini....
semasa form 3 buat projek sejarah...kumpulan kami
memilih tajuk kota ngah ibrahim...
lokasi kota ngah ibrahim di matang dalam
daerah larut matang dan selama(LMS)
kota ini mmg lama..menurut cerita dibina oleh ngah ibrahim
sekitar tahun 1856....kiranya kota nie berusia 150 tahun sudah..
suasana, kota ngah ibrahim masa aku pegi dulu la...terurus dengan baik..
boleh dikatakan diurus dengan baik untuk kota2 lama nie....
tapi suasananya begitu suram dan kusam...tak tau kenapa...
pekan matang tidaklah semaju pekan di taiping...susananya masih
suasana kampung...tapi baru2 nie aku tgk dlm
majalah 3 ada menceritakan ttg...kuala sepatang yg terkenal dengan
mee udang adalah dlm daerah matang...maknanya kalau nak pegi kuala sepetang
makan mee udang leh la singgah melawat kota ngah ibrahim nie..
kalau nak tulis pasal kota nie..banyak, tapi aku yg lupa...
maklumla..projek sejarah aku masa aku umur 15 tahun...
la nie umur dah berapa....hehehehh
tapi tak tau la....tiba2 sahaja teringat nak tulis pasal
kota ngah ibrahim ni........mungkin pasal kota ngah ibrahim nie
termasuk dalam parlimen bukit gantang yang akan ada pilihanraya
kecil 7 april nanti....orang luar perak leh la datang singgah kat
kota ngah ibrahim ini dan melihat sendiri kota yg popular pada
zaman dahulu nie...

March 10, 2009

mini bajet

hmmm, mini bajet sikit lagi kerajaan akan umumkan
semoga segala perancangan yang direncana akan
dapat membantu semua golongan rakyat...
hentikan perbalahan politik....kita mesti fokus kepada
masalah kemelesetan ekonomi ini....
ya kita boleh....................
bersatu demi rakyat dan negara

March 8, 2009

ahad.......

balik kampung isnin cuti.... hmmmm nak rehat puas2

March 6, 2009

revolusi

revolusi.........perubahan sesuatu dengan cepat dan mendadak....ia boleh berlaku dengan dirancang atau tanpa dirancang.... lawan revolusi ialah evolusi..... revolusi boleh berlaku dalam banyak perkara... tetapi yang utamanya ialah ekonomi, politik dan kebudayaan......... revolusi ekonomi yang paling popular ialah di eropah dan usa semasa kurun ke 19 dimana berlakunya revolusi industri yang menjadikan negara eropah dan usa sebagai kuasa ekonomi yang hebat sehingga sekarang.... revolusi politik....pula merujuk kepada perubahan kepada sistem pemerintahan sesebuah negara dan bangsa yang paling popular ialah revolusi france...dan revolusi di russia..... kedua2 revolusi ini menyebabkan pemerintahan beraja di kedua dua negara telah ditamatkan. revolusi kebudayaan lebih kepada perubahan sosial masyarakat dan kebudayaan sesebuah negara.... revolusi kebudayaan yg utama kita bolehlah merujuk kepada revolusi kebudayaan china pada akhir tahun 1950an-60an.. revolusi2 ini kadang2 boleh menjadi sesebuah negera menjadi lebih baik atau terjerumus ke jurang yang lebih teruk.... ini, terbukti dengan banyak kes2 yang berlaku selepas revolusi telah mewujudkan suasana yg lebih buruk.... maknanya pengurusan selepas revolusi telah gagal..... revolusi ini ada baik dan buruknya.......... sesuaikah dengan Malaysia? rasanya macam kurang sesuai.......
p/s revolusi di Cuba yang paling gempak
dalam banyak2 revolusi.....didunia

March 5, 2009

hiburan...

kenapa sekarang nie banyak sangat
rancangan hiburan........
sikit2 ok la jugak....
ini.... macam2 la....

March 4, 2009

tag from @ku iNsaN Bi@s@

LIST THESE RULES ON YOUR BLOG macam biasa...jgn melanggar undang2 negara dah la yang lain semuanya ok.... SHARE 7 FACT ABOUT YOURSELF ON YOUR BLOG -serius...heheheheh -gatal... kadang2 je -politik... minat isu2 semasa -berkarya.... tak selalu sgt tapi ada la -kawan2..... kawan2 lama leh baca n dpt kawan2 baru -info.... kalau boleh la nak bagi yg info yg baik2 sahaja -sukan.... selalunya bolasepak la chelsea n perak TELL 6 UNSPECTACULAR QUIRKS OF YOURS -susah nie...sbb aku suka berahsia -tak dijangka...kwn2 aku la yg cakap -suka tengok animasi.... selalunya jepun -movie....citer baru mesti nak tgk..tak kira la dvd or wayang -gelak.....tak ingat punya betul2 gelak la -cinta...? apa tu....tak jumpa la, pelik2 p/s: aku tak list org yg aku nak tag sbb aku tak nak. leh ker camtu?.

harapan

harapan..........
apa itu harapan?
harapan ialah mengharapkan
sesuatu yang belum berlaku
supaya ianya berlaku....
harapan selalunya dirujukkan
kepada sesuatu yang buruk kepada
keadaan yang lebih baik...
itu makna harapan pada pendapat aku....
ada apa dengan harapan?
harapan boleh menjadi motivasi diri
untuk melakukan sesuatu yang lebih baik
walaupun kita tidak dapat mengawal sesuatu
perkara itu... tapi kita boleh berusaha untuk
menjadikan realiti sesuatu harapan itu.....
apa harapan anda? tepuk dada tanya selera....

March 2, 2009

kenangan dan harapan

indah sejahtera negeri ku
suasana permai mengamit rindu
mengapa jadi begitu
apakah haloba menjadi penentu
aku rindu suasana dahulu
biarlah cahaya wujud dikalbu
apakah semua setuju
pada perbalahan tiada penentu
pihak sini ke yang salah
pihak sana ke yang salah
atau semuanya salah
ahhhhhhhh semuanya bermasalah
beralah... bukan bererti kalah
beralah....bukan bererti lemah
beralah....bukan bererti pasrah
beralah....bukan bererti menyerah
yang sudah sudahlah
beralah lah............................

masih mencuba

aku, sampai hari ini masih gagal lagi menghabiskan game nie.... entry yg dulu ada aku mintak tolong sape ada cheat game nie... tapi sorang pun tak tolong.... hari minggu ku, hanya didepan pc masih mencuba untuk menang games ni.. malam? sudah tidak malam lagi...... siang sudah tidak siang lagi.... hari minggu...rutin aku dah berubah disebabkan game ini.... tolongla....sape2 yg ada cheat game ni bagitaula.......................... ku masih mencuba...............